Hai semua ! So, amacam ? Macam mana cuti kali ni? Ada pergi jalan-jalan? Mesti adakan.. Tak kisahlah dengan family ke, kawan ke, sepupu sepapat ke, siapa-siapa sajalah..Hah, sharelah dengan saya. Saya sudi mendengar. Cer cite, cer cite. Hehe.. Patutnya sayalah yang kena cerita kan.. Okey, okey. nak ceritalah ni.. Sabar yee..
Ok, kalau anda semua perasan, rasanya takde pun entry tentang intro pasal minah yang berceloteh ni, kan?? Hah, time nilah saya nak memperkenalkan diri saya yang taklah berapa nak perfect, tapi mungkin comel kot.. Macam ni.. Haha.. Itu kata kawan-kawan saya. Depa yang dok kata cek ni comey benor.. Hehe. Okey, okey. This is me !
* Ehh,, salah upload pulak..anyway, comel kan? Macam saya.. =P
Gurau je. Tengok ni... Tadaa..
Ini barulah betul ! Comel kann?? ~ngee~
Okey, dah kenal sekarang kan? Tak kenal maka tak cintalah.. Hehe. Ops ! No cinta-cinta la.Study ! Study ! Haha... Okey. Sekarang ni saya nak berkongsi cerita. Hah, ni pasal saya pergi satu konsert. Tapi dalam maktab je pun.. But even dalam maktab pun, meriah sangat ! Konsert tersebut ialah.... Konsert Ekspresi Cinta Islam bersama Devotees !! Best betul ! Tak pernah ada grup nasyid tu datang kat sekolah. So, of cozlah rasa excited ! Siap ambik autograf lagi.. Tapi saya tahu, tak ramai budak-budak sekarang ni yang minat lagu-lagu nasyid. Sekarangkan ramai yang minat artis K-POP. ( Termasuklah saya..^_^ ) Takpe, takpe. Apa-apa pun, konsert tu memang best! Terbaik dari ladang.. haha. Okey, sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. Jeng! Jeng! Hah, saya nak tunjukkan kepada pembaca-pembaca setia saya, wajah-wajah yang mungkinkah anda semua kenal?? Hmm... Siapa agaknya ye? Sekarang saya ingin memperkenalkan budak-budak classmate saya.. Depa semua happening tau.. Hang jangan tak tau. Jadi, tanpa melengahkan masa, jom kita kenal !!
This is Aqeel. Inilah dia Presiden kelas.. (untuk tahun ni je!)
Mek ni pulak ialah Vice-Pres. Orangnya so happening sampai buat orang terpening-pening. Memang seorang yang selamba dek jee..
Ini pulak Ah Long. Bendahari la katakan.. Hehe. Actually nama dia Rais.
Ini Afifah. Mata duitan. Haha, takde la. Gurau jee. Dia ni sebagai bendahari jugak, tapi bagi pihak perempuan jelah.
Now, ahli-ahli kelas yang lain pulak.. Jom!
Ketua batch kami iaitu... NABIL !!
This is Basyir. Must speak English.( Takdelah,gurau je). Muka macam cina kan? ^_^
Hah ! Ini dia budak yang ada lesung pipit, bukan lesung batu tau! Bila senyum, nampak la lesung pipit dia tu. Muka dia tu macam Cikgu Abdullah.. Depa la yang habaq. Muka Cikgu Abdullah pulak macam Black Mentor pulak dah... Eh, lupa pulak. Hehe. Ni Ismail @ Mail..
Izzuddin @ Udin. Dulu agak rendah, but sekarang tinggi bukan ke main lagi.. Lebih dari saya.. Haha, biasalah tu. Lelaki kan memang macam tu. Naik f3 f4 cepat je membesar. Hehe.
Ini Ahda. Budak silat dan agak aktif dalam silat. Sebelum cuti hari tu masuk pertandingan silat. Aktif la tu kan? Budak ragbi jugak. Tak percaya? Hah, lepas ni ada lagi sorang yang korang mungkin tak percaya yang dia ni budak ragbi jugak. Tadaa !!
Ni dia !! Iltizam @ Zam. Seriously, tak tipu. Nampak je kurus kering semacam, tapi masuk ragbi. Anyway, he's our photographer.
Hurmm, looks cool? Yeah, maybe.Amir. Err, yang pakai baju warna kuning tu okey?bukan yang bertutup tu.
Budak specky ni pulak, Farhan @ Paan @ AP. Banyak betul nama panggilan dia kan?
Ting!Ting! Here's come our athlete ! Arif !! Ni dia atlet harapan maktab..(Ye ke? main cakap je..) Atlet long distance..
Eh, eh ! Ada sesiapa yang jatuh hati ke? Oh, pleaselah. Ceh, haha. Handsome ke? Biasa je kut. Hee.. Dia ni jarang and memang agak jarang nak nampak dia cakap dengan perempuan. Sampai ada yang gelar dia 'Putera Dingin'. Yeke? Haha.. Ni Luqman namanya.
Depa kata dia ni matured. Betui ka? Tak tau la cek. Yalah kot.. Haha. Anyway, ini Asyraf @ Acap.
Ni pun sama juga macam Luqman. Dah nama pun sama, cuma tambah 'ul' je kat belakang. Jadilah Luqmanul.
Player caklempong paling famous pada abad ni. Haha.. I'm not kidding. Aiman @ Bean, budak lelaki yang selalu panggil dia macam tu.. I'm just following.
Ops! Ada sesiapa yang terkejut tengok muka ni? Muka nilah yang telah menjadi ahli baru dalam kelas saya, untuk setakat ini la.. Hehe. Mesti ada yang kenal kan? Kalau tak kenal, takpe. Baguslah.Haha. Okey. So this is Danish
Mek ni pun macam Basyir, ada campuran cina. Cuba tengok nama dia, Sofiyah Fu'adah Ding bt Sulaiman Ding Yu Zhong. Betul kan? Tapi mek ni kecek kelate pun buleh. Aktif dalam Kepo. Hah, apa tu? hehe. Kadet Polis. quite active...
Antara pelajar yang pandai dan pernah dapat 4 flat tuu.. Even once, at least pernah la kan. Ni Alifah.
Nadiah @ Nano ni memang kadang2 tu kecoh. Tapi dia okey je. Mesti macam pelikkan macam mana boleh dapat nama Nano tu. Tu gabungan nama dia dgn ayah dia. Nadiah Norzli.
Cuba teka mana satu Habibah? Haha, mestilah selain daripada Nadiah kan? Exactly. Yang buat 'peace' tu..
Ini memang peminat tegar K-POP. Try la tanya pasal K-pop, mesti dia tahu. Memanglah ada yang dia tak tahu, but bila tiba topik kpop je, dia excited gila. Nak tahu siapa? Ni dia, Alisya.
Hah, ni pulak Syifa. Aduhh, kalau suruh dia buat muka gedik, definitely jadi! Haha. kadang2 tu ter'over' la sikit. And dia ni, asal ada kamera je, kalau boleh mesti nak ambik gambar. Hmm..
Aisyah pulak agak pemalu orangnya. Tapi takdelah malu sangat. Biasa2 je. Agak comel? Hmm..Maybe.
This girl pulak memang peminat setia warna PINK. Hampir semua barang dia warna pink. This is Farhana.
Ini pulak Humaira. She's genius too. Pernah dapat pointer 3.99
Comelnya! Eh2, saya cakap binatang tu yang comel. (padahal tak nampak full pun)Hehe.This is Fatihah. She has her blog too.
Keibuan. Itu sifat yang kawan2 saya yang bagi. Tapi kadang agak tegas. Azmina atau lebih senang kteorang panggil Amin.
Fuhh !! Akhirnya.. Habis jugak. Panjang gila kan? Yelah, nak kenalkan ke30-30 orang kepada anda. Terima kasihlah kepada yang sudi membaca entry saya pada kali ni. Terima ksih banyak-banyak. Okeylah.. Dah lewat ni. Esok saya nak balik maktab dah. So, next time kita jumpa lagi okey? Daa..Bye... Assalam. Nite semua !!