Followers

Pages

26 February 2021

Persediaan dan Pengalaman Aku Interview JTMP



Hai semua! Jumpa lagi hehe ;p (yee lama kan masa aku nak update lol)

Okay seperti yang aku cakap dalam entri sebelum ni, aku akan cerita la sikit dan seringkas yang mungkin (aku cuba la ye) tentang persediaan dan pengalaman aku interview personel mystep JTMP hari tu. Oh yang tak tahu JTMP tu apa, itu adalah singkatan untuk Juruteknolohgi Makmal Perubatan.

Aku terus masuk la ke PERSEDIAAN temuduga aku.

Sumber gambar: Workable website


Aku takkan cerita detail la apa yang  nak kena sediakan ke apa ke, sebab ini bukan alkisah aku nak ajar korang persediaan nak pergi interview. Ini cuma sekadar kisah aku nak berkongsi la macam mana or apa yang aku prepare. Dan sebenarnya tak ada apa sangat pun yang aku prepare. Cuma macam biasa la nak temuduga, aku siap sediakan fail resume aku la. Resume, pengenalan diri (IC dan surat beranak), maklumat pendidikan (spm sampai ijazah), sijil kemahiran, dan sijil kokurikulum. Yang fail ni semua letak dokumen yang asal ye. Aku ni pun sehari sebelum baru duk check balik siapkan fail resume aku hahahaha. (JANGAN IKUT PERANGAI GILA LAST MINIT AKU πŸ˜‚)

Dan malam tu, siap sedia la baju dan tudung yang nak pakai esok. Siap iron ye! Kasut sekali! Aku almost lupa gila pasal ni HAHAHAHA. Okay, lepas tu resume pun aku siap sediakan copy jugak, selain daripada yang dekat fail resume aku tu. Kira prepare satu lagi salinan resume dan sijil akademik la, termasuk dengan pengenalan diri semua tu (IC). Better tengok balik checklist la ye. Okay so semua siap.

Dan guys, TOLONG LA INGAT PREPARE BAWAK GAMBAR PASPORT YE. Sebab aku yang lupa nak bawak HAHAHAHA ASTAGA..

Okay so siap semua benda tu kat satu tempat la kalau boleh. Beg, barang-barang yang aku nak bawak siap sedia semua (walaupun ye aku tahu ada aje yang aku lupa lol hahaha). Since aku ni akan jalan jauh dan bergerak awal pagi kan, so memang prepare siap la. Yang barang-barang lain tu sendiri prepare la ye, macam powerbank, bedak, purse, apa-apa jela yang perlu kan.


Now, jom masuk ke PENGALAMAN aku interview JTMP tu.

Sumber gambar: Workable website


So temuduga aku pada 9 Februari 2021 kat Pejabat Kesihatan Hulu Langat, Kajang. Jauh tak jauh tapi boleh la dalam sejam setengah macam tu kot dari Melaka ke Kajang tu. Gerak dalam pukul 7-7.30 pagi lebih kurang. Paling penting jugak tak lupa, FACE MASK.

Okay dah sampai situ aku masuk sekali la pejabat dia tu dengan kawan aku yang dapat temuduga sekali. Macam biasa scan QR code dan check suhu. Masuk tu ada la seorang akak ni yang macam jaga untuk temuduga kitaorang, guide semua tu. So masuk tu dia bagi satu borang untuk diisi. Borang tu macam borang maklumat diri untuk permohonan jawatan kerajaan camtu la sebab ada logo kerajaan tu kan. Aku taktau la nak panggil borang tu borang apa kan. Hehe.

Selesai isi borang, dia minta sekali kepilkan dengan salinan IC, spm dengan gambar pasport sekali kot (YE, PASTU AKU SENDIRI TAK BAWAK GAMBAR, HEH). Tapi time aku tengok orang sebelah aku bagi satu salinan resume dengan salinan dokumen yang lain tu, jadi aku pun ikut la bagi satu resume tu. Termasuk salinan IC dengan sijil-sijil lain tu.

Selesai semua tu, akak tu suruh duduk kat kerusi yang disediakan depan bilik temuduga tu. Mula lambat sikit dari waktu asal, dan aku? Aku orang kedua ditemuduga beb! Tapi okay la jugak, habis awal. Dan nasib baik jugak la bukan yang pertama kalau tak nervous teruk jugak aku kang hahaha.

Okay, sekarang antara part yang PENTING πŸ“Œ. Iaitu, apa antara soalan yang ditanya. Fokus! Hehehe. Ada 3 panel temuduga. So antara soalan yang ditanya:

- ceritakan sedikit pasal diri anda (macam biasa la kann)
- tahu tak macam mana kerja kat klinik kesihatan
- kenapa nak kerja kat KK (aku pakai goreng je wehh hahaha rasa bengong jugak jawapan aku bila ingat balik, like WHY I SAID THAT??? πŸ˜‚)
- skop kerja jtmp
- sampel apa yang diterima kat KK
- apa kriteria penolakan sampel
- apa kawalan infeksi dalam makmal (tak ingat la tapi lebih kurang macam tu la soalan dia, dan aku pun main goreng huhu)
- bersedia ke nak kerja lebih masa, OT tapi takde gaji OT (sebab ni under personel mystep kan)
- boleh ke kerja kat sini (since aku dari melaka kan, pastu tanya jugak pasal tempat tinggal kalau dapat)

Ada lagi kot tapi aku tak ingat sangat. Yang lain-lain soalan tu macam soalan-soalan kecil je la, macam adik beradik, mak ayah kerja ke, dan sewaktu dengannya la. Panel semuanyaa baik-baik je, dan suasana temuduga haritu pun takla macam tense ke tegang semacam sebab semua panel agak relaks dan santai. Nasib baik la kan kalau tak fuh, gugur jantung gue.

Jadi itu aje la. Bagi aku, ni memang satu pengalaman baru la sebab ni FIRST INTERVIEW aku! Huhuhu. Dan alhamdulillah, first interview aku dah dapat yang aku rasa hanyalah sekadar tuah mungkin TT

Apapun, aku harap ni dapat memberi aku satu pengalaman baru la walaupun kontrak sekejap. Dan harap banyak la ilmu dan kemahiran aku dapat, dan mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Aminn...

Okay itu sahaja. Doakan aku bekerja nanti elok, senang nak adapt, dan dipermudah urusan. Terima kasih sudi baca. πŸ˜‡

Sehingga bertemu lagi, bye-bye! πŸ’–

Newer Posts