Followers

Nuffnang

Pages

29 May 2015

Doakan Aku..



"Nah, ambillah buku ni. Aku baru balik dari kedai buku tadi, so aku belikanlah untuk kau sekali." Lembut bicara Hurun Ain sambil memandang matanya. 

Dia hanya memandang sekilas, terus menyambung menonton movie di laptopnya. Movie Korea itu lebih menarik minatnya. Hurun Ain meletakkan buku itu di mejanya. "Takpelah, aku pergi mandi dulu. Rasa melekit pula. Kau dah solat Isyak? Kalau belum nanti kita solat sama-sama ya." Hurun Ain terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Selesai sahaja membersihkan diri, Hurun Ain bersiap-siap pula untuk solat. Sekali lagi dia cuba mengajak sahabat sebiliknya itu. "Aisyah, jom kita solat. Nanti kau sambung la balik tengok cerita tu. Sekejap je." Hurun Ain tetap cuba memujuknya. Aisyah menghentikan sebentar ceritanya itu. Earphone yang dipakai itu dicabut. Aisyah memandang Hurun Ain yang sudah siap bertelekung. 

"Hurun Ain, kalau kau nak solat, kau solat je la. Nanti lepas cerita dah habis cerita ni, aku solatlah. Kau tak payahlah nak risau pasal aku. Aku tahulah nak solat nanti. Kau ni kacau je la aku nak tengok movie. Kau solat, kau solat je. Tak payah nak tanya aku, ajak aku. Haishh.."Aisyah tanpa mempedulikan perasaan Hurun Ain terus menyambung kembali menonton ceritanya itu. 
Hurun Ain hanya tersenyum mendengar jawapan Aisyah. Begitulah adegan yang harus dipertontonkan setiap kali dia mengajak Aisyah solat bersamanya. Sebolehnya Aisyah akan cuba untuk menolak permintaanya. Adakalanya Aisyah tidak banyak cakap dan hanya menurut, itupun kalau moodnya baik mahu mengikut. Namun dia akur, bukan senang mahu mengajak orang berbuat kebaikan walaupun apa yang diajak ini bukannya suatu kebaikan tetapi suatu kewajipan kita sebagai umat Islam. 

Sebagai rakan sebilik, dia merasakan tanggungjawabnya untuk membantu dan memimpin Aisyah pulang ke jalan Allah. Dia tahu, Aisyah itu sebenarnya baik dan lembut hatinya. Walaupun adakala hatinya keras menerima ajakan Hurun Ain, namun dia percaya jauh di sudut hati Aisyah ada secebis hati yang lembut. Dia cuba juga untuk menyampaikan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik. Seperti Rasulullah SAW, baginda sentiasa menunjukkan perwatakan yang mulia dalam berdakwah. Dia sentiasa mendoakan sahabatnya itu. 

Selesai solat Isyak, Hurun Ain duduk di tepi katil. Mujur hari ini hujung minggu, sempatlah dia keluar membeli barangan yang diperlukan. Ada juga dia mengajak Aisyah, tetapi dia menolak. Katanya, dia malas mahu keluar. Dia memandang Aisyah yang membelakanginya. Dia tahu walaupun Aisyah sedang menonton movie, tetapi dia masih boleh mendengar apa yang dia mahu perkatakan. 

Hurun Ain berdehem sedikit. "Aisyah, kau nak dengar cerita tak? Tadi kan aku keluar dengan Zulaikha beli barang. Lepas tu aku adalah terserempak dengan seorang makcik ni. Eh, dia ni bukannya pengemis ke makcik jual kerepek ke apa-apa tau. Kalau aku tengok la kan, makcik ni dalam lingkungan 40 ke 50 tahun la lebih kurang. Aku dengan Zu nampaklah makcik tu bawa banyak barang. 

Jadinya, aku dengan Zu tolonglah makcik tu. Sambil berjalan ke kereta makcik tu, makcik tu pesan pula kat kami ni. Dia cakap, 'Haa, yang kamu ni janganlah beli barang-barang banyak macam ni. Menyusahkan diri je. Dahlah membazir duit beli macam-macam. Lepas tu kena bawa semua barang-barang. Hishh.' Lebih kurang macam tulah kan. Macam membebel kat diri sendiri pun ada.

Lepas tu kitaorang tanyalah kat makcik tu, 'Ohh.. Betul tu. Tapi makcik, habis tu kenapa makcik beli banyak sangat? Makcik juga yang cakap tadi kan jangan beli macam-macam.' Makcik tu pandang kitaorang. Hmm, masa tu kitaorang ingat makcik tu nak marah kitaorang ke sebab cakap macam tu. Cuak pula kitaorang time tu. Tiba-tiba makcik tu kata, 'Eh, bila masa makcik cakap macam tu? Eh, rasanya makcik cakap lainlah. Kamu tak korek telinga eh? Takpelah, terima kasihlah dah tolong makcik angkat barang.' 

Makcik tu macam tak nak mengaku pula dia apa yang dia dah cakap sebab dia buat benda tu. Haha, rasa kelakar pun ada." Hurun Ain memandang semula Aisyah. Masih lagi dengan movienya itu. 

Hurun Ain hanya tersenyum. "Apapun kat sini point yang aku nak cakap, kalau nak beli tu biarlah sederhana. Beli ikut keperluan, bukan kemahuan, bukan nafsu. Apa saja yang kita buat biar sederhana. Jangan melebih-lebih. Even kalau kita minat sekalipun dengan cerita korea ke, pelakon-pelakon korea ke atau lagu-lagu ni semua, jangan terlebih-lebih sampai lupa suruhan Allah. Kadang-kadang kita tak sedar benda ni melalaikan kita, sebab kita rasa benda tu adalah perkara biasa. Ini sebagai nasihat untuk aku dan kau. Sebagai peringatan sebab manusia ni selalu lupa, termasuklah aku. Kau faham. kan?" Tiada jawapan daripada mulut Aisyah.

"Okeylah, aku tidur dulu. Nanti kau jangan lupa solat Isyak dulu ye? Kalau tak keberatan, sebelum tidur tu bacalah apa yang aku dah pernah cakap hari tu. Ingat lagi kan? Paling mudah pun, bacalah ayat Kursi, surah Al-Ikhlas tiga kali, surah An-Nas dan doa sebelum tidur. Susah sangat bacalah doa tidur. Kalau susah juga, baca bismillah pun jadilah. Itu tandanya kita ingat juga pada Allah. Aku tidur dulu ye." Sempat lagi Hurun Ain berpesan kepada Aisyah. Sememangnya itulah rutinnya, sentiasa berpesan kepada sahabatnya itu.

Aisyah menghentikan sebentar cerita yang ditonton itu, menanggalkan earphone yang dipakainya. Keluhan kecil dilepaskan. Saban hari, tidak jemu Hurun Ain menasihatinya. Dia pula, adakalanya buat tak endah. Adakalanya juga dituruti kata Hurun Ain, ikut mood. Aisyah meraup wajahnya. Dia bangkit menuju ke bilik air, mengambil wuduk.

*  *  *  *  *  *

"Eh Aisyah! Kau dah sampai rupanya." Tegur Hurun Ain sejurus masuk ke biliknya. Aisyah hanya tersenyum. Dia menyambung kembali menghadap laptop. Sibuk melayani laman-laman sosial yang ada.

"Aisyah, jom kita makan. Ni haa, umi aku ada bekalkan aku sambal udang. Favourite kau kan? Jomlah makan sekali." Pelawa Hurun Ain sambil menghidangkan bekalan yang dibawanya.

Aisyah duduk bersila berhadapan dengan Hurun Ain. "Wah, bagusnya umi kau. Siap tahu favourite aku. Thanks." Hurun Ain tersenyum, sahabatnya semakin baik dengannya. Alhamdulillah mungkin berkat doa umiku.

"Eh, mestilah tahu. Kau kan sahabat aku. Oh, ya! Ini ada umi aku kirim untuk kau. Kira macam hadiah la. Ambillah." Tangan Hurun Ain menghulurkan beg plastik yang berisi hadiah daripada uminya. Aisyah mengeluarkan hadiah yang umi Hurun Ain beri. 

Selendang berwarna pink maroon. Cantik. Selalunya Hurun Ain yang beri hadiah seperti ini namun belum pernah dipakainya. Dia hanya menyimpan kerana dia berfikiran mungkin suatu hari nanti hatinya lembut untuk berubah. "Eh takpelah Ain. Segan pula aku. Kau dah bagi banyak, lepas tu umi kau pula. Tak payahlah. Aku pula naik segan asyik kau dengan umi kau je bagi hadiah." Aisyah cuba menolak dengan baik. 

"No worries okay? Just take it. Aku dengan umi aku ikhlas bagi kau hadiah ni semua. Aku tak minta kau berubah drastik terus, sikit-sikit pun aku dah cukup bersyukur. Aku bagi hadiah ni pun langsung aku tak ada niat nak perli kau. Aku tak nak nanti kat akhirat Allah tarik aku ke neraka sebab aku tak tegur kawan aku. Dan aku tak nak masuk syurga tu seorang diri. Aku nak masuk dengan sahabat aku yang aku paling sayang ni. Iaitu kau. Walaupun kadang-kadang kau macam tak suka aku, tak peduli apa aku kata tapi aku masih bersyukur sebab kau still nak kawan dengan aku. Kau tak lari, tak ada sampai nak pindah bilik ke, you still with me. Aku appreciate sangat. Bagi aku, kaulah sahabat dunia akhirat aku even aku ada kawan yang mungkin lebih baik daripada kau. Tapi aku tetap nak pilih kau supaya aku dapat bimbing diri aku dan kau sekali untuk masuk ke syurga Allah." Hurun Ain mengesat air mata yang keluar dari matanya.

"Sorrylah Aisyah, emosi terlebih pula. Kau jangan kecil hati dengan apa yang aku cakap ni ya? Aku nak basuh tangan kejap." Belum sempat Hurun Ain bangun, Aisyah menarik tangannya.

Aisyah seperti teragak-agak mahu bicara. "Aku, aku minta maaf Ain. Minta maaf kalau selama ni aku kasar dengan kau. Kau terlalu baik untuk aku. I'm so sorry." Hurun Ain terharu melihat Aisyah. Inilah pertama kali Aisyah minta maaf padanya dan ianya benar-benar tulus. 

'Alhamdulillah, terima kasih ya Allah...'

*  *  *  *  *  *

"Aisyah, apa lagi tu? Kita dah lambat nak ke kelas ni. Dah cantik dah tu." Hurun Ain memanggil nama Aisyah sambil memakai kasut. 

"Kejaplah, tudung ni ha tak betul. Aku dah gosok elok dah semalam. Tak tahulah apa masalah la tudung ni." Rungut Aisyah. Beg kuliah segera dicapai, tak mahu Hurun Ain membebel lagi pagi-pagi. 'Hai, lantak kaulah tudung. Memang rupa segini kau suka. Haihh.." Sempat lagi Aisyah membelek tudungnya di cermin.

*  *  *  *  *  *

"Eh, kau nak apa hah? Aku tak ada duit la! Pergi!" Jerit Aisyah terhadap lelaki itu. 

"Aisyah, bagi je. Nyawa lagi penting, Sya." Hurun Ain yang berdiri di tepi cuba menasihati Aisyah agar beri sahaja apa yang lelaki itu mahu. Risau dia melihat sahabatnya itu. Aisyah kadangkala agak degil. Duit boleh dicari tetapi bukan nyawa.

Lelaki itu mendengus. "Huh, kau tak nak bagi ya? Takpe, cara lembut kau tak nak kan? Meh sini, biar aku buat cara kasar." Lelaki itu menerpa Aisyah.

"Aisyah!" Hurun Ain berlari ke arah Aisyah. Aisyah hanya menutup mata ketakutan. Aku redha ya Allah, andai itu penghujung hidupku. Ampunkan dosaku..

Terasa seperti tubuhnya dipeluk erat, suara kesakitan kedengaran. Aisyah membuka matanya, melihat apa yang berlaku. Allahu Akbar!

Tubuh Hurun Ain berlumuran darah. Perutnya ditikam pisau oleh lelaki tadi yang telah melarikan diri. Rupanya Hurun Ain telah berlari ke arahnya dan melindungi dirinya daripada ditikam oleh lelaki itu. 'Ain telah mengorbankan dirinya untuk melindungi aku. Ya Allah..'

Tubuh Hurun Ain dirangkul erat. Aisyah cuba menjerit meminta tolong. Salah dia kerana mengajaknya berjalan di sini. Salah dia kerana tidak mendengar kata sahabatnya itu. "Ain, please.. Jangan tinggalkan aku. Aku masih perlukan kau. Kenapa buat macam ni?" Aisyah menangis teresak-esak.

Hurun Ain memegang pipi sahabatnya itu. Tangan Aisyah diraih. "Aku takkan tinggalkan kau. Aku akan selalu ada dengan kau. Selalu ada dalam hati kau. Aisyah, kau maafkan aku ya? Andai ajal aku tiba malam ni, kau doakan aku ya. Kalau kau tak jumpa aku kat syurga nanti, kau tanya Allah mana aku. Kalau aku tak jumpa kau, aku akan tanya Allah mana kau supaya Dia tarik kau masuk syurga dengan aku. Kau la sahabat aku. Aisyah, aku sayang kau kerana Allah. Ingat tu.." Hurun Ain menahan kesakitannya demi sahabatnya yang tersayang.

"Aku dah maafkan kau dah. Kau jangan cakap macam tu please. Kau je sahabat yang aku ada. Aku pun sayang kau." Aisyah tidak dapat menahan tangisnya.

"Aisyah, terima kasih ya." Itu kata-kata terakhir sebelum....

*  *  *  *  *  *

Aisyah merenung lautan yang membiru, luas dan tenang. Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan Illahi. Nikmat yang Allah kurniakan tidak ternilai. Dia bersyukur kerana nikmat hidup yang Allah beri sudah cukup baginya, sudah cukup bahagia.

"Aisyah.." Suatu suara kedengaran memanggil namanya. Dia tersenyum melihat wajah itu. Hidupnya cukup bahagia kini dengan kehadirannya.

Ya Allah, terima kasih kerana Engkau hadirkan dia dalam hidupku. Aku bersyukur dengan hidupku ini. Tiba-tiba ingatannya teringat kepada sahabat baiknya. Hurun Ain. 

"Hah, berangan lagi. Tak habis-habis berangan. Berangan pasal apa tu? Tak nak share ke?" Tersentak Aisyah dibuatnya.

"Hish, abang ni. Tak baik tau. Sakit jantung nanti, haa baru tahu. Mana ada Sya berangan. Termenung je." Marah-marah manja Aisyah pada suaminya.

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakannya seorang suami yang baginya cukup sempurna. Yusuf Ar-Rayyan, seorang yang cukup penyayang, penyabar, baik hati dan paling penting, dia menjaga agamanya serta imannya. Tidak penting bagi Aisyah suaminya itu berdarah campuran Belanda-Melayu, kacak, kerana baginya itu semua adalah bonus. Walaupun baru memasuki dua tahun di alam rumah tangga, hidupnya terasa cukup lengkap. Bertambah lengkap dengan bakal kelahiran zuriat pertamanya.

"Okey, mama. Sudah ya mama. Jom kita balik ye. Kasihan anak abah ni sejuk duduk luar. Apalah mama ni kan?" Yusuf mengusap-usap perut Aisyah. Kini kandungannya sudah hampir masuk tujuh bulan. 

Aisyah tersenyum melihat telatah suaminya. "Yalah, abahnya. Jomlah kita balik. Mama dah merajuk, nak balik." Aisyah menarik muka masam sambil menyilangkan tangannya.

"Alahai mama ni. Merajuk pula. Baby belum keluar lagi dah merajuk. Baby besar pula merajuk ye. Meh sini abah pujuk." Yusuf cuba memujuk isterinya itu. Dia tahu, isterinya itu hanya merajuk manja. 

Tiba-tiba mata Yusuf tertarik akan sesuatu. Dia tersenyum. Dia kenal siapa itu. "Sya, pengatin baru ada kat sini la." Mata Aisyah terus melihat sudut yang dipandang suaminya itu. Aisyah tersenyum lebar.

"Ain! Ain!" Aisyah melambai-lambai sahabatnya itu. Rindu sungguh Aisyah padanya. Hampir dua minggu dia merindukan sahabatnya yang tiada di hadapan matanya kerana Hurun Ain bercuti berbulan madu bersama suaminya. Pengantin baru la katakan.

Hurun Ain melihat Aisyah memanggil dirinya. Tidak sangka bertemu juga mereka di sini.

"Aisyah, rasa macam lama tak jumpa kau. Rindu." Pelukan erat dua sahabat ini hanya diperhati oleh Yusuf. "Haishh, bila dua sahabat bertemu, inilah dia." Yusuf tergelak kecil.

"Amboi, mengata orang. Kalau dia jumpa Danial tu, dia la yang lebih-lebih. Nasib baik Danial tu tak ikut sekali, abang. Kalau tak, mahu Sya pula yang ditinggalkan." Hurun Ain gembira melihat sahabatnya bahagia.

Terima kasih, ya Allah kerana Engkau masih memberi aku peluang kedua untuk hidup. Peluang ini takkan aku sia-siakan. Aku sudah cukup bersyukur kerana kasih dan rahmatMu yang Engkau beri padaku terlalu banyak. Terima kasih ya Illahi kerana mengirimkanku sahabat dan suami yang mencintaiMu dengan hati yang tulus dan mencintaiku keranaMu..

Terima kasih, ya Allah...

*  *  *  *  *  *

Persahabatan yang sebenar sukar dicari dan sukar dicari ganti.
Persahabatan yang jujur dan ikhlas itu yang dicari.

Tidak semua mampu berhijrah, kerana sedar hijrah itu payah.
Kerana hijrah itu memerlukan kesabaran yang tinggi dan keikhlasan.

Contoh teladan yang baik turut menjadi suatu dakwah.
Perjuangan kita tidak seharusnya berhenti di sini tapi sehingga akhir hayat.


p/s: Apa yang mampu saya cuba sampaikan. Maaf andai ada yang tidak suka, ada yang kurang. Andai ada yang salah, tegurlah saya.  

26 May 2015

Aku Sibuk Laa..

Alhamdulillah, hari ini masih berkesempatan lagi aku nak update blog menambah entri baru. Well, as you guys see pada tajuk tu (haa, mata tu pergi tengok tajuk kat atas la tuu..hihi), okey takyah tengok atas ye. Memandangkan hari ini tajuknya 'Aku Sibuk Laa..' , memang macam aneh pula. Lala, sibuk sangat... Haha. Okey2, terus masuk apa yang aku nak cakap la eh.

Well, as you guys know sekarang ni memang time berduyun-duyun pelajar lepasan spm 2014 ni sibuk. Sibuk apa? Nak masuk u la you alls.. Now most of my friends had already be a college student. Some of them in Darul Quran, in Matrics, in USIM, UIA, UMS and others. But a few of them will register quite late because its depends on university or college they will go. Maybe about 10, less or more of them who got scholarship from JPA-MARA and MARA and also under their own scholarship. One of my friends will further her studies in Italy because her family will imigrate there this May. One more will go to the Turkey, and the others they will have like a preparation studies before they further their studies in overseas such as UK, US, India and Jordan. Well I think I don't really remember which country they will fly soon actually. So hopefully they could give the best and success in whatever they do. Pray for me as well, hope I have a chance to study oversea too especially in Australia (it had been my dream to go there ^^ ).

As for me, this really really early June which is 1st of June I will register myself as a student of PALAM. Aiyoo... What's that? That's actually a shortform for UiTM Puncak Alam. Well soon I will be a student of UiTM Puncak Alam. Woww. Even I haven't register as a student there, but a group of whatsapp of this palam had already exist. So if we, the palamians-to-be have any questions regarding the college or anything about registration, we can ask the seniors in the group. InsyaAllah, they will answer all the questions you asked. But don't ask a very very unlogical question. 

But mostly of the members of this group are the members who will study foundation which are the foundation in sciences and foundation in engineering. And me, foundation in sciences. Well, this group was really really helping us, the juniors. And also this group had helping us in finding friends whether in the same course, same school, same name or whatever same. Maybe same face, who knows.

Lalala, why I think what I've said above doesn't had any related to the post title? Daaaa... Not related Cik Nufaz. Okay so actually what I really want to say to you guys is maybe after this blog will be quite 'krik krik' because I will be a student again. Almost one week I will  have an orientation week which is called MDS, Minggu Destini Siswa. They said maybe it will be quite tiring, of course la. And they said too, maybe wave 1 which means those who register on the first day, 1st june like me have a quite prepared schedule. Okay means jadual yang agak teratur than second wave. 

Naaa, its like we've run from the topic again. Wait, mana ada lari tajuk. I just explain it clearly. So InsyaAllah if I don't really 'busy' with my mds I will update the story with you guys. But if I was really really busy I'm so sorry and InsyaAllah I will update it after the mds  finish, as soon as possible. 

Okay guys, that's all for today. I'm really sorry if I hurt your heart, if I talk write harshly, or anything please don't keep it on your heart. Just tell me. If you keep what you are not satisfied with me, it will just make your heart hurts. So don't keep it but just burst it out, okay? Thank you guys for reading and if you have any comments, just jot it down on the comment box below. Leave your comment there. Thank you =)

p/s: tetiba hari ni nak speaking pulak aii. English aku ntah pape je. Maaf la yee. Kalau ada yang kureng paham ni pandai2 la google translate sendiri. Hihi. 



25 May 2015

I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl


Wuhuuu... Hari ini aku join lagi giveaway. Tak habis-habis. Yelah, lepas ni nak masuk u dah. So ini dia hari ini punya giveaway, I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl.

Klik banner untuk join !

Syarat-Syarat Wajib

1. Tulis entry bertajuk I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl




@nadhira_rosman ,

5. Follow Twitter

@nieylanadia , @pen_pensel , @norminieza , 


6. Jangan Lupa untuk tinggalkan URL penyertaan anda di kotak komen..

7. Pemenang akan di pilih secara random.org 


Dah baca? Apa lagi, jomlah join! Simple dimple je =)

20 May 2015

CerPan Adam




Tangan mak dan abah aku salam. Aku hanya melambai begitu sahaja. Langsung tidak ada perasaan. Lambaian hanya sekadar tangan, muka ini langsung tidak menoleh. Aku terus melangkah masuk ke dalam teksi yang telah menungguku. Langsung tidak aku sedar, mungkin itulah lambaian terakhir aku kepada mereka. 

Aku menyambung pelajaranku di luar negara. Di kota London. Di sini aku seolah-olah lupa segala tentang diri aku. Aku jarang menghubungi mak dan abah. Jarang sekali aku bertanya khabar mereka. Sihatkah atau sakitkah? Kehidupan aku di sini hanyalah aku, pelajaranku dan kawan-kawanku. Fokusku pada pelajaran terlalu tinggi sehingga aku lupa segalanya. Sekali sekala aku menelefon mereka pun hanya kerana mahu meminta wang walaupun keluargaku bukanlah daripada keluarga yang berada. Pelajaranku ini pun merupakan biasiswa yang aku dapat daripada sebuah syarikat terkemuka.
   
Setelah 3 tahun aku di negara orang, aku pulang ke tanah airku. Aku pulang dengan membawa segulung ijazah. Tidak pula aku terus pulang ke kampungku, namun aku terus ke ibu kota negara. Aku mahu lihat syarikat yang bakal aku bekerja nanti. Dalam keasyikan aku melihat suasana yang sudah lama aku tinggalkan, aku tiba-tiba rebah ke lantai. Aku berasa lemah sekali. Mataku berpinar-pinar. Degupan jantungku berdegup laju. Aku tidak tahu apa kena dengan diriku. Datang seorang lelaki membantuku. Aku tidak dapat melihat wajahnya jelas kerana mataku ketika itu kelihatan kabur. Mujur ketika itu aku berada berdekatan dengan sebuah kedai buku.

Sejurus aku sedar, aku lihat doktor di sebelahku sedang memeriksa diriku. Di sudut lain pula aku dapat melihat seorang lelaki yang tidak aku kenali sedang berdiri di hujung katil. Mungkin itu lelaki yang membawaku ke sini. Aku segera mengubah posisiku dalam keadaan duduk. 

"Encik Adam, Encik Adam kena berehat dulu ye. " Doktor itu menasihatiku. Doktor Husaini. 
Lelaki yang berdiri di hujung katil itu segera datang ke arahku apabila doktor yang bertugas merawatku pergi. Dia tersenyum melihatku. 

" Saya Farid. Saya yang bawa awak ke hospital. Macam mana? Encik Adam rasa okey?" Ramah dia menegurku.

Aku sekadar mengangguk. 

"Bagaimana dengan keluarga Encik Adam? Saya minta maaf la sebab tak hubungi keluarga Encik Adam sebab saya tak jumpa sebarang nombor telefon keluarga Encik Adam. Telefon Encik Adam pula dah habis bateri. Tapi kalau Encik Adam nak hubungi mereka Encik Adam boleh guna telefon saya." Dia cuba membantuku.

Ketika itulah aku baru teringat akan mak dan abahku di kampung. Seharusnya aku pulang terus ke kampung. Apakah ini petanda yang Allah ingin beri padaku? "Err, panggil saja Adam. Emm, Encik Farid. Terima kasihlah sebab bawa saya ke hospital. Kalau Encik Farid tak ada tadi, tak tahulah apa akan jadi dengan saya."

"Tak ada apalah. Itu dah menjadi kewajipan saya sebagai seorang insan, seorang muslim membantu antara satu sama lain. Oh ya, doktor ada berpesan dengan saya tadi. Dia suruh saya hubungi waris pesakit sebab ada perkara yang doktor tu nak beritahu. Itu yang saya cari nombor keluarga Adam tapi tak jumpa pulak." Jelas lelaki itu sambil tersenyum.

Aku termenung, teringat mak dan abah. Jarang sekali aku bertanya khabar apatah lagi pulang ke kampung. Pasti mereka merindui aku. Aku harus segera pulang ke kampung. Aku tidak tahu apa yang aku rasa tapi hanya itu yang terdetik di hatiku. 

Aku segera mempersiapkan diriku. Aku harus keluar hospital hari ini juga. Hatiku seolah-olah rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Belum sempat aku keluar dari bilik itu, tangan Farid sempat mencapai tanganku.

Aku berpaling ke arahnya. Mungkin dia tidak setuju aku keluar dari bilik ini tanpa izin doktor yang bertugas. Atau mungkin bukan. "Adam, saya tak kisah kalau Adam nak keluar. Saya faham, mungkin ada perkara yang penting yang Adam perlu uruskan. Tapi sebelum Adam pergi, saya rasa lebih baik Adam berjumpa dahulu dengan Dr. Husaini, doktor yang merawat Adam tadi. Saya rasa ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Dr. Husaini tadi. Sepertinya, ia suatu perkara yang amat penting." Lembut sahaja bicara lelaki itu. Rupanya dia hanya ingin menyuruh aku bertemu dengan doktor itu.

"Adam jangan risau. Bil hospital ni saya dah bayarkan untuk Adam. Saya ikhlas tolong Adam." Pernyataannya itu membuatkan aku agak terkejut. Lelaki ini sanggup membayarkan untuknya bil hospital ini. Hati aku agak tersentuh sedikit dengan peribadinya yang baik. Walaupun dia tidak begitu mengenaliku namun dia sanggup menolongku. Selepas aku mengucapkan terima kasih, dia sempat lagi menghulurkan kad namanya sebelum aku pergi. Aku berjanji pada diriku, aku akan balas semula jasanya.

Aku duduk di hadapan Dr. Husaini. Aku mendengar setiap butir katanya. Pedih hatiku bila mendengar kata-kata doktor itu. Rasa seperti jantungku berhenti berdegup. Apakah ini balas Tuhan padaku? Apakah ini balasan kerana aku mengabaikan orang tuaku? Allahu Akbar! Baru kini aku ingat Tuhan, baru kini aku ingat mak dan abah. Ya Allah, berat sungguh dugaan ini. Air mataku mengalir jatuh ke pipi.

"Encik Adam banyakkanlah bersabar. Ini semua dugaan Allah untuk hambaNya. Jalan terakhir untuk sakit seperti Encik Adam ini adalah pembedahan. Tapi biasalah, pembedahan ini mengambil kos yang agak tinggi dan juga agak sukar kerana kita perlu mencari penderma yang sesuai untuk Encik Adam. Apa-apa pun, Encik Adam kena banyak berdoa pada Tuhan." Nasihat doktor itu aku simpan.

*  *  *  *  *  *

Aku kini berdiri di hadapan rumahku. Sunyi. Rumah ini kelihatan sunyi sepi. Aku langsung tidak dapat melihat bayang-bayang mereka. Sudah pindah ke? Tak mungkin. Ini sahaja satu-satunya rumah yang dimiliki keluargaku. Keluargaku bukanlah keluarga yang berada. Aku memberi salam. 
Tiada jawapan. Aku naik dan cuba untuk membuka pintu rumah. Tidak berkunci. Penuh debar aku melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah ini masih tidak berubah. Aku melangkah pula menuju ke bilik mak dan abah. Aku terdengar seperti suara sedang berbisik. Aku menyelak langsir yang menutupi ruang dalam bilik itu.

Hatiku tersentap melihat abah di kaki sejadah. "Ya Allah, Engkau ampunilah dosa anakku, Adam. Engkau peliharalah dia daripada kemurkaanmu. Aku redha ya Allah andai dia sudah lupa akan aku. Aku cuma ingin anakku bahagia. Engkau berilah Adam hidup yang bahagia, jauh dari derita. Walaupun aku rindu sangat dengannya, cukuplah gambarnya menjadi tatapanku. Engkau berkatilah kehidupannya. Engkau berilah Adam kesihatan yang baik dan jauhkanlah dia daripada segala penyakit. Dan Engkau tempatkanlah isteriku di kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kerana Engkaulah aku mampu bertahan untuk hidup, sehingga anakku pulang, jua sehingga aku mati. Kepada Engkaulah aku mengadu, memohon hajatku. Makbulkanlah ya Allah doaku ini. Aminn.. " 

Aku terus meluru ke arah abah sejurus selesai abah berdoa. Air mata yang mengalir terus deras menuruni pipiku. Tubuh abah aku peluk erat. "Adam minta ampun abah. Adam minta ampun.." Aku tidak dapat menahan perasaanku. Abah turut membalas lembut pelukanku.

"Alhamdulillah, Allah makbulkan doa abah. Adam dah pulang nak." Aku dapat melihat air mata kegembiraan di mata abah. Ya Allah, berdosanya aku mengabaikan mak abah. Adam janji akan jaga mak abah, sampai Adam mati.

"Abah, mak mana abah? Adam nak jumpa mak. Adam lama tak jumpa mak, abah. Adam banyak dosa dengan mak." Mataku melilau mencari mak. "Mak kat dapur agaknya. Adam pergi tengok kejap ye abah." Aku pergi ke dapur mencari mak. 

Sudah puas seluruh dapur aku cari tapi tidak juga aku temui mak. Aku ke hadapan semula untuk bertanya kepada abah. "Abah, mak mana? Adam cari kat dapur, tapi tak ada." Aku memandang wajah abah. Hanya wajah sayu abah yang kulihat.

Aku dapat melihat, wajah abah yang cuba untuk tersenyum. "Adam, mak tu sayang sangat dengan Adam. Sebab mak sayang sangat dengan Adam, Allah pun lagi sayang dia. Mak dah meninggal setahun lepas, Dam." Tiada kata yang mampu aku lepaskan. Aku terduduk di lantai mendengar kata-kata abah.

"Abah minta maaf sebab tak beritahu Adam. Abah cuba telefon tapi tak dapat. Macam-macam abah cuba nak hubungi kamu tapi tetap tak dapat. Adam banyakkan bersabar ya?" Abah cuba untuk menenangkanku.

"Adam banyak berdosa pada mak abah. Adam banyak lukakan hati mak abah. Adam dah abaikan mak abah. Adam tak sempat nak jumpa mak, minta ampun dengan mak. Adam tak sempat nak tengok wajah mak buat kali terakhir." Aku merintih, menyesal dengan apa yang berlaku. Ya Allah, Engkau berilah aku peluang kedua untuk aku tebus kembali dosaku. Engkau berilah aku peluang untuk menjaga abahku, sehingga aku mati. Berilah aku peluang untuk aku menebus kembali tanggungjawab aku sebagai seorang anak terhadap abahku yang telah aku abaikan dulu. Berilah aku peluang ya Allah.

*  *  *  *  *  *

Sudah 6 bulan berlalu. Alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang untuk hidup. Masih memberi aku peluang untuk aku menjaga abah. 6 bulan inilah aku memanfaatkan hidupku, menebus kembali masa yang aku sia-siakan dulu. 6 bulan sudah aku menjaga abah. 6 bulan jugalah aku telah mengenali seorang lelaki serta menjadikan dia sahabatku yang paling aku rapat. Seorang lelaki yang pernah membantuku dahulu. Farid. Dialah yang telah banyak membantuku dan mengajarku lebih mendalam tentang Islam, tentang kehidupan ini.

Hari ini aku berjumpa dengan Dr. Husaini. Panggilan daripada doktor itu pagi tadi yang membawa aku ke sini. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku dipanggil. Mungkinkah sakitku sudah tahap kritikal? Atau mungkinkah masaku tidak lama lagi? Bermacam-macam fikiran bermain di mindaku.

Dr. Husaini memandangku. Kemudian aku lihat dia tersenyum. "Encik Adam, tujuan saya panggil ni sebab ada berita baik yang saya nak sampaikan. Alhamdulillah, penderma yang sesuai untuk Encik Adam sudah kami jumpa dan selepas ini sekiranya Encik Adam sudah bersedia, kita akan menjalankan pembedahan secepat yang mungkin."

Aku kehilangan kata-kata. Dalam hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku dengan berita ini. Ya Allah, terima kasih kerana Engkau masih memberi aku peluang ini. 
"Sekiranya Encik Adam bersetuju, saya akan sediakan borang persetujuan dan membuat persiapan untuk pembedahan Encik Adam. Bagaimana Encik Adam?" Doktor Husaini bertanya kepadaku.

Aku tidak terus menjawab soalan itu. Dalam gembira, aku ingin juga tahu siapakah orang yang begitu baik hatinya yang sanggup menjadi penderma untukku. "Doktor, kalau boleh saya tahu, siapa yang menjadi penderma untuk sakit saya ni ya? Sebab saya nak jumpa dia, nak ucapkan terima kasih pada dia." Aku cuba mendapatkan maklumat tentang penderma tersebut.

"Saya minta maaf Encik Adam. Penderma Encik Adam meminta saya merahsiakan tentang dirinya. Jadi saya menghormati keputusannya supaya tidak mendedahkan identitinya. Tapi kalau Encik Adam mahu, saya akan sampaikan ucapan terima kasih Encik Adam tu kepada beliau." Hajatku untuk berjumpa dengan penderma itu tidak kesampaian. Tidak mengapalah, berita ini sahaja sudah cukup membuatku gembira. 

"Tidak mengapalah kalau begitu doktor. Jadi, untuk pembedahan itu berapa kos yang diperlukan ya, doktor?" Aku risau sekiranya wang simpananku tidak mencukupi. Namun, jawapan yang diberi oleh doktor itu amat mengejutkanku. Kos pembedahan semuanya telah ditanggung oleh penderma. Ya Allah, apakah ini semua mimpi? Sungguh mulia hati penderma itu. Beliau sanggup menjadi penderma dan menanggung kos pembedahan tersebut. Ternyata masih ada lagi insan seperti itu di dunia ini. Aku bersyukur, ya Allah.

Hari ini hari pembedahanku. Namun kelibat abah langsung tidak aku lihat. Hanya pagi tadi sahaja, itupun sebentar sahaja abah datang menjengukku. Selepas itu aku tidak lagi melihat kelibat abah. Apakah abah yang menjadi pendermaku? Benarkah abah yang mendermakan organnya kepadaku? Ya Allah.. Mujur pagi tadi Farid datang menemuiku. Dia menenangkanku sebelum aku memasuki bilik pembedahan. Tenang aku melihat wajahnya. Hatiku yang resah menjadi tenteram melihat wajahnya. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang begitu baik. Terima kasih, ya Allah kerana Engkau mengirimkanku sahabat yang baik.

*  *  *  *  *  *

Aku membuka mataku. Hanya siling putih yang aku lihat dengan kipas yang berputar-putar di atas. Suara-suara ku dengar, namun tidak jelas. Aku melihat sekelilingku. Aku dapat melihat abah berada di sisi kananku. Di sisi kiriku pula, aku lihat Dr Husaini sedang memeriksaku. Aku berasa tubuhku begitu lemah sekali. Mungkin kesan daripada pembedahan tersebut. 

Rupanya, sudah seminggu aku terlantar di hospital selepas pembedahan itu. Selama seminggu jugalah aku langsung tidak sedarkan diri selepas pembedahan. Mungkin tubuhku terlalu lemah. Alhamdulillah, doktor memberitahuku bahawa kesihatanku semakin baik. Pembedahan itu telah memberiku peluang kedua untuk hidup. Terima kasih, ya Allah. Terima kasih kerana Engkau memberiku peluang kedua untuk aku teruskan hidup.

Sudah hampir sebulan aku menjalani kehidupan seperti biasa selepas pembedahan. Alhamdulillah, kesihatanku semakin membaik. Kini aku dapat menjaga abah dengan lebih baik. Seketika, aku teringat akan penderma yang baik itu. Bagaimana keadaan dia agaknya? Aku langsung tidak teringat akan dia selepas pembedahan itu. Aku cuba bertanya kepada abah sekiranya dia tahu tentang penderma tersebut.

Aku dapat melihat riak wajah abah berubah sejurus aku bertanyakan soalan itu. Adakah ini ada berkaitan dengan dirinya? Belum sempat aku bertanyakan lebih lanjut, seorang peguam telah datang ke rumah kami. Aku berasa terkejut dan aneh apabila melihat peguam datang ke rumah kami. Ada apa-apa yang telah berlaku ke?

"Tujuan kami datang ke sini adalah untuk menyampaikan wasiat arwah Muhammad Farid Danial bin Abdullah." Allahuakbar! Jantungku seolah-olah tidak berfungsi, berhenti berdegup. Ya Allah, dugaan apa lagi ini? Farid meninggal? Mengapa aku tidak diberitahu soal ini? Mengapa aku tidak tahu bahawa Farid telah meninggal? Ya Allah.... Aku meraup wajahku. 

Rupanya barulah aku tahu bahawa penderma itu adalah sahabat aku sendiri. Orang yang aku kata mulia hatinya itu adalah sahabat aku. Orang sanggup mendermakan organnya dan menanggung kos pembedahan itu adalah sahabatku. Mengapa dia sanggup mengorbankan nyawanya untuk aku? Begitu banyak yang telah dia lakukan untukku. Sedang aku masih belum mampu membalas jasanya yang begitu besar, tidak ternilai harganya. Seorang sahabat yang aku sanjungi, hilang dari hidupku. Andai wang bisa mengembalikan nyawanya, aku sanggup bayar. Andai aku mampu putar waktu, aku tidak akan bersetuju dengan pendermaan ini. Biarlah aku yang sakit, selagi dia ada di sisiku sehingga aku mati. Aku tidak menyangka, dia yang tiada hubungan pertalian darah denganku sanggup mengorbankan nyawanya untukku. Hubungan kami hanyalah sekadar terikat dengan pertalian silaturrahim, pertalian agama yang sama.

Kisah sebenar Farid baru aku ketahui. Farid sebenarnya bukan sahaja hanya seorang pemilik kedai buku, tetapi dia juga seorang usahawan. Dia mempunyai sebuah syarikat. Sebuah syarikat yang menghasilkan produk-produk bersumberkan makanan Islam. Cuma kehidupannya dia lebih memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Kagum aku dengan kehidupannya. Lebih aku tidak menyangka, dia telah mengamanahkan aku untuk menguruskan dan mengambil alih pengurusan syarikat itu dalam wasiatnya. Ya Allah.... Begitu tinggi dia meletakkan kepercayaannya kepadaku. Amanah ini terlalu besar untuk aku pikul, tidak layak aku memikulnya. Farid bukan sahaja meninggalkan hartanya kepadaku, dia juga meninggalkan adik perempuannya untuk diamanahkan kepadaku menjaganya. Ternyata wasiat ini telah dibuat sebulan sebelum dia meninggal. Farid rupanya menghidap penyakit barah otak. Tahapnya ketika itu sudah di tahap yang agak kritikal. Namun dia tetap bertahan demi adiknya.

Aku tahu, dia bukannya ingin membebankanku tetapi dia telah mempercayaiku sepenuh jiwanya untuk menggalas amanah ini. Aku tidak pernah menganggap ini semua suatu beban yang berat yang harus aku pikul, namun aku akan menganggap ini semua sebagai membalas jasanya yang begitu besar dalam hidup aku. Amanah ini akan aku pikul dengan sebaiknya. Aku akan menguruskan syarikatnya sebaik mungkin serta menjaga adik perempuannya semampu diriku. Farid, aku berjanji pada diriku, aku akan menunaikan amanahmu. Aku akan menjaga adikmu seperti nyawa aku sendiri. Terima kasih Farid atas segalanya yang kau buat untukku. Terima kasih sahabatku.

*  *  *  *  *  *

Setahun berlalu. Alhamdulillah, kehidupan aku kini sudah cukup lengkap, bahagia. Abah semakin sihat dan turut membantuku dalam urusan bisnes sedikit-sedikit. Adik perempuan arwah Farid, Nur Farnida Dania pula telah sah menjadi isteriku. Aku terima segala kelebihan dan kekurangan diri Farnida. Perkahwinan aku dengannya bukanlah kerana atas dasar kasihan atau mahu membalas budi arwah Farid, tetapi atas dasar cinta. Cinta aku padanya tulus. Aku sudah cukup gembira dan bahagia bersamanya. Farnida juga kini telah disahkan mengandung 2 bulan. Alhamdulillah, ya Allah... 

Setiap apa yang aku lalui dalam kehidupan ini aku redha. Setiap apa dugaan yang Allah beri aku terima. Setiap kelebihan dan kekurangan dalam hidup ini aku terima dengan hati yang ikhlas. Setiap nikmat yang Engkau berikan padaku, aku bersyukur ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana masih memberi aku peluang melihat dan menjaga abah. Terima kasih juga kerana Engkau mengirimkankanku isteri yang solehah sebagai bidadariku. Dan terima kasih ya Allah, kerana Engkau mengirimkanku sahabat yang paling aku sanjungi dan sayangi dalam hidup aku walaupun hanya sebentar. Semoga Engkau tempatkan dia di kalangan orang yang beriman. Aminn....

Terima kasih, ya Allah...

*  *  *  *  *  *  *
p/s: Ini hanya sekadar suka2. maaf andai ada yang terguris atau ada yang tidak suka. saya tidak pandai mengarang. maaf kerana ia menjadi cerpen yang panjang pula walhal niat saya cuba untuk menjadikannya sebuah cerpen. tapi dah jadi cerpan pula. lastly, harap kita dapat ambil iktibar ye.

Hargai ibu bapa anda selagi mereka masih hidup.
Hargai sahabat anda selagi mereka masih ada.
Hargai isteri anda tidak kira apa kekurangannya.
Bersyukur itu satu nikmat..

12 May 2015

Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday



Assalamualaikum w.b.t.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday sempena birthday my babies bulus Max & Bella yang ke-2 (16 April 2013 ~ 16 April 2015).

http://yanapinkblossom.blogspot.com/2015/04/giveaway-max-bella-2nd-birthday.html?m=0
Klik BANNER untuk join (^^,)

Tarikh Mula : 18 April 2015 (12.01am) | Tarikh Tutup : 16 Mei 2015 (11.59pm)

SENARAI HADIAH :
Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
Wang Tunai RM10 x 3 pemenang


Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen



Klik banner untuk join !

Hadiah menarik buat anda :

Peserta bertuah akan memenangi sekalung rantai diamante jenama Lovisa bernilai RM100+ untuk dihadiahkan kepada ibu yang tersayang. 

Hadiah untuk pemenang bertuah.

Siapa yang tak nak hadiah ni kan? So jom join GA ni ramai-ramai! Boleh bagi hadiah ni kepada ibu yang tersayang..



Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur









{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015




Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur


2. Follow blog  : 




3. Like Fanpage :











4. Follow instagram  :

@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72







** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com



7 May 2015

Mahasiswa-To-Be =)



Alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi aku peluang untuk bernafas dan menulis entri terbaru. Hari ini aku tak mahu cakap panjang-panjang (walaupun at the end aku akan cakap panjang juga) so aku takde la nak straight forward sangat kan. Firstly, aku nak cakap aku dapat lesen P. Yeayy! Haha, macam tak happy je bunyi. Okey-okey. Next aku nak tunjuk sikit buku-buku yang aku beli kat PWTC masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Haa, amik kau. Actually bukan aku la yang pergi sana beli sebab I don't have any transport to gooo. I duduk melaka takde ktm, hanya ada bas. My parents tak bagi pulak I naik bas sensorang pergi KL sebab I tak pernah pergi sorang-sorang. So cemana I boleh beli buku kat sana ek? Haa, kakak aku ada bertugas kat sana, kat booth utusan. So kira sambil menyelam minum air dia pun ambil la pesanan-pesanan daripada adik beradik ibu ayah aku nak beli buku apa kat pwtc tu. Aku rasa akulah yang paling banyak memesan buku kat akak aku. Haha. Nasib baiklah akak aku dah dapat baucer buku tu so guna baucer tu jelah.

Macam-macam jugaklah aku pesan. Hampir semua kategori aku pesan. Novel, majalah, komik, buku motivasi, entahlah apa lagi la kan. Ni haa, amik kau list yang aku pesan kat akak aku tu :

1) catatan matluthfi
2) majalah gen Q edisi terbaru
3) komik kijiya siri 11-13
4) komik lawak kampus
5) novel andai itu takdirnya 2
6) buku #henshin

Fuhhh, ini pun kira banyak la jugak, banyak pesanan daripada family aku yang lain tu. Depa semua tak tau nak pesan buku apa. Aku je yang beria-ria pesan macam-macam. Akak aku tu novel bukan ke main banyak lagi beli. Yang kat rumah ni pun tak terbaca-baca nak beli novel lain. Aiyoo. Tapi tak semua la aku dapat. Komik kijiya siri 11 and buku henshin tu jela yang aku tak dapat. Buku henshin tu sekejapan je habis. Yelah, buku tu baru je untuk tribute. Eh, betul ke apa aku cakap ni ek? Tak kisahlah kan. By the way, buku #Henshin ni adalah karya aiman banna yang boleh dikira sebagai blogger, I think. Best jugak la aku baca. Nah, ini blog aiman banna. Sesiapa yang nak jengah blog aiman banna, meh klik sini.

Ini dia buku #Henshin.

Okey.. Haaa, ini cerita kemuncaknya. Hehe, takdelah kemuncak sangat kan. Well, kepada semua lepasan SPM 2014 mesti cuak tengahari tadi kan? Itu yang line upu busy je memanjang. Pergi web asyik loading jee. SMS tak reply-reply. Nasib baiklah ada link lain yang boleh bukak selain upu tu. Ni ha => https://jpt.ums.edu.my/asasi.aspx. Aku guna link ni je. Tapi aku lambat la check dalam pukul 3 lebih la sebab aku tahu line upu mesti busy gilerr. Kawan-kawan aku ramai yang dapat UIA and USIM. UITM pun ramai jugak. Ada juga yang dapat UMS, UNIMAS, macam-macamlah. Ada yang dapat asasi, ada yang dapat diploma and ada juga yang tak dapat upu. And ada juga classmates aku yang dapat asasi pintar kat UKM. Tapi yang sorang tu dah dapat jpa mara. Oh, hahaha. Mestilah korang nak tahu aku punya result kan.

So, alhamdulillah aku dapatlah upu. Dapat yang second choice rasanya. Aku dapat asasi. Asasi sains. Asasi Sains kat UiTM. Titik. Yeayy!! Haha. Mula-mula tu aku tak tahu kenapa aku macam nak kata sedih tu, tak tahulah. Maybelah kut sebab time tu aku macam berharap aku dapat uia kut. But then lama-lama aku okey je. Gila punya perasaan. Haha. Well, my aunty cakap asasi uitm kat puncak alam. Tengok macam betul-betul kat puncak, puncak hutan. Haha, tak tahulah. Aku pun tak pernah pergi sana. So hopefully I can adapt la with the new circumtances tomorrow and dapat belajar bebaik and score well. Ada rezeki, insyaAllah aku fly la memana. Haha. Doa-doalah untuk aku ye.

Apa-apa pun kepada semua yang dah tahu nak masuk universiti mana, or matrik ke, atau mana-mana sajalah, kita kena terima. Ini semua adalah perancangan Allah kerana percayalah apa yang Allah rancang untuk kita itu adalah yang terbaik. Mungkin kita tak nak pergi uni sini, tak nak pergi matrik, tapi you have to know, mungkin apa yang kita harap sangat kita dapat itu bukanlah yang terbaik untuk kita, and maybe yang kita tak nak sungguh-sungguh itulah yang terbaik untuk kita. Just one, trust Allah. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Haha,, yeahhh. Itulah dia. Memang aku takkan cakap pendek punya. Mesti panjang berjela-jela. Okey, sampai sini jelah. Semoga inilah jalan terbaik yang Allah pilih untuk aku, untuk masa depan aku. InsyaAllah, aminn... 


*  *  *  *  *  *

Kita takkan pernah tahu apa perancangan Allah.
Kita merancang, Allah tentukan.
Percayalah, Allah adalah sebaik-baik perancang. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...