Followers

Nuffnang

23 September 2016

MLT Student Right Now !


Hai gaiss ! Haa agak lama blog ni menyepi. Lepas entri mds tu, senyap terus takde khabar berita ek. Cehh. Banyak je cerita tapi aku malas nak taip and plus, tak semua cerita la aku nak ceritakan kat sini kann. Okay, so kali ni aku nak cerita sikit la apa, bagaimana, siapa, bila, mengapa dan apa-apalah, tentang kehidupan aku setakat ni la kat sini. So far, alhamdulillah okey la jugak, masih survive hidup kat sini. Ini semua baru permulaan. Fuhh.

Memandangkan ini adalah semester pertama, jadi subjek-subjeknya juga adalah yang asasnya gitu. Overall semua 8 subjek aku ambil termasuklah kokurikulum. Koku masuk cgpa okayy ! Haha itu nanti aku cerita kemudian. So 8 subjek tersebut adalah :

1. Anatomy and Physiology
2. Fundamentals of Genetic and Cellular Biology
3. Fundamentals of Immunology
4. General Biochemistry
5. Fundamentals of Microbiology
6. Islam and Asian Civilization
7. Preparatory College English
8. Red Crescent Society I

Ni la subjek utk mlt uitm. Klik kalau tak nampak. Kalau tak nampak jugak, hmm...

Haa jadi itu semua adalah subjek untuk sem ni. Supposedly elc(class english) katanya untuk asasi uitm boleh dapat pengecualian kredit tapi malangnyaaa..... Class rep jumpa hea and kata tak boleh pulak huhu. Masa mds hari tu kata boleh, la ni tak boleh pulak, Takpelah, belajar lagi kan. huhu. Okay, so yang lain atas atas tu macam biasalah kan. Course aku more to biology. Buku? Huahuahuaa... Of course la ada kena beli. Yang anatomy tu lagi laa. RM95 huiiii. Dah la satu sem je belajar. Hmm takpela mungkin ada gunanya nanti kan. Sobsob je la mampu. Yang lain tuu, tak wajib kot rasanya. Just siapa yang nak bolehlah mintak. Nasib baiklah aku ada lagi buku biology campbell tu, boleh la kot pakai sikit-sikit walaupun yang ni macam asas gitu. Yelaa ni pun aku guna masa asasi kann. Cehh macam lah guna sangat dulu haha.

Ni jadual kelas aku. Heaven dohh jumaat free weheee

Oh ya. Memandangkan nama course aku pun makmal perubatan, so of course ada lab dear. Lab 4 jam, 2 sehari. So ada dua hari lab. Lab aku petang so okaylah. Nasib bukan lecture kalau tak hmmm mungkin dah sampai oversea agaknya minda ni hahaha. Oh yang lab ni untuk subjek microbiology sahaja. Setakat ni seronok la, dah masuk lab dua kali. First equipment dalam lab, second gram staining.

Nahh. Ni haa time lab kitaorang buat gram staining. Ni ajela gambar yang mampu aku belanja haha.

Ni pun samaaa. Both aku dapat gram negative. Satu E. Coli dan lagi satu Salmonella. Entah aku lupa mana satu gambar ni hehe.

Okay bahh. Lecturer pun semua baik baik belaka. Immunology je kekadang semua seram sejuk sikit huhuhuu. Sebab madam suka tanya dalam kelas, suka point orang, semua suka la. Tapi okay je la, dia baik and sporting. Jawab tu jawab je, dia tak kisah salah ke betul. Yang penting cuba.

Yang lain tu, takde apa kot. Alaa subjek subjek biasalah belajar apa kan. So far so good la pasal subjek-subjek ni. Haa, kokurikulum. Untuk student mlt, kami dibenarkan untuk pilih antara bsm dan kesatria. BSM tu bulan sabit merah dan Kesatria tu macam kawad la gitu. And untuk masuk bsm sangat sangat terhad beb ! Nasib baik aku sempat haha. Yang lain tu masuklah kesatria. Well, okey laa. Oh ya. For your information, kalau masuk bsm, kena ambil sampai sem 3 while kesatria sampai sem 1 je. After sem 1, boleh lah nak masuk mana-mana. And after sem 3 dah tak diwajibkan untuk ambil mana-mana persatuan. Tapi kalau nak juga, terpulanglah. Oh and one more, koku ni kan masuk cgpa, so akan ada la final test untuk koku. Kalau aku, final test bsm la. Harap-harap okey ! Aminn.

Okay then, pasal classmates and housemates la. Hehe. Okay, kalau classmates setakat semuanya okay dan baik je. Semua sporting okeyyy. Tapi biasalah, awal-awal ni semua macam malu malu kucing sikit. Tengoklah dah setengah sem entah entah keluar segala belang yang ada. Macam aku la tu hahaha. Aku memang pemalu sikit, serius okeyy. Aku kekadang jenis yang lambat sikit warm up haha. Macam asasi dulu la, awal-awal macam baik je, pendiam sikit. Sekali tengah tengah sem hujung sem keluar segala belang. Dah pandai menganjing orang pulak tu ahahaha. Maafkan saya semua huhuhuu. But by the way, setakat ni aku masih kurang ingat nama-nama classmates aku. Biasalah tu kan. Muka tu insyaallah ingat la, nama tu ingat ingat lupa gitu hehe.

Haa ni dia classmates mlt aku. Kemain besar lagi aku letak hahaha. Actually ni ada dua kelas tapi kami anggap satu saja haha sebab kelas kami terpisah hanya pada waktu lab. And, we have only four boyssss. Azmeer, Aiman, Muqsit dan Shafiq.

Aku rasa gambar ni dah lawa tapi terspoil sikit kerana azmeer. aduhaiii...
   

Okey, housemates pulak. Alhamdulillah, dapat housemates yang best jugak la and baik baik semuanyaa. Talkative semuanya, pandai bergaul. Aku je awal-awal macam pendiam sikit, kurang sikit bergaul. Sebab saya kan pemalu huhu. Tapi sekarang dah okey sikitlah, dah boleh ketawa huhahuha lagi. Aku rasa bersyukur la juga.  :) Pengurusan rumah pun macam bagus kott. Siap set siapa bertugas, siapa kena beli itu ini, macam-macam la. Okey la, sebab dulu hosnestly la aku cakap, time asasi, aku dengan housemates aku tak berapa ngam sangat. So kira ni okey la hehehe.

Hmm, ni ajelah dulu. Lain kali sambung lagi. Dah kehabisan idea dan ingatan nak cerita apa hehe. Okey, so thank you for reading and hope everything gonna be fine. Insyaallah.. Haa ni kerja assignment pun dah banyak menunggu ni cehh. Oraitee. See you in the next entry !





6 September 2016

Minggu Destini Siswa (MDS) Sept 2016


Hai gaiss ! Haa kali ni aku nak share pasal mds. As I'd mentioned before, aku dapat sambung belajar sarjana muda teknologi makmal perubatan kat uitm puncak alam. Dan aku telah selamat mendaftar. Yeayy ! Dan aku juga telah selamat menjalani minggu orientasi atau kat uitm ni kita panggil Minggu Destini Siswa (MDS). Yeayy ! Maka dengan itu, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar degree. Hehe. Okay tak nak cakap banyak sebab banyak pasal mds aku nak cerita ni. Cehh. Mds ni berjalan selama 5 hari 5 malam. Fuyyooo.

So, hari pertama biasalah kita datang mendaftar. But, sekarang uitm puncak alam atau palam searang ni dah ada kolej baru and a few bangunan baru yang lain juga. Jadi, untuk mahasiswa baru akan diletakkan kat kolej dahlia. Lelaki dan perempuan. Perempuan, dahlia 1 & 2. Lelaki, dahlia 3 & 4. Kat situ juga ada kafe baru. Court baru. Kolej dahlia ni terletak bawah sikit dan jauh sikit daripada bangunan yang lain. Kalau nak pergi bangunan lain, kena naik tangga kat dataran depan kolej lelaki tu and jalan la ikut nak ke mana. Kalau nak ke bangunan akademik, memang agak jauh sikit laa. Tapi kalau malas boleh juga naik bas, ada bus stop depan tangga tu.

Okay okay. Pasal kolej dulu. Oh by the way, cara pendaftaran dia pun sama juga macam masa asasi dulu. Drive-thru. Then sampai kolej, ambil kunci kat pejabat kat kafe tu and boleh trus masuk bilik. So aku dapat tingkat yang taklah berapa tinggi sangat so kira okeylah. Nanti kalau aku rushing ke apa-apa takdelah jenuh nak turun naik tangga sangat kot kannn. Rumah yang kat dahlia ni aku rasa macam lagi besar sikit kot daripada kolej lama tu, angsana dengan raflessia. Satu rumah lapan orang. Nahh, ni ada laa sikit-sikit gambar.

Katil. Satu bilik dua orang. Bilik aku menghadap kafe.

Meja study. Okey laa, board tu sorang satu. huhu.
  
Loker. Dua pintu, tapi aku rasa macam loker kat dengkil lagi besar. Yang ni macam kecil sikit je aku rasa. Tak banyak space kosong. Tak tahulah maybe barang aku yang banyak ke apa kan hahaha

Ini view dari bilik aku. Menghadap kafe wuhuhuu

Okey, so done with the hostel. Pukul 3.30 petang, kena kumpul kat dataran depan kolej lelaki. Bawa segala dokumen(kecuali xray) dan peralatan solat sebab memang tak akan turun ke kolej sampai la habis tentatif dalam satu hari tu. Siap kumpul, kita gerak ke Surau Ibnu Sina. Solat asar. Selepas tu, ada taklimat. sesi suai kenal dengan abang-abang dan akak-akak pmds (pemimpin minggu destini siswa). Ada abang aizie(tak tahu cemana ghupa eja namanya huhu), pmds masa asasi dulu. Mula-mula aku tak cam juga abang zie ni, rambut macam lain sikit, pakai spek. Dia jadi host, cakap cakap kat depan dengan abang tam. Serius tak perasan tu dia. Cehh cakap pasal tu pulak. Okey kita proceed. Selesai sesi perkenalan, kita makan malam pukul 6.30 petang. Makan kat khemah area luar surau tu jugak. Lepas tu solat maghrib dan tazkirah sampai la isyak masuk. Dan yang paling penting, Taklimat Pendaftaran. Haaa taklimat ni sangat sangat la penting gaiss. Masa ni la abang-abang dan akak-akak pm akan guide kita untuk mendaftar keesokan harinya.

Masa ni, mereka akan guide kita macam mana nak isi borang, macam mana nak selesaikan masalah-masalah kita yang ada tu. Contoh masalah, i/c hilang so mereka akan bagitahu apa nak buat. Kalau takde pengesahan untuk certain certain dokumen tu, pun mereka akan tolong settlekan malam tu jugak. So untuk mengelakkan sebarang kesusahan, better korang settlekan dulu elok-elok kalau ada masalah. Siapkan betul-betul dokumen yang kena ada tu. Dan untuk isi borang, make sure guna ball pen. Kalau guna pen basah tu, make sure la tak tembus belakang okey. Then dah selesai, boleh balik. Biro Sahsiah rupa diri, Disiplin & Keselamatan (SDK) akan bawa kita balik. Lebih kurang pukul 1 kitaorang habis. Balik tu aku mandi and prepare barang untuk esok sebab esok awal-awal pagi kena kumpul.

5 pagi turun kumpul kat dataran. That's why aku siap-siap mandi terus hehe, senang. Lagipun tidur sejam dua je so takpe la kan huhu. Solat subuh then tazkirah subuh. Selalunya ramai juga tertewas hahaha. Termasuk aku, kekadang je okey hahaha. Pukul 7 tu sarapan. Dan jangan risau, akak-akak dan abang-abang biro makanan & kebajikan ni memang sangat-sangat prihatin dengan korang. Bagi sesiapa yang ada alergi makanan ke, gastrik ke, apa-apa la kan, mereka dengan penuh prihatin akan take note dan bantu korang yang ada masalah. Lepas makan, pelajar akan diasingkan mengikut fakulti. Pukul 10, pm-pm(pemimpin mahasiswa) akan bawa kita ke tempat pendaftaran which is, kat kolej rafflesia (time aku daftar kat sini la). Lebih kurang pukul 12 habis pendaftaran. Aku la, yang lain ada yang tak habis lagi. 12.30 makan tengahari and prepared for solat zuhur. Lepas solat tu, rehat rehat sekejap kat surau. Sambil-sambil tu diteruskan pula untuk wave kedua pendaftaran which is untuk fakulti akaun, bussiness and apa lagi entah aku tak ingat. Ke tu je? Entahlah huhu.

Sambil tu, lepak lepak borak dengan pm-pm sekeliannn. Then, fakulti aku, fakulti sains kesihatan (fsk) kena keluaq ! Hehe sebenarnya keluar untuk sesi fotografi kat court luar sana tu. Akan tetapi, fakulti aku terpaksa dibahagikan mengikut kos sebab ramai bebenor. Huhuhu. So kenal la sikit-sikit muka dak-dak mlt ni. Lagi-lagi aiman yang super duper kecoh tu. Eh kepoh. Eh macam-macam la. Stalker juga. Sibuk nak tahu muka orang cemana. Time aku nak bayar duit gambar tu siap tengok nama aku pastu pandang aku bila dengar abang tu sebut kos mlt. Ciss. haha pape je laa. Okey lepas tu solat asar then program apa entah. Cakap-cakap je kot. Lepas tu makan malam, solat maghrib sampai la isyak kemudian next program.

Pukul 9 malam, ada 'Malam Bersama MPP'. Pm-pm pakat suruh berlakon sikit jadi sporting malam tu hahaha. Okay, kita join je laa. So MPP stands for Majlis Perwakilan Pelajar. Ada 48 orang kesemuanya. YDP; abang Aiman Adam dari fakulti pengurusan maklumat. Hampeh, awalnya tu dia acah acah kononnya dari fakulti sains kesihatan. Baru nak bangga pastu bila dia perkenalkan diri, ghupanyaa..... hmmm. Habis dalam 12.30 pagi. Kumpul untuk accounting pelajar, cukup ke tak. Dan aku pun meneruskan rutin aku balik bilik.

Macam biasa, pagi-pagi kena turun. Tapi kali ni awal sikit sebab semalam tu ramai yang turun lambat, lebih daripada 5. So hari ni kenalah turun pukul 4.50 pagi. Then rutin biasa. Pukul 9 pagi ada taklimat HEP UiTM, Akta Undang-undang (rasanya la hehe) dan perpustakaan. Makan tengahari, zuhur. Petang tu ada Kembara Merdeka. Lepas tu, selesai yang itu sambung lagi lepak lepak dengan abang hassan, abang aniq (abe), abang zie, abang syahid dan abang tam. Haaa masa ni laa berlakunya battle. Wuhuu best gila hahahaha. Seronok. Battle antara *abang hassan + abe* dengan *abang zie + abang syahid + abang tam*. Abang hassan sungguh sungguh tak nak mengalah. Ada aje nak dibalas kat grup abang zie. Kononnya kitaorang dibahagikan kepada dua grup, sebab tengah tu laluan so like anggap la ada dua grup. Pastu abang hassan acah acah ajak berdamai, grup abang zie tak mau. Hahaha. Okay, aku cerita pun bukannya korang feel faham pun huhu.

Kemudian, lepas asar ada taklimat kolej. Then makan malam dan rutin seperti biasa. Pukul 9 ceramah merdeka. Almost pukul 12, kita buat countdown merdeka. Yeayy ! Ulangtahun merdeka! Walaupun countdown tak berapa nak countdown sangat sebab kira lambat sikit hahaha. Then, before dapat balik bilik, biasalah kena berkumpul. Lepas tu, we all kena marah. Huhuhuhuhu. Ada laa reasonnya, takleh bagitauu. Hehe. And aku tidur pukul 3. Fuhh..

Lagi sekali, rutin biasa. Pukul 9 pagi, taklimat kebajikan pelajar. Pukul 10 pagi, taklimat kokurikulum. Datanglah segala badan beruniform. Ada palapes, palapes udara(airforce) dengan jpa. Tu je kot rasanya. Next, taklimat polis bantuan. Makan tengahari dan solat zuhur. Pukul 2, taklimat unit kesihatan. Lepas tu, lepak-lepak dengan abang hassan abang zie semua tu, lepak baca tweet. Diorang ni biro program sebab banyak muncul nama diorang huhu. Lepas asar, again kena marah dengan sdk. The same thing cuma tambah sikit la. But still, ada laa sebabnya aku tak nak bagitahu. Hehe. Selesai, rutin biasa. After isyak, taklimat pemakaian hari esoknya. Lepas tu, just lepak-lepak santai bersama abang hassan. Main super spontan. Hari tu kita balik awal sikit, yeayy ! Tapi aku tetap tidur lewat hahaha.

Acah acah super spontan hahaha.

Okey, hari terakhir. Rutin biasa. Kemudian pukul 8 pagi, pembahagian kumpulan untuk slot halaqah nanti. Then, taklimat IKP diikuti dengan taklimat daripada ACIS. Selesai taklimat, separuh daripada setiap kumpulan akan pergi dekat ustaz ustazah untuk tasmik. Tasmik ni sekadar nak dengar bacaan Al Quran lancar ke tak, okey ke tak. Sementara yang lain pergi tasmik, separuh lagi tu ada halaqah ataupun usrah la lebih kurang dengan Persatuan Rakan Masjid (PRM). Aku dapat kak saadah. Okey la, best apa. Nanti masuk sini, rajin-rajinkanlah aktifkan diri. Kalau boleh join usrah, join la. Tak rugi apa pun. Dan libatkan juga la dengan aktiviti yang lain. Kalau aktif, dapat kupon melambak-lambak, haaa Insyaallah next sem dapat duduk kolej. Aku ni pun semester 1 je dapat kolej. Kalau nak dapat kolej untuk sem 2, kena aktif, masuk segala persatuan yang ada, join segala macam event untuk dapat kupon. Akak tu cakap kumpul la banyak-banyak kupon tu nak dapat kolej, at least 40. Lebih lagi bagus. Haaa ambik kau. Boleh dikatakan itu cara mudah la kalau nak dapat kolej, tak nak duduk luar. Kalau rajin, join la apa-apa. Palapes ke, airforce ke. Yang macam tu, kolej untuk setiap sem insyaallah dapat.

Seterusnya, makan dan solat zuhur. Lepas tu, bersiap sedia untuk gerak ke dewan serbaguna untuk majlis penutup. Oh, masa inilah baju kurung putih kain hitam beserta tudung uitm dipakai untuk wanita dan kemeja putih seluar hitam tie uitm dipakai untuk lelaki, semasa majlis penutup. Kali ni tudung uitm dah upgrade sikit daripada tudung bawal yang licin tu kepada shawl. Kelasss kauuu... But unfortunately, untuk palam kami kena serempang shawl tu kat bahu instead of pakai macam shawl biasa. Baru je hingin nak pakai shawl uitm alih-alih kena serempang tepi je dengan pakai tudung hitam. Huhuhu. Takpelaa. Abe zuzu kata lawoo walaupun mata aku rasa semacam je pakai gitu haha. Macam orang nak konvo, tang kat leher dia tu haa. Tapi boleh laa lawa juga. Palam kan unik, lain daripada yang lain hahaha.

So, dalam pukul 4 start majlis penutup yang dihadiri oleh rektor (rektor apa entah aku tak ingat huhu). Ada juga live amanat daripada naib canselor(gini ke eja ek? hmm). Live daripada UiTM Shah Alam. Then solat asar kat dewan tu jugak. Agak sesak jugak nafas aku nak ambil wuduk kat situ. Fuhh jenuh kena beratur tunggu giliran ambil wuduk kat toilet tu haa. Lepas tu, aku menahan la wuduk aku sebaik mungkin sebab leceh nanti kalau nak ambil balik wuduk tu. Usai asar, makan malam pulak. Tapi half perempuan tak dapat makan, makan lepas solat maghrib sebab makanan tak sampai lagi separuh tu. So, its okay. masih bisa menahan bahh.

Solat di dewan serbagunaaaa

Selesai solat isyak, maka bermulalah malam aspirasi mds sept 2016. Hoyeaahhh ! Seronok gila ! Happening and havoc ! Ada pula persembahan daripada abang-abang dan akak-akak pm. Lagu polaroid. Abe (abang aniq) orang yang paling bersemangat menari atas pentas tu aku tengok hahahaha. Lepas tu persembahan daripada fakulti pendidikan, akaun+apa entah aku tak ingat, geng asasi dan fita (fakulti filem, teater & animasi). Memang seronok la aku rasa. Rasa macam sedih je (cehh acah acah sedih ahahaha). Ohh and btw malam tu rupanya birthday abang hassan dengan akak... ermm aku lupa pulak huhu. Abang hassan ni walupun kecik kecik cili padi tetapi mulutnya penuh dengan laser. Haha. Ada aje nak bahan orang. But we did had a great time with them. Ada juga anugerah abang dan akak pm. Aku tak la ingat semua tapi sikit sikit tu ada la.


PM hensem - abang syahid
PM cantik - kak fatin (rasanya la haha tak ingat sangat)
PM garang - Abang Azmeer (sdk)
PM pendiam - Abang nabil (tang pendiam mana entah agaknya huhu)
PM prihatin - Kak kecik
PM pelik - Abang kuaci (tang mana datang aku tak tahu la hahaha. tapi dia memang pelik. Hari tu time kumpul pagi pagi buta, tanya bawak tak surat beranak. Kahkahkah, mamai apaa aduhaii. Cara dia kekadang aneh semacam tapi lawak la.)
PM hambar - abang zie (hahaha serius kekadang hambar tapi seronok)
PM havoc - abang hassan (abang fav ramai especially perempuan haha. He's so funny.)

Okey, kalau cerita flow mds lebih kurang cenggitu aje la. Though banyak taklimat tapi aku rasa macam tak terbeban sangat mds ni. Macam relaks sikit. Masa mds ni la segala benda basic akan dia beritahu, kenalkan. Maca-macam la. Btw, walau segarang mana abang-abang dan akak-akak sdk, tetapi yang garang itulah yang tetap ada di hati. Ecehhh cehhh. Hahaha. Baik je diorang ni. Acah acah garang je tu ahaha. Malam selepas habis malam aspirasi tu, kumpul semua kat depan dahlia dengan para sdk semua. Kecuali lelaki, depa tersesat kumpul dekat padang kawad. Masa ni la kitaorang borak-borak cakap-cakap dengan abang & akak sdk tu dengan freely nyaa. Eh, I means like bercakap dengan bebas dan friendly la gitu. Siap bergurau lagi haa. Biasalah, garang ni bukan apa tapi sebab nak bagi kita ni berdisiplin. Borak punya tak sedar dah pukul 2 lebih. Pastu balik laa. Yeayy !

After mds, tak ada apa dah. So like sesiapa yang nak balik dipersilakan. Termasuklah aku hahaha. Aku balik sebab ada borang yang aku tak settlekan lagi kenalah balik. Nasib baik nak balik palam tu parents aku hantar. Keluaq awai pagi siap singgah IKEA lagi hahaha. Okey okey itu sahajalah untuk kali ni. Ni baru part mds, belum kelas lagi. Fuhh. But actually dah seminggu dah pun mds berlalu tapi baru update kat sini huhuhu. And hari isnin ada orientasi dengan fakulti aku, which is fsk. Just taklimat and kenal-kenal dengan orang-orang dalam course kita.

Bersama dekan fakulti sains kesihatan. Maaf gambar segini aku bagi hahahaa

Ramai dak dak fsk ni. Sampai dua dewan guna. Perempuan la paling ramai huhu.

Okay berakhir sudah thank you gaiss for reading my entry. Penat wuii nak menaip. berhari-hari taip tak sudah sudah. #acahacahjelebih . So wish me luck dan doakan saya akan berjaya mengharungi segala cabaran sepanjang perjalanan saya menuntut ilmu. Ecewwahh,

Have a great day everyone !


    




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...