Followers

Nuffnang

30 November 2013

Hijrah Dari Korea??

Apa khabar hari ni? Hope semua sihatlah kan. Hehe. Well, before kita nak masuk topic yang kat atas tu, kita chit chat la dulu okey. Pasal apa? Ermm....hoho.takde la. Terus masuk topik la. Pelik ke tajuk tu? Takpe, dah baca nanti fahamlah kut. Tapi kalau memang ayat tu salah, sorry la ye. Okey, so saya nak buat pengakuan di sini. Alamak! macam buat salah je?? Oppsssii.........  Tidakkk!!!!! Ok2, ignore je pasal tadi. ( ntah pape je la.. -,-) Tak tahu macam mana nak start. Ok, kalau ada bacalah post yang sebelum sebelum sebelum ni, saya ada cerita la yang kononnya saya ni minat korea. Sangat2 minat and maybe..... quite obsess??? Not sure, but memang gila korea. Tapi.................. sejak bulan 3 tahun ni rasanya, i'm trying to stop from being fanatic to it. why?? sebab saya rasa benda  tu buat saya lalai (even skarang pun maybe still jugak kot sket??) .  Tak kisahlah, tapi sejujurnya saya cuba untuk lupakan segala pasal korea especially lagu-lagu korea. Best tu memang best, tapi buat saya lalai and lupa banyak benda yang sepatutnya saya ingat. Susah tu memang susah sebab mostly orang kat sekeliling saya minat korea. Kalau kat sekolah tu, haisshh.... jangan cakaplah. Kat dorm(saya duk asrama k? =P),ada 2 orang yang minat korea. memang la tengok, alaa.. sikit je punn. Tapi, kat dalam dorm tu kadang2 diorang bukak lagu korea kuat(loudspeaker) so, memang agak susah sampaikan saya rasa macam nak tutup je telinga saya ni dari dengar lagu-lagu tu semua.  Rasa nak lari pun ada. 

Itu baru dorm. Kelas lagilah. Ermm,, kira2 dalam 7-8 orang macam tulah. Tapi! tak semua yang obses gitu dengan korea. Hanya SORANG je yang agak gila + fanatik dengan korea ni. Hah, tanya jelah apa-apa pasal korea, maybe dia boleh jawab semua. Yelah, saya tahu pun sebab dulu masa saya minat korea ni, kadang2 tu adalah jugak share2 pasal korea ni. Pasal lagu la, cerita la, grup penyanyi korea la, macam2 la. Tapi sekarang ni saya cuba elakkan. Tapi saya tak tahulah kenapa susah saya nak cakap dengan mereka2 yang ada kat sekeliling saya yang suka korea ni, yang saya dah tak suka korea. should be anything la pasal korea. Yang tahu saya dah tak suka korea atau lebih spesifik sikit, lagu korea, 2 atau 3 orang kalau tak silap.Yang lain, semua fikir saya ni minat korea. Tapi, kalau nak ikutkan, saya boleh rasa yang diorang ni nampak la yang saya ni dah tak cakap pasal korea. cuma maybe diorang tak sedar yang saya dah stop minat. Takpelah.    Di setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Ingat, Allah ada menyebut dalam Al-Quran,

ان مع العسر يسرا
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.

Ayat ni pun, Allah mengulangnya 2 kali. So yakinlah, di awal permulaan mungkin susah. Tapi di hujungnya nanti pasti hasanah(baik). Ni pun saya ada dengar dalam satu nasyid kumpulan Devotees, tajuknya Hijrah Menuju Allah. Alamak! sorry la, tak dapat nak upload sekali kat entry ni. entah apa masalah agaknya. Takpelah, nanti cari sendiri ok? Hehe.
Kalau dengar lirik betul2 and hayati, mungkin korang feeling sikit. Cehh! haha. ok, sebelum saya undur diri, jom aminkan sama2 doa ni.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hijrah kami dalam mencari keredhaanMu. Aminn...

So, sampai bertemu lagi dan... Assalamualaikum!

20 November 2013

Happy Holiday !!

Sebelumnya, saya nak minta maaf sangat2 sebab lama tak update blog ni(walhal dh berapa kali balik rumah and on9..hehe.) Well, saya agak malas nak update and busy sikit kot. So, sekarang ni saya dah start cuti sekolah. Hee... Supposely saya cuti jumaat lepas 8 nov, tapi sebab ada kem so kenalah stay sampai 15 nov. Anyway, saya terpaksa balik awal pada 12 nov sebab nenek saya masuk hospital. And sadly, pagi rabu dlm 2.45 pagi, Allah sayangkan nenek saya. Nenek saya sudah pergi menghadap Illahi. Kepada semua yang membaca entry saya ni, sedekahkan al-fatihah kepada arwah nenek saya yang telah meninggal dunia. Al-fatihah. tq.

Okeylah, saya pun tak naklah rosakkan mood. So, jangan sedih2. Live must go on, right? Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma masa sahaja yang kita tak tahu. Allah juga ada berfirman dalam kalam-Nya yang mulia iaitu Al-Quranul Karim :

كل نفس ذائقة الموت
Tiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Dalam hidup ni jugak, kita kenalah saling mengingatkan antara satu sama lain. Yalah, manusia nikan diciptakan dengan fitrah mudah lupa. Biasalah, semua orang tak sempurna. Hmm, tiba-tiba rasa nak tanyalah kat korang. Antara Nabi  Yusuf dengan Nabi Muhammad, siapa yang paling hensem? Hah, jawab! Jawab! Hee.. Ok, so saya hold dulu soalan ni. Insya-Allah, next entry saya bagitahu jawapan. And, kalau ada sesiapa yang tahu, bagitahu kat komen ok? Maybe ramai je kut yang dah tahu. Tapi tak kisahlah, tahu ke tak, saya tanya jelah. Kut-kut tak ingat ke. Hehe..

Jadi, cuti sekolah ni apa cer? Duduk kampung? Pergi tuisyen? Main game 24 jam? Tengok movie? Tengok cerita korea? Tidur? Pergi kem? Jalan-jalan aka cuti ke tempat yang menarik? Huh, banyaknya kemungkinan yang saya ajukan.Photobucket  Hehe. Kalau bercuti dengan family, kat mana pulak? Langkawi? Legoland? Singapura? Genting? Paris, maybe? Haha,, banyaknya la soalan saya ni. Tak kisahlah kat ceruk mana sekalipun, asal happy.  Ye tak? Yang paling penting, gunakan cuti yang ada ni dengan sebaik-baiknya. Hah, yang nak exam besar tahun depan macam UPSR, SPM and.... PBSMR?? Ahh, apa-apa jelah. so, kenalah get prepared dari sekarang. Especially yang nak SPM tahun depan macam saya.. Hehe. Ni pun peringatan untuk saya jugaklah. Anyway, all the best untuk pelajar SPM tahun ni!

Okeylah, nanti panjang-panjang, semua dah malas nak baca kan? So, next entry insyaAllah saya bagitahu jawapan untuk soalan tadi. Hehe, itulah. Entahlah bila agaknya saya nak post entry baru. Yang ini pun setelah lama sangat saya tak post, dapatlah jugak buat entry baru. Hee. Ok2, jangan panjang-panjang. So, happy holiday and use it wisely ok?! Bye and Assalamualaikum! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...