Followers

Nuffnang

Pages

29 March 2017

MLT's Study Story: Capillary Puncture


Hai gais ! Haa tengok tajuk macam gempak kan.. Cehh. By the way, entry kali ni aku nak cerita sikit pasal perkembangan study aku ecewahh. I mean, nak share la apa yang aku belajar dalam course aku ni. Manalah tahu kan ada adik adik yang lepas spm ke lepas diploma ke nak ambil course ni. Kalau sesiapa yang tak tahu lagi, aku tengah ambil degree of Medical Laboratory Technology. Haa siapa yang ambil tu mesti tahu betapa 'seronoknyaa' course ni huhu. It's not sarcastic okay. I guess hihi.

Okay so, this is one of the subject yang aku belajar sem ni which is Phlebotomy. Before that, mesti nak tahu kan apa benda phlebotomy ni. So what is phlebotomy? Phlebotomy is the practice of drawing blood to be use in the diagnosis tests and also other tests. Though I guess this is good and one of the best subject but, to be honest aku ni jenis yang... well you can say aku ni jenis yang tak berapa suka jarum cucuk cucuk ni huhu. Afraid of needles. I guess haha. But, I have to try to push myself to overcome my fear ni. Seram tu seram la jugak, but kena la kan. But, for now okay la kan sebab yang ni just capillary puncture je. Just guna lancet, yang macam korang pernah tengok doktor ke or anyone yang bertauliah tu guna this tool untuk check darah for glucose ke, apa-apa la kan. Macam pen berjarum gituu..

Capillary puncture ni ada dua places yang commonly used untuk ambil darah. First kat finger which is either middle or ring finger. Then second kat heel. Tumit kaki. Selalunya kalau ambil kat tumit ni untuk infants, baby macam tu la. Since they are too small and their fingers pun small, so we take on heels. Besides, takut kalau kat finger nanti kena bone, maybe.. Its not that kat tumi tu takde bone, but... yeah. Takpela nanti cari dan bacalah sendiri eh huhu. Okay la, cakap je lebih. Nah kita bagi gambaran sikit 💉

So this is di mana we are preparing to do the puncture..

Eh waittt! Meh sini nak bagitahu apa benda yang kita guna nak buat capillary puncture ni. Saja je nak bagitahu. Sebagai ilmu tambahan hehe. So this are the list yang kita selalu guna la untuk capillary puncture:

- gloves (ni penting nih! its a tool of protection from getting any infection especially from the blood we take though its our friends' or families' blood. we regard them as blood-borne pathogen. okay maybe you dont understand it right hahaha okay ignore it)
- labcoat (self protection jugak. and also clothes protection huhu)
- lancet (pen jarum. tengok bawah tu aku dah tolong search untuk korang kalau ada yang tak tahu la hehe)
- capillary tube
- collection vials
- plastic pipette/micropipette (since we were doing blood grouping, so we use this to transfer the blood)
- blood grouping reagents
- cotton wool
- tooth prick
- alcohol swab
- blood grouping board


Hmm itu je kot.. Okay now sambung balik hehe.

Image result for lancet
haaa ni la lancet

We were going to puncture your finger !

Oh man I'm bleeding! haha. Finally, my blood was coming out ! Muahahahaha... Im not shivering but my hand was a bit cold and the blood came out quite a little. So they massaged my finger a little harder(i mean, urut kuat sikit jaa) to push the blood out of my skin. My finger felt cold(i guess because there were aircond?) and the blood want to clot the puncture quickly huhu. So dapat la jugak darah I sikit sikit.

So we golek gelek sikit board tu nak bagi blood and reagent tu mix and to see clearly which one coagulate.

So, guess time! Kalau macam ni, apa agaknya result blood group darah ni ek? Kalau nak tahu, since yang coagulate tu adalah anti-b, so thats means dari segi biology-nya dekat red blood cell kita ada antigen b. And itu pulak bermaksud, darah tersebut adalah darah B. Then kena tahu either positive or negative. So kita guna anti-d, which is rhesus. kat situ resultnya coagulate kan, so its Positive. Jadinya, darah atas tu adalah? Yes, B positive. In other condition, kalau darah A, anti-A yang akan coagulate. Kalau darah AB, both anti A & B akan coagulate. Kalau darah O pulak, tak ada yang coagulate and semua mix well. Gitu dehh kalau nak tahu. Simple kan? And well, yeah. This is the first time I'm trying those things and knew my blood group. Before this aku selalu elak and let other volunteer themselves kalau dalam kelas dulu ada kena ambil darah nak check blood group. Hahaha.

Nice right ?!!



Okay, that's all from us, the future phlebotomist. Muahahaaha. Thank you guys for reading! For more info about capillary puncture or my course, medical lab technology, please have a pleasure to spend your time asking mr google. hihihi. Nak tanya I pun boleh jee. Yang mana mampu I jawab la. By the way, this week dah belajar pasal venipuncture(hat ni ambil darah kat lengan yang sado tuu) tapi we didn't got time to practice that. Practice on dami tauu, patung jee. So itu saja for today. Thank you ! 💖💖



💉💉💉💊💊💊



23 March 2017

Blog Giveaway By RII



Hai gais ! Rasa macam lama je tak join ga. Well, lately ni kan bila dah naik sem 2 ni makin busy la nampaknyaa. Kerja assignment lab report semua bertimbun timbun. Ni pun ha tengah struggle nak siapkan assignment. Okay so jom siapa yang belum join tu meh la join! Hadiah menarik nih ! 😍


klik banner untuk join


Hadiah menarik menanti ! 🎁🎁

1st Prize :
1 jam tangan DW ( female version ).
Sebuah buku 'Where The Rocks Splits The Sky oleh Philip Webb'.
Sebuah komik 'Lawak Kampus'.


2nd Prize :
Sebuah buku 'Lukisan Tarbiah oleh Abeben'.
Sebuah komik 'Lawak Kampus'.


3rd Prize :
Sebuah buku 'Them Horrors Be Everywhere oleh Julya Oui'.
Sebuah komik 'Lawak Kampus'.


Tamat: 1 April 2017


Ga ni berlangsung melalui dua cara tau. Either nak join melalui blog or twitter or maybe dua-dua sekali? hahaha. Yang bukan blogger pun boleh menang la kan rasanya? Hmm so... semua orang boleh menang ! Cehh dah macam tagline apa dah hahaha

Hopefully boleh la menang. I wish to have that watch tak kesah la mahal ke tak kan asal orang bagi hadiah hahaha. I need watch, walaupun dah ada satu kahkah. Oh lupa btw sebenarnya rii dah update sikit pasal ga ni so ada TAMBAHAN HADIAH WEHH ! Haa rugi tak join tauu... Okay cepat-cepat join sebelum tamat ga!


All the best everyone ! 🙌



21 March 2017

Review Buku: Kerna Syurga Bukan Percuma



Hai gais. Selamat malam! So hari ni aku nak bagi review sikit pasal buku yang aku dah baca. Baruuuu je beli. Dan baruuuu je habis baca. Buku ni dah lama jugak kot keluar, takde la lama sangat. Tahun lepas tak silap. Buku ni sangat direkomenkan la untuk semua yang gemar membaca sambil mendapat ilmu. Buku ni sangat best sampaikan rasa macam tak boleh la nak skip ke break kejap baca buku tu. Kalau baca dari pagi, mungkin tak sampai tengahari lagi dah habis baca hahaha. Okay so tak payah nak buang masa, let's get to the point !


  Tajuk buku: Kerna Syurga Bukan Percuma
Penulis: Najmi Fetih

Buku ini sememangnya berkaitan dengan dakwah. Bezanya, dakwahnya itu dibawa ke dalam sebuah penceritaan yang boleh dikatakan dekat dengan kita. Terkadang tu bila baca, rasa macam kena dengan kita sebab mungkin apa yang dikatakan tu benar. Kita juga ada lakukannya, tanpa sedar. Penceritaannya juga terkadang membuatkan kita terfikir dengan kata-katanya. Gaya bahasa serta perkataan yang digunakan dalam menyampaikan juga menarik hati. Jangan risau, ni bukan dakwah semata-mata yang buat anda mengantuk !


Kerna Syurga bukan percuma, sebab tu kita kena usaha.

Buku ni menceritakan tentang seorang remaja iaitu Khai, yang mencari jalan serta kekuatan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Penghijrahannya dibantu oleh Abang Surau yang mulia akhlaknya. Namun, penghijrahannya bukan mudah. Pelbagai dugaan yang perlu dihadapi oleh Khai. Khai harus kuat dalam berhijrah. Namun, adakah dia kuat?

Adakah yang jahat akan terus dilabel sebagai jahat? Adakah yang jahat itu tiada peluang untuk berubah? Adakah manusia itu mendapat jawatan Tuhan sehingga mampu untuk menghakimi manusia yang lain?

Percayalah, sekali anda mula membaca buku ni, confirm jatuh cinta ! Tak sanggup nak lepas tangan demi nak menghabiskan ayat terakhir buku ini. Mudah mudahan kita pun akan menjadi lebih kuat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Allahu yuftah 'alaina. 💖

Oh by the way, aku agak terkilan sikit sebab at the end tak tahu pun nama abang surau tuu. Why tak bagitahu ish. Cehh. Okay so buku ni kalau tak silap dah ada yang kedua. Kerna Syurga Bukan Percuma 2. Yang terbaru buku dia release ialah buku Penjara tak silap. So, lepas ni boleh la mencari buku-buku ni dan baca. Tak rugi pun. Ilmu dapat, masa manfaat terisi ! (baru beli and baca buku ni je. pasni nak tambah lagi dua tu hehe)

Selamat membaca ! 📓


14 March 2017

LipIce Sheer Color Lip Balm


Hai gais ! Okayyh today takde nak cakap apa sangat but just wanna tell you guys something. Share, I mean. Before that, haaa ni nak habaq mai la. Alhamdulillah, sekarang ni aku dah masuk sem 2. Fuh, dan semestinya subjek akan menjadi makin tougher. So untuk sem 2 ni, aku ambil 7 subjek termasuk kokurikulum la. Aside from that and ctu plus ewc(english subject), 4 subjek sahaja la yang aku ambil sem ni. And that are:

🔬 Clinical Microbiology I
🔬 Clinical Chemistry I
🔬 Clinical Specimen Collection & Phlebotomy
🔬 Laboratory Techniques & Instrumentation I

So doakan la mudah mudahan aku dipermudahkan dalam menuntut ilmu ni. Cehh. Aminn.. hehe. Okay by the way, now my point is aku nak share dengan you guys pasal LipIce Sheer Color Lip Balm. Haa kalau ingat or perasan, in few of my past entry, aku ada cerita pasal free sample giveaway tu kan. Well, lama jugak kot aku tunggu entah berapa bulan agaknya haha. Rasanya tahun lepas kot mintak and now bulan 3 baru dapat. I thought I wouldn't get it but finally. Penantian berakhir. Tak sia-sia la aku tunggu hahaha. So, here it is 💄





Well, yeahh. Kecil je benda ni. Nama pun sample kan huhu. But, okay la kan. Masuk poket je.

Glide, glide, glide, your lips turn into pink color !

This lip balm will change to a natural sheer pink that is uniquely yours ! 💄
Fuller and Bouncy Lips 👄
10 hours Moisture with Beeswax + Argan Oil
Brighten Dull Lips 💋

Kalau ada yang berkenan tu, boleh la dapatkan kat mana-mana kedai atau pasaraya yang jual ni okay. Get yourself one of this today !


3 March 2017

Journal Of My Life #throwback


Not all people in my life know my story, my life. Once you know me, you will know who I am. Ecehh, tetiba ni kenapa hahaha. So today, there's nothing much but I'm just gonna share with you guys what I found out in the evening, yesterday. Aku kadang kadang bukannya jenis yang suka share things yang peribadi but tetiba kali ni macam nak share sikit. Don't tell others okay? Hahaha. Well, acahnya semalam nak kemas bilik la before nak balik asrama kan. Pastu masa cari barang aku kat stor, jumpa this one thing. Bawa masuk bilik then ingat nak start kemas. But then tak tahu nak start dari mana so end up lying on the bed and discovered back this thing. My journal. Or lagi senang orang kata diari la. Hihi. well dulu la aku rajin jugak tulis diari. Tak la rajin tapi boleh la huhu. And tak semua orang tahu aku selalu tulis diari dulu. Time asasi or degree memang lagi la orang tak tahu since aku pun dah stop tulis haha. Nak tahu tak apa yang ada dalam ni? Terjah jom terjah ! 😜


So this is it. Oh by the way, to be honest, mostly buku diari aku ni aku tak beli. Tak kuasa la kan nak beli semata-mata untuk tulis diari je. So mostly sama ada aku dapat hadiah atau rembat buku nota yang lawa yang ada kat rumah ni. Nasib lawa kan buku ni hihi. Eh, ni baru cover luar je. 


Yeah, of course it's the book. My life journal. Well, and of course for sure I'm not going to tell you guys what's in it, what story of mine that I wrote. It's a secret right? 😉 So what I can tell you guys is, this book actually is when I was form 4 and form 5. And one of the biggest secret I want to tell you, to be honest I had been writing my diary since I was 12 years old. Hahahaha seriously I can't even recall why I did write this all diaries. And also, from Year 6 till form 5, I have 3 books as my diary. Kira okay la kan, takde ah satu tahun satu buku. Besides, aku compile je semua tahun, susah je kalau nak asing tahun kan.

Bila difikirkan balik pun, aku tak tahu macam mana aku boleh terfikir nak tulis diari. Well, maybe we don't need reason to write it, right? And, actually kadang kadang bagus jugak orang yang tulis diari ni. I'm not trying to praise myself okay haha. I'm just trying to say that when people write diary or journal of their life, in the future they might not remember what happened in the past or maybe this diary can be a reminder of our memories. So like when you want to remember back what happened or tetiba macam aku kan, tiba tiba terjumpa buku tu and ingat balik cerita zaman dulu. Cehh. Well, it makes me laugh when I read it back. I love my schoolhood time.(👈 I don't think this word exist haha whatever)

Oh, there is one thing yang aku rasa nak cerita. When I read this book back, there is something that changed my life for a moment. Dulu, masa aku form 1, aku start suka gila korea things. Lagu, drama, shows, macam macam la. Well, maybe that was because of pengaruh kawan, I guess. But yeah, tak patut la salahkan kawan aku, aku yang kuat terpengaruh kot huhu. So, till form 3, I still like it very much. And you know what, aku ingat most of the kpop groups. Dengan lagunya, mv la, macam macam. Panjang pulak cerita hehe. So, dalam awal tahun masa aku form 4, I didn't know how I can realize the effects of this korea things. So then, I decided to leave all of this kind of korea things behind. I decided to stop liking them all. It was quite hard, but I guess agak berjaya jugak la. Memang aku tinggal betul. Tak tengok apa, aku buang segala lagu, music video yang aku download, everything. And I was fine, alhamdulillah. I was grateful that Allah gave me that feeling. So I focused on what I should focus.

But then, it started again when I was in foundation studies. Yeah, of course. The korean vibes are everywhere, I guess. So, luckily it was just drama, not songs. Because I decided not on songs, I really didn't want to go back to who I was before. Well, mula la sikit sikit aku suka and tengok drama drama korea ni. Until now. But then, this feeling came again. The feeling to leave all of this again. Susah, sebab aku rasa cerita korea ni best hihihi. Hmm. Okay, panjang sangat ni. Cukup la kan cerita. End up, I really told you this story haha. Just keep it with yourself okay hihi 😎


Orait, so beside from just the book, it treasures other things too. Well, dulu kan duduk asrama so bila habis belajar bawak balik semua barang, semua barang sumbat je la kat mana mana yang boleh sumbat kan. hahaha. So, this is one of it la. Aku ni memang jenis yang sayang barang. Even kekadang things yang orang kata, 'Ni pun nak simpan ke?'. Well, nak buat macam mana. Maybe aku ni jenis yang sentimental tinggi sikit kot kahkah.


Okay, so ni harta pertama. Oh, how I missssss this so much. Throwback kisah lama, dulu kawan kawan aku kekadang selalu panggil aku ni atlet. (Maaf, kisah ni bukan nak puji diri tapi sekadar nak berkongsi cerita. bhahahahahaha skemanya aku.) Since dari form 1 lagi aku dah masuk track tapi aku rasa saban tahun makin kurang stamina aku huhu. Yela, tak exercise kan. Tapi luckily still boleh lari and dapat pulak tu masuk pertandingan hahaha. So, nombor tu is the one yang aku guna time kejora, kalau tak silap aku la. Masa aku form 5. Rasa macam ada nak cerita lagi pasal ni, tapi cukup la. hehe.


Wuhuu, secret admirer bagi haha 😝 Takde laa. Ni kawan aku bagi, Hana (kalau tak silap la hehe). I gave her something and she gave me something back in return. Tak sangka kan ni pun aku simpan huhu. You should be proud, hana ;) kahkah


Next treasure is ikrar spm. HAHAHAHA how can  I still keep this thing with me 😂


Okay harta ni pulak kalau tak silap aku masa hari sukan maktab. Aku rumah sukan kuning so kami guna pacman as the theme. Benda macam ni pun aku simpan ek haha.


Ahaaa! This one (abaikan tulisan buruk kahkah). Haa, kalau nak tahu ni sebenarnya nota aku catit time briefing pasal community service kat beijing dulu. Kalau scroll balik kat blog aku ni, aku ada cerita pasal our trip to Beijing, China. Aku naik MAS hehe. And I still remember at that time, masa tu kecoh pasal MH370 hilang. As you guys know, MH370 tu going to China kan (ke sebaliknya ke apa lebih kurang la). So kitaorang agak cuak and nervous la jugak kan since that happened, it could be to us also right? But alhamdulillah, we're just fine. Seronok pergi sana. Masa tu hujung winter and nak masuk musim panas kot. Sebab pagi malam memang sejuk. Tengahari petang okay la, sunny sikit. Anyway, it such a great memories. Love it 💓


This. Ni la dia resit wang caruman yang kena bayar time duduk mrsm dulu. Simpan lagi tau huhu.


And my last treasure, keys. The key to my life. Ecehh, macam Kang Chul dalam cerita W tu pulak cakap macam ni kan. Yang tengok tu tahu la hehe. Ini tak tahu la kunci apa. Nak kata kunci diari takde pula mangga kat luar tu. Diari lain maybe? hahaha tak tahu la.


Okay, so finish hunting my treasures. Agak segan jugak bila aku share, cerita this things kat blog. Well, I never tell anyone, so it was kind of... embarassing. kot. Hahaha. Abaikan la apa aku cakap. So entry kali ni saja je aku nak share a few things yang throwback my life when I was a student. School student, I mean. Fuhh, few days lagi nak masuk sem 2. Hopefully I can do better, Insyaallah. Pray for me okay. Thank you for reading and visit my blog. 😄🌹



2 March 2017

Semester Two: Begin Soon



Hai gaiss! Lama aku menyepi, blog tak ber'update'. Sometimes aku wonder how orang yang main blog ni ada aje idea nak letak kat blog sedangkan aku kosong otak ni nak fikir nak update pasal apa kat blog. And yeah, there's other reasons too huhu. So this entry ni sekadar nak bagi refresh balik blog ni. Berhabuk je memanjang.

Oh by the way, minggu ni aku nak naik semester dua dahh. Wuhuuuu..... Takut jugak sebenarnya huhu. Sebab to be honest la, aku memang tinggal la buku tuu. Berhabuk, tak sentuh apa pun. Ada la jugak buka sikit hari tu, depan depan je la. Pastu sambung tengok drama. Hampeh betul aku ni hahaha. Risau juga sebenarnya, satgi masuk kelas lecturer tanya awal awal ni cemana??! Tanya tajuk tajuk sem lepas, habis laa. Thats why orang bijak pandai kata, belajar untuk menuntut ilmu, bukan belajar sekadar belajar. 👈suka hati aku je hihi. Okay, I'm trying to change okay. Just pray for me huhu. So, ahad ni aku akan start daftar untuk sem 2. And alhamdulillah, aku dapat duduk kolej. Yeayy ! 

Image result for yeay

So takde la nak fikir kena cari rumah sewa or pasal transport ke apa kan. I guess it much easier duduk kolej kot kan. Lagi lagi kalau kat uitm palam ni lagi la kot. Hahaha those who knows about it will understand what I mean. I guess so.

What else? Oh oh, my result. I didn't tell you guys yet. Well, alhamdulillah, result sem 1 okay je. Lepas la jugak, such a relief though tak la tinggi mana but I'm still appreciate and grateful. Hopefully, this course is the best for me and I can do well in the future. Insyaallah, aminn...

Oh yeah, I guess I never tell you guys this one. Aku jadi AJK untuk Exco Pentadbiran dan Perundangan Pelajar dalam Persatuan Pelajar Meltech. If tak tahu, meltech is the short name for medical laboratory technology. Kitaorang baru je naik takhta (bak kata orang) hujung sem lepas. So sem lepas takde apa sangat and I guess naik sem 2 ni we all will be quite busy kot sebab there will be more programs to be hold. Aku harap aku boleh jadi ahli yang membantu dan boleh diharapkan since aku ni bukanlah jenis yang pandai sangat bila masuk bab bab leadership ni.

Okay, so apa pun, please pray the best for me okay! And also to you guys I wish all the best and achieve for what you want and the best for you. Good luck ! Allhu yuftah 'alaina 😄

Image result for all the best quotes


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...