Followers

Pages

31 March 2015

Pengalamanku UKCG ..


Fuhh... Dalam sakit-sakit ni pun sempat la jugak aku curi-curi nak update blog. Laa... Pasai apa sakit? Cemana boleh sakit pulak dahh... Haa, nak tahu pasai apa? Tengok tajuk pun dah tahu. UKCG = Ujian Kelayakan Calon Guru. So hari ni aku nak share la sikit pasal UKCG ni sebabnya baru semalam aku habis buat UKCG ni. Pergghhh!! Sungguh menguji mental dan fizikal betul ! Haha.. Bunyi macam menderita bebenor je. Okey-okey, kita masuk terus kepada pengalaman aku eh.

So memang pagi-pagi buta aku dengan parents aku keluar nak pergi UKCG tu. UKCG aku dekat Nilai, N9. Fuhh, jauh pulak. Eh nak tengok surat tu tak? hehe. Saja nak bagi tengok.


Err, hehe. Maaf la nama tu aku tutup. Tak sengaja.. kuhkuhkuh. Tapi itu memang surat aku ye, bukan copypaste orang lain punya. Print sendiri okey... 30 Mac 2015 which means semalam la kan, aku dah selesai menduduki ujian UKCG. See? Bukan kemain jauh lagi nak ke sana. Nasib baik la tak sesat, hampirrr... saja. Memang pedalaman juga la tempat tu. Tapi ada juga yang dari jauh dapat kat sini. Dari Kedah pun ado. Group aku tu.. hihi. Eh, tetiba cakap group, ada group ke kat sana? Haa, sat gi aku cerita.

Ini pulak things yang kena pakai and bawak. Hahaha.. Aku tak bawak pun surat beranak. Aku tak perasan pun dia tulis DAN kat situ. IC 'DAN' surat beranak. Huhuhu... Nasib baik la dia tak check aku punya. 

Haa, tengok ni. Nak pergi sana pun siap cari peta kat google map. Haha.. Kalau tak sesat la aku nanti. Nak pakai waze tapi aku dah uninstall pulak dah. Nasib laa. Alhamdulillah, sampai juga aku dengan selamatnya. Sampai je kat sana, jumpa pulak kawan sekolah aku. Datang je, baru jumpa sorang. Izzati namanya. Okey la juga ada dia sebab dia ni banyak cakap sikit, nak dibandingkan dengan aku. Huhu. Tunggu punya tunggu, pukul 8 pun tak start lagi. Tak dipanggil masuk dewan lagi. Dalam 8 suku ke 20 gitu la baru dipanggil. Masuk ke dewan dengan meninggalkan beg di luar and ambil tempat. So, first sekali ujian bertulis. 

Fuhh, nostalgia betul! Haha. Teringat pulak masa SPM. Nama pun ujian bertulis, duduk pun macam nak ambil exam la. Rindu pulak ye tetiba kat sekolah. Okey, so ketua dia la kut aku tak tahu la kan, bagi la ucapan pendek sikit. Blablabla... And start the exam. Ujian bertulis ni ada 2 bahagian, bahagian A dan bahagian B. Bahagian A ada 135 soalan dan bahagian B ada 60 soalan so overall soalannya ada 195 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit sahaja. But relaks laa. Bahagian A punya soalan boleh dikira macam soalan sivik la. Okey, example soalan yang aku ingat la eh. Tapi aku tak ingat la sebijik-sebijik soalan tu.

 >> Apakah sifat utama yang perlu ada pada seorang guru?
A Tegas dan berdisiplin
B Penyayang dan prihatin

Satu je la contoh aku bagi. Aku tak ingat la soalan dia apa. But yang aku ingat ada soalan yang tanya wajar tak wajar, ya atau tidak, tindakan kita berdasarkan situasi yang diberi and ada lagi la. Aku pun tak ingat sangat. Bahagian B pulak lebih berkaitan dengan diri kita. Tapi rasa macam kelakar and aneh la aku jawab soalan tu, walaupun soalan tu ada benarnya because its not impossible ada orang yang begitu. Nak tahu contoh soalannya apa? Ni dia tapi tak sebijik-sebijik ye soalannya. Lebih kurang la sebab aku tak ingat sangat:

>> Pernah terdengar suara bercakap dengan anda yang tidak tahu dari mana datang arahnya.
>> Pernah mendengar ada suara yang mengajak berbuat kejahatan.

Lebih kurang gitu la soalannya. Jawapan yang diberi sama ada A) Tidak benar sama sekali. B) Tidak benar. C) Benar. D) Sangat benar. Aku rasa aku banyak jawab B. Okey tak kisah la aku jawab apa kan. So 30 minit bahagian A dan 15 minit bahagian B. Done! Habis tu, rehat la kejap, 9.30 kena masuk balik. Then, lepas tu kami dibahagikan ikut group untuk Ujian Kecergasan Fizikal (UKF). Haa inilah dia. Rupanya ada sesi pagi dan petang. Aku punya sesi pagi tapi cikgu tu kata dia nak habiskan terus semua. So kami dibahagikan la kepada 7 kumpulan, kalau tak silap. Aku group 1, dapat surat pun memang ujian UKF au pukul 10 pagi. Kalau ikutkan kawan aku sesi UKF dia petang pukul 2.30 and lagi sorang 3.15 petang. Fuhh, gila kau. penat kot nak tunggu kalau macam tu. Itu yang cikgu tu nak habiskan cepat, buat sekali harung. Senang.

Aku grup 1 dengan abang Saiful. Hmm, actually aku tak tahu nak panggil abang ke cikgu because he's too young. Yang guide kami ni guru pelatih tapi tu la. kalau tengok muka tak sesuai lagi nak panggil cikgu. Hihi. Takpela, aku panggil abang la senang, abang Saiful. Abang tu aku rasa dia bukan orang semenanjung, maybe sabah kut. Sebab aku ada dengar dia cakap macam loghat situ-situ sikit la. Tapi kadang-kadang dengar dia cakap tak rupa sabah pulak. Tak kisah la. Okey first kami buat 'RINGKUK TUBI SEPARA VARIASI'. Entah betul ke tidak namanya tu. So ada 5 VARIASI. Kami kena baring, kaki 90 darjah. First variasi tapak tangan kat lutut. Second variasi siku kat lutut. Third variasi tangan kat perut pegang siku. Variasi ke4 tangan macam tadi cuma bawa ke atas kepala. And variasi ke5 tangan kat atas kepala tapi disilangkan sentuh bahu punya tulang tu kut. Ingat senang? Haha.. Aku lepas sampai variasi ke3 je. 

Contoh variasi 1

Ni contoh variasi ke5

Next kami pergi buat BMI. Ambil berat dan tinggi. Aduhaii, apasal aku rasa berat menaik ni.. Huhu. Tinggi? Haii, macam sama dengan dulu je... Okey, then next station kami buat aktiviti 'FOUR QUANDRANT
 

Cemana nak main pulak ni kan. Aktiviti ni kita kena lompat. Berdiri belakang garisan tu and bila wisel ditiup lompat ikut urutan tu, 1,2,3,4.

Next aktiviti KILAS SISI pulak. Senang memang la senang tapi menyakitkan! So aktiviti ni macam gambar kat bawah ni la. Berdiri depan garisan tu and tangan kena sentuh lantai then bangun sentuh manila kad tu. Buat la kanan kiri selang seli. Nampak gaya macam senang tapi perghh! Sakit kaki tau. Laa ni pun tak hilang-hilang lagi sakit. Daripada duduk nak bangun sakit toqq..


Then last station buat BEEP TEST. Aiyooo... Dah la sakit kaki buat kilas sisi, nak kena buat beep test pulak dah. Orang kurang stamina la katakan. Huhu. Jadi beep test ni pulak is lari ulang alik 20 meter. Mula-mula slow and lama-lama tu semakin laju bunyi beep tu. Macam ni la.


Aduhaii... Aku dapat lepas sampai level 3/3 je. Group aku ada sorang yang paling tinggi masa tu, lelaki. Dia dapat lepas sampai level 7 something kalau tak silap aku. The highest la kiranya masa tu. Ingat nak sambung level after 3/3 tu tapi ya Allah! Nak patah balik ke tempat asal tu time level 3/3 tu, rasa macam nak tercabut kaki kepala lutut semua bagai. Thats why aku berhenti. Silap-silap sambung nanti jatuh pengsan pulak karang. Dah la tu, kawan aku si Izzati tu bersorak pulak nama aku. Ingat aku tak dengar suara dia. Aiyoo, malu pulak aku. kuhkuhkuh...

Orait... Habis sudah ujian UKCG. Terketar-ketar lutut den ni nak jalan. Macam nak jatuh terjelepuk kat lantai tu. Dah la takde siap air ke makan. Hihi. Dah habis tu abang Saiful tu buat cooling down and then terus hantar kami ke tempat parents kami tunggu. Cehh, dia boleh suruh kita ambil gambar kampus tu pulak. Konon sebagai kenangan, atau mana tahu nanti datang balik sini. Haha, yela tu. Pastu naik la tangga tanah yang tak serupa tangga tu. Abang tu buat suruh lari kat tangga tu. Aiyoo, mana boleh. Dah la takde rupa tangga walaupun ada la sikit siap dengan handle kayu lagi. Naik atas tu aku pun jalan la menuju ke my parents. Aku ada jugak dok fikir-fikir nak ambil gambar dengan abang Saiful tu sebagai kenangan la kiranya kalau memang aku tak datang lagi kan. Kenangan buat UKCG. TAPI!! Huhu... Disebabkan time tu aku rasa macam agak kepenatan yang teramat, dalam otak tu fikir nak rehat je, nak tidur la and macam-macam, sudahnya aku ignore je hasrat nak ambil gambar dengan abang tu. Bila dah dalam kereta, dah on the way balik baru la terasa macam menyesal giloo tak ambil gambar tadi. Penat punya pasal.

Okey, tamat sudah cerita kali ini. For me ini pengalaman yang cukup baik la jugak. And  at least ber'exercise' la jugak aku. Haha. Sekian lama tak exercise memang la sakit kaki ni kan. Peringatan to me supaya rajin-rajin la exercise. Huhuhu.... Ni saja la pengalaman yang ingin dikongsi. Hope dapat bagi info to those yang nak ambil UKCG. It's a wonderful time sebab dapat la jumpa macam-macam orang, kawan setelah sekian lama dok terperap kat rumah. Hihi. Semoga berjaya yang nak ambil ujian ni ye. Thanks a lot for reading.. ^_^


26 March 2015

Nak Menang IPhone 6 Percuma ?


Hai ! Hmm... Tengok tajuk je macam menarik sangat. Apa yang awak-awak semua jadi tertarik pulak ni? Cehh, mentang-mentang iphone 6, cakap sikit wahhh... Haha. Macam aku la kut. Aku pun dah lama teringin bebenor nak pakai iphone. Hang ingat murah? Nak beli, kumpul la duit hang sendiri. Aiyoo... akaun bank pun aku tak ada. Nak masuk universiti nanti la kut baru bukak akaun bank sendiri. Hahaa.. Tak kena tajuk je.

So, siapa la yang tak nak dapat hadiah IPHONE 6 PERCUMA ! Of course mostly la semua orang nak kan? Jadi, kat sini aku nak share la cemana korang nak menang IPHONE 6 ni. Ehh, ni bukan aku yang bagi laa. Daripada bagi korang baik aku ambil bagi diri sendiri kan? Hihi. Haa, tak sabar nak tahu kan? Scroll down please....



Taraaa !! (Nampak sangat screenshot insta. Jangan lupa follow ciknufaz ye. hihi, promote sikit.) Haa, itulah dia actually sponsor sebenar IPHONE 6 ni iaitu ZIZAN RAZAK. Well, Zizan sekarang dah jadi businessman pulak. Dah bukak ZIZANMALL, jadi CEO la kan. Katanya bulan lepas dah bagi pun IPHONE 6 and kali ni Tuan Ceo nak bagi lagi iphone 6 ! Woww!! Untung betul siapa yang dapat. FOC. So, apa perlu buat? Klik gambar. Mana-mana daripada 2 gambar tu. Dah klik tu then anda semua ikut la apa yang tertulis. Huhu. No age limit. No need to buy anything. Just register and share to your friends.. Jadi sesiapa yang tercabut tuahnya boleh la menang iphone 6 tu. 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 9 APRIL 2015

So, tunggu apa lagi? Cepatlah berdaftar dan anda berpeluang menangi IPHONE 6 SECARA PERCUMA !!

*sponsorbytuanceozizanmall*
#zizanrazak869
#zizanmall
#sayanakiphone6

~credit sikit to me kalau dah join contest zizan ni if you guys tahu dari blog sini. dengan rasa gembiranya if i know you know this from here.please credit to me on any media social, either mine or your own media social. FB:Aifaz Zahra / Twitter:AkuIfaz / Instagram:ciknufaz / Myblog . TQ  =) ~


25 March 2015

Segmen Pencarian Bloglist April-Mei 2015



Jom kita join! ^_^

Contest Cuba Teka Ringtone Saya by Mama Darwish

Nak join, sila klik banner ye!
Emm saya rasa ringtone MD adalah no 3
>> 3.  Haha -  너는 내 운명  (You're My Destiny)

Encik Mimpi - Selamat Malam Cinta (Official Music Video)


Hai semua.. Hari ni saja nak share lagu. Well, nothing to do much so aku nak share lagu ni pada anyone yang nak dengar, dah dengar or maybe belum pernah dengar lagu ni. Walaupun aku ni tak ada la nak dikatakan peminat tegar Encik Mimpi sebab yang lain pun aku jadi peminat jugak. Anyway aku tetap juga suka Encik Mimpi, The Mysterious Man. Huhu. So lagu ni dihasilkan oleh Encik Mimpi yang handsome (walau pakai topeng. huhu) dengan tajuk lagu Selamat Malam Cinta.. Music video ni amat menyentuh hati aku, soooo deep. Dengarkanlah dan hayatilah lagu ni. 


Dah dengar? Nak komen dipersilakan.. Ini saja yang nak dikongsikan kali ni. Thanks ya! Have a nice day! 

24 March 2015

Trip 2 Days..

Hallo!! Hihi. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk aku update blog ni. Hari ni aku nak cerita about my jalan-jalan pendek. Haha. Apa kebendanya tu? Jalan-jalan laa. Makan angin tapi tak lama pun. 2 hari je. Itupun last minute punya perancangan time cuti sekolah seminggu hari tu. Tapi tak adalah pergi jauh-jauh.. Kalau 2 hari jauh kebendanya. Lagipun aku ada kelas memandu minggu tu. Aku dengan family aku pergi hari khamis pagi. Nama pun last minute, pagi tu baru my parents bagitahu nak pergi jalan-jalan. Apa lagi, berkemas laa. Haha. Konon kelam kabut macam nak pergi lama je.

So, jalan-jalan ni biasa-biasa je. Kami pergi pantai kat Padang Kemunting, Melaka. Betul kan nama tempat tu? Betullah rasanya. Haha. Makan angin kat negeri sendiri. But okey la, not bad apa. Esoknya punya kelas ( hari jumaat la kan) terpaksa la aku batalkan. Hmm, minggu ni pun aku nak pre test dah. InsyaAllah 9 April aku test jpj. Huhu.. Harap-harap lulus la. Doakan la untuk aku ye. ^^
Oh ye! Before pergi pantai tu kami pergi China! Haha.. Macam tak percaya je kan? Takpe, tengok dulu gambar ni.

Haa... Percaya tak?? Haha. Memang tak sempat la kalau nak China oii.. Ni kat Masjid Cina Negeri Melaka. Masjid ni baru jugak la. Nampak memang macam kat china kan? I mean designnya la. Tourists luar, si mat-mat saleh tu pun datang tengok tau. Haha. So, anytime kalau korang datang Melaka, singgah la masjid ni. Selesa solat kat sini and cantik seni binanya. Cuma masjid ni pedalaman sikit la. Haha, bukan pedalaman macam tu. Maksud aku korang kena masuk dalam lagi jalan kat situ baru jumpa. Masjid ni bukannya dibina betul-betul tepi jalan ke or tempat yang korang senang nampak. Pandang kiri je dah jumpa, tak la gitu. Kena masuk jauh sikit. Nak tahu kat mana, google la. Tak pun cuba la guna waze. Hehe. Maaf la, tak tahu nampak sebenar tempat ni. 


Wefie japp.. hihi


Haa, dah sampai petang tu, tengok sunset laa. Haha. Sunset la sangat. 

Wahh... Cantikkan sunset?

Lovely couple. Huhu


Haa, ini time pagi ye. Nelayan dah naik darat dah. Banyak jugak ikan dapat. Yang my mom pulak dok tunggu udang kalau ada sampai.. Akhirnya pulang tangan kosong. Huhu.

Ini lubang yang dibuat oleh aku. Huhu. Dek kebosanan pasir menjadi mangsa. Si luqman tu kononnya nak mandi tapi tak mau masuk air. Masuk kat gigi air je. Aneh betul la budak ni. Lama nau nak warm up. Penat je aku masuk air dia pulak tak nak. Haha.

Orait.. Inilah dia makanan tengah hari kita. Haha. Tengahari makan KFC pulak ye. Ayah dah pergi solat jumaat. So kami-kami yang perempuan ni makan la dulu. Eh, lupa. Termasuk la si kecik tu.

Sempat pulak si Luqman ni masuk gambar padahal dia yang sibuk nak makan tadi. Haha. 

Next station! Kita main bowling pulak. Ayah, ibu, aku and adik perempuan aku, we're the players. 

Adohaii, Luqman ni pun nak main jugak. Haha, konon larat la nak angkat bola bowling tu. 

Haa, my turn! Haha.. Bajet macam nak strike je, padahal tak pernah strike pun. Huhu. Sorry la, bowling ni bukan bidang I even I suka main. This was my second time main bowling, tapi tak pernah dapat markah cantik. Haha

So, inilah hasilnya.. Hehe. Not bad la aku. Haha.. Cer teka mana satu aku punya. Yang nama first ke second? Check it out sendiri la. Well, nice game jugak la.. Yang lelaki main game kat sebelah kitaorang ni pun katanya first time main bowling. Dari kelantan. Fuhh, jauh mai sini main bowling. First time first time pun markah diorang bukan kemain cantik lagi daripada aku. Kehkehkeh.

Ok, last thing yang dibuat ialah menonton wayang! Hmm, cerita apa? Cerita Cicakman 3. Itu pun sebab adik aku la si luqman tu. Cerita spongebob 3D tu dia dah tengok, nak tengok cerita cicakman 3 pulak. Sebagai kakak yang penyayang, ku turutkan jua. Huhu. Kalau ikutkan hati, nak tengok cerita Insurgent. Yup! The series of Divergent. Tapi malangnya, takpelah. Cicakman 3 ni pun best jugak apa. Kelakar. Well, pelakon-pelakonnya pun hebat-hebat belaka. Ada Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Rykarl, Bell Ngasri and ramai lagi la kan. Ramai jugak yang tengok cerita ni. ( hihi, saja di'highlight' kan nama diorang.. ^^ )

Alhamdulillah, puas hati la jugak jalan-jalan kali ni. And unfortunately, both of my sisters tak dapat join la trip ni. Well, mereka tengah still menuntut ilmu di universiti. Kaklong la, yang kakngah tu tengah praktikal. Takpe, menuntut ilmu itu kan suruhan agama juga. InsyaAllah, mereka yang menuntut ilmu ni kerana Allah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. InsyaAllah, aminn..

Okey, sudah habis la cerita aku setakat ni. So, thanks for reading and have a nice day. ^_^

Oh ya! One more thing. Hihi, saya dah ada instagram. Baru je buat hari tu. 

Nak follow? Meh follow ramai-ramai. Cari nama ni ye.
>> Cik Nufaz

Jom follow saya, insyaAllah saya follow awak balik, ok? Tq.. ^_^


19 March 2015

Ready Nak Masuk U?



Hai semua... Alhamdulillah, masih diberi kesempatan buat aku update blog ni. Maaflah, belakangan aku agak jarang update kan? Hehe, takde cerita menarik la yang nak dikongsi. Well kali ni pun takde la benda sangat nak cakap pun. Saja nak taip-taip kosong. Yelah, sini mana boleh borak kan? So, sedar tak sedar nak masuk bulan april dah kan? Tak lama lagi nak masuk bulan GST dah... Kecoh satu Malaysia ni pasal gst kan.
  

And tak lama lagi jugak budak-budak macam aku ni nak jadi budak u. Wow! Ready ke? Well, sekarang ni pun ada few kawan aku dah masuk pun universiti. Ada seorang kawan perempuan aku dah masuk pun unirazak  16 Mac hari tu, ambil accounting. Aku ni je yang dok menunggu la kalau dapat unirazak tu under pinjaman mara. Yelah, Unirazak tu kan swasta. Tak mampu den nak bayar sendiri.

Tapi its a good thing juga tau kalau dapat unirazak under tajaan mara ni. Well, ada 3 choices of course yang korang boleh ambil kat sana untuk tajaan mara which are accounting, economics and islamic finance. Kalau korang dapat, korang akan dapat full tajaan ( actually pinjaman boleh ubah) sampai habis degree. Gempak weii! Macam aku ada mohon nak ambil accounting and in degree nanti dia dah siapkan kelas untuk ambil sijil profesional tu sekali, ACCA kalau tak salah aku under CPA Australia punya. Memang untung la siapa yang dapat. But mestilah kena struggle gila-gila nak lulus ambil sjil pro ni. 

And aku actually tak sangka ramai jugak (walaupun tak la ramai sangat) yang nak ambil accounting kat u nanti. Yelah, macam aku la. Kat sekolah dulu tak tahu nak jadi apa main rembat je cita-cita.  Doctor la, software engineering la, graphic designer la, komputer forensik. Hahaha... Subjek akaun pun aku bukannya ambil. Bila dah tahu result dah melencong ke lain. Haha. Biasalah tu kan. Tapi kalau orang yang memang from the first dah tahu nak jadi apa baguslah. Don't be like me. No no no..
 

Hampir seminggu result dah keluar still confused nak pilih apa. Akhirnya aku memutuskan untuk ambil accounting. Kalau ikut my parents, diorang cadangkan ambil fisioterapi. Memang nampak menarik but, well you know. Nampak memang best, macam enjoy-enjoy je belajar. Tak stress sangat cuma bila aku tengok kat internet there are some parts yang membuatkan aku tarik diri. Hohoho.. Tak payah tahulah ye apa dia puncanya. Sudahnya ambil akaun la gayanya. But I think maybe its much better, I hope. 

Oh ya! Actually ada lagi 2 orang rasanya kawan aku yang dah masuk u. Nabil and Amir, my classmates.. Eh, yang nabil tu  tak sure pulak. Tapi Amir tu confirm rasanya. Dia masuk UTP, Universiti Teknologi Petronas. Farewell Amir.. All the Best la to Amir. Huhu. Haiih, dah besar rupanya kita ni. Nak jadi budak u dah. Cuma muka je rasanya tak macam budak u, tak matang. Haha. Seriously, kawan aku yang masuk unirazak tu dia yang nampak muka macam tak matang lagi. Kecik je. Huhu. Takpelah, maybe muka kitaorang ni babyface kut. Hehe. Ada few  yang lain yang masuk DQ, Darul Quran before result lagi. Ada yang stay, ada yang tak tahu nak stay sana ke atau nak masuk universiti lain. Anyway, depends on diorang la kan. 

And me, dok la rumah ni menunggu result upu and mara because I apply mara scholarship. Yang unirazak tu laa. Dok la menunggu habis belajar kereta. InsyaAllah, awal bulan 4 nanti habis la kut belajar kereta and dapat lesen. Aminn.. Doa-doakan la aku LULUS JPJ nanti. Jealous jugak aku kat kawan-kawan aku ramai jugak yang dah lulus jpj. Huhu, itulah. Siapa suruh belajar lesen lambat, dah ketinggalan.. Takpelah, just hope dapatlah lesen before masuk u nanti. 
Not like this... Huhh


Wokaayy guys... Sampai sini saja la. Aku pun dah tak tahu nak cakap apa. Huhu. Jumpa next episod pulak yee. And thanks a lot those yang baca blog ni. I Love You from the bottom of my heart... Hihihi ^_^


13 March 2015

BLOOD...


Yuhuuu! Hehe.. Rasa macam lama tak update blog. Lebih kurang seminggu rasanya. Well, maybe sebab aku rasa macam takde apa yang aku nak cerita. But today aku ada something nak share dengan awak-awak semua.. Ok, cuba tengok bawah ni.


Haa inilah dia benda yang aku nak share tu.. Ni korean drama. Haha. Tetibe je kan? Itulah, disebabkan aku yang *kebosanan duduk kat rumah keseorangan pagi-pagi weekdays* so aku pun mencari la cerita-cerita apa-apa yang aku boleh tengok untuk hilangkan kebosanan. Tengok tv pun bosan, pagi-pagi takde cerita best. Oh, okey la. So continue pasal cerita ni. 

Tajuk cerita ni is ' BLOOD ' . Wuuu... Darah kut. Haha. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tertarik nak tengok cerita ni. Puas cari-cari cerita yang best tetiba mata dan hati aku tertarik pulak dengan tajuk and gambar dia. Ecehh. Haha. So, setakat ni aku dah habis tengok sampai episod 8 je sebab baru 8 episod yang dah disiarkan. Cerita ni still on air, tak habis full lagi. Tapi cerita ni dalam 20 episod la semuanya. Hmm.. Setakat ni aku rasa cerita ni best! Different jugak la dari cerita lain. Yeke? Maybe la. Cerita pasal vampire. Hmm, entah-entah aku tertarik dengan perkataan vampire tu kut. Hehe.

Bagi aku cerita ni banyak menunjukkan unsur suspen. Eh, ingat cerita ni serius je ke even maybe nampak  macam banyak kaitan dengan medic sampai kekadang tertutup-tutup mata aku tengok scene operate tu. Ada jugak part-part yang kelakar okey. Tapi, bagi aku memang banyak suspen. Atau maybe aku je yang over suspen, tak tahu laa. Genre cerita ni? Hmm, cerita ni ada genre horror, supernatural, romance sikit and comedy pun ada jugak. Hehe, aku tengok kat website cerita ni la. Eh, tapi memang betul okey sebab aku dah tengok. Haa, nak tahu tak siapa pelakon cerita ni? Siapa yang suka korea ni maybe kenal la kut pelakon-pelakon ni. 

MAIN ACTORS :

Ahn Jae Hyun as Professor Park Ji Sang

Koo Hye Sun as Professor Yoo Ri Ta / Yoo Chae Eun

Ji Jin Hee as Director Lee Jae Wook

Ok, itu jelah character utama. But aku memang sarankan korang tengok la cerita ni. Best sangat! Tapi depends la pada orang jugak kan. Maybe ada orang tak suka jalan cerita ni, tapi aku suka! And plus ada robot comel! Haha, comel and kelakar. So, kalau nak tahu cerita ni best ke tak, robot tu comel ke tak, cubalah tengok cerita ni. Kat mana? Kat internet ni melambak je website yang korang boleh bukak. Tapi takpe, aku bagi la link yang boleh korang buka kalau nak tengok cerita ni. Nah, ni dia.. 

 Kalau nak tahu sinopsis and ceritanya klik sini ok?
>> http://www.viki.com/tv/24437c-blood
Jom tengok BLOOD !
>> http://eps-kdrama.com/category/blood/
>> http://myasiantv.com/drama/blood/

Jangan risau, ni ada english subtitle.Tapi korang kena sabar la ye. Kalau dah habis tengok sampai episod 8, tunggu la sampai next episod disiarkan kat korea. Eh, tapi aku tak tahu la pulak kalau kat astro channel korea tu ada cerita ni ke tak. Aku jarang dah sekarang bukak channel korea tu kat tv. Haha. Kalau ada, aku yang ketinggalan la kut. Ok so, have fun la siapa yang tengok cerita ni. Memang best! Thumbs up sikit... Hehe. Dah tengok tu, boleh la komen sikit kat blog aku ni. Kalau nak share pasal cerita ni pun boleh. Selamat menonton ye! Thanks for reading my blog ^_^



*SERIUS_BEST_CERITA _NI*
*RUGI_TAK_TENGOK_BLOOD*
*haha...maafsayatakpaksapunawaktengok*


Newer Posts