Showing posts with label Asasi Dengkil. Show all posts
Showing posts with label Asasi Dengkil. Show all posts

19 April 2016

End Of Asasi in UiTM Dengkil


Hai ! As you the title above, yeah. Saya dah habis asasi. Yeayy ! Alhamdulillah, berjaya juga saya dan rakan-rakan seperjuangan berjuang sepanjang kami ber'asasi' ni selama 1 tahun. Sem 1 di Puncak Alam dan sem 2 di Dengkil. Dah dua minggu habis tapi baru hari ni ada feeling nak update hehe. Kami yang asasi sains and engine ni habis awal sikit, seminggu awal daripada student law and tesl. Well, seronok mungkin dah habis asasi ni but, tak seronoknya 'cause we have to separate with our friends. My F5s. Uhh sob sob sob. Cehh. So kira macam habis asasi ni ada gembira dan sedih. Apa-apa pun, hopefully nanti result yang keluar adalah result yang terbaik daripada Allah untuk kami semua. InsyaAllah, aminnn. Doakan ye ! 

So bila dah habis asasi ni memang agak kebuntuan nak buat apa sementara nak menunggu upu untuk kemasukan degree nanti, bulan 9. Ada yang decide nak kerja, that's good. Aku ni hmm tak tahu la nak buat apa. Nak kerja tapi takde transport. Cehh alasan huhu. Fikir juga nak kerja dari rumah. Wahhh. hahahaa. Tapi setakat ni kerja yang aku buat just watching movies and dramas. Huhuu. La ni tengok drama korea yang trending sekarang ni, Descendants of the Sun. Tapi dah habis dah tengok. Feeling mak aii aku tengok cerita tu. hahaa. Then waiting for the next special episodes. Ohh seriously tak sabarnyaa !

Okay okay. Actually bukan nak cerita pasal tu dalam entri ni but nak cerita pasal asasi di uitm dengkil ni haa. Kira macam untuk guide la adik-adik junior ni haa yang akan masuk tak lama lagi. Cehh. So some of the parts from the story behind the asasi ni dah aku ceritakan dalam a few entries aku yang lepas. Kalau belum baca, nahh klik sini : Entry 1 dan Entry 2 .

So nothing much aku nak cerita just telling you what are the things that I haven't told yet. Basically, just that nak reminds once again yang uitm dengkil ni telah menjadi pusat asasi untuk semua asasi, daripada sains, engine, law hinggalah ke tesl. Its more likely to be known as ASiD, Asasi Dengkil. Kapasiti pelajar i guess kalau tak silap about 5K +/- of the students. So blok kediaman puteri which is dahlia, terletak betul-betul dekat dengan entrance uitm dengkil ni. Meanwhile, blok kediaman para putera which is tualang pula terletak nun jauh sikit kat pedalaman. Anjung dengkil yang menjadi tempat makan minum, kafe, dan segala kedai is in between dahlia and tualang. Well, you'll know better when you enter this place later on. So blok akademik which are dinamik, etika dan progresif terletak betul-betul depan anjung. Oh and surau, or we called PI stands for Pusat Islam, terletak berhadapan dengan blok dahlia. Dekat dengan bangunan pentadbiran. Segala gelanggang padang ada juga so don't worry kepada yang kaki atlet ni yee. Okay, that's about the position of buildings and places in this college.

Minggu Destini Siswa (MDS) kali ni, I mean for the second batch uitm dengkil 2016/2017, maybe akan disertai oleh first batch students asasi dengkil juga which is my batch. Secara keseluruhannya I dont know and not sure la sebab aku tak join. Aku tak daftar pun as pmds tu. Since my batch is the first batch asasi kat dengkil ni, so maybe thats why they got some of us to involve in the mds as we might know better about this place. Cehh.

Oh yeah ! I got something to tell you guys. Regarding the examination, dalam uitm dengkil ni setakat ini masih tiada lagi examination hall. Few years nanti kot akan ditambah, I don't know. So where are we going to have the exam? Bilik kuliah and dewan kuliah inilah yang akan digunakan as exam hall. But kalau macam untuk test, we have to arrange the tables and chairs by our own, kalau guna bilik kuliah la. Kalau dewan memang hang takleh nak tukar ka pindah ke mana-mana pun kerusi tu. But kalau final exam, kau datang je memang dah siap susun, Well I guess sebab unlike test, a day before pun kau still ada kelas but final a week before is your final class. So it has some gaps. 

Test, you don't really have to sit according to your exam sitting number ( lol idk if this term is the correct one huhu ) while for the final it is a must and you must remember your angka giliran peperiksaan. And banyak sangat bilik exam sampaikan bilik tv kat blok kediaman dahlia pun dijadikan tempat exam ( final ). Plus, ada juga kelas yang terpaksa pecah and having their exam in another exam hall, separate with their other members. Like my class, for 5 subjects 4 member kelas aku terpisah dengan kami yang lain. Diorang ambil exam kat bilik exam yang lain while the another of us in one hall combined with other class. 

Washing machine dah ada disediakan di aras bawah untuk setiap blok. So kalau rasa penat jadi cinderella basuh baju sendiri or malas nak jalan ke dobi kat pekan luar tu, boleh la guna washing machine ni. But of course la kalau penuh kena take your turn. Hehe. And as I had mentioned before in my previous entry (I guess ada rasanya aku mention huhu), kat sini still new and no uitm bus so kokurikulum akan based on you all punya kupon. So kena rajinkan diri kumpul kupon but macam time batch kami ni, kena ada at least 5 kupon=10 markah. For the next generation next batch I don't know la. Kupon ni akan diberi for each aktiviti yang kita sertai yang under uitm la. Like Karnival Sukan Pusat Asasi (KASPA), for those yang kaki atlet ni haa bolehlah join nanti kalau ada lagi la. Mesti ada rasanya. Then ada juga Annual Dinner Asasi untuk sesiapa yang nak join yang nak create memories yang nak mencantikkan diri haa time ni la anda boleh join. Cehh. Join ni pun dapat kupon.

Okay now I want to talk about the transport here. Well in the previous entry aku dah ceritakan sedikit pasal transport ni. So kat sini ada bas, Nadi Putra where this bus akan bawa anda ke Putrajaya Sentral. From pj sentral you all nak pergi mana haa pergilah. Kalau tak tahu nak kena naik bas apa untuk pergi ke destinasi yang dah dirancang dari rumah lagi, don't worry sebab ada dipampang destinasi setiap bas di setiap platform bas. Untuk ke UiTM Dengkil, naik bas 521. Ini yang patut diingat la. Midvalley, IOI Mall, Alamanda, KTM Serdang, KL Sentral, Cyberjaya, Putrajaya dan apa lagi entah aku tak ingat. Haa ni antara tempat yang korang boleh pergi. 

KLIA Transit ada juga untuk ke TBS, KL Sentral, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA 2. Ke TBS setakat ni tambang RM8 per person, one way and perjalanan around 10-20 minutes la lebih kurang. So macam kalau nak cepat naik erl la just tambang tu lebih sikit. Ke KL Sentral RM14. Another alternative you can use is grab car or rent car. Kawan aku kata mahal sikit kalau rent car, kalau nak dibandingkan dengan yang kat palam la. Grab car depends on your destination nak ke mana and depends pada driver tu juga la.

Kat sini juga ada perkhidmatan kaunseling. So kalau rasa memerlukan kaunselor boleh jumpa di pejabat hep. Bab pengeposan barang pula. If you guys ada kiriman barang from parents ke or mostly la students ni beli barang online, barang pos boleh ambil di pejabat hep, which is yang terletak di aras bawah bangunan pentadbiran bahagian kiri, kalau ikut position menghadap entrance. Ada proses juga ye kalau nak ambil barang. First thing first you have to make sure that your parcel or letter dah sampai. Check your tracking number. Segala proses ni adalah untuk memudahkan kerja kakak kakak and abang abang yang kerja situ. What it is called? Kerani? Pegawai? Bhahahaha I don't know la. Kerani I guess. Ni contoh nak check your barang. This is an example barang yang dah sampai.


I guess tu je kot. Tak tahu la apa lagi nak cakap so kalau nak tahu lebih lagi rajinkanlah diri search kat google, insta twittter dan blog. Hehe. Nak tahu lagi kena masuk sini okey. Haa satgi nak tunjuk gambar dengkil. Jangan terkejut and sorry kalau gambar ni nanti akan membuatkan anda lebih excited. Ecehh XD

Nah gambaran sikit dalam rumah. Time ni aku kebosanan gilaa, housemate lain ada yang keluar and ada yang duduk dalam bilik. Petang petang memang camtu ler rupanya huhu.

Meja study. Kosong meja sebab ambil gambar before gerak balik my hometown. Kenangan la konon cehh. Nak masuk kat blog la haha.

Nah katil tempat aku selalu beradu. Always :)

Loker. Nampak macam kecil tapi besar. Muat je nak sumbat semua barang kalau korang tak bawa barang tu macam nak pindah sini terus la. Huhu.

oh yeah inilah dia gambaran di dalam rumah. Nak rasa better duduk sini rajinkanlah diri bawa tikar ke karpet ke whatever la untuk keselesaan anda semua, sebab lantai ni lantai simen.

Tu diaa sunset di dengkil. 

Sunset dengkil yang tiada di tempat lain hehe.

 Antara view dengkil. Ini la dia blok akademik. And tengah tu green square. Padang. Ada juga yang panggil padang....... m. Nak tahu padang apa orang panggil haa nanti dah masuk you guys will know it. But padang ni la antara tempat favourite nak ambil gambar.

View from tualang.


Ini view daripada blok pentadbiran. Tingkat 11, mungkin. Sebab tingkat ni yang orang suka naik and ambil gambar 'cause it has such a beautiful scenery. Tapi cannot naik memalam okay. Nanti kena tangkap dengan abang polis tu I can't help la.

sunset again... Nice.


Anjung dengkil, di kala waktu malam.

Green square di bangunan akademik. =)

You know what this is mean? Haa kalau nak tahu, gambar kapal terbang ni sebenarnya just wanna to tell you guys that mostly like every second every minute you will hear the sound of the airplane flying above you. Memang tak sah kalau dalam sehari or sejam la kita tak dengar bunyi airplane ni, since this place was quite near dengan klia. And that's make dengkil such a special place. Everyday akan dengar aeroplane lalu atas ni haa. Ah, I miss this!

Masih belum dicat but soon, akan dicat. Huhuu


Nice scenery, right?

Nice ;)


Done showing you guys the pictures of dengkil. Harap harap yang bakal masuk sini akan rasa teruja bila tengok gambar-gambar ni semua. Oh by the way, semua gambar ni aku gali kat twitter heuheu. A few je yang saya guna gambar sendiri. So saya guna ye gambar ni ! Eh tapi this is real punya dengkil ye. Tak tipu punya. Pandai ambil angle gambar tu lawa la jadinya. Hehe. Oh then this is the link where you can watch the video yang berlatarkan uitm dengkil. So from this video I hope you guys can have some of the pictures and views of this uitm dengkil. Click here to watch.


Okay done. So akhir kata daripada pioneer asasi dengkil, specifically asasi sains, selamat berbahagia tinggal dan belajar di UiTM Dengkil ni, untuk next generation, next batch selepas kami batch pertama. Foundation studies ni actually it was great though it's quite packed, sometimes stress, but honestly we did had a great time. Surrounded by people who cares about you, surrounded by friends, supportive mentor. My lecturer, mentor, said that foundation and diploma are totally different. Kalau dapat asasi you should take it, don't waste it. A lot of things you'll learn. So anyway those yang dapat asasi uitm, all the best, do have your great time here and don't forget to create memories as much as you can. Salam ukhuwah daripada first batch asasi dengkil, kakak senior, dan blogger.  ;)



* * * * *

Nobody is perfect, we screw up, we make mistakes, have heartbreak, go through hard times but you need to know, that is life.


10 February 2016

Life Update In UiTM Dengkil :)


Alhamdulillah hari ni nak update sikit pasal life kat dengkil ni. Cehh. Life update in Dengkil :D Ahaha. So apa yang aku nak update is like events apa yang jadi kat sana, apa fasiliti yang dah bertambah or maybe some infos for those spm leavers (especially 2015 punya spm leavers la eh kan) yang nak and will pursue their asasi studies in Dengkil. Foundation studies ye. 

Apa je events yang jadi setakat ni eh? Hmmm. Well nothing sangat and hidup macam biasalah. Life must go on. Haha tetiba. So setakat ni fasiliti okey je. But water dispenser still tak ada. Mengharapkan air kotak dozen ni jela huhu. Kedai-kedai yang dah buka setakat ni kat anjung tingkat dua is bakery, kedai waffle and 'cool blog'-like, dua kedai mart, kedai buku, salun and kedai yang jual tudung-tudung. Tudung rasanya sebab aku tak pernah lagi masuk just nampak dari luar je huhu. Then mesin ATM pun dah ada dah and just one so far, kat tingkat dua anjung. Tapi rasanya takde resit la, setakat yang aku dah pernah guna. Atas anjung ni pun ada surau hehe.

Dobi ? Hmmm. Buat masa ni still jadi cinderella. Haha. Means dobi or the washing machine tu takde lagi dalam uitm ni tapi for those yang nak basuh guna machine juga don't worry ada kedai dobi kat pekan dengkil depan uitm tu. Yang tak pernah sampai dengkil tu, depan uitm jalan sikit, cross sikit, haa jumpa dah kedai-kedai kat one of the part pekan dengkil huhu. Dobi. Hmm aku tak pernah pergi lagi sebab aku selalu jadi cinderella je ;P Tapi rasanya tak jauh sangat. KFC pun ada kat pekan dengkil tapi its quite far la kalau jalan kaki dari uitm ni. Kalau sanggup boleh je haha. 

Ohh then not sure setiap hari apa but yang aku tahu setiap hari khamis and sabtu ada pasar malam kat depan uitm tu haa. Normally ramai jugak la kot yang pergi after kelas sebab dia start awal and habis quite awal la kot. Hmm banyak sangat kot? Haha thats because I'd never go there so far. Seriously. Nak pergi tapi kekadang tu ada je hal. Okay, so what's it is I'm missed eh? Ouh ada rollerblade for those yang nak main. But actually aku tak sure thats pinjam from pejabat or what but, i think so. 'Cause mostly all the rollerblades yang aku nampak tu sepesen je. Basikal pun ada but well, so far you've to book it when you want to play, and not on the spot. Well, I don't really know 'cause I'd never done it yet. Yet okay, so maybe soon. Huhu.

So I think thats all for the infos, setakat aku dah berlife kat dengkil ni. Haha. Eh wait. Oh oh oh one more. You know that for foundation studies, meaning for foundation students, you can't bring car or motorcycle. Eh ermmm motor I'm not sure. But car yes, it is no. Well it is due to terms and condition asasi kan and also the small spaces we have here so yeah. But ada je yang ada lesen tu and ada kereta, they still bawa kereta diorang but park it at the outside of uitm. So definitely the car is on your own risk. Aku taklah bawa sebab tak pandai drive cehh padahal dah dapat lesen dah. Yang takde kereta, don't worry. Dari UiTM Dengkil ni, semua trasnport boleh jalan. Ahaha. Ada bas Nadi Putra, teksi ( you have to call them la), then also transport service pun ada. 'Like' ubercar but its not. 

And a few weeks ago, we had a test. Test 1. Alhamdulillah, result semua subjek dah dapat. Semuanya 4 subjek yang masuk test 1, tapi final overall 6 subjek la. So semua 4 subjek, Biology, Physics, Chemistry and Mathematics ( saya budak sains ye hehe ), alhamdulillah semuanya lulus. Lulus and markah alhamdulillah, quite tinggi. Unexpected. Seriously. Well memang aku dalam usaha nak memperbaiki markah and nak naikkan pointer sem 1 huhu. Alhamdulillah, semuanya datang daripada Allah. Oh actually aku bukan nak cakap pasal result haha but pasal the examination hall. Just nak bagitahu, kat sini so far takde dewan peperiksaan so we just used the BK (bilik kuliah) and DK (dewan kuliah) as examination hall. Hari tu pagi, kitaorang yang kena susun sendiri meja and kerusi since exam kelas aku kat BK. Yelah, siapa pulak nak susun bebanyak meja and kerusi untuk student asasi yang ramai gegila ni. Takkan nak suruh SMA susun pulak kan, nak nak lagi a day before exam pun that BK still ada kelas. 

Oh, what is SMA? Aku lupa aku tak pernah cakap kan. SMA is for Sekretariat Mahasiswa Asasi. Its like the BWP, if you know like in MRSM they have this BWP. SMA is like an organization yang handle anak-anak asasi ni. Tapi nak kata handle tu taklah. Hmmm. Macam mana nak cakap ek. Its like satu organisasi yang mewakili asasi untuk handle program, bantu pihak pengurusan in part of involving the students, Kind of la kot. If ada yang berminat nak jadi sma ni, please contact me. Haha takdelah. Nanti boleh la daftar and interview. SMA ni dah wujud since asasi kat palam lagi before kitaorang pindah dengkil. So bila pindah, just drag the organization.

Ada lagi. Lepas satu satu aku teringat. Pasal kokurikulum. Dulu kalau kat Palam, kena kumpul kupon at least 3, and the rest markah tu based on markah kelab koku yang kita masuk. Like dulu kat palam aku masuk Community Service ceh haha. But then since pindah Dengkil yang still baru ni, still lack of some facilities, so officially-nya no koku for this sem. Markah koku akan based on kupon kita. Sebanyak mana kupon yang kita ada, sebanyak tu la markah kita. I guess. Or might be based on our mentor. Lagi lagi ada certain penasihat kelab koku tu yang tak pindah rasanya and also due to no bus here. Takde lagi bas UiTM dengkil ni. So yeah, time to collect coupons. Haha.

Okay enough la tu pasal dengkil ceh haha. Actually aku nak cakap pasal something else ehehe. Ehem ehem. 

1 Februari 2016.
Genap umur aku turnsss toooo..... 19 ! Oh yeahh dah makin tuaaa. Sob sob sob. Huhu. Ahaha yeah birthday aku dah tiba hari tu. Seminggu dahh. 1 Februari :D Well biasalah dapat wishes from my family, friends, classmates and semua la. I'm appreciate it so much those yang wish aku hehe. 

To my family thanks and love u guys so much :)

To my old friend, thanks ye wish my birthday and be the first one yang wish cehh. Tak tahu nak percaya betul ke tak kau cakap kau set reminder birthday aku ahaha. Kau ni memang kawan yang baik :P

Thanks so much to my besties, Afifah. Bangun-bangun pagi je dah voicenote kat wassap nak wish aku huhu. 

Also besties Fatihah 'Izzati, thanks yo teha wish aku nun jauh dari Mesir. Haha

My other 04s and revivenates alsoo hehe. 

Lastly, untuk classmates aku yang terchentaa (lol haha), F5. Aku appreciate wishes korang and for the girls yang sanggup duk tepi court futsal memalam buta dengan esoknya tu nak kuiz, still duk sambut birthday dengan burger dan air ahahaha. Well yeah thats not the plan tapi alang-alang la kan.

And for others yang wish aku, wassap ke fb ke or ada yang jugak voicenote wish birthday (unexpected person lol haha) thank you so much. 


Well, semakin meningkat usia ni semakin dekatlah usia kematian kita :'( 

Oh yeah. A day before balik rumah, I mean before cuti raya cina (weee.. K lol dah cuti dah pun hehe), we all the F5s gathered with our beloved and sporting mentor, Miss Fizah to celebrate and makan-makan untuk the first one time kat dengkil ni and first 2016. Gather pertama F5 di Dengkil cehh haha. As sampingannya celebrate januarians yang dah lepas and februarians yang baru saja ( thats me la tu ahaha ). Takdela. So its like a one of the happy moments la kat dengkil ni huhu. Yeah. So here I attached some of the pictures below. 


Yeayy the cake ! Hehe. Well, its says ' F5 Babies & Miss Fiza Birthday ' :)


Ahaa. Inilah dia geng-geng F5 aku cehh haha. Kitaorang makan-makan kat atas stage kauu.. Haaa. Stage kat tengah-tengah anjung tu haha. Okay yang tengah tu, very middle one, haa tu la miss fiza. Bagi aku untunglah siapa next mentee dia for the next asasi. 'Cause she is so sporting and do care about us. Yeah, maybe one of the reason sebab miss belum kahwin lagi so its like takde benda sangat kena fikir banyak masa or whatever la kan. But still, for me she's the best one :D


Oh yeahh ! Ahaa the people in this picture are allll the februarians hehe. Miss pun februari jugak tau. So februarians kat sini is aku, miss fiza, sanoh and haziq. Supposedly naim sekali but he's already fly to mesir. And so bad my kembar tak seiras aku musuh dalam kelas eh partner gaduh aku (means he is twin of the name haha. Nama je sama okey, aku takde kembar huhu) , kutuk aku time ambil gambar. Ceitt. Mentang-mentanglah aku ni kecil kau kutuk yee. Ahaha walaupun yeah the fact is aku terasa kecil di situ XD Well, no offense huhu.

So thats all from me. Life update from Dengkil. Eh tak sekarang di rumah kesayangan ceh. InsyaAllah, ada masa aku update lagi apa-apa pasal uitm dengkil, pasal asasi uitm sini. Walaupun tinggal berbaki beberapa weeks je lagi huhu. Then see in the next entry. The next life update. Hehe. 


* * * * * *


To find yourself is to be yourself. Get yourself prepared to get the worth thing through the hard road.



20 December 2015

Already Here in Dengkil :)



Hai dan selamat malam semuanyaaa ! Eh dah pagi la. Haa, baru sekarang nak muncul ek. Haha. Punyalah bertahun cuti kat rumah tu (okay, tak la bertahun pun. Orang kata apa, metafora eh? Alaa macam perumpamaan laa) , tak post entry baru pun ye. Ishh. Tapi adalah jugak satu aku post. Yang lain asyik draf je tak habis habis, entah bila nak publish pun tak tahu kann.

Hmm, okey. So for this entry, wanna to talk about my new homeee..... Eh which home ni ? Okey so for your information, I'd moved to a new campus for semester 2. A very very new campus. For this campus, all the asasians from all over the world of uitm la eh, moved to this very very new campus. Asasi sains, asasi engineering, asasi tesl dan asasi law semuanya telah berpindah ke UiTM Kampus Dengkil which is kampus ni baru sahaja dibuka pada 9 Disember 2015 which that time new batch for asasi law daftar. Kalau nak ikut officially sebenar uitm ni bukak tak ingat la pulak tarikhnya. Huhu. 

So thats means, kami asasi 2015/2016 adalah batch pertama sekali yang menjadi ahli uitm dengkil ni. Haaa haha... And, semua asasians yang ada kat sini adalah about 5k. Yep ! Pasai apa ramai sangat? As I've told ya before, asasi sains is asasi yang paling ramai which is 2k +/- . Lebih kurang la kan. So total up semua asasi jadilah 5k. Nampak tak betapa ramainya anak-anak sains kat sini? Tak jadi palamian dah, jadi dengkilian pulak. Eh macam kegelian pulak aku dengar haha.

Okay then. Let me tell ya about this new campus. This campus called UiTM Kampus Dengkil (Wow, okey that soo formal. Haha) . My lecture said that this campus are not fully owned by uitm but I dont know. And he said that after 20 years, then this campus will be uitm's. Something gitu la kot lebih kurang. So thats why our lecturers and felos said what are the dos and don'ts  here. So all the facilities here we need to take care of it carefully and, yeah lovely. Okey, whatever laa. But theres still do and dont okay ? Since this is the new campus, so of course all the equipment all the facilities are all new. Memang all all semua la. Okay, now I'll start first from the hostel. My new second home right?

So kalau nak dibandingkan dengan palam, rumah and biliknya lagi besar la dari yang kat dengkil. Okay all of this yang aku bagitahu ni is like the first expression gitu laa. Biasalah, first batch first expression. 



Haaa... This is hostel. All the asasians live here. Tapi ni hostel khusus untuk para wanita ye. Cehh haha. Besides, wanita diharamkan menjejak kaki di kawasan hostel para jejaka. Huhu. And vice versa la. So gambar kolej ni jela yang aku ada.  Untuk wanita-wanita sekalian, hostel kita digelar dahlia. Ehehehe. For boys, tak tahu la kenapa ambil nama ni. Tualang. Bak kata lecture aku, jangan cakap petualang, itu maksudnya orang jahat. Haa gitu la kot lecture aku cakap hari tu. Oh ya ! By the way kat sini pendudukannya (cewahh bm akuu haha) ikut course. Like blok 1 sains, blok 2 tesl and law but campur sikit sains and 3 are sains too plus with engineering. Housemate pun ikut course. Erm, tu untuk kolej perempuan and kalau kolej lelaki tak sure is the same jugak macam ni ke tak. 

Eh one more. Kalau jadual tu ada gap satu jam hatta setengah jam pun, pejam celik je dah sampai bilik. Haaa metafora lagi tu. Haha. Nak kata betapa dekatnya blok akademik dengan hostel tu. Solat pun toksah nak berebut telekung ke, surau ramai orang ke apa, solat kat bilik pun boleh. Haa itu one of the advantagenya la kat sini setakat ni huhu. Kalau dulu kat palam, ada kelas petang, haa tunggu la dok kat bawah tu sampai habis kelas sampai petang. Pasai tak larat nak naik ulang kali tangga palam tu. Sekali naik sekali turun.


Ni gambar rumah. Yep ! Rumah kat dengkil ni jenis memanjang sikit. Macam sarawak, rumah panjang. Hehe, takdelaa gurau je. So lain sikit la. Satu rumah enam orang. Hujung sekali tu ada balkoni kecil buat tempat nak sidai baju. Kanan tu adalah meja study yang sepanjang panjang tu laa. Ada whiteboard, ada tempat like noticeboard tu. Noticeboard, betul kan aku panggil tu? Haha. Tapi tu la, tempat yang macam nak letak notice ke apa guna thumbtack or, whatever..


Ni bilik pulak. Ermm, ya agak sempit di situ. Haha, ni gambar kat pintu. Hmm maaflah tak jumpa gambar sebenar bilik. Hari tu time daftar pun tak ingat nak ambil gambar dulu. Huhu. Terimalah seadanya okey? So kalau nak solat, ermm.. Solat kat luar la ye. Nak lagi better and selesa, solatlah kat surau or here we called it pusat islam. Hehe. Erm boleh je kot nak solat dalam bilik but pepandai adjust la and make sure la nak solat tu takde orang sibuk-sibuk nak tolak pintu tu. Loker dia okeylah, besar jugak. Just tinggi beb bagi aku yang kemetot tak setinggi mana ni. Cermin ada dalam loker tapi as loker as cermin la kan. I can only see my face je, tak nampak badan. So nak pakai tudung tu haaa naik dirilah atas katil tu bagi nampak sikit diri yang pendek tu. Haha, Eh tapi aku takdelah buat gitu.



Haaa, nak gambar tandas jugak? Haha. Okey so tandas pun no prob la kot. Two toilets with shower and the sink. Eh nak tahu lebih lanjut masuk sini la nakk. Huhu. Okeyy done with the hostel. 


Ahaa kafe pulak. Mostly kawan aku cakap makanannya kat sini agak mahal, well I dont know. But dont worry ada je kafe yang murah tapi of course la sometimes ramai. Atas tu gambar before kitaorang masuk. Rembat gambar mana yang jumpa. huhu


Thats anjung dengkil yang merangkap kafe la jugak. Bawah kafe and atas anjung dengkil tu ada kedai-kedai yang jual macam-macam la. Tapi first opening ni belum banyak kedai yang buka. And quite suprisingly, for me laa, ada salun rambut kat sini. So nak gunting rambut the service is here.



This is bangunan pentadbiran. This building facing the PICC tak silap aku.


Blok akademik ada tiga; dinamik, etika dan progresif. Etika is mostly for lab tak silap aku. Atas tu bangunan progresif. Ptar (perpustakaan) dekat dengan bangunan progresif tu. PTAR kat sini tak la besar macam kat puncak alam. And scenery pun tak cantik mana (ecehh jahatnya aku kutuk huhu). Lawa kot, aku je tak explore lagi :)


Hmm I think just these kot. Tak banyak benda sangat nak explore kat sini. Baru lagi kan, so maybe other things tengah under progress. Atm pun takde lagi, on the way kata orang. Sini internet pakai wifi. Tak pakai dah wlan macam kat palam. But as this campus still new one, so wifi tu problem la sikit. Awal-awal macam tu la, nanti dia adjust okey la tu. But basically for me, I thinks its all okay. Biasalah, tempat ni baru lagi so mestilah ada kekurangan, belum too adapt lagi dengan circumtances kat sini. Lama-lama InsyaAllah boleh adapt. Like my lecture just said earlier, kita ni manusia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada depan mata kita. Kat palam nak complaint, dengkil pun nak complaint. Nampak tak betapa tak bersyukurnya kita ni? Baru sekarang la kononnya rindu palam. Rindu 'tangga kejayaan' palam. Macam-macam. Gitulah lecturer aku cakap. Taklah exactly macam tu dia cakap kann. But based on apa yang dia cakap, tambah-tambah sikit la.

So thats the end of the story. These all are like an introduction about UiTM Dengkil. For the next batch second batch la kan, maybe nanti time next batch dah okey la sikit. First batch ni kan always be the experimental object.

 Huhu. Ouhh about the bus, from here naik bas nadi putra ke putrajaya sentral. Takde rapid kl dahh. Then dari putrajaya barulah boleh nak pergi mana-mana. Kena turun putrajaya sentral dulu tukar bas ikut tempat yang kita nak pergi. Contohnya macam ioi ke alamanda ke or mid valley ke kan, haa turun ps tu dulu. Tapi kadang ada jugak bas yang terus ke IOI or putrajaya sentral dari uitm if ramai la yang nak ke sana. Means like mana-mana bas boleh naik if driver bus tu says so la. Kalau dia tak cakap destinasi yang kita nak pergi tu, haaa salah bas nasiblah yee. Kalau tak nak, sama ada naik teksi or sewa kereta or gunalah perkhidmatan penghantaran (like grab car gitu). Cehh penghantaran haha. Means like ada jugak orang yang buat perkhidmatan untuk hantar pelajar-pelajar uitm ni to anywhere you want to go but, money money. Bayar okay?

Aku baru je guna perkhidmatan tu hari ni pergi IOI City Mall dengan kawan aku. Haha. Okeylah, abang tu pun baik and peramah la jugak. Abang tu student MMU. Malam nak balik pun abang tu hantar. Eh tapi beringat la, abang tu pun ada had limit apa. Jangan pukul 12 malam suruh hantar balik uitm eh. Hormat sikit masa orang lain. Eh ceramah pulak aku ni. Besides uitm ada curfew ehh (gitu ke eja curfew? huhu dont know laa). So ada jugak orang lain bukan abang tu sorang je. Pepandai cari nanti. Then dont worry, ada ktm sini. Entahlah ktm ke erl ke apa ke. So if like nak pergi TBS or KL Sentral, naik KLIA Transit kat Putrajaya Sentral. Setakat ni macam tu la yang aku tahu. And for anak-anak melaka sekalian, tiket bas ke selatan only available to muar and batu pahat. Buat masa sekarang ni la. Maybe nanti-nanti ada la kot bertambah. Hehe.

Cehh tadi kata nak end, sambung balik ek haha. Okey itu sahajalah agaknya. Cukuplah tu kan. Nanti apa-apa aku update lagi. Nak tahu pasal dengkil, haa tanya aku. Ehehehe gurau je. Aku bukannya tahu sangat dengkil ni. Okayy, see you guys in the next entry ! I leave you guys with a few more pics. =)

View dari bilik aku. Tingkat 8 bahh...

Gambar dari depan UiTM. (ambil time hari daftar lol)
   




Haa peta sekali aku bagi haha.

Nah, PTAR kosong. Hehe. Baru lagi nakk, so memang tak ada lagi buku-buku. Datang hadap rak kosong je.

Well, ni view dari tingkat 1. Rendah? Memang ler rendah, cecah tanah. Jalan terus masuk rumah takde naik lif ke tangga. Ni la tingkat G la orang selalu anggap kann. Paling bawah...

This is lecture hall. Lawa serius lawa. And quite selesa la. But unfortunately, kelas aku takde guna pun lecture hall. Pakai BK je, bilik kuliah. 'Cause lecture hall dipakai mostly by student law and tesl tak silap aku. Takpelah, at least kat bk aku tak tidur daripada kat lecture hall you have soft cushion to sleep. (Cehh, nampak nau dulu macam selalu je tidur kat lecture hall time lecture haha)





Pictures : Credit to me, Iman, Sarah and another resources ^_^