
Heyyo gaiss!
Hehe lama gila tak jejak dan tak muncul kat sini en hehe. Malas is one thing, no topic is one thing, and working is one thing. Oh and drama-ing is one thing as well π
Anyway...... It's already 2024 now guys!! π
Time really flies so fast.
So memandangkan dah agak lama aku tak berkunjung dan update post di sini, so biar aku cerita sedikit sebanyak kehidupan aku setakat ni. Ecehh.. Since 2021 and till now, 2024. 2 years ++ π
Tapi tulah, you know what, hari tu when I told this one person that I occasionally doing blogging he said this was like outdated lmao π but right? Blogger actually macam orang tak guna sangat dah, orang more to wordpress I guess? Dan seangkatannya lah.
Anyway pass that.
Aku tak pernah cerita my first job, right? It was right after pandemic. Oh I mean, "still in the pandemic". Aku exactly habis belajar in 2020, which masa tu before sempat aku start my final year project (FYP) and masa tu barang semua siap prepare dah (we had research grant btw), TUP! MCO geng! Hahahahaha. Terus everything final year jadi online segalanya. Projek semua ditukar kepada writing thesis ONLY. So I was finishing my final year around July or August 2020 but anyway I was extending because of my journal publication. My exact study is done, just for journal publication of my final year project, under guidance of my supervisor. Sumpah renyah, penat, gigih aku siapkan journal aku untuk submit for publication. Naik juling mata aku baca and ulang the process to make sure all the information and data were correct. Data collection, data research, writing thesis, proofread (for million timessss), and moree, but I don't remember what the term anymore hahaha.
But anyway, in May 2021 my article was finally published on the Science Journal for real! Alhamdulillah...
Okay, next! And alhamdulillah juga, in end of June I was finally got on a job! After almost a year (I think?) I'm struggling in finding a job. Okay tolak tambah aku siapkan journal tu so maybe dalam 6 bulan? Not to mention in the midst of covid pandemic, its was much harder. Also not to mention, I was once diterima dan kemudian juga dibatalkan tawaran sebab ada isu... But anyway! Alhamdulillah la ni dapat. And at that time, I move out to Kuala Lumpur ALONE. I mean ramai je selalu pindah seorang tapi biasanya parents and family aku selalu ikut tolong pindah. Masa tu pandemic still going on and our country was still in MCO. Oh by the way, I got the job in lab in a government hospital (but under private company), as what like I've been studying.
First few months, of course it was quite tough but okay la. And without realizing I worked there for almost 2 years! And then I quit. π
To be honest, the environment was very okay because the colleagues and the other staffs there were so kind and friendly. Tapi biasa la, the workload is high and underpaid. Orang kerja technical aka hands-on work memang begini laa. But overall okay je, just the management. Macam biasa, management kekadang always the problem hahahaha.
And then I change jobs for few times and now I'm working in another lab of another company. The basic salary rise a bit from previous so okay la. Not including the oncall, overtime. But the environment a bit..... em I dont know. Biasa jela, maybe baru lagi kot. But so far just okay. The colleagues just kind and good. The sample workload is not as much as previous but there were quite trivial and few things we need to manage.
I just hope okay jela, just endure it for some time. And if ever encounter a better opportunity, hope dapat and much better.
Aku pun tak nak tulis banyak because it might be boring hahaha but more stories to tell though, I guess. Hehehehe.
Oh yaaaaaaa wehhh I've got story to tell!!! But I'll save that for later hehehe excited! But it was korean things so hehe. Anyway later.
Till we meet again. Sampai ketemu lagi dalam post akan datang. Insya Allah.
Thank you for reading! See ya! π

Hai semua! Jumpa lagi hehe ;p (yee lama kan masa aku nak update lol)
Okay seperti yang aku cakap dalam entri sebelum ni, aku akan cerita la sikit dan seringkas yang mungkin (aku cuba la ye) tentang persediaan dan pengalaman aku interview personel mystep JTMP hari tu. Oh yang tak tahu JTMP tu apa, itu adalah singkatan untuk Juruteknolohgi Makmal Perubatan.
Aku terus masuk la ke PERSEDIAAN temuduga aku.
Aku takkan cerita detail la apa yang nak kena sediakan ke apa ke, sebab ini bukan alkisah aku nak ajar korang persediaan nak pergi interview. Ini cuma sekadar kisah aku nak berkongsi la macam mana or apa yang aku prepare. Dan sebenarnya tak ada apa sangat pun yang aku prepare. Cuma macam biasa la nak temuduga, aku siap sediakan fail resume aku la. Resume, pengenalan diri (IC dan surat beranak), maklumat pendidikan (spm sampai ijazah), sijil kemahiran, dan sijil kokurikulum. Yang fail ni semua letak dokumen yang asal ye. Aku ni pun sehari sebelum baru duk check balik siapkan fail resume aku hahahaha. (JANGAN IKUT PERANGAI GILA LAST MINIT AKU π)
Dan malam tu, siap sedia la baju dan tudung yang nak pakai esok. Siap iron ye! Kasut sekali! Aku almost lupa gila pasal ni HAHAHAHA. Okay, lepas tu resume pun aku siap sediakan copy jugak, selain daripada yang dekat fail resume aku tu. Kira prepare satu lagi salinan resume dan sijil akademik la, termasuk dengan pengenalan diri semua tu (IC). Better tengok balik checklist la ye. Okay so semua siap.
Dan guys, TOLONG LA INGAT PREPARE BAWAK GAMBAR PASPORT YE. Sebab aku yang lupa nak bawak HAHAHAHA ASTAGA..
Okay so siap semua benda tu kat satu tempat la kalau boleh. Beg, barang-barang yang aku nak bawak siap sedia semua (walaupun ye aku tahu ada aje yang aku lupa lol hahaha). Since aku ni akan jalan jauh dan bergerak awal pagi kan, so memang prepare siap la. Yang barang-barang lain tu sendiri prepare la ye, macam powerbank, bedak, purse, apa-apa jela yang perlu kan.
Now, jom masuk ke PENGALAMAN aku interview JTMP tu.
So temuduga aku pada 9 Februari 2021 kat Pejabat Kesihatan Hulu Langat, Kajang. Jauh tak jauh tapi boleh la dalam sejam setengah macam tu kot dari Melaka ke Kajang tu. Gerak dalam pukul 7-7.30 pagi lebih kurang. Paling penting jugak tak lupa, FACE MASK.
Okay dah sampai situ aku masuk sekali la pejabat dia tu dengan kawan aku yang dapat temuduga sekali. Macam biasa scan QR code dan check suhu. Masuk tu ada la seorang akak ni yang macam jaga untuk temuduga kitaorang, guide semua tu. So masuk tu dia bagi satu borang untuk diisi. Borang tu macam borang maklumat diri untuk permohonan jawatan kerajaan camtu la sebab ada logo kerajaan tu kan. Aku taktau la nak panggil borang tu borang apa kan. Hehe.
Selesai isi borang, dia minta sekali kepilkan dengan salinan IC, spm dengan gambar pasport sekali kot (YE, PASTU AKU SENDIRI TAK BAWAK GAMBAR, HEH). Tapi time aku tengok orang sebelah aku bagi satu salinan resume dengan salinan dokumen yang lain tu, jadi aku pun ikut la bagi satu resume tu. Termasuk salinan IC dengan sijil-sijil lain tu.
Selesai semua tu, akak tu suruh duduk kat kerusi yang disediakan depan bilik temuduga tu. Mula lambat sikit dari waktu asal, dan aku? Aku orang kedua ditemuduga beb! Tapi okay la jugak, habis awal. Dan nasib baik jugak la bukan yang pertama kalau tak nervous teruk jugak aku kang hahaha.
Okay, sekarang antara part yang PENTING π. Iaitu, apa antara soalan yang ditanya. Fokus! Hehehe. Ada 3 panel temuduga. So antara soalan yang ditanya:
- ceritakan sedikit pasal diri anda (macam biasa la kann)- tahu tak macam mana kerja kat klinik kesihatan- kenapa nak kerja kat KK (aku pakai goreng je wehh hahaha rasa bengong jugak jawapan aku bila ingat balik, like WHY I SAID THAT??? π)- skop kerja jtmp- sampel apa yang diterima kat KK- apa kriteria penolakan sampel- apa kawalan infeksi dalam makmal (tak ingat la tapi lebih kurang macam tu la soalan dia, dan aku pun main goreng huhu)- bersedia ke nak kerja lebih masa, OT tapi takde gaji OT (sebab ni under personel mystep kan)- boleh ke kerja kat sini (since aku dari melaka kan, pastu tanya jugak pasal tempat tinggal kalau dapat)
Ada lagi kot tapi aku tak ingat sangat. Yang lain-lain soalan tu macam soalan-soalan kecil je la, macam adik beradik, mak ayah kerja ke, dan sewaktu dengannya la. Panel semuanyaa baik-baik je, dan suasana temuduga haritu pun takla macam tense ke tegang semacam sebab semua panel agak relaks dan santai. Nasib baik la kan kalau tak fuh, gugur jantung gue.
Jadi itu aje la. Bagi aku, ni memang satu pengalaman baru la sebab ni FIRST INTERVIEW aku! Huhuhu. Dan alhamdulillah, first interview aku dah dapat yang aku rasa hanyalah sekadar tuah mungkin TT
Apapun, aku harap ni dapat memberi aku satu pengalaman baru la walaupun kontrak sekejap. Dan harap banyak la ilmu dan kemahiran aku dapat, dan mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Aminn...
Okay itu sahaja. Doakan aku bekerja nanti elok, senang nak adapt, dan dipermudah urusan. Terima kasih sudi baca. π
Sehingga bertemu lagi, bye-bye! π