Nite everyone ! So, how's? Yeah, its long no see.. Hehe. Ye ke? Hmm.. Jadinya, apa cerita kita kali ni ek? Oh ya! Before I forgot, my result for the standardized test before is quite okay. It's not bad, but okay. Actually, takde apa benda sangat pun nak diceritakan. Apa-apa pun, dah takde cerita kan? So, saya nak kongsi sedikit..hmm, kisah? pengajaran? cerita? Lebih kurang macam cerita yang ada pengajaran la gitu. Okay, bedtime story ! (Hehe, jangan tertidur pulak baca! ^_^ )
Alkisah, ada seorang Tok Guru ni, dia telah dijemput untuk menghadiri ke suatu majlis jamuan makan. Tok Guru yang berpakaian sederhana ni, pergilah ke majlis tersebut. Tup! Tup! Sampai je kat majlis tu, kedatangan Tok Guru tidak dirai atau dijemput. Tuan rumah yang buat majlis ni macam lebih mengutamakan orang-orang kenamaan, yang kaya-raya, yang berpangkat tinggi dan yang ternama + termasyhur la. Jadinya, Tok Guru tu terasa macam dia tu dipinggirkan. So, bila dia tengok sikap 'pilih bulu' tuan rumah tu, Tok Guru ni pergilah balik rumah dia dan menukar kepada pakaian yang lebih glamour gitu! Mahal plus yang liplap-liplap punya! Hehe, takdelah. Yang penting yang mahal and nampak macam orang yang glamour gitu.
Lepas tu, Tok Guru ni pergilah ke majlis tu balik. Bila dia sampai, kedatangan dia disambut mesra dan dijemput hormat untuk menjamu selera makanan yang lazat, tak macam masa dia mula-mula datang tadi. Tok Guru tu pun pergilah ke tempat makanan. And.. Purr! Habis semua baju, seluar dan seluruh pakaiannya, dia tuang lauk-pauk dan makanan yang dihidangkan. Orang ramai yang ada kat situ rasa peliklah kan? Mereka tanya, " Mengapa?" Tok Guru tu pun jawablah, " Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku! "
So, pengajarannya ialah janganlah kita ni memilih darjat atau pangkat. Jangan hanya kerana dia pakai baju biasa-biasa je, dah tak layan. Buat bodoh je.. Aishh, bengang, bengang. Pandangan kita terhadap diri kita sendiri tu sebenarnya adalah jauuhhh..... lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. And inilah yang dikatakan HARGA DIRI dan SYARAT UTAMA nak berjaya. So, tak payah risaulah kalau kita ni tak dihargai, TAPI ! Risaulah kalau kita betul-betuull....tak berharga. Kesimpulannya, harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau kita miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri kita.
Orait, habis sudah cerita kita pada kali ini. So next time kita see you, see you ok? Terima kasih kepada suuuuuuuuudddii..... baca entry saya ni. See you next time !