Followers

Pages

9 November 2017

Homestay Review: Chantique Homestay, Cherating



Hai and selamat malam! Hehe. Hmm, ada yang bercadang nak travel ke mana-mana ke tu? Nak hujung tahun dah ni, mesti la nak pergi jenjalan kan? Nak cuti dengan family ke kawan-kawan ke kan.. Nice la kalau macam tu. It is a good thing dah tu nak spend time dengan family kengkawan semua tu. Masa nilah nak mengeratkan lagi hubungan. Okay, so kat sini aku nak buat review sikit pasal homestay. Homestay ni aku pernah duduk hari tu masa cuti sekolah baru-baru ni. So disebabkan aku agak berpuas hati jugak la dengan homestay ni(even just stay semalam je huhu), jadinya aku nak recommend la kiranya homestay ni


Nama homestay ni Cherating Chantique Homestay. Homestay ni terletak di Cherating, Pahang dan berhadapan dengan Holiday Villa Cherating. Dan dekat jugak la dengan Legend Cherating. Homestay ni kat taman perumahan, bukan tepi pantai la. But its okay. Nak pergi pantai pun bukannya jauh sangat. 5-10 minit sampai dah rasanya. Tempat pun kira strategik jugak la. Rumah corner lot. Nice! πŸ‘πŸ‘


Boleh lepak kat luar ni lagi! Haa, tepi jalan je homestay ni tau.

Ni pulak ruang tamu dia. Sorry, gambar ni aku ambil time malam tu la gelap sikit hahaha. Oh by the way, ada TV yang bukan biasa biasa punya tau. Ni yang Njoi punyaaa. So boleh la jugak lepak malam malam tengok tv ye dah ada njoi hehe.

Ni meja makan. hehe.


Ini adalah dapur homestay ni. Perfect beb! Semua benda ada. Periuk belanga periuk nasi la kuali la senduk spatula toaster apa benda semua ada! (okay pisau aku tak sure pulak ada tak ahaha). Even cawan pinggan mangkuk ayun pun ada. Tungku api pun ado. Bersih pulak tu dapur dia. πŸ‘Œ

Peti ais pun ada okayy!


Haa, ini master bedroom. Ada aircond dan kipas sekali tak silap aku.

Dan juga bilik air di dalam bilik master bedroom ni.


Ini pulak bilik kedua. Pun ada aircond dan kipas. Tapi takde bilik air la kat dalam. Besar jugak la katil dia aku rasa. Aku tidur bilik ni la hari tu hihi.

Okay ini pula bilik ketiga. So bilik ni sahaja yang tiada aircond dan pakai kipas, Katil single. πŸ‘


Ini pula bilik keempat, sebelah dapur. Katil besar juga ni. Everything seems perfect right?

 

Eh eh. ada pulak kucing dua ekor ni hahaha. Sebenarnya dua-dua kucing ni memang ada kat rumah homestay tu since kami datang stay sana. Dah macam penjaga situ pulak haha. Seronok jugak la ada kucing ni, boleh la main main dengan kucing ni. Haa yang cat lovers ni mesti suka ada kucing ni! 🐱

Okay so done review homestay by nufaa. Oh btw, homestay ni hari tu kami duduk dua family. So kalau nak bawak family kengkawan ramai ramai pun boleh! Muat je lagi tu rasanya hehe. Jadi kalau rasa rasa ada yang berminat nak cari homestay nak bercuti nanti, boleh la contact number ni: πŸ‘‰018 7878857

That's all from me. Thank you! Have a nice day and nice trip ahead! 😎



Newer Posts