Followers

Pages

4 March 2021

Kenapa Suka Korean Drama dan Recommendation K-Drama


Hai semua! Harap semua sihat belaka dan baik saja. ^^

Okay so hari ni aku nak cerita tentang drama Korea!! Hehe my favourite things. Tajuk ni sebenarnya aku dah fikir lama jugak and so... here we are! This is mostly like just MY POINT OF VIEW and I wanted to share why I like Korean dramas (and movies too maybe..). So bear with me, panjang sikit entri kali ni hehe.

Even previously during my practical training, ada seorang science officer ni tanya aku, "Kenapa suka drama korea eh?" Ahaa, now let me tell you in details.

Oh also to be noted, at times maybe aku akan compared korean drama dengan lokal drama sini so, no offense but only fact. Hehe.

So persoalannya, apa yang best sangat drama Korea ni :-

1. Pelakon Handsome dan Cantik


Okay, tak dinafikan ni antara sebab UTAMA tengok drama korea hahahahaha. Alaaa sama je macam korang tengok drama melayu, mesti ada pelakon yang korang suka nak tengok dalam drama kann. Macam Alif Satar, Nelydia Senrose, aku suka hehehe. Jadi sama je.

Kalau yang minat kpop pulak, minat idol group, another reason to watch (BTW KPOP AND KDRAMA ARE DIFFERENT THINGS OKAY). Contoh idol actors yang top, Yook Sungjae BTOB, Cha Eunwoo ASTRO, Park Jinyoung GOT7, Park Hyungsik ZE:A, Rowoon SF9, Jung Eunji APINK, IU, Suzy MISS A, Yoona SNSD, dan ramai lagi la. So biasanya yang idol ni memang fan dia akan tengok la kan. Cuma... tbh tak semua idol okay berlakonnya. I mean kadang tu ada yang baru berlakon tapi dah dapat lead role macam tak nice dan fair la kot kan. They should start from small role to get experience. Tapi tak nak la cakap pasal tu.

Yang bukan idol pun ramai, bukan setakat handsome dan cantik, tapi sangat berbakat. Bagus gila. πŸ‘ Antara pelakon yang top or yang aku minat; Kim Seonho (fav ramai sekarang ni termasuk aku, meletops 😎), Park Seojoon, Jung Woosung, Lee Dongwook, Lee Dohyun, Song Kang, Shin Haesun, Son Yejin, Park Boyoung, Moon Gayoung, Kim Soohyun, dan ramai lagi.

Jadi bagi aku, pelakon antara sebab aku tengok drama la. Ada pelakon yang aku suka ke, handsome ke, tengok la. Tapi! Depends juga. Kalau lead dia handsome tapi berlakon hmm ke laut, mungkin tengok tak tengok. Also depends on the storyline, and character. Kalau ada karakter yang aku macam tak boleh tengok or annoying, so might end up I won't watch it. The character ya, NOT the actor.


2. Storyline Best!

Like seriously, most of their dramas are so good and their storyline are just different! Storyline diorang berbeza untuk setiap drama and maybe of course ada aje yang cerita macam lebih kurang sama je kan. Cerita korea ni kadang dia macam ada konsep(?), so kira memang different and cerita dia jadi lagi menarik.

Sebagai contoh, drama Start-Up. Drama ni berkonsepkan start-up business, yang mana menceritakan kisah mereka yang buat start-up business, permulaan business, development of the business, investment, competition, product idea, company details (shares, equity, liability, etc), dan macam-macam lagi. Dan daripada situ, masuk elemen-elemen lain seperti cinta, persahabatan, keluarga, dan lain-lain la. Jadi storyline dia cantik, memang ada cerita gitu. Tak cliche. Tapi biasanya mana-mana drama cinta cliche, cuma lain sikit la kan sebab setiap drama ada genre tersendiri πŸ’₯.

(Start-Up)

Contoh cerita lain yang storyline best macam Sky CastlePenthouse (these two kinda tense story but best), Extraordinary You (different kind of story, a girl as comic's extra character, and 2nd lead syndrome auchh), It's Okay To Not Be Okay (rasanya about mental problem/syndrome macam tu, tak tengok habis hehe but people would agree this is one of the best drama).

(Penthouse)

Itu Korea punya drama. Kalau cerita melayu sini, hmm... Drama melayu banyak kisah cinta and mostly tak banyak beza pun storyline dia, quite cliche sometimes. Balik-balik cinta dua darjat, cemburu sebab orang ketiga, miskin jatuh cinta dengan kaya, konflik rebut harta, konflik cinta cliche, and the concept goes on. Kerja pulak memanjang kerja pejabat, business. Tapi mengaku la jugak ada cerita cinta yang cliche tapi okay la best jugak, cuma mungkin storyline boleh digarap menjadi lebih baik. Bukan sekadar cinta semata-mata.

TAPI memang ada je drama melayu yang best cerita dia, dan penceritaannya berbeza, tak dinafikan. Macam drama Mandatori, sumpah best dan storyline dia berbeza. Aku pernah tulis review kat entri sebelum-sebelum ni. Drama pendek tapi best dan lain daripada cerita melayu lain. Cerita pasal psikometrik kalau tak silap aku. Selain daripada tu, Gerak Khas, drama Mona (tv3) pun ada kelainan sikit. Ha, Paskal pun gempak weh. Best! Oh tapi tu movie la hahaha.


3. Pelbagai Genre

This is one of the best part in Korean dramas! They have most of every genre, I would say. Ada macam-macam genre yang boleh korang pilih. Thriller, horror, mystery, historical, medical, romance, family, teenagers, school, music, comedy, law, science-fiction, fantasy, and list goes on. Antara genre yang aku paling suka ialah medical, historical, science fiction, and also romantic-comedy. Kecuali romantik-komedi, yang lain-lain yang aku suka tu antara genre yang susah atau belum ada kat malaysia ni (I know it's maybe due to the production cost might be high).


Kalau drama korea yang melibatkan medical memang aku suka gila, walaupun tak semua drama medical aku tengok hehe. Tapi seriously, their medical drama like wow! The way they acting as doctors, nurse, physiotherapist, and others are sooooo convincing. Mungkin ada je part yang secara praktikal salah lakonannya tapi sikit jela aku rasa kot. Dan kalau ada pun kau macam tak nampak salah tu sebab nampak real. Dalam medical drama jugak diorang agak detail dan diorang akan letak caption meaning sesuatu term dalam drama tu. Contohnya, Arterial Blood Gases, apa maksud term tu dia akan masukkan as caption kat tepi. So at the same time the drama give us some knowledges.

Contoh medical drama; Descendants of the Sun (weiii all-time favourite doo), Romantic Dr Kim 1 & 2, One Poem A Day, Hospital Ship, Hospital Playlist, Dr John.

Historical. Korea ni diorang memang terkenal dan kaya dengan sejarah jugak. Korea masih ada lagi tinggalan bangunan bersejarah, macam diorang punya Palace. Ada era kerajaan Joseon, Baekje, Silla, Goryeo, dan lain lagi la. Aku ni pun daripada tak tahu apa dinasti yang Korea ada pun aku dah jadi tahu tau. Dia ada macam-macam storyline jugak la kalau historical dan aku memang suka.

Antara contoh drama historical yang aku tengok; Mr. Queen (hehe best wehh!!πŸ˜†), Scarlet Heart, Hwarang, The Tale of Nokdu, 100 Days Prince.

Senang cerita, kebanyakan genre cerita diorang best dan lain. Kisah cinta mungkin sama tapi bila korang tengok cerita yang ada konsep atau ada distinct genre (ex: medical, historical, law, business etc), kisah cinta yang cliche tu macam tak nampak sangat sebab dah cover dengan konsep/another genre cerita tu. So tak rasa cerita yang cliche.


4. Kajian dan Detail

Interesting part! Yang minat drama Korea mungkin perasan benda ni. Diorang punya cerita boleh dikatakan details dan ada kajian yang diorang buat. The writer or director (of course I believe actors too) did some deep research about the story, for example like medical story. Memang aku pun takla tahu sejauh mana diorang research tapi kalau korang tengok macam, wow. The drama would look so real. The medical and law terms. Contoh, simptom sesuatu penyakit, the pathophysiology of the disease. I'm sure, perkara medical ni bukan sesuatu yang senang-senang nak buat cerita dan difahami supaya nampak realistik. These medical terms. How they diagnose, tests, surgery, everything.

(click the pic. try watching this, notice the medical terms and the acting)

Dan daripada medical drama ni pun, kita boleh belajar banyak perkara sebenarnya. That is one of the thing that I like the MOST in medical drama. Even in the law drama, they are quite details. About the laws, the Acts, the Sections, and so on la idk (aku pun tak tau sangat law ni).

Even drama-drama biasa seperti romance, comedy, family, ada details dalam cerita tu. Dalam kebanyakan drama korea, pekerjaan karakter utama (biasanya) tu pun diorang make in details and real. For example a drama that I currently watching, "She Would Never Know". Drama ni kisah cinta tapi dia berlatarbelakangkan kerjaya sebagai brand marketer. Dalam cerita ni dia tak tunjuk yang marketer duduk office sahaja, pastu cerita cinta. NO. Dia masukkan macam mana kerjaya seorang brand marketer tu. Mungkin tak betul-betul details, tapi secara kasar boleh nampak kerjaya sebagai brand marketer. In-house inventory, door-to-door sales, target sales, product event, and so on. Bukan sekadar hiasan title pekerjaan sahaja. The writers and director make it in details and realistic.

Kalau cerita melayu aku tengok, balik-balik kerja office, pergi site, dah. Takde details sangat pun. Contoh kerja arkitek, tapi tunjuk duduk kat office memanjang. Bila meeting ke apa, terus jadi silence scene, letak background music. Dah. Mostly hanya fokus kat kisah cinta, kalau drama cinta la. Kerja doktor pun, cuma surface gitu je. Pakai coat doktor, stetoskop, cakap-cakap sikit, dah. Title pekerjaan tu seolah-olah hanya sekadar title aje, hiasan.

So bagi aku, kajian dan details ni macam menambah perisa kepada drama-drama ni semua. Jadikan lagi menarik dan berilmu gitu. Drama tu jadi more balance la. Agree? πŸ˜‰


5. Kualiti Produksi

Kualiti memang antara terbaik la. Kalau ada yang tak tahu la kan, Korea ni sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai teknologi tinggi.

Kualiti produksi diorang memang bagus. Macam Computer-generated imaginery (CGI), Visual Effects (VFX), Special Effects (SFX), memang gempak. Kalau tengok macam real. Contoh drama AliceGoblin/The Guardian. All the effects looking so freaking real and amazing.

Also! Another BEST DRAMA with these effects, good production quality; SWEET HOME. Gempak gila wehh, sumpah best! Dia punya monster gila real wehh. SWEAR ITS ONE OF THE BEST DRAMA I EVER WATCHED. Short drama je, 10 episod tapi memang best! Dia pasal monster revolution from human, due to their desire. Tapi yela, dia punya produksi lagi hebat sebab dia collaborate dengan Hollywood team production so yeah. American animation kan memang top, macam cerita Marvel Avengers tu.



So that's all the reason. Mungkin ada lagi yang lain, tapi cukup la tu. Now, let's get into my K-Drama recommendation from me. But I will recommend the latest one only, since 2020 up to today. (btw ni bukan urutan paling best, just random)

Drama Recommendation

1. Start-Up

Hahaha yess, daripada awal lagi aku duk mention drama ni. Honestly, tak sure la untuk recommend hahaha tapi kalau nak rasa sakit hati, patah hati, dan jatuh cinta dengan Han Ji Pyeong, sangat la dialu-alukan. Dengan berbesar hati nak jemput korang masuk #TeamHanJipyeong 😎

Gurau je, but still that is true. Hehehe. Dan jugak kalau korang jenis berminat dengan cerita business start-up ni, boleh la tengok. Anyway, bagi aku best la. Tengok tau!

2. Sweet Home

WEHHH NI SUMPAH KENA TENGOK TAU! BEST DAN GEMPAK! πŸ‘πŸ‘ Tapi kalau korang jenis tak suka tengok darah banyak-banyak (macam aku, tapi tengok jugak), bukan peminat cerita monster ke, thriller ke, ikut suka la. Anyway memang best dan bagi aku, ni wajib tengok.

3. True Beauty

Haaa ini pun best gila dan kelakar wehh. Setiap episod confirm korang akan gelak tak kering gusi. Kejap sedih, pastu kejap lagi ada aje scene gelak. Storyline dan karakter dia semua hebat dan bagus-bagus. Kena tengok! Alkisah this one girl menggunakan make up untuk menjadi lebih cantik.

4. Mr. Queen

Untuk yang minat cerita historical, recommend cerita ni. Tapi dia bukan la banyak cerita history cuma background dia daripada zaman Joseon(?). Dan genre drama ni, romantik komedi so memang best dan kelakar wehh. Sumpah best, tengok please!

5. Find Me In Your Memory

Ni pun antara favourite drama aku tau! Bestt so please tengok okay? Hope kena taste korang la hehe.

6. Alice

Haa ini pun best gilaaaa! Kalau korang suka science-fiction, physics, time travel, mystery, boleh la tengok cerita ni. SUSPENSE. Cerita dia memang lain daripada yang lain. Memang macam illogical, tak real in real life, tapi nama pun cerita fiksyen. Cerita rekaan. So, tengok tau.

7. Mystic Pop-Up Bar

Aku pernah buat review drama ni, so kena tengok okay. Best, dia cerita more like, slice of life. Dia fantasy tapi ada cerita yang mana beberapa senario dalam ni berlaku dalam komuniti kita. Haa gitu la.

8. 18 Again

Drama ni pun KENA TENGOK. BEST! Aku ada review drama ni dalam entri aku sebelum ni, so please tengok. Dia more to family story, tapi memang best la bagi aku. πŸ‘

9. Crash Landing On You

Okay, ini pun memang kena masuk list. Best gila! Kelakar pun yeee. Sumpah best wehhh hahahaha kena tengok. Alkisah wanita South Korea terlanding kat North Korea dan jatuh cinta. Best πŸ™Œ

10. Romantic Dr. Kim 2

Ha, yang suka medical drama boleh tengok cerita ni. Best, tak tipu. Ni season 2 tapi kalau tak tengok season 1 pun boleh je faham. Sebab aku pun tak tengok yang first season hahahaha. Anyway, memang best so tengok la okay?
*Additional, Hospital Playlist pun best. hehehe.


Okay itu aje la rasanya. Banyak lagi drama best tapi kalau sambung memang takkan habis hahaha. So harap korang enjoy dan membuka minda kalian yang tak faham kenapa suka tengok cerita korea. Dia sama je macam cerita western, sebab diorang macam bagi another genre yang kita tak dapat kat malaysia ni. Dan bagi aku, kadang tu writer malaysia ada je cerita yang best tapi mungkin salah satu sebab the investment cost of the story maybe makan banyak bajet so yeah. Kalau tengok cerita korea tu, boleh tahan diorang invest duit untuk buat cerita tu. But still, even if kisah cinta, aku rasa writer malaysia boleh buat cerita yang lebih menarik lagi. And like I said, maybe add more details which will be more interesting and nice.

Walaupun entri ni bunyi macam aku sokong dan puji produksi korea (and admit there's little bad influence like for romance drama, you know..), tapi aku masih sokong produksi tempatan. I do acknowledge some of the malaysian dramas are getting better, and especially the movies, are improving and really good! πŸ‘πŸ»

Semua ni hanyalah daripada pandangan aku semata-mata. Tak ada sebarang perasaan benci ke, nak banding-banding ke, saja nak tunjuk kelemahan ke apa. Ni pandangan aku yang mungkin korang setuju atau tidak setuju. So hope no offense but kalau aku ada salah cakap, just tell me.

Alright, that's all from me. Terima kasih sudi baca panjang lebar ni hehe. Kalau korang ada nak komen drama favorite korang ke, nak minta recommendation daripada aku, tanya je kat komen bawah okay?

Until we meet again. Thank you! 🌹




**Disclaimer: All images are not mine, all credited to the owners.

Newer Posts