27 December 2013
My answer??
30 November 2013
Hijrah Dari Korea??
20 November 2013
Happy Holiday !!
2 August 2013
10 Hari Terakhir Ramadhan ..
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz
Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah
Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon..
1 June 2013
Cupcakes yang tak berapa jadi ??!
Apa khabar semua? Hopefully sihatlah kan.. So, hmm... Agak lama juga saya tak menjenguk blog saya ni kan? Haha.. manalah korang tahu. Kut-kut saya ada saya intai sekejap ke. Tapi truthfully, memang saya tak jenguk pun sejak cuti sekolah ni. And yet, my school holidays is almost over. Ermm, about 1-2 days more? Sedih la juga, tapi nak buat macam mana. Pengorbanan diperlukan di sini. Hehe.. Well, actually saya akan pergi ke Tumpat, Kelantan.. Wuhuu!! Haha, seronoklah sangat.. Sebenarnya........... saya isteri dia !! Hehe, takde la, gurau jee. Tapi best jugak kan cerita tu? Saya suka Izzue Islam.. So sweet. and plus handsome.. Hehe. So sebenarnya saya akan pergi ber'camping' with my friends sebabnya tu kem pandu puteri. Haii, kenalah berkorban sikit kan? Pulak tu, family saya nak pergi bercuti minggu depan. Well, tak dapatlah join.. Takpe2, hujung tahun ni kan ada.. Tahun depan, lambat lagi and belum tentu dapat. Yeah, I'm was form 5 at that time and had to focus on SPM. Okeylah..anyway selamat bercuti la ye pada semua budak2 sekolah. Hehe..
Hmm.. Next is about.................... CUPCAKES !! Delicious ! Memang sedap kalau pandai buatlah.. Hah, sebenarnya semalam saya buat cupcake. Tak tahulah macam mana idea tu tiba-tiba je timbul kat otak ni, pulak tu kat pasar raya. And dah alang-alang tu, beli sekali la bahan-bahannya. This it -->
Masa ni dah siap.. lupa nak amik gambar time tengah buat tuu. lain kali la yee. Semua ni bahan yang saya guna untuk buat cupcake, tapi tak termasuk corn oil. saya tak guna pun.. And yang dalam mangkuk tu, coklat yang dah siap, tinggal nak masuk dalam cup je. Oh ya! nampak kan tarikh bagai-bagai semua tu? Itulah tarikh dan masa pembuatan.Eh, tak..Actually ni lepas makan tengahari..Hehe..
So, mestilah korang semua nak tengok hasil daripada air tangan saya dan adik saya, Luqman kan? Orait, jom tengok ! Hehe...
Hah, inilah dia cupcake yang tak jadi! Hahaha... Adoii, hancusss!
Ok, kali ni memang tak jadi. Yelah, first time buat cupcake, macam nilah rupanya. Teruk jugakkan? But not bad sangatlah saya rasa. Taste still ada, boleh tahan cuma atas dia macam err,, tak lembut sangat. Tapi kalau makan okey je kut. Haha, entahlah. Haii, no comment. Apa-apa pun, before balik maktab ni, saya akan buat jugak kek ke cupcake ke yang menjadi punya! Insya-Allah, kalau saya sempat tunjukkan pada korang-korang semua kek saya yang menjadi tu, saya tunjuklah. Kalau tak tunjuk tu, maybe sebab tak sempat atau maybe........................... tak jadi??! Haha, tak kisahlah. Tapi itulah, saya balik maktab hari isnin ni, before tengahari pulak tu. Macam tak sempat je kan? Depends la nanti macam mana.
Nak rasa? Boleh, rasa melalui pandangan jelah. Haha.. Takkanlah nak post pulak..Hancur karang jadinya kek tu. Okeylah, tak boleh panjang-panjang. Ada kerja lain pulak. Buat cupcake? Haish, takde kerja nak buat cupcake malam-malam ni. Buat meremang bulu roma je duduk dapur karang. Hehe, takdelah. Okey, so selamat bercuti kepada semua yang masih bercuti pada minggu depan.. Untung korang yee.. Takpe, takpe.. Kadang kala kita kenalah berkorban kan? Orait.. Tataa!! Nite semua! Happy Holiday! See you soon ok?
5 May 2013
A Lesson to Us..
31 March 2013
Jom Kita Kenal !!
Hai semua ! So, amacam ? Macam mana cuti kali ni? Ada pergi jalan-jalan? Mesti adakan.. Tak kisahlah dengan family ke, kawan ke, sepupu sepapat ke, siapa-siapa sajalah..Hah, sharelah dengan saya. Saya sudi mendengar. Cer cite, cer cite. Hehe.. Patutnya sayalah yang kena cerita kan.. Okey, okey. nak ceritalah ni.. Sabar yee..
Ok, kalau anda semua perasan, rasanya takde pun entry tentang intro pasal minah yang berceloteh ni, kan?? Hah, time nilah saya nak memperkenalkan diri saya yang taklah berapa nak perfect, tapi mungkin comel kot.. Macam ni.. Haha.. Itu kata kawan-kawan saya. Depa yang dok kata cek ni comey benor.. Hehe. Okey, okey. This is me !
* Ehh,, salah upload pulak..anyway, comel kan? Macam saya.. =P
Gurau je. Tengok ni... Tadaa..
Ini barulah betul ! Comel kann?? ~ngee~
Okey, dah kenal sekarang kan? Tak kenal maka tak cintalah.. Hehe. Ops ! No cinta-cinta la.Study ! Study ! Haha... Okey. Sekarang ni saya nak berkongsi cerita. Hah, ni pasal saya pergi satu konsert. Tapi dalam maktab je pun.. But even dalam maktab pun, meriah sangat ! Konsert tersebut ialah.... Konsert Ekspresi Cinta Islam bersama Devotees !! Best betul ! Tak pernah ada grup nasyid tu datang kat sekolah. So, of cozlah rasa excited ! Siap ambik autograf lagi.. Tapi saya tahu, tak ramai budak-budak sekarang ni yang minat lagu-lagu nasyid. Sekarangkan ramai yang minat artis K-POP. ( Termasuklah saya..^_^ ) Takpe, takpe. Apa-apa pun, konsert tu memang best! Terbaik dari ladang.. haha. Okey, sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. Jeng! Jeng! Hah, saya nak tunjukkan kepada pembaca-pembaca setia saya, wajah-wajah yang mungkinkah anda semua kenal?? Hmm... Siapa agaknya ye? Sekarang saya ingin memperkenalkan budak-budak classmate saya.. Depa semua happening tau.. Hang jangan tak tau. Jadi, tanpa melengahkan masa, jom kita kenal !!
This is Aqeel. Inilah dia Presiden kelas.. (untuk tahun ni je!)
Mek ni pulak ialah Vice-Pres. Orangnya so happening sampai buat orang terpening-pening. Memang seorang yang selamba dek jee..
Ini pulak Ah Long. Bendahari la katakan.. Hehe. Actually nama dia Rais.
Ini Afifah. Mata duitan. Haha, takde la. Gurau jee. Dia ni sebagai bendahari jugak, tapi bagi pihak perempuan jelah.
Now, ahli-ahli kelas yang lain pulak.. Jom!
Ketua batch kami iaitu... NABIL !!
This is Basyir. Must speak English.( Takdelah,gurau je). Muka macam cina kan? ^_^
Hah ! Ini dia budak yang ada lesung pipit, bukan lesung batu tau! Bila senyum, nampak la lesung pipit dia tu. Muka dia tu macam Cikgu Abdullah.. Depa la yang habaq. Muka Cikgu Abdullah pulak macam Black Mentor pulak dah... Eh, lupa pulak. Hehe. Ni Ismail @ Mail..
Izzuddin @ Udin. Dulu agak rendah, but sekarang tinggi bukan ke main lagi.. Lebih dari saya.. Haha, biasalah tu. Lelaki kan memang macam tu. Naik f3 f4 cepat je membesar. Hehe.
Ini Ahda. Budak silat dan agak aktif dalam silat. Sebelum cuti hari tu masuk pertandingan silat. Aktif la tu kan? Budak ragbi jugak. Tak percaya? Hah, lepas ni ada lagi sorang yang korang mungkin tak percaya yang dia ni budak ragbi jugak. Tadaa !!
Ni dia !! Iltizam @ Zam. Seriously, tak tipu. Nampak je kurus kering semacam, tapi masuk ragbi. Anyway, he's our photographer.
Hurmm, looks cool? Yeah, maybe.Amir. Err, yang pakai baju warna kuning tu okey?bukan yang bertutup tu.
Budak specky ni pulak, Farhan @ Paan @ AP. Banyak betul nama panggilan dia kan?
Ting!Ting! Here's come our athlete ! Arif !! Ni dia atlet harapan maktab..(Ye ke? main cakap je..) Atlet long distance..
Eh, eh ! Ada sesiapa yang jatuh hati ke? Oh, pleaselah. Ceh, haha. Handsome ke? Biasa je kut. Hee.. Dia ni jarang and memang agak jarang nak nampak dia cakap dengan perempuan. Sampai ada yang gelar dia 'Putera Dingin'. Yeke? Haha.. Ni Luqman namanya.
Depa kata dia ni matured. Betui ka? Tak tau la cek. Yalah kot.. Haha. Anyway, ini Asyraf @ Acap.
Ni pun sama juga macam Luqman. Dah nama pun sama, cuma tambah 'ul' je kat belakang. Jadilah Luqmanul.
Player caklempong paling famous pada abad ni. Haha.. I'm not kidding. Aiman @ Bean, budak lelaki yang selalu panggil dia macam tu.. I'm just following.
Ops! Ada sesiapa yang terkejut tengok muka ni? Muka nilah yang telah menjadi ahli baru dalam kelas saya, untuk setakat ini la.. Hehe. Mesti ada yang kenal kan? Kalau tak kenal, takpe. Baguslah.Haha. Okey. So this is Danish
Mek ni pun macam Basyir, ada campuran cina. Cuba tengok nama dia, Sofiyah Fu'adah Ding bt Sulaiman Ding Yu Zhong. Betul kan? Tapi mek ni kecek kelate pun buleh. Aktif dalam Kepo. Hah, apa tu? hehe. Kadet Polis. quite active...
Antara pelajar yang pandai dan pernah dapat 4 flat tuu.. Even once, at least pernah la kan. Ni Alifah.
Nadiah @ Nano ni memang kadang2 tu kecoh. Tapi dia okey je. Mesti macam pelikkan macam mana boleh dapat nama Nano tu. Tu gabungan nama dia dgn ayah dia. Nadiah Norzli.
Cuba teka mana satu Habibah? Haha, mestilah selain daripada Nadiah kan? Exactly. Yang buat 'peace' tu..
Ini memang peminat tegar K-POP. Try la tanya pasal K-pop, mesti dia tahu. Memanglah ada yang dia tak tahu, but bila tiba topik kpop je, dia excited gila. Nak tahu siapa? Ni dia, Alisya.
Hah, ni pulak Syifa. Aduhh, kalau suruh dia buat muka gedik, definitely jadi! Haha. kadang2 tu ter'over' la sikit. And dia ni, asal ada kamera je, kalau boleh mesti nak ambik gambar. Hmm..
Aisyah pulak agak pemalu orangnya. Tapi takdelah malu sangat. Biasa2 je. Agak comel? Hmm..Maybe.
This girl pulak memang peminat setia warna PINK. Hampir semua barang dia warna pink. This is Farhana.
Ini pulak Humaira. She's genius too. Pernah dapat pointer 3.99
Comelnya! Eh2, saya cakap binatang tu yang comel. (padahal tak nampak full pun)Hehe.This is Fatihah. She has her blog too.
Keibuan. Itu sifat yang kawan2 saya yang bagi. Tapi kadang agak tegas. Azmina atau lebih senang kteorang panggil Amin.
Fuhh !! Akhirnya.. Habis jugak. Panjang gila kan? Yelah, nak kenalkan ke30-30 orang kepada anda. Terima kasihlah kepada yang sudi membaca entry saya pada kali ni. Terima ksih banyak-banyak. Okeylah.. Dah lewat ni. Esok saya nak balik maktab dah. So, next time kita jumpa lagi okey? Daa..Bye... Assalam. Nite semua !!
Subscribe to:
Posts (Atom)