Followers

Pages

20 November 2013

Happy Holiday !!

Sebelumnya, saya nak minta maaf sangat2 sebab lama tak update blog ni(walhal dh berapa kali balik rumah and on9..hehe.) Well, saya agak malas nak update and busy sikit kot. So, sekarang ni saya dah start cuti sekolah. Hee... Supposely saya cuti jumaat lepas 8 nov, tapi sebab ada kem so kenalah stay sampai 15 nov. Anyway, saya terpaksa balik awal pada 12 nov sebab nenek saya masuk hospital. And sadly, pagi rabu dlm 2.45 pagi, Allah sayangkan nenek saya. Nenek saya sudah pergi menghadap Illahi. Kepada semua yang membaca entry saya ni, sedekahkan al-fatihah kepada arwah nenek saya yang telah meninggal dunia. Al-fatihah. tq.

Okeylah, saya pun tak naklah rosakkan mood. So, jangan sedih2. Live must go on, right? Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma masa sahaja yang kita tak tahu. Allah juga ada berfirman dalam kalam-Nya yang mulia iaitu Al-Quranul Karim :

كل نفس ذائقة الموت
Tiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Dalam hidup ni jugak, kita kenalah saling mengingatkan antara satu sama lain. Yalah, manusia nikan diciptakan dengan fitrah mudah lupa. Biasalah, semua orang tak sempurna. Hmm, tiba-tiba rasa nak tanyalah kat korang. Antara Nabi  Yusuf dengan Nabi Muhammad, siapa yang paling hensem? Hah, jawab! Jawab! Hee.. Ok, so saya hold dulu soalan ni. Insya-Allah, next entry saya bagitahu jawapan. And, kalau ada sesiapa yang tahu, bagitahu kat komen ok? Maybe ramai je kut yang dah tahu. Tapi tak kisahlah, tahu ke tak, saya tanya jelah. Kut-kut tak ingat ke. Hehe..

Jadi, cuti sekolah ni apa cer? Duduk kampung? Pergi tuisyen? Main game 24 jam? Tengok movie? Tengok cerita korea? Tidur? Pergi kem? Jalan-jalan aka cuti ke tempat yang menarik? Huh, banyaknya kemungkinan yang saya ajukan.Photobucket  Hehe. Kalau bercuti dengan family, kat mana pulak? Langkawi? Legoland? Singapura? Genting? Paris, maybe? Haha,, banyaknya la soalan saya ni. Tak kisahlah kat ceruk mana sekalipun, asal happy.  Ye tak? Yang paling penting, gunakan cuti yang ada ni dengan sebaik-baiknya. Hah, yang nak exam besar tahun depan macam UPSR, SPM and.... PBSMR?? Ahh, apa-apa jelah. so, kenalah get prepared dari sekarang. Especially yang nak SPM tahun depan macam saya.. Hehe. Ni pun peringatan untuk saya jugaklah. Anyway, all the best untuk pelajar SPM tahun ni!

Okeylah, nanti panjang-panjang, semua dah malas nak baca kan? So, next entry insyaAllah saya bagitahu jawapan untuk soalan tadi. Hehe, itulah. Entahlah bila agaknya saya nak post entry baru. Yang ini pun setelah lama sangat saya tak post, dapatlah jugak buat entry baru. Hee. Ok2, jangan panjang-panjang. So, happy holiday and use it wisely ok?! Bye and Assalamualaikum! 

Newer Post