Followers

Pages

26 July 2014

Say Hello to SPM !!

Hey guys ! Huhu... Lama sungguh tak bersua. Ehmm, biasalah budak asrama + SPM. So, sorry la tak sempat nak menjenguk lagi-lagi masa awal ramadhan hari tu. Memang la nak meng'update', tapi disebabkan kekangan waktu yang tak mengizinkan aku untuk update jadinya tak dapatlah. Anyway, sempat la aku update sekejap ni. Apa-apa pun, even Ramadhan nak dekat habis, aku tetap nak wish selamat menyambut bulan ramadhan and dalam 10 hari terakhir harap-harap kita sama-sama memeriahkannya dengan memperbanyakkan amalan. Bersama-samalah kita mencari Lailatul Qadr.. InsyaAllah. 
Tick tack tick tack... Entah bunyi apalah aku main buat je. Hehe. So, tak lama lagi about one day more maybe kita akan sambut.................
HARI RAYA !!


And I bet mestilah mostly semua orang happy kan? Termasuklah aku. Tapi kali ni actually dalam suka ada duka. Ecehh! Dalam suka ada duka pulak.. Actually memang betul laa. First, ramadhan nak pergi. Yalah, tahun depan belum tentu kita jumpa lagi. Entah macam mana hidup kita tahun depan, hanya Allah saja yang tahu. Second, nenek sebelah ayah dah takde. Baru tahun lepas. So selalunya kalau aku balik kampung la, ketupat anyam tu memang dah siap tergantung dah kat dapur. Tapi tahun kamilah nak beranak cucu cicit semua buat sendiri. Ish, dah la. Tak mau la sedih-sedih kan?? Kita happy jer. 
So, sempena hari raya yang bakal tiba ni, aku nak minta maaf kat semua kalau kalau aku ada buat silap ke, mengumpat ke, kutuk-kutuk korang ke, apa-apalah. Hope you guys can forgive me. Kita kosong kosong ok? 
Orait, aku tak boleh lama-lama. Maybe lepas ni korang akan nampak la blog kurang di'update'. Sorry laa sebab aku sibuk sikit. Tahun ni nak ambil exam besar, SPM pulak tu. So, kenalah study betul-betul. Okey, sorry guys ! InsyaAllah lepas SPM blog ni akan aktif seaktifnya. Cehh! Haha. Ok la. Jumpa lagi nanti. See you guys next time! Thanks for being my reader. =)
  
Love from me,

No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post