Followers

Pages

19 January 2015

Jauh Berjalan, Luas Pengalaman

Hai! Selamat kembali, cik Nufaz. ^^  Setelah sekian lama meninggalkan blogku yang tercinta ini, akhirnya aku kembali... muahaha. Memandangkan SPM telah selamat aku hadapi and kini menunggu result yang bakal keluar.... gggaaahhhh
 
Fuhh, hopefully dapatlah keputusan yang TERBAIK dari langit.. Ngohngoh. So, memang agak sudah lama aku tak update blog aku ni. Hihi. Dah habis SPM should be lagi aktif la berblogging. Haha. Makin hilang la blog aku ni.
Well, actually aku ada something la nak share, bukan sekadar nak celoteh je lebih. Share tentang pengalaman aku, tentang seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun. So, tahun lepas bulan disember rasanya, aku ada menyertai kem di Kulim, Kedah dan menjadi fasilitator. Pengalaman yang singkat tetapi cukup bermakna dan indah tercipta. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk menyertai kem ni yang dipanggil ' KEM BINA AKHLAK RASULULLAH AJAR ( KEM B.A.R.A. ) '. Kem di Kulim, Kedah yang terselit penuh pengalaman.
Sepanjang kem ni berlangsung, everything was okay and wonderful. Suatu kem yang amat bagus untuk anak-anak musim cuti sekolah. Mengajar anak-anak tentang ajaran Islam dengan pendekatan yang menarik. Cakap saja bosan laaa asyik baca jee......
Ye, ye.. Boring dengar aku cakap kan? Opss, sorry. Baca, hehe. Orait.. Jadi, meh la kita tengok gambar ye?!

Makan bersama adik-adik.. berpandukan sunnah Rasulullah.

Antara orang kuat and terpenting ! Especially yang berdiri tu. Hehe. Itu Pakcik Kamarul Sahrin aka Pakcik KS. 


Ayuh, beli ! Beli! Gerai yang menjual barang-barang yang diperlukan untuk aktiviti bina menara ni.. ^^

Hasil karya adik-adik dengan bantuan akak-akak and abang-abang fasi.

Inilah dia hasil karya kumpulan aku.. Hebat tak?? Kukuh, Stabil and Tinggi !

Orang kuat ! Like father, like son.. =)

Haa, inilah ahli-ahli group aku. Kumpulan Fatimah Az-Zahra. Yang tudung merah tu pun fasi jugak ye.

Selingan pertunjukkan dari Profesor Luqmanul. Menarik minat adik-adik untuk belajar sains. =)

Kebuluran... Berehat sambil makan-makan. Yummy !

Haa.. ni masa hari terakhir kem, kami buat explorace. Itu depa semua tengah dok tunggu luar pondok pak guard, menunggu salah seorang urusetia kami yang bersih aja time explorace ni. Mahu kenakan Kak Syira Jamil kita. Puas kami si anak-anak dara ni memujuk tapi tak mau keluar. Kesian sungguh.. huhu

Before explorace, bergambar dulu. 
This was the 8 years old girl yang bayanyak memberi kesedaran kepada kami tentang kehidupan ni. Namanya Atiqah. Why kami semua kata macam tu? Sebabnya budak ni memang lain daripada budak-budak yang lain. Kadang-kadang ada masa, mesti dia cerita or cakap something dengan akak-akak fasi. Nak tau apa yang dia tanya or cerita  kat kami?

Atiqah ni selalu cakap: "Saya ni banyak buat dosa. Dosa saya seluas bumi. Allah nak ke ampunkan dosa saya? Saya selalu setkan diri saya akan masuk ke dalam neraka sebab saya banyak dosa. Macam mana kita nak bertaubat? " Kita yang dah besar ni pun, ada ke kita fikir macam tu? Subhanallah.. Then pasal solat pulak, : "Kalau solat pun, saya selalu diam je, tak baca apa-apa pun sebab saya tak ingat. Saya bukannya tak tahu, tapi saya cepat lupa. Saya takut Allah tak terima solat saya." Allahuakbar.. Lihatlah, betapa polosnya hati budak ni. Hatinya sungguh suci. Sentiasa memikirkan akan dosanya walhal dia hanya berumur 8 tahun, sehingga dia juga pernah menitiskan air matanya. Banyak yang kami dapat pelajari and sedar daripada Atiqah ni.

Okey la, kita go on dengan yang seterusnya. =)

One of the activity, cari gula dalam tepung basah. Muahaha...

Haa, cepat tolak bola tu. Siapa sampai dulu, menang laa. Kalah, kita denda sama dia ! Hoho

Lihatlah abang-abang fasi semua.. Habis bertepung dan berbasah-basahan badan depa. Bukan main seronok lagi depa pi main dengan budak-budak tu. Haha.. Well, it's really exciting!


My beloved sister, Atiqah. ^^

Adik lelaki yang paling hyperaktif. Haha. Comel kan? Amsyar namanya. 

Yeah, the brothers were here ! Aku tak tau pun nama panjang depa. Haha. Yang kiri tu adik, kanan pulak abangnya. Aku selalu panggil yang abangnya Syed je. Tak tau nama panjang dia pun.. Yang tau, dua-dua ada Syed. Hoho..

Aku suka budak ni, COMEL jee.. Hehe. Comel tapi pemalu sungguh. Nak dengan akak kesayangan dia je, kak Fawa. Haha. Ni pulak nama dia Aisyah.

Haa, ni dia Syifa ! Nama macam kawan aku je. hehe

Opss, sempat pulak amik gambar ek. Hehe

Yeah ! Akhirnya tamat sudah KemBara 2014. Semestinya I will miss this memories. Kenangan yang aku takkan lupakan. Sementara menunggu transport kami untuk balik ke rumah Hakeem and pakcik kantin (sori, lupa nama dia.hehe) tu, kami bergambar sebagai kenangan. Siap ada gambar untuk pelajar and ex-pelajar pulak. Haha. Yelah, yang join ni form 3 and 5. 

Ready to back! 

Ini dia Kak Cik Ana kita.. sedang membantu umi di dapur =)

Taraa!! Cantek tak?? Prepare for the dinner di rumah Hakeem. Dinner + BBQ

Adik kesayangan Hakeem. Hehe. Haikal KS. Muka dia lebih kurang sama dengan Hakeem masa dia kecik dulu, bak kata Umi Nora (umi Hakeem) laa..

Kebuluq si lelaki-lelaki ini.. Penat selepas mengendalikan kem. 
Wohooo!! Yeah ! Bersantai bersama penaja utama, Pakcik KS.. Hee

BBQ di luar rumah..

Pergh! Menikmati santapan malam penuh berselera.. Hee ^^

Saat yang dinantikan.. Bertazkirah sebentar bersama Imam Muda Asyraf. Live jumpa dia.. Satu family kann. Kalau tak salah aku, IM Asyraf ni sepupu kepada Umi Nora. Yeke?? Hehe, I guess. Lupa pulak.

Bergambar bersama IM Asyraf dan isterinya. Opss, Anak dia sekali. Tapi lupa pulak nama dia Hehe.


Like father, like son. Ayahnya hensem, anaknya comel belaka.. Huhu.

Sesi bertaaruf dengan si anak kecil.. 

Bergambar dengan si budak comel ini

Sedikit pesanan daripada IM Asyraf kepada anak-anak muda..

Ber'wefie' sebentar on the way nak naik feri =)

Menunggu feri, gambar dulu yee!

Terbaekk !! Pekena nasi kandaq kat air terjun. Perghh!

Betul-betul berkelah tepi air tejun nii.. Fuhh, sungguh menikmati alam sambil mengisi perut.

Sat nah, amik gambar sendiri pulak.. Hehe

Ready nak bergambar sepanjang-panjang tembok..Haha (walhal tak nampak muka siapa yang duduk jauh tuu. hihi)

Haa, yang kiri itulah Syira Jamil yang depa nak dok pekenakan dia masa kat kem tu. Yang kanan tu pulak Izzah or Jija.

Menikmati pemandangan di laut masa naik feri. Indah sungguh kejadian alam..
Fuhh, melepaskan kepenatan selepas penat berjalan-jalan sementara menunggu bas kami tiba. Lepak sat kat rumah Hakeem.

Inilah dia akak-akak yang rajin melayan adik Haikal memasang lego. Mengatasi kebosanan menunggu bas..  ^^
Inilah kenangan kami yang takkan dilupakan.. InsyaAllah, hubungan silaturrahim ini tidak akan terpisah kerana apa? Pasti dan pastinya kerana Allah Taala.

Okeylah, sampai di sini sajalah ye. Harap maaf atas segala yang salah la. Terima kasih kerana sudi membaca. =)


Love from me,

No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post