Followers

Pages

20 July 2015

Jom Kita Ubah Diri Kita =)



Bismillahirrahmanirrahim...

Aku selalu terfikir, fikir pasal diri sendiri. Fikir, sudah berubahkah aku? Sejak masuk universiti, rasa macam I'm still the old of me. But sometimes, bila fikir2 terasa diri ni dah berubah, sedikit. Lagi2 masuk universiti ni yang orang panggil uni sosial. Sini, aku gelak sakan. Ikhtilat tu, hmm. Jaga mungkin still jaga, tapi tak macam dulu. And dulu, rajin tak rajin, selalu tak selalu, everyday tu ada jugak bukak alquran. Now, payah sangat kau nak bukak. Raya ni, lagi la. Sibuk raya sana sini, sibuk layan sedara mara. Tak salah, tapi bila sampai quran pun jarang aku bukak, still nak kata diri tu tak berubah? 

That's one of the changes. Baru satu. Tak payah masuk yang lain, pandang pasal ni je dah cukup. Bila tak baca, Allah tu pun hampir aku lupa. Allahuakbar.. Mathurat pun dah jarang baca. Kalau sempat, dan KALAU INGAT, aku baca. Sibuk layan telefon, layan wassap, insta, twitter, macam2. 

Kadang2 tu, selalu share peringatan macam2 kat grup wassap, twitter, retweet post la, post kt insta, tapi hakikatnya aku sendiri tak cuba nak buat apa yang aku share pada orang. Hanya sekadar nak share, but then diri sendiri? Tepuk dada, tanya hati, apa kata iman? Share je, diri tu macam mana?

Kadang2 tu bila baca orang share peringatan semua tu, ada jugak rasa macam tersentap. Tapi? Hmm, tak lama. Perasaan tu sekejap je. Then perasaan aku balik macam biasa. Perasaan sentap tadi seolah olah hilang ditiup angin. 

Kadang2 sedar diri tu ada kelemahan, sedar aku selalu buat apa yang mungkin tak sepatutnya aku buat. Tapi diri aku ni seolah olah tidak cuba untuk berubah. Lawan segala nafsu. Dah lepas bulan puasa ni, lagi la, tambah dengan hasutan syaitan. Terasa payah nak berubah. Mungkin sebab aku sendiri yang tak cuba berusaha nak berubah. Perasaan saja ada, tapi usaha?

Dalam terasa diri aku ni dah berubah dari diri aku yang dulu, tapi aku tetap rasa bersyukur. Hanya satu sebab. Yang hampir buatkan aku rasa sentap dan nak menitis air mata. Aku rasa diri aku seolah olah makin jauh daripada Allah, lupa pada Allah. Tapi perkara yang buat aku sentap dan hampir menitis air mata, kerana Allah tak pernah lupa aku. Dia ada, sentiasa ada, memberi pertolongan kepada aku di kala aku perlukannya. Allah tak pernah lupa aku, tapi aku yang selalu melupakan Dia. 

Bila ditimpa sesuatu ujian, tak kira ujian Allah tu kecik ke besar yang Allah bagi kat aku, aku fikir ni semua berlaku sebab aku alpa, lupa kt Allah. Tapi Allah tetap bantu aku. 

Ya Allah, masih layakkah aku? Astaghfirullah.. Benarlah, andai kita dulu sekolah agama sekalipun  tak menjamin siapa diri kita di masa depan, tapi iman kita. Aku mengaku, aku yang sekolah agama pun dah macam ni. Allahu akbar. Astaghfirullah.

Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau tidak pernah lupa diri aku ini sedangkan aku selalu alpa, leka, lalai dalam mengingatiMu.
Ya Allah, ampunilah dosaku kerana aku sedar begitu banyaknya dosa, maksiat yang aku lakukan.
Ya Allah, Engkau ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan keluargaku.
Ya Allah, ampunilah aku andai aku tidak menjaga hati aku daripada maksiat
Ya Allah, berilah taufik dan hidayah kepada aku dan keluargaku.
Ya Allah, andai aku leka, kau ingatkanlah diriku ini agar tidak lalai.
Ya Allah, andai aku terlanjur melalaikanMu, ampunilah aku.
Ya Allah, Engkaulah tetapkanlah hati dan iman ini agar tetap sentiasa mengingatiMu dan tidak berpaling daripadaMu.
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku dan keluargaku serta umat Islam di dunia ini. 
Ya Allah, Engkau ampunilah dosa mereka yang membaca mesej ini. 
Aminn...

Aku ikhlas menyampaikan mesej ini agar kita semua sedar.
Selepas mesej ini aku tulis, belum tentu aku berubah. Mungkin aku berubah, mungkin juga aku tak berubah pun. Bukan nak kata apa, tapi hati ni Allah yang pegang. Hati kita, diri kita ini milik Allah. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan, tak tahu iman kita ni macam mana nanti. Aku, kita hanya mampu berdoa agar Allah tak pesongkan hati kita, agar Allah tak palingkan hati kita, tetapkan hati kita ni agar sentiasa berada di jalan Allah. InsyaAllah, kita cuba berubah. Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu dan mungkin kita takkan berubah. Nak berubah memang sukar, aku sendiri merasainya. Begitu sukar kita nak kuatkan hati kita agar tidak tertipu dengan mainan duniawi ni. Berdoalah, semoga Allah membantu di setiap langkah perjalanan kita menuju redhaNya.

Lastly, satu je aku nak kita ingat. Sematkan dalam hati.
Allah itu tak pernah dan tidak akan pernah lupa akan hambaNya, tapi kita hambaNyalah yang selalu lupa akan Allah.
Muhasabahlah selalu. Gantungkan segalanya pada Allah. Kita takkan pernah lari daripada buat dosa dan maksiat, kerana itulah kita kena sering memohon ampun kepada Allah.

Wallahu'alam. Mudah mudahan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kita untuk berubah menjadi lebih baik dan mencari keredhaan Allah. Berubah menjadi lebih baik itu tak rugi, malah lebih untung. Andai rugi sekalipun, rugi di dunia. Di akhirat kelak, insyaAllah akan lebih beruntung. InsyaAllah, amin..

Maafkan aku andai aku ada salah silap yang jelas mahupun yang tidak jelas, halalkan segalanya buat diriku. Terima kasih kepada yang sudi membaca, semoga Allah merahmati anda semua. 

#pesanandariseoranghambayanghinadanlemah
#jomsamasamakitaubahdirikita


p/s: saya syorkan kita baca buku #Henshin karya Aiman Banna. InsyaAllah, buku tu dapat membantu kita nak berubah. Boleh klik gambar di bawah untuk ke blog aimanbanna. Though the fact is aku tak baca lagi buku tu. Heee.. but banyak feedback bagus buku ni. InsyaAllah, ianya membantu tetapi diri sendiri itu yang penting. Yang memilih untuk berubah atau tidak.






16 July 2015

Ramadhan Di Palam



Hai semuaa! Alhamdulillah, masih Allah beri aku kesempatan update entry baru. Jadi untuk entry kali ini aku nak bercerita atau berkongsi pengalaman berpuasa di Uitm Puncak Alam (Palam). Tak la banyak sangat pun nak share, sikit-sikit la. Hehe.

Tahun 2015. Puasa. Hostel life. Well, this year is the sixth year I've been fasting without my family, especially the first day of fasting. But not all the first day, okay because I don't remember the exactly times I with my family on the first day. Okay, ayat aku pun dah macam hmmmm... Tak faham kan? Okey, abaikan. Haha. So, seronoknya puasa kat sini. Apa yang seronoknya? Actually biasa je. Haha. But fasting here is a bit differences. This difference, is directly we can see what it is. Of course, plus I'm ex boarding student. So, what's the differences? Haaa let me tell you guys. The difference is fasting here, everything is on our own. Maksudnya?? Money laa. Kalau asrama dulu, makanan dah ready served pun untuk kita. Tinggal nak ambil je. Duduk u ni, mana ada macam tu dah. Kat sini, duit melayang laaa... Nama pun duduk universiti, tanggung sendiri la. So, kat sini ada la jugak bazar, tapi kecik je. Itupun dalam 10 gerai kot, less or more. Kalau nak beli makanan untuk berbuka, boleh la beli kat bazar ataupun kafe. Harga kira standard la untuk student.

Haaa, but then there's something you have to know. Kalau rasa nak beli makanan kat kafe tu, beli la awal-awal. Actually, boleh je nak beli lambat tapi nanti ramai laa. Kadang-kadang pukul 5.30 pun dah ramai. Okey, aku tak ingat pun pukul berapa sebenarnya tapi lebih kurang la. Normally, kedai yang mendapat sambutan hangat tu la yang ramai sangat and you have to encounter those people yang memang pehhh. Sesak. Nak masuk beli lauk, memang kena redah. Lepas tu, beratur nak bayar pulak. AND, kalau boleh kena sediakan duit kecil sebab kadang-kadang tu orang tu takde duit kecil nak bagi baki. Oh ya, nak makanan free pun ada. Aku baru teringat. Nak jimat duit, there's only one place. Surau Ibnu Sina. Haa, kat situ nak makan free ada. Iftar percuma. Aku tak pernah pergi lagi, haha. Tapi kawan aku kata makanan dia sedap. Tapi kat situ, kita berbuka dengan kurma and air je dulu lepas tu solat maghrib. After solat, baru kita makan makanan yang enak. Hihi. 

So far, tak ada kes la makanan tak cukup untuk berbuka. Alhamdulillah, semua cukup makan. Selalunya aku beli makanan after class sebab kelas aku habis petang. Tapi macam rabu and khamis aku habis kelas awal, so aku akan stay perpustakaan or they called it PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak). And normally, that time aku ada discussion group sama ada biology, chemist atau physics. Discussion lab report. So after class aku baru beli, Sebab kalau aku dah naik bilik, aku malas nak turun balik. Hihi. Aku selalu buka kat bilik je. Buka dengan classmates aku setakat ni aku rasa dua kali kot. Buka dengan kawan satu sekolah pun dua kali je kot. Susah kot sekarang ni aku nak jumpa ex-ex gemencheh ni. Semua busy termasuklah aku. Yang engine pun sama. Biasalah, nama pun budak u mana tak busy. Kat sini kadang2 banyak jugak macam ceramah-ceramah, forum, sempena bulan ramadhan ni. And, time ni la selalunya student datang sebab nak dapat kupon. Kupon tu untuk markah koku tak silap aku. Hmmm, okey. Then apa lagi ek?

Oh okey, after this aku akan attach some pictures jugak, saja nak share dengan korang. So I think there's nothing to say anymore. I don't have any idea what to share with you guys. Heee... So let's end till here. Till we meet again, okay? Update Ramadhan pun lambat dah ni, haha. Hmm takpe. Lepas ni update cerita pasal raya la pulak kot. Hehe. InsyaAllah, ada masa aku update. Well, Selamat Hari Raya you guys and eat well =)

Time ni kami iftar bersama-sama coz one of my classmate akan berpindah so this is as last time la together. Esoknya tu is last day so celebrate hari first day ramadhan =) Oh ya, that girl depan sekali tu yang akan berpindah. 





Yang tengah tu, is our mentor ^_^

Nah, this is an example the program that they organized for the students, plus with the coupon. 

Okay, that's all. Thank you =)


Psstt, pssttt :
(Beware everyone, after this ramadhan there's thing that had been escaped from their prison. Beware guys, that devil coming back.. Huhu )

Fihifzillah everyone ^_^
HAPPY EID !


5 July 2015

Palam Punya Cerita..



view sikit from palam before kita start.. hihi

Hai semuaa! Alhamdulillah, hari ni sempat la jugak aku nak update sikit blog ni. Hmm, maaf la blog macam berhabuk sikit. Fuh fuh fuh! Okey hilang dahh. Hihi. Before this aku busy sikit, so tak sempat nak update blog. Dengan lab reportnya, tiga pulak tu, pastu dengan kuiz, tutorial, fuhhh. So memang agak kurang masa aku nak berblogging. So masa yang ada ni, yang aku curi-curi kejap hehe, aku update apa yang berlaku or senang cerita lebih kepada pengalaman hidup aku setakat ni kat palam. For those yang still tak tahu whats mean by palam is actually stands for uitm puncak alam.

Okey, so whats the story? Oh yeah, by the way SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN! Hihi lambat sikit aku wish ramadhan. So alhamdulillah, setakat ni aku duduk, belajar kat sini semua okey je. But belajar kat sini memang agak laju. Korang memang kena pandai-pandai la catch up sendiri. Nama pun asasi, belajar kenalah laju. Hihi. Lagipun setahun je kat asasi uitm ni. So pelajar asasi sini, kami ni memang ramai la and we're the majority kat palam which is asasi sains dan engineering. Mostly is asasi sains and about 1000++ ke 2000-- is asasi engineering. Haa, another perbezaan kami pelajar asasi sains dengan engineering is related to the boys. Kalau sains, lelaki sikit berbanding perempuan and seriously, girls are like twice to the boys. Kalau engineering pulak, haaa terbalik. Lelaki will be the majority and the girls will be minority. Kalau dah dibahagikan kelas tu, untuk kelas asasi sains lelaki dia about 7-9 boys. The others perempuan laa, which is about 20++ gitu. Same things to the engineering, just tukar gender la. Then if group kat dalam kelas pulak, means group yang macam untuk lab, lelaki akan ada di setiap kumpulan. Satu kumpulan dalam 4 orang, and consists of only one boys. Tapi maybe depends jugaklah kat kelas jumlah lelaki dia macam mana. Okay, done la dengan bilangan laki perempuan blablablabla semua tu.

Disebabkan pelajar asasi ni ramai sangat, so kelas yang dibahagikan tu pun memang banyak la. Entah berapa huruf, berapa nombor aku tak tahu. So macam aku, aku dapat kelas F5. List kelas kita kelas mana dia akan tampal after mds tu. Means macam if jumaat tu dah habis mds, malam tu or esoknya tu kita dah boleh tengok dah kita kelas apa. Sambil tu, explore la sikit bangunan-bangunan and kelas-kelas yang akan kami belajar. So first day kuliah tu, tunggu la kat depan bilik kuliah tu sebab kelas aku time tu start pukul 9.30 so kat dalam bilik kuliah tu ada pelajar kelas lain. Memang masa tu ramai juga menunggu kat depan dewan kuliah tu. I thought it just only my class, but actually it was a combination of three classes. F4, F5 and F6. Never thought we would combine the class. Yelaa, just bayangkanlah 2000++ pelajar asasi, kelas entah berapa ratus (agaknyaa.. hehe), lecture pun kurang daripada pelajar(kot laa. haha suka hati aku je..) so gabung la senang kan. Okey, apalah yang aku membebel ni kan. 

this is how lecture hall would be...

So, actually its fun to study here. And I think if i was given a choice to stay palam or move to dengkil, i would choose palam. Tak kisahlah kena naik tangga kejayaan tu setiap hari ke, but aku rasa seronok and just fine. Oh ya, actually kat sini ada je bas nak bawa kita naik ke kolej kediaman tu.. Tapi I don't know, I prefer to climbing up that tangga kejayaan tu than naik bas. Sesak aku nak naik bas. Ramai, pastu aku malas nak tunggu bas. So jalan la naik tangga, exercise sikit hihi.

Nah, lihat panjang mana tangga ni. Hihi

 Hari tu balik rumah aku timbang, turun la sikit berat aku, Hahaha. Okey back to the topic. So, if nak naik bas ke kolej kediaman, ada disediakan. Kalau nak keluar dari uitm ni pun ada bas jugak, bas rapid kl. Macam kalau nak ke tesco, giant or setia city mall, naik bas u90. Nak ke shah alam pun naik la bas tu or bas lagi satu. Aku pernah keluar sekali je, itupun sebab nak beli tiket bas. Oh, kalau nak beli tiket bas, beli kat klang sentral. Dari palam ni dalam 30 minit la lebih kurang nak ke sana. Sometimes, bas akan sesak gila so you have to be patient. Sometimes if you're lucky, lapang je. Dapat duduk lagi, Huhu. Hmm, balik raya sesak la gamaknya. 

So this is jadual bas tu..

Hmm, apa lagi nak cerita pasal palam ni? Oh, notes usually kita pakai lecture notes je. Macam kelas aku, every subjek ada class representative. Kat sini asasi sains ada 6 subjek which is Biology, Chemistry, Physics, Mathematics, English and CTU( subjek agama la gitu). So, class rep aku akan print out the notes and photostat the notes to gives to us laa. But kena alert la when this chapter nak habis, get ready to get the next notes. For lab, importantly yang lecture aku tekankan is lab coat and kasut bertutup. 

 Tapi alhamdulillah, aku rasa bersyukur la jugak aku dapat lecturer yang aku kira okeylah. Not too strict, just sempoi, not too skema or whatever la. The most I like are physics and math, the lecturers. Physics is the tutor lecturer, cause he is guy lecturer and he's very gamble. Oh, lecturer for tutor and lecture tak sama eh. So nama lecturer tu sir megat izhar. Kitaorang panggil sir megat. Sometimes dalam kelas tutor pun, sir menyimpang ke benda lain. Macam hari tu, masuk part raya pulak, Memang sempoi la, tak stress. Huhu. And, kalau sir terangkan, insyaAllah senang faham. Because sometimes in lectures kitaorang tak faham and kat kelas tutor ni la baru kitaorang faham, sometimes 
la. Kalau math pulak, madam tu akan bagi kitaorang betul-betul faham. And she's not too strict. She's a chinese. But overall, semua okey je. Cuma aku bersyukur la I got this class and lecturers 'cause like my friend, dia engineering. Dia kata lecturer dia semua macam... hmmmm. Nothing to say la. Macam, kau faham tak faham, pandai-pandai la. Dia kata lecturer for kelas ctu je ok and best. Luckily ada la juga kan. Haha. Oh ya, after this I will post the pictures of my classmates here. Well, I'm really gratefull 'cause I've classmates like them. They were very friendly, kind and sporting. Sometimes I think they are like my old friends in secondary school. All right, I didn't have any intention to make this long and long. So, I cut the story till here. Next entry, I will update the story okay. Well thanks for reading.. Hihi =)

Jom kita berusrah sebentar.. =)



Usrah uitm.. Menambahkan ilmu di dada... Huhu

Okeyy, now lets see my classmates, F5 ^_^

menunggu turn untuk ambil gambar kelas..

Selfie dulu yee.

Classmates aku tapi tak cukup corum,.. Duhh


 
Group lab physics =)

Discussion... Err, sorang tu bukan grup physic akuu. Haha. 

Jeng jeng! Waa, banyak ikan ! Cuba teka di mana kamii... scroll bawah lagi, scrooolllll


Yeay! Kami di tasik 8 palam... Wuhuu... Time ni kami baru habis kelas ctu. Habis kelas, terus pergi lepak kat tasik ni haa. Menghilangkan tekanan yang adaa. Haha. Best !! Angin sejukkk, pemandangan pun cantik. Kalau rasa bosan, nak hilang stress tu, pergilah kat tasik, Aman, tenang sikit hati tu. Hihi


Cantik takkk??





Last picture from me =)


Newer Posts