Followers

Pages

20 July 2015

Jom Kita Ubah Diri Kita =)



Bismillahirrahmanirrahim...

Aku selalu terfikir, fikir pasal diri sendiri. Fikir, sudah berubahkah aku? Sejak masuk universiti, rasa macam I'm still the old of me. But sometimes, bila fikir2 terasa diri ni dah berubah, sedikit. Lagi2 masuk universiti ni yang orang panggil uni sosial. Sini, aku gelak sakan. Ikhtilat tu, hmm. Jaga mungkin still jaga, tapi tak macam dulu. And dulu, rajin tak rajin, selalu tak selalu, everyday tu ada jugak bukak alquran. Now, payah sangat kau nak bukak. Raya ni, lagi la. Sibuk raya sana sini, sibuk layan sedara mara. Tak salah, tapi bila sampai quran pun jarang aku bukak, still nak kata diri tu tak berubah? 

That's one of the changes. Baru satu. Tak payah masuk yang lain, pandang pasal ni je dah cukup. Bila tak baca, Allah tu pun hampir aku lupa. Allahuakbar.. Mathurat pun dah jarang baca. Kalau sempat, dan KALAU INGAT, aku baca. Sibuk layan telefon, layan wassap, insta, twitter, macam2. 

Kadang2 tu, selalu share peringatan macam2 kat grup wassap, twitter, retweet post la, post kt insta, tapi hakikatnya aku sendiri tak cuba nak buat apa yang aku share pada orang. Hanya sekadar nak share, but then diri sendiri? Tepuk dada, tanya hati, apa kata iman? Share je, diri tu macam mana?

Kadang2 tu bila baca orang share peringatan semua tu, ada jugak rasa macam tersentap. Tapi? Hmm, tak lama. Perasaan tu sekejap je. Then perasaan aku balik macam biasa. Perasaan sentap tadi seolah olah hilang ditiup angin. 

Kadang2 sedar diri tu ada kelemahan, sedar aku selalu buat apa yang mungkin tak sepatutnya aku buat. Tapi diri aku ni seolah olah tidak cuba untuk berubah. Lawan segala nafsu. Dah lepas bulan puasa ni, lagi la, tambah dengan hasutan syaitan. Terasa payah nak berubah. Mungkin sebab aku sendiri yang tak cuba berusaha nak berubah. Perasaan saja ada, tapi usaha?

Dalam terasa diri aku ni dah berubah dari diri aku yang dulu, tapi aku tetap rasa bersyukur. Hanya satu sebab. Yang hampir buatkan aku rasa sentap dan nak menitis air mata. Aku rasa diri aku seolah olah makin jauh daripada Allah, lupa pada Allah. Tapi perkara yang buat aku sentap dan hampir menitis air mata, kerana Allah tak pernah lupa aku. Dia ada, sentiasa ada, memberi pertolongan kepada aku di kala aku perlukannya. Allah tak pernah lupa aku, tapi aku yang selalu melupakan Dia. 

Bila ditimpa sesuatu ujian, tak kira ujian Allah tu kecik ke besar yang Allah bagi kat aku, aku fikir ni semua berlaku sebab aku alpa, lupa kt Allah. Tapi Allah tetap bantu aku. 

Ya Allah, masih layakkah aku? Astaghfirullah.. Benarlah, andai kita dulu sekolah agama sekalipun  tak menjamin siapa diri kita di masa depan, tapi iman kita. Aku mengaku, aku yang sekolah agama pun dah macam ni. Allahu akbar. Astaghfirullah.

Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau tidak pernah lupa diri aku ini sedangkan aku selalu alpa, leka, lalai dalam mengingatiMu.
Ya Allah, ampunilah dosaku kerana aku sedar begitu banyaknya dosa, maksiat yang aku lakukan.
Ya Allah, Engkau ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan keluargaku.
Ya Allah, ampunilah aku andai aku tidak menjaga hati aku daripada maksiat
Ya Allah, berilah taufik dan hidayah kepada aku dan keluargaku.
Ya Allah, andai aku leka, kau ingatkanlah diriku ini agar tidak lalai.
Ya Allah, andai aku terlanjur melalaikanMu, ampunilah aku.
Ya Allah, Engkaulah tetapkanlah hati dan iman ini agar tetap sentiasa mengingatiMu dan tidak berpaling daripadaMu.
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku dan keluargaku serta umat Islam di dunia ini. 
Ya Allah, Engkau ampunilah dosa mereka yang membaca mesej ini. 
Aminn...

Aku ikhlas menyampaikan mesej ini agar kita semua sedar.
Selepas mesej ini aku tulis, belum tentu aku berubah. Mungkin aku berubah, mungkin juga aku tak berubah pun. Bukan nak kata apa, tapi hati ni Allah yang pegang. Hati kita, diri kita ini milik Allah. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan, tak tahu iman kita ni macam mana nanti. Aku, kita hanya mampu berdoa agar Allah tak pesongkan hati kita, agar Allah tak palingkan hati kita, tetapkan hati kita ni agar sentiasa berada di jalan Allah. InsyaAllah, kita cuba berubah. Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu dan mungkin kita takkan berubah. Nak berubah memang sukar, aku sendiri merasainya. Begitu sukar kita nak kuatkan hati kita agar tidak tertipu dengan mainan duniawi ni. Berdoalah, semoga Allah membantu di setiap langkah perjalanan kita menuju redhaNya.

Lastly, satu je aku nak kita ingat. Sematkan dalam hati.
Allah itu tak pernah dan tidak akan pernah lupa akan hambaNya, tapi kita hambaNyalah yang selalu lupa akan Allah.
Muhasabahlah selalu. Gantungkan segalanya pada Allah. Kita takkan pernah lari daripada buat dosa dan maksiat, kerana itulah kita kena sering memohon ampun kepada Allah.

Wallahu'alam. Mudah mudahan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kita untuk berubah menjadi lebih baik dan mencari keredhaan Allah. Berubah menjadi lebih baik itu tak rugi, malah lebih untung. Andai rugi sekalipun, rugi di dunia. Di akhirat kelak, insyaAllah akan lebih beruntung. InsyaAllah, amin..

Maafkan aku andai aku ada salah silap yang jelas mahupun yang tidak jelas, halalkan segalanya buat diriku. Terima kasih kepada yang sudi membaca, semoga Allah merahmati anda semua. 

#pesanandariseoranghambayanghinadanlemah
#jomsamasamakitaubahdirikita


p/s: saya syorkan kita baca buku #Henshin karya Aiman Banna. InsyaAllah, buku tu dapat membantu kita nak berubah. Boleh klik gambar di bawah untuk ke blog aimanbanna. Though the fact is aku tak baca lagi buku tu. Heee.. but banyak feedback bagus buku ni. InsyaAllah, ianya membantu tetapi diri sendiri itu yang penting. Yang memilih untuk berubah atau tidak.






No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post