Followers

Pages

6 September 2016

Minggu Destini Siswa (MDS) Sept 2016


Hai gaiss ! Haa kali ni aku nak share pasal mds. As I'd mentioned before, aku dapat sambung belajar sarjana muda teknologi makmal perubatan kat uitm puncak alam. Dan aku telah selamat mendaftar. Yeayy ! Dan aku juga telah selamat menjalani minggu orientasi atau kat uitm ni kita panggil Minggu Destini Siswa (MDS). Yeayy ! Maka dengan itu, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar degree. Hehe. Okay tak nak cakap banyak sebab banyak pasal mds aku nak cerita ni. Cehh. Mds ni berjalan selama 5 hari 5 malam. Fuyyooo.

So, hari pertama biasalah kita datang mendaftar. But, sekarang uitm puncak alam atau palam searang ni dah ada kolej baru and a few bangunan baru yang lain juga. Jadi, untuk mahasiswa baru akan diletakkan kat kolej dahlia. Lelaki dan perempuan. Perempuan, dahlia 1 & 2. Lelaki, dahlia 3 & 4. Kat situ juga ada kafe baru. Court baru. Kolej dahlia ni terletak bawah sikit dan jauh sikit daripada bangunan yang lain. Kalau nak pergi bangunan lain, kena naik tangga kat dataran depan kolej lelaki tu and jalan la ikut nak ke mana. Kalau nak ke bangunan akademik, memang agak jauh sikit laa. Tapi kalau malas boleh juga naik bas, ada bus stop depan tangga tu.

Okay okay. Pasal kolej dulu. Oh by the way, cara pendaftaran dia pun sama juga macam masa asasi dulu. Drive-thru. Then sampai kolej, ambil kunci kat pejabat kat kafe tu and boleh trus masuk bilik. So aku dapat tingkat yang taklah berapa tinggi sangat so kira okeylah. Nanti kalau aku rushing ke apa-apa takdelah jenuh nak turun naik tangga sangat kot kannn. Rumah yang kat dahlia ni aku rasa macam lagi besar sikit kot daripada kolej lama tu, angsana dengan raflessia. Satu rumah lapan orang. Nahh, ni ada laa sikit-sikit gambar.

Katil. Satu bilik dua orang. Bilik aku menghadap kafe.

Meja study. Okey laa, board tu sorang satu. huhu.
  
Loker. Dua pintu, tapi aku rasa macam loker kat dengkil lagi besar. Yang ni macam kecil sikit je aku rasa. Tak banyak space kosong. Tak tahulah maybe barang aku yang banyak ke apa kan hahaha

Ini view dari bilik aku. Menghadap kafe wuhuhuu

Okey, so done with the hostel. Pukul 3.30 petang, kena kumpul kat dataran depan kolej lelaki. Bawa segala dokumen(kecuali xray) dan peralatan solat sebab memang tak akan turun ke kolej sampai la habis tentatif dalam satu hari tu. Siap kumpul, kita gerak ke Surau Ibnu Sina. Solat asar. Selepas tu, ada taklimat. sesi suai kenal dengan abang-abang dan akak-akak pmds (pemimpin minggu destini siswa). Ada abang aizie(tak tahu cemana ghupa eja namanya huhu), pmds masa asasi dulu. Mula-mula aku tak cam juga abang zie ni, rambut macam lain sikit, pakai spek. Dia jadi host, cakap cakap kat depan dengan abang tam. Serius tak perasan tu dia. Cehh cakap pasal tu pulak. Okey kita proceed. Selesai sesi perkenalan, kita makan malam pukul 6.30 petang. Makan kat khemah area luar surau tu jugak. Lepas tu solat maghrib dan tazkirah sampai la isyak masuk. Dan yang paling penting, Taklimat Pendaftaran. Haaa taklimat ni sangat sangat la penting gaiss. Masa ni la abang-abang dan akak-akak pm akan guide kita untuk mendaftar keesokan harinya.

Masa ni, mereka akan guide kita macam mana nak isi borang, macam mana nak selesaikan masalah-masalah kita yang ada tu. Contoh masalah, i/c hilang so mereka akan bagitahu apa nak buat. Kalau takde pengesahan untuk certain certain dokumen tu, pun mereka akan tolong settlekan malam tu jugak. So untuk mengelakkan sebarang kesusahan, better korang settlekan dulu elok-elok kalau ada masalah. Siapkan betul-betul dokumen yang kena ada tu. Dan untuk isi borang, make sure guna ball pen. Kalau guna pen basah tu, make sure la tak tembus belakang okey. Then dah selesai, boleh balik. Biro Sahsiah rupa diri, Disiplin & Keselamatan (SDK) akan bawa kita balik. Lebih kurang pukul 1 kitaorang habis. Balik tu aku mandi and prepare barang untuk esok sebab esok awal-awal pagi kena kumpul.

5 pagi turun kumpul kat dataran. That's why aku siap-siap mandi terus hehe, senang. Lagipun tidur sejam dua je so takpe la kan huhu. Solat subuh then tazkirah subuh. Selalunya ramai juga tertewas hahaha. Termasuk aku, kekadang je okey hahaha. Pukul 7 tu sarapan. Dan jangan risau, akak-akak dan abang-abang biro makanan & kebajikan ni memang sangat-sangat prihatin dengan korang. Bagi sesiapa yang ada alergi makanan ke, gastrik ke, apa-apa la kan, mereka dengan penuh prihatin akan take note dan bantu korang yang ada masalah. Lepas makan, pelajar akan diasingkan mengikut fakulti. Pukul 10, pm-pm(pemimpin mahasiswa) akan bawa kita ke tempat pendaftaran which is, kat kolej rafflesia (time aku daftar kat sini la). Lebih kurang pukul 12 habis pendaftaran. Aku la, yang lain ada yang tak habis lagi. 12.30 makan tengahari and prepared for solat zuhur. Lepas solat tu, rehat rehat sekejap kat surau. Sambil-sambil tu diteruskan pula untuk wave kedua pendaftaran which is untuk fakulti akaun, bussiness and apa lagi entah aku tak ingat. Ke tu je? Entahlah huhu.

Sambil tu, lepak lepak borak dengan pm-pm sekeliannn. Then, fakulti aku, fakulti sains kesihatan (fsk) kena keluaq ! Hehe sebenarnya keluar untuk sesi fotografi kat court luar sana tu. Akan tetapi, fakulti aku terpaksa dibahagikan mengikut kos sebab ramai bebenor. Huhuhu. So kenal la sikit-sikit muka dak-dak mlt ni. Lagi-lagi aiman yang super duper kecoh tu. Eh kepoh. Eh macam-macam la. Stalker juga. Sibuk nak tahu muka orang cemana. Time aku nak bayar duit gambar tu siap tengok nama aku pastu pandang aku bila dengar abang tu sebut kos mlt. Ciss. haha pape je laa. Okey lepas tu solat asar then program apa entah. Cakap-cakap je kot. Lepas tu makan malam, solat maghrib sampai la isyak kemudian next program.

Pukul 9 malam, ada 'Malam Bersama MPP'. Pm-pm pakat suruh berlakon sikit jadi sporting malam tu hahaha. Okay, kita join je laa. So MPP stands for Majlis Perwakilan Pelajar. Ada 48 orang kesemuanya. YDP; abang Aiman Adam dari fakulti pengurusan maklumat. Hampeh, awalnya tu dia acah acah kononnya dari fakulti sains kesihatan. Baru nak bangga pastu bila dia perkenalkan diri, ghupanyaa..... hmmm. Habis dalam 12.30 pagi. Kumpul untuk accounting pelajar, cukup ke tak. Dan aku pun meneruskan rutin aku balik bilik.

Macam biasa, pagi-pagi kena turun. Tapi kali ni awal sikit sebab semalam tu ramai yang turun lambat, lebih daripada 5. So hari ni kenalah turun pukul 4.50 pagi. Then rutin biasa. Pukul 9 pagi ada taklimat HEP UiTM, Akta Undang-undang (rasanya la hehe) dan perpustakaan. Makan tengahari, zuhur. Petang tu ada Kembara Merdeka. Lepas tu, selesai yang itu sambung lagi lepak lepak dengan abang hassan, abang aniq (abe), abang zie, abang syahid dan abang tam. Haaa masa ni laa berlakunya battle. Wuhuu best gila hahahaha. Seronok. Battle antara *abang hassan + abe* dengan *abang zie + abang syahid + abang tam*. Abang hassan sungguh sungguh tak nak mengalah. Ada aje nak dibalas kat grup abang zie. Kononnya kitaorang dibahagikan kepada dua grup, sebab tengah tu laluan so like anggap la ada dua grup. Pastu abang hassan acah acah ajak berdamai, grup abang zie tak mau. Hahaha. Okay, aku cerita pun bukannya korang feel faham pun huhu.

Kemudian, lepas asar ada taklimat kolej. Then makan malam dan rutin seperti biasa. Pukul 9 ceramah merdeka. Almost pukul 12, kita buat countdown merdeka. Yeayy ! Ulangtahun merdeka! Walaupun countdown tak berapa nak countdown sangat sebab kira lambat sikit hahaha. Then, before dapat balik bilik, biasalah kena berkumpul. Lepas tu, we all kena marah. Huhuhuhuhu. Ada laa reasonnya, takleh bagitauu. Hehe. And aku tidur pukul 3. Fuhh..

Lagi sekali, rutin biasa. Pukul 9 pagi, taklimat kebajikan pelajar. Pukul 10 pagi, taklimat kokurikulum. Datanglah segala badan beruniform. Ada palapes, palapes udara(airforce) dengan jpa. Tu je kot rasanya. Next, taklimat polis bantuan. Makan tengahari dan solat zuhur. Pukul 2, taklimat unit kesihatan. Lepas tu, lepak-lepak dengan abang hassan abang zie semua tu, lepak baca tweet. Diorang ni biro program sebab banyak muncul nama diorang huhu. Lepas asar, again kena marah dengan sdk. The same thing cuma tambah sikit la. But still, ada laa sebabnya aku tak nak bagitahu. Hehe. Selesai, rutin biasa. After isyak, taklimat pemakaian hari esoknya. Lepas tu, just lepak-lepak santai bersama abang hassan. Main super spontan. Hari tu kita balik awal sikit, yeayy ! Tapi aku tetap tidur lewat hahaha.

Acah acah super spontan hahaha.

Okey, hari terakhir. Rutin biasa. Kemudian pukul 8 pagi, pembahagian kumpulan untuk slot halaqah nanti. Then, taklimat IKP diikuti dengan taklimat daripada ACIS. Selesai taklimat, separuh daripada setiap kumpulan akan pergi dekat ustaz ustazah untuk tasmik. Tasmik ni sekadar nak dengar bacaan Al Quran lancar ke tak, okey ke tak. Sementara yang lain pergi tasmik, separuh lagi tu ada halaqah ataupun usrah la lebih kurang dengan Persatuan Rakan Masjid (PRM). Aku dapat kak saadah. Okey la, best apa. Nanti masuk sini, rajin-rajinkanlah aktifkan diri. Kalau boleh join usrah, join la. Tak rugi apa pun. Dan libatkan juga la dengan aktiviti yang lain. Kalau aktif, dapat kupon melambak-lambak, haaa Insyaallah next sem dapat duduk kolej. Aku ni pun semester 1 je dapat kolej. Kalau nak dapat kolej untuk sem 2, kena aktif, masuk segala persatuan yang ada, join segala macam event untuk dapat kupon. Akak tu cakap kumpul la banyak-banyak kupon tu nak dapat kolej, at least 40. Lebih lagi bagus. Haaa ambik kau. Boleh dikatakan itu cara mudah la kalau nak dapat kolej, tak nak duduk luar. Kalau rajin, join la apa-apa. Palapes ke, airforce ke. Yang macam tu, kolej untuk setiap sem insyaallah dapat.

Seterusnya, makan dan solat zuhur. Lepas tu, bersiap sedia untuk gerak ke dewan serbaguna untuk majlis penutup. Oh, masa inilah baju kurung putih kain hitam beserta tudung uitm dipakai untuk wanita dan kemeja putih seluar hitam tie uitm dipakai untuk lelaki, semasa majlis penutup. Kali ni tudung uitm dah upgrade sikit daripada tudung bawal yang licin tu kepada shawl. Kelasss kauuu... But unfortunately, untuk palam kami kena serempang shawl tu kat bahu instead of pakai macam shawl biasa. Baru je hingin nak pakai shawl uitm alih-alih kena serempang tepi je dengan pakai tudung hitam. Huhuhu. Takpelaa. Abe zuzu kata lawoo walaupun mata aku rasa semacam je pakai gitu haha. Macam orang nak konvo, tang kat leher dia tu haa. Tapi boleh laa lawa juga. Palam kan unik, lain daripada yang lain hahaha.

So, dalam pukul 4 start majlis penutup yang dihadiri oleh rektor (rektor apa entah aku tak ingat huhu). Ada juga live amanat daripada naib canselor(gini ke eja ek? hmm). Live daripada UiTM Shah Alam. Then solat asar kat dewan tu jugak. Agak sesak jugak nafas aku nak ambil wuduk kat situ. Fuhh jenuh kena beratur tunggu giliran ambil wuduk kat toilet tu haa. Lepas tu, aku menahan la wuduk aku sebaik mungkin sebab leceh nanti kalau nak ambil balik wuduk tu. Usai asar, makan malam pulak. Tapi half perempuan tak dapat makan, makan lepas solat maghrib sebab makanan tak sampai lagi separuh tu. So, its okay. masih bisa menahan bahh.

Solat di dewan serbagunaaaa

Selesai solat isyak, maka bermulalah malam aspirasi mds sept 2016. Hoyeaahhh ! Seronok gila ! Happening and havoc ! Ada pula persembahan daripada abang-abang dan akak-akak pm. Lagu polaroid. Abe (abang aniq) orang yang paling bersemangat menari atas pentas tu aku tengok hahahaha. Lepas tu persembahan daripada fakulti pendidikan, akaun+apa entah aku tak ingat, geng asasi dan fita (fakulti filem, teater & animasi). Memang seronok la aku rasa. Rasa macam sedih je (cehh acah acah sedih ahahaha). Ohh and btw malam tu rupanya birthday abang hassan dengan akak... ermm aku lupa pulak huhu. Abang hassan ni walupun kecik kecik cili padi tetapi mulutnya penuh dengan laser. Haha. Ada aje nak bahan orang. But we did had a great time with them. Ada juga anugerah abang dan akak pm. Aku tak la ingat semua tapi sikit sikit tu ada la.


PM hensem - abang syahid
PM cantik - kak fatin (rasanya la haha tak ingat sangat)
PM garang - Abang Azmeer (sdk)
PM pendiam - Abang nabil (tang pendiam mana entah agaknya huhu)
PM prihatin - Kak kecik
PM pelik - Abang kuaci (tang mana datang aku tak tahu la hahaha. tapi dia memang pelik. Hari tu time kumpul pagi pagi buta, tanya bawak tak surat beranak. Kahkahkah, mamai apaa aduhaii. Cara dia kekadang aneh semacam tapi lawak la.)
PM hambar - abang zie (hahaha serius kekadang hambar tapi seronok)
PM havoc - abang hassan (abang fav ramai especially perempuan haha. He's so funny.)

Okey, kalau cerita flow mds lebih kurang cenggitu aje la. Though banyak taklimat tapi aku rasa macam tak terbeban sangat mds ni. Macam relaks sikit. Masa mds ni la segala benda basic akan dia beritahu, kenalkan. Maca-macam la. Btw, walau segarang mana abang-abang dan akak-akak sdk, tetapi yang garang itulah yang tetap ada di hati. Ecehhh cehhh. Hahaha. Baik je diorang ni. Acah acah garang je tu ahaha. Malam selepas habis malam aspirasi tu, kumpul semua kat depan dahlia dengan para sdk semua. Kecuali lelaki, depa tersesat kumpul dekat padang kawad. Masa ni la kitaorang borak-borak cakap-cakap dengan abang & akak sdk tu dengan freely nyaa. Eh, I means like bercakap dengan bebas dan friendly la gitu. Siap bergurau lagi haa. Biasalah, garang ni bukan apa tapi sebab nak bagi kita ni berdisiplin. Borak punya tak sedar dah pukul 2 lebih. Pastu balik laa. Yeayy !

After mds, tak ada apa dah. So like sesiapa yang nak balik dipersilakan. Termasuklah aku hahaha. Aku balik sebab ada borang yang aku tak settlekan lagi kenalah balik. Nasib baik nak balik palam tu parents aku hantar. Keluaq awai pagi siap singgah IKEA lagi hahaha. Okey okey itu sahajalah untuk kali ni. Ni baru part mds, belum kelas lagi. Fuhh. But actually dah seminggu dah pun mds berlalu tapi baru update kat sini huhuhu. And hari isnin ada orientasi dengan fakulti aku, which is fsk. Just taklimat and kenal-kenal dengan orang-orang dalam course kita.

Bersama dekan fakulti sains kesihatan. Maaf gambar segini aku bagi hahahaa

Ramai dak dak fsk ni. Sampai dua dewan guna. Perempuan la paling ramai huhu.

Okay berakhir sudah thank you gaiss for reading my entry. Penat wuii nak menaip. berhari-hari taip tak sudah sudah. #acahacahjelebih . So wish me luck dan doakan saya akan berjaya mengharungi segala cabaran sepanjang perjalanan saya menuntut ilmu. Ecewwahh,

Have a great day everyone !


    




46 comments:

  1. Good luck sis ! course kita sma tp i amik masa dip..now degree kos sma tp nma len haha ..looking forward to hear ur news!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youu. Ohh yekee haha. Boleh la share2 sikit tips cehh. All the best utk awk jugak. Insyaallah nnti saya update sikit pasal study saya ni hehehe ;)

      Delete
  2. Semoga berjaya yer.. ooo baru masuk uitm.. ok la tu.. :)

    ReplyDelete
  3. Goodluck ya akak! Btw, saya nak tanya. Kalau degree mlt tu mmg kt palam je ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for the wish! Dah sem 2 dah ni huhu. Haah, for degree mmg kat palam je :) going for mlt? Boleh jadi junior akak ni hehe. All the best la for your future ^^

      Delete
  4. Mmg kena pkai bawal eh kak time? Xboleh pkai shawl??

    ReplyDelete
  5. Mmg kena pkai bawal eh kak time? Xboleh pkai shawl??

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak la. boleh aje kalau awak nak pakai shawl ke bawal ke. up to you as long as patuh syariah and ikut kod pemakaian uitm hehe.

      Delete
  6. Kolej dahlia tu brp tingkat?? Jauh ke dari fakulti??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlia ada 10 tingkat. Ada lif, jgn risau huhu. Erm nak kata jauh tu, boleh la. Jalan kaki rasanya dalam 10-20 mins kot. Depends la jalan laju tak laju kan hehe.

      Delete
  7. Pakaian untuk mds kena pakai baju kurung putih + kain hitam + tudung hitam ke ? Ke kena pakai tudung bawal ungu yg uitm kasi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya baju kurung putih kain hitam dgn tdung uitm tu pkai masa majlis penutup nanti. baju lain bawak baju kurung biasa dgn baju tshirt biasa pun boleh rasanya :)

      Delete
  8. Lepas mds degree,pihak universiti bg balik utk uruskan dokumen berapa hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul la tu apa yg farhana cakap, biasanya boleh je balik lepas mds tapi hujung minggu jela. sbb biasanya next week tu dh start kuliah

      Delete
  9. Biasa boleh balik cuti hujung minggu saya rasa

    ReplyDelete
  10. Boleh pakai jubah ke masa minggu orientasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori lambat reply. not sure, tapi usually baju kurung is the formal one to wear.

      Delete
  11. Assalamualaikum akak.. Nak bertnya.. Lepas mds tu, dibenarkan balik ke? Berapa lama ye cutinya? Seminggu atau pun 2 hari je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. maaf lambat reply. biasanya hujung minggu. depends bila habis mds and bila start the first class.

      Delete
  12. Memang wajib ke pakai baju putih dgn seluar track waktu riadah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat balas. of course not, takde pakai pun. kami pkai bebas je asalkan ikut sahsiah rupa diri :)

      Delete
  13. assalamualaikum akak..nk tnye klau dpt kos sains pentadbiran die ltk kt fakulti mane biasenye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. maaf dik, yg tu tak sure la. tapi biasanya kat surat tawaran ada tulis fakulti mana

      Delete
  14. Still belajar kat uitm lg?kalau still belajar nk tnya bila tarikh pendaftaran pelajar lepasan stpm setaraf bg sesi september 2018?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, akak still belajar kat uitm lagi. sepatutnya sama je dengan pendaftaran pelajar lama. kami daftar maybe 3 september, so selalunya lepasan stpm either awal sikit atau lepas kami daftar masuk

      Delete
  15. berapa hari mds

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya around 5 hari la paling lama pun. 3-5 day la roughly

      Delete
  16. hari first daftar pakai baju ap ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya baju formal biasa, mcam kemeja atau baju kurung.

      Delete
  17. Sis nak tanya ni..betul ke masa daftar nnt dapat bilik tp just utk sementara je? Lpas mds baru masuk bilik tetap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya bilik dah tetap je, ikut fakulti awak amik. kalau yg sementara tu maybe sebab macam yg dapat fakulti acrhitecture senibina semua tu, asrama n fakulti kat kawasan lain. tapi maybe mds sekali so thats why rasanya dapat bilik sementara before dapat bilik tetap. and, kadang fakulti teater animasi pun kadang mds sekali kat puncak alam before transfer ke puncak perdana.

      Delete
  18. Sepanjang minggu mds tu mmg wajib ke kena pakai tshirt putih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pun awak, tshirt bebas je biasanya asal ikut sahsiah rupa diri. just kemeja or baju kurung putih je yg selalunya pkai utk majlis penutup.

      Delete
  19. Hi nak tanya lepas daftar tu terus bawa brg masuk kolej ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, ye awak. lepas daftar boleh terus bawak brg masuk kolej :)

      Delete
  20. Hi nak tanya lepas daftar tu terus bawa brg masuk kolej ke?

    ReplyDelete
  21. Hi kak. Sy nk daftar kt palam next week. Fakulti sy alam bina. Utk mds nnt camana ya? Terus duk kolej baiduri or ada kolej sementara dulu? Sbb jauhkan dr kolej baiduri to main campus utk mds. Thank you .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dik. honestly akak pun tak ingat sangat psal student alam bina mcam mana. rasanya kolej sementara dulu lepas tu nnti baru transfer kolej kat alam bina, sebabnya haah memang jauh klau dari kolej baiduri tu. kena naik bas selalunya. sori klau tersilap.

      Delete
  22. hi kak, nk tanya mds wajib pakai tudung atau boleh free hair?

    ReplyDelete
  23. Salam..nk tya klu msa dftr tu dri dip ke deg mlt still kna join mds jugak ke atau diasingkan mcm pengecualian credit?

    ReplyDelete
  24. Salam... Nak tanya
    .masa sis dftar bila tarikhnya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. maaf akak pun tak ingat sgt tarikhnya tapi tak silap either around hujung bulan 8 camtu or awal bulan 9..

      Delete

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post