Salam Syawal gais! Rasanya masih tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya !
Hihihi.
Hmm itulah, dah raya kesepuluhhh baru dapat update on my blog. Sebelum raya tak sempat, busy kemas rumah buat preparation for raya la. On first Syawal surely tak dan nak menaip semua, though there are some bloggers yang still got time to write up and post on their blog. Cehh. Gaya aku macam busy gila kan hahahaha. Well, not really.
It's just that.. Ohh! Why not senang cerita, let me tell you how's my raya this year. Basically, almost the same every year la kan. Disebabkan kampung aku kat Melaka jugak (both of my parent's side), so no deal la kena redah jam balik raya ke apa kan. 15-20 minit lebih kurang nak ke kampung.
So, let's look into the First Raya.
RAYA PERTAMA
Haa my raya pertama, kami balik kampung belah ayah dulu. After solat Jumaat baru kami balik kampung belah ibu. Well, since kampung kami sebelah menyebelah je. Tapi taklah dalam satu kampung. Oh, kami solat sunat hari raya dulu kat masjid area rumah aku, then baru balik kampung.
So, balik kampung tu kami bersalam-salaman bermaaf-maafan dulu. Sambil-sambil kutip duit raya daripada pakcik makcik semua hahaha. I still layak tau dapat duit raya. Lepas tu, time for eat! Actually, family aku datang lambat sikit so most of my relatives dah makan dulu. So kami makan lepas salam-salam.
Juadah raya? Ada ketupat (macam biasalah, tapi ketupat palas dan ketupat anyam dak kurang sikit la), rendang ayam dan daging, kuah kacang, ayam masak kicap, serunding kelapa, macam-macam la!
Eh, terlepas part penting!! Part DUIT RAYA ! Memandangkan sis masih bujang terang tang tang dan masih belajar belum bekerja, alhamdulillah, duit raya masih dalam genggaman hihi. Dua-dua belah ibu ayah still bagi hehe.
Alhamdulillah, berkat diriku yang kecil dan masih belajar π
Jadi, after kami dah duk salam dengan makan, memang jadi tradisi dan adat kami sekampung, eh sekeluarga, pergi beraya kat saudara terdekat kat kampung. Macam kat kampung ayah, memang setiap kali raya kami akan pergi beraya rumah adik beradik atuk dan arwah nenek yang masih ada kat kampung situ. Jalan kaki je selalunya kecuali yang jauh sikit tu naik kereta la.
And of course, setiap kali hari raya mesti kena ada PHOTOSHOOT RAYA π
So here you go!
Inilah family belah ayah aku. Ini time lepas beraya satu rumah nak ke rumah lain pulak hehe.
Ini pula family belah ibu.
Now, it's my family! ππ
My siblings π
My Outfit of the Day of the First Syawal.
Eh eh lupa nak cakap, tema tahun ni kami #TeamRayaMaroon. Siapa sama kita geng! π
Untuk raya kedua tahun ni, kami sekeluarga belah ibu balik kampung kat Gersik, Johor (balik hari je). Itu kampung belah arwah atuk aku tak silap. Kalau belah nenek kat Kelantan. Yang kampung kat Johor, memang kadang selalu balik pergi beraya jugak setiap tahun kalau ada kesempatan. Ada la dalam 5-6 buah jugak rumah kat sana. Dan alhamdulillah, ada juga rumah yang masih bagi aku duit raya hahaha.
Tak lengkap la raya tanpa OOTD kan? Here you go again! Hehe.
Dapat jugak la ootd kat sawah haha walaupun bukan sawah kami.
(My mood wasn't good at that time actually. Aku pun tak ingat kenapa huhu)
See? Panas lit lit pun masih tetap berphotoshoot π
Sebab dalam rumah pun ada background cantik hehe.
Dalam rumah pun kena ootd jugak haha!
Oh ya! Memandangkan kampung aku dekat dengan rumah aku, so macam biasa memang every year family besar for both belah ayah and ibu akan datang bertandang untuk beraya la. So, untuk raya kedua lepas selesai beraya di Johor, family belah ibu datang beraya kat rumah kami pulak. Actually not really plan to do it that day but since orang KL nak balik KL so alang-alang tu most of the family ada so buat terus malam tu la.
Boleh tahan meriah laa biasa la dengan budak-budak kecil lagi kan.
RAYA KETIGA
This day, pun dah takde apa sangat. Just kami pergi beraya rumah pakcik belah ayah kat Melaka, ada dua buah rumah la. Photoshoot, macam biasa!
With cousins yang rajin photoshoot π
Haa, raya keempat ni yang satu lagi. Family belah ayah aku pula datang memeriahkan raya kat rumah kami. Supposedly jemputan untuk sarapan pagi la, tapi biasalah.. Datang untuk brunch sekali terus!
Lepas tu, tengahari ke petang kami pergi beraya pula rumah makcik aku belah ibu kat Muar.
Ada juga photoshoot sikit hehe (tapi cukup la dah penuh satu entri ni hehe).
RAYA KELIMA
Erm, rasanya takde ke mana kot. Kakak dengan adik aku start dah balik ke tempat masing-masing la. Oh, just kawan kakak aku datang la tu je.
Oh and dengan aku yang sibuk menyiapkan video untuk assignment yang due date nya 22nd of June. Pheww..
RAYA KEENAM
Hari ni pun kakngah aku balik KL dah. Esok start kerja.
Aku? Masih di sini.
RAYA KETUJUH
Haa, raya ketujuh ni ada jugak. Hehe. Hari ni, kawan Gemencheh aku yang duduk Melaka datang beraya kat rumah. Tapi tak semua. Actually, I thought it was going to be only my classmate yang duduk Melaka (tahun lepas pun dia datang tapi dengan kawan dia yang lain, dia memang rajin beraya). But this year, he made some difference.
Rupanya dia bawak geng Gemencheh yang lain, batchmates aku jugak tapi kelas lain la. Hahaha awkward sikit ah dah la duk gemencheh dulu pun bukannya bertegur sapa sangat. Nak nak lagi dengan aku yang tak banyak cakap sangat hahaha.
But its okay la, diorang pun pandai bawak diri and pandai jugak ringankan mulut jadi peramah. Aku jela duk segan sikit.
Eh lupa nak habaq! Yang datang mai beraya ni lelaki tu yang aku macam awkward and segan sikit huhu.
Ni dia geng mocheh-melaka.
Dari kiri: Waan, alip, aku, syahid, aqeel (ni je classmate aku)
RAYA KELAPAN
Hah, raya kelapan ada lagi? Takde apa dah sebab aku pun dah selamat sampai kat Puncak Alam! Hahahaha.
Alright, so that's how my Raya looks like this year. Korang punya macam mana? Meriah jugak kan? Macam-macam ragam dan juadah raya ada!
Jadinya, berbekalkan sisa hari yang masih ada ni, aku pun nak minta maaf atas segala salah silap, terkasar bahasa yang aku pernah ucapkan atau ungkapkan melalui penulisan mahupun percakapan, andai ada juga terguris hati mohon maaf ye. Halalkan segalanya la eh?
Last sekali, mohon doa kalian untuk aku dan sahabat-sahabat aku serta yang lainnya yang akan menjawab final exam lepas raya ni. Untuk aku, 25 Jun 2018 adalah first paper final exam aku. Doakan please ye! π
Thank you in advance!
That's all from me. Hope your raya was great enough to be remembered and cherished. Thanks for reading my entry! πΈ
No comments:
Post a Comment
Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^
Thanks a lot! ♥