Adsense

Followers

Nuffnang

Pages

1 April 2020

Resepi Shepherd Pie


Hi semua! Buat apa tuu? Haa sekarang ni musim covid, duduk rumah tau.. So, memandangkan kita habiskan banyak masa di rumah, why not we do something, right? Jadinya, hari ni aku nak share sikit resepi shepherd pie yang korang boleh buat time2 free macam ni la kan :p

But um, I don't have much pictures to show, tak dan la nak amik gambar.. mana yang dapat jela naa huhu..

So here the recipe!

MASH POTATO

5-6 biji kentang (kalau kecik kena banyak sikit, kalau besar 2-3 pun cukup kot)
3 sudu besar butter
1/4 cawan susu segar
Serbuk lada sulah & lada hitam
Garam secukup rasa


Cara-cara:

1. Potong kentang kepada beberapa bahagian, 4 bahagian pun boleh. Senang nanti nak lenyekkan. Rebus kentang sehingga empuk gituu. Jangan bagi lembik sangat naa nanti susah nak keluarkan.
2. Tos kentang tu dan masukkan kentang yang dah direbus ke dalam bekas (kalau nak ambik kutip2 guna garfu ke sudu ke pun boleh).
3. Lenyekkan kentang tadi guna senduk or mixer pun boleh.
4. Masukkan butter.
5. Masukkan pulak susu segar, tuang la sikit2.. jangan la terus semua. tapi boleh jela ikut suka hang la kan.
6. Then, masukkan serbuk lada sulah and lada hitam secukup rasa, ikut suka naa. And garam! (aku lupa sebenarnya nak letak in my mash potato haritu hahaha tapi okay je hehe)

Oh lupa nak cakap, setiap kali masuk tu gaul la.. tahu kann hehe

Alright, siap! Next ingredient pulak!


INTI PIE

1 paket daging kisar (about 300gm I think)
3-4 bawang merah cincang (kalau bawang besar 1-2 pun cukup)
3 bawang putih cincang
Carrot cincang
Lada benggala potong kecik
Sosej ayam, potong kecik2 (not really kecik la)
Sos prego tomato (I used prego kalau nak guna brand lain pun bolehhh)
Sos cili
Serbuk oregano & lada hitam
1/2 kiub ayam
Daun parsley (aku guna ni, nak letak daun lain pun boleh la ikut suka.. tapi agak pelik la kalau korang nak letak sawi ke kangkung dalam ni πŸ˜‚)
Garam secukup rasa


Cara-cara:

1. Letakkan butter sikit kat kuali tu sampai cair and masukkan bawang merah dan bawang putih.
2. Agak2 dah naik bau, masukkan pulak daging kisar (nak letak daging lebih sikit pun boleh sebab haritu pun aku buat macam cukup2 makan je). Biarkan dia masak and kalau boleh sampai kering la air daging tu.
3. Pastu, masukkan sos prego tomato, sos cili, serbuk oregano, black pepper, kiub ayam dan daun parsley. Gaul bagi rata.
4. Masukkan pulak carrot, lada benggala dan sosej. Kacau hingga sebati. (kalau nak tambah or guna bahan lain boleh je.. ikut suka korang nak inti apa untuk shepherd pie korang)
5. Tambah sikit garam secukup rasa. Then gaul rata and rasa la okay ke idok. Agak2 dah masak and sedap je rasa tu, siap!


Btw, aku tak la pandai masak so like mostly aku main campak ikut suka aku bila nak letak hahaha. So whatever, and this recipe its not mine alone.. Aku ambik daripada orang pastu modify sikit macam inti dia tu ikut suka apa aku nak letak and aku makan 😎 and also apa je yang ada kat rumah πŸ˜‚


So next step

Ambik la mana2 bekas ke loyang ke untuk letak shepherd pie ni. Aku guna bekas yang macam aluminium foil tu (sori taktau nama apa hahaha).

Okay dah siap bentang bekas tu, layerkan sikit lapisan bawah sekali tu dengan mash potato tadi. Tak payah nak tebal2, nipis yang cukup sudah..

Then, layerkan pulak dengan inti daging yang kita masak tadi. Bagi rata la letak tu.. Jangan bagi habis okay? Sebab biasanya aku buat 2 layer, so first lapisan inti tu takyah nak tebal sangat la. Sekadar cukup, tapi jangan nipis sangat. Kang tak berasa la pulak inti korang nanti πŸ˜‚ 

but ikut la nak buat berapa layer, satu pun boleh kalau bekas korang tak cukup tingi ke apa kann.

Lebih kurang cenggini laa...

Kemudian layerkan pulak inti tadi dengan mash potato. Ini pun agak2 la, jangan tebal sangat. Takut muak pulak rasa kentang lebih ajo hahaha.
Pastu layerkan balik dengan inti daging and again with mash potato.

Dah siap layer, kasi rata and cantik sikit layer atas tu.. Haa tabur la banyak2 cheese mozarella kat atas tu. Because we like cheese so aku letak jugak sikit kat inti dalam tadi hehehe. So in and out ada cheese.

So this is my shepherd pie, sebelum dibakar. And there, I put mozarella cheese on top of it.

Aku buat dua bekas.. But one has two layers and another one only one layer. Sebab tak cukup inti daging πŸ˜‚ kentang pulak yang banyak lebih huhu...

So kita bakar kat oven dengan suhu 180'C dalam 30 minit camtu. Tapi kalau tengok macam dah kuning2 emas tu boleh dah tuu.

Anddd...

Tadaaaa! My shepherd pie!


Nampak macam buruk sikit atas dia kan hahaha. Itulah dia aku punya cheese topping. Tabur cenggitu, cenggitu la rupanyaa hahaha!

Well.. tak kisah la, janji sedap!! πŸ˜‹


So korang kat rumah tengah free2 tu boleh la try buat shepherd pie ni okay? Dijamin sedap! πŸ‘ Insyaallah hehe..

And thats it. Harap membantu la resepi tak seberapa ni. Ambik pun daripada orang lain cuma modify sikit ikut suka rasa je.. Masak pun main tibai campak ikut suka rasa hahahaha.

Thank you for reading, and manfaatkan musim pkp ni elok2. Duduk rumah, buat shepherd pie ni tau hehe. See you guys another time!

No comments:

Post a comment

Hello there! Drop your comment here. I'll notice you! :p
Follow me too if you want ^^

Thanks a lot! ♥