#ReviewBuku : Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong

Salam dan hai.
Untuk post kali ini, aku akan review sikit buku yang aku dah baca dan kenapa ini buku pertama aku review. (btw maaf gambar tak estetik hahaha)
Kalau korang ada baca post aku sebelum ni, korang akan tahu the reason aku nak cuba mula semula menulis (dan membaca jugak of course). Aku ada mention dalam post sebelum ni, yang aku ada baca sebuah buku yang membuatkan aku rasa nak menulis semula.
Jadi, inilah dia buku yang boleh dikatakan memberi sedikit motivasi kepada aku untuk mula semula.
Buku ini adalah asalnya daripada Korea Selatan yang diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Melayu. Ada jugak versi Bahasa Inggeris tapi aku beli yang Melayu punya.
Sinopsis buku ni menceritakan tentang seorang wanita bernama Yeongju, yang membuka sebuah kedai buku selepas berhenti kerja. Di sampingnya yang sentiasa menemani di kedai buku itu pula ialah Minjun, seorang lelaki yang mencari pekerjaan part time yang akhirnya diterima bekerja di kedai buku itu sebagai barista. Di sekelilingnya pula ditemani rakan-rakan, pelanggan dan kenalan yang baik yang sentiasa menyokong Yeongju dan kedai bukunya. Kisah ini berkisarkan kisah kedai buku Hyunam-Dong yang bermula dari hanya sekadar kedai buku biasa yang akhirnya menjadi kedai buku yang luar biasa. Yang bukan sekadar menjual buku-buku, tetapi jugak menjadi tempat berkumpulnya para penggemar buku dan mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh kedai buku ini.
Pada awal aku mula baca Kedai Buku Hyunam-Dong ni, agak bosan. Biasa saja. Tak berapa menarik. No interesting plot, hanya sekadar penceritaan watak dan kisah mereka yang..... begitu saja. Hanya kisah watak dan kedai buku.
Awalnya aku ingat mungkin lebih kurang sama kisahnya seperti buku 'Hari-hariku di Kedai Buku Morisaki', tetapi tidak. Setidaknya, buku itu ada plot dan kisahnya.
Buku ni?
Buku ni lebih kepada penceritaan setiap watak yang ada, bagaimana Yeongju membangunkan kedai buku ini dari awal dan menjadi kedai buku yang bukan sekadar buku dan kopi.
Memang sejujurnya, masa baca tu rasa macam in slump mode. Sebabnya cerita ni begitu saja, takde turun naik. Takde kejutan, takde plot twist, takde suspens, memang sekadar penceritaan biasa. Pada aku la. Aku pulak biasanya suka cerita yang memang ada plot, ada kisah yang plot twist mungkin, yang memang orang kata menarik minat kau untuk teruskan membaca.
Tapi ni? Buku ni agak mengambil masa untuk aku habiskan. Tapi akhirnya aku berjaya habiskan membaca buku ni, dan sebenarnya.... Di saat hampir 3/4 buku ni aku dah baca, pada bahagian ke-4 itulah entah macam mana aku rasa ada menariknya buku ni untuk diteruskan. Tiba, aku rasa makin lama sebenarnya menarik kisah buku ni. Yang mana ia masih sekadar penceritaan biasa, tapi seperti ada sesuatu yang aku rasa..... Hm, not bad. Interesting.
Jujur aku tak ingat bahagian mana, tapi mungkin di bahagian di mana watak Seungwu muncul? (Not because of the end game hahaha iykyk)
Lagipun, watak Seungwu sebagai penulis yang menarik, itu yang membuatkan aku tertarik. Memang dalam buku ni ada jugak diceritakan watak lain yang juga penulis, seperti Yeongju sendiri, tetapi mungkin boleh dikatakan aura Seungwu di sini terasa lainnya.
Walaupun wataknya agak nampak seperti 'dingin', tapi aura penulis atau penulisannya itu yang membuatkan kita tertarik. Dan dalam cerita ni pun, sebenarnya buku yang dituliskan oleh Seungwu ni bukannya buku fiksyen atau buku motivasi atau apa, tetapi buku teknik bagaimana menulis penulisan yang bagus, tak silap aku la.
Walaupun aku bukannya baca in real life penulisan Seungwu tu, tapi dalam buku ni penceritaan tentang penulisan Seungwu ni pada aku sangat bagus. Mungkin sebenarnya kalau baca buku betul Seungwu (mestilah tak wujud kan haha) takkan senang nak faham tetapi dia ada aura dia sendiri yang membuatkan kau nak baca maybe.
Dan perwatakan dia pun menarik (and towards the end of course hehehe). Oh dan yang menariknya Seungwu ni, dia bukan sekadar penulis sambilan, tetapi sebenarnya seorang pekerja pejabat biasa yang bekerja 8 hingga 5.
Ada jugak part Seungwu yang aku rasa boleh dijadikan 'quote' la gitu sebab ada yang pada aku boleh relate. To be honest, banyak benda dalam buku ni sebenarnya yang aku boleh relate dengan kisah-kisah daripada watak buku ni. Seperti Minjun yang mencari pekerjaan, watak Mincheol yang tiada minat terhadap apa-apa, dan masih mencari-cari hobi atau apa yang disukai dalam kehidupannya. Apa impiannya. Terlalu sebenarnya yang boleh relate dengan kehidupan kita.
Salah satu apa yang Seungwu cakap;
"Tak semestinya semua orang boleh bahagia dengan melakukan perkara yang disukai."
"Lingkungan lebih penting. Kalau tak berada dalam lingkungan yang menyenangkan, apa saja yang kamu suka pun akan menjadi sesuatu yang kamu nak tinggalkan."
Well, isn't that true?
Mungkin aku rasa, dari penceritaan penulisan dan watak Seungwu inilah yang membuatkan aku rasa nak menulis semula. Dan juga sebenarnya mengingatkan aku, bagaimana sukanya aku menulis dulu. Bahkan mengingatkan aku juga, bagaimana aku sendiri pernah mengimpikan untuk menjadi seorang penulis.
Dan mungkin selepas habis baca buku inilah, aku faham kenapa orang suka buku ni atau boleh dikatakan buku ni agak direkomen oleh orang. Certain people yang hanya ikut hype semasa (seperti aku mungkin) dan beli buku ni kerana ramai yang recommend, mungkin akan rasa seperti yang aku rasa pada awalnya. Bosan sebab tiada plot yang menarik.
Tapi pada aku selepas habis baca buku ni, sememangnya menarik untuk dibaca. Walaupun mengambil masa tetapi tetap pada aku, it's worth to read.
So those yang dah habis baca, kudos to you ππ»π
Kepada yang belum, it's okay. Boleh slow slow habiskan membaca. If you don't want to keep on going, up to you.
Anyway, would I recommend this book?
Yes, I would recommend to people who are book lover who are not reading just for the plot. Because there is not really a 'plot'. But still, you can try to read if you want, because who knows? You might like it ^^
(Tiber speaking hahaha)
Okay, itu sahaja untuk kali ni. Sampai berjumpa lagi di post seterusnya. Insyaallah :)
Thank you for reading~ π
*Disclaimer: Ini hanyalah sekadar review peribadi daripada saya, nothing more or less. I just hope you enjoy reading the review and the book! And my writing hehe.
No comments:
Post a Comment
Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^
Thanks a lot! ♥