Followers

Pages

23 September 2016

MLT Student Right Now !


Hai gaiss ! Haa agak lama blog ni menyepi. Lepas entri mds tu, senyap terus takde khabar berita ek. Cehh. Banyak je cerita tapi aku malas nak taip and plus, tak semua cerita la aku nak ceritakan kat sini kann. Okay, so kali ni aku nak cerita sikit la apa, bagaimana, siapa, bila, mengapa dan apa-apalah, tentang kehidupan aku setakat ni la kat sini. So far, alhamdulillah okey la jugak, masih survive hidup kat sini. Ini semua baru permulaan. Fuhh.

Memandangkan ini adalah semester pertama, jadi subjek-subjeknya juga adalah yang asasnya gitu. Overall semua 8 subjek aku ambil termasuklah kokurikulum. Koku masuk cgpa okayy ! Haha itu nanti aku cerita kemudian. So 8 subjek tersebut adalah :

1. Anatomy and Physiology
2. Fundamentals of Genetic and Cellular Biology
3. Fundamentals of Immunology
4. General Biochemistry
5. Fundamentals of Microbiology
6. Islam and Asian Civilization
7. Preparatory College English
8. Red Crescent Society I

Ni la subjek utk mlt uitm. Klik kalau tak nampak. Kalau tak nampak jugak, hmm...

Haa jadi itu semua adalah subjek untuk sem ni. Supposedly elc(class english) katanya untuk asasi uitm boleh dapat pengecualian kredit tapi malangnyaaa..... Class rep jumpa hea and kata tak boleh pulak huhu. Masa mds hari tu kata boleh, la ni tak boleh pulak, Takpelah, belajar lagi kan. huhu. Okay, so yang lain atas atas tu macam biasalah kan. Course aku more to biology. Buku? Huahuahuaa... Of course la ada kena beli. Yang anatomy tu lagi laa. RM95 huiiii. Dah la satu sem je belajar. Hmm takpela mungkin ada gunanya nanti kan. Sobsob je la mampu. Yang lain tuu, tak wajib kot rasanya. Just siapa yang nak bolehlah mintak. Nasib baiklah aku ada lagi buku biology campbell tu, boleh la kot pakai sikit-sikit walaupun yang ni macam asas gitu. Yelaa ni pun aku guna masa asasi kann. Cehh macam lah guna sangat dulu haha.

Ni jadual kelas aku. Heaven dohh jumaat free weheee

Oh ya. Memandangkan nama course aku pun makmal perubatan, so of course ada lab dear. Lab 4 jam, 2 sehari. So ada dua hari lab. Lab aku petang so okaylah. Nasib bukan lecture kalau tak hmmm mungkin dah sampai oversea agaknya minda ni hahaha. Oh yang lab ni untuk subjek microbiology sahaja. Setakat ni seronok la, dah masuk lab dua kali. First equipment dalam lab, second gram staining.

Nahh. Ni haa time lab kitaorang buat gram staining. Ni ajela gambar yang mampu aku belanja haha.

Ni pun samaaa. Both aku dapat gram negative. Satu E. Coli dan lagi satu Salmonella. Entah aku lupa mana satu gambar ni hehe.

Okay bahh. Lecturer pun semua baik baik belaka. Immunology je kekadang semua seram sejuk sikit huhuhuu. Sebab madam suka tanya dalam kelas, suka point orang, semua suka la. Tapi okay je la, dia baik and sporting. Jawab tu jawab je, dia tak kisah salah ke betul. Yang penting cuba.

Yang lain tu, takde apa kot. Alaa subjek subjek biasalah belajar apa kan. So far so good la pasal subjek-subjek ni. Haa, kokurikulum. Untuk student mlt, kami dibenarkan untuk pilih antara bsm dan kesatria. BSM tu bulan sabit merah dan Kesatria tu macam kawad la gitu. And untuk masuk bsm sangat sangat terhad beb ! Nasib baik aku sempat haha. Yang lain tu masuklah kesatria. Well, okey laa. Oh ya. For your information, kalau masuk bsm, kena ambil sampai sem 3 while kesatria sampai sem 1 je. After sem 1, boleh lah nak masuk mana-mana. And after sem 3 dah tak diwajibkan untuk ambil mana-mana persatuan. Tapi kalau nak juga, terpulanglah. Oh and one more, koku ni kan masuk cgpa, so akan ada la final test untuk koku. Kalau aku, final test bsm la. Harap-harap okey ! Aminn.

Okay then, pasal classmates and housemates la. Hehe. Okay, kalau classmates setakat semuanya okay dan baik je. Semua sporting okeyyy. Tapi biasalah, awal-awal ni semua macam malu malu kucing sikit. Tengoklah dah setengah sem entah entah keluar segala belang yang ada. Macam aku la tu hahaha. Aku memang pemalu sikit, serius okeyy. Aku kekadang jenis yang lambat sikit warm up haha. Macam asasi dulu la, awal-awal macam baik je, pendiam sikit. Sekali tengah tengah sem hujung sem keluar segala belang. Dah pandai menganjing orang pulak tu ahahaha. Maafkan saya semua huhuhuu. But by the way, setakat ni aku masih kurang ingat nama-nama classmates aku. Biasalah tu kan. Muka tu insyaallah ingat la, nama tu ingat ingat lupa gitu hehe.

Haa ni dia classmates mlt aku. Kemain besar lagi aku letak hahaha. Actually ni ada dua kelas tapi kami anggap satu saja haha sebab kelas kami terpisah hanya pada waktu lab. And, we have only four boyssss. Azmeer, Aiman, Muqsit dan Shafiq.

Aku rasa gambar ni dah lawa tapi terspoil sikit kerana azmeer. aduhaiii...
   

Okey, housemates pulak. Alhamdulillah, dapat housemates yang best jugak la and baik baik semuanyaa. Talkative semuanya, pandai bergaul. Aku je awal-awal macam pendiam sikit, kurang sikit bergaul. Sebab saya kan pemalu huhu. Tapi sekarang dah okey sikitlah, dah boleh ketawa huhahuha lagi. Aku rasa bersyukur la juga.  :) Pengurusan rumah pun macam bagus kott. Siap set siapa bertugas, siapa kena beli itu ini, macam-macam la. Okey la, sebab dulu hosnestly la aku cakap, time asasi, aku dengan housemates aku tak berapa ngam sangat. So kira ni okey la hehehe.

Hmm, ni ajelah dulu. Lain kali sambung lagi. Dah kehabisan idea dan ingatan nak cerita apa hehe. Okey, so thank you for reading and hope everything gonna be fine. Insyaallah.. Haa ni kerja assignment pun dah banyak menunggu ni cehh. Oraitee. See you in the next entry !





4 comments:

  1. selamat menempuhi kehidupan kampus. akak dah lepas dah. hihi

    salam perkenalan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thank youu kak ! Salam perkenalan jugak :)

      Delete
  2. I take 8 subjects for this sem too hehehe =D
    All the best btw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh really? this course also or diff?
      hee okayyy thank youu dear ;)

      Delete

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post