Followers

Pages

25 July 2021

Skincare Review: Some By Mi Galactomyces Vitamin C Line (Cleanser & Serum)

Salam dan hai semua!

Harap semua sihat belaka ye. Okay so hari ni aku nak buat review sikit tentang Some By Mi Galactomyces Vitamin C line, iaitu Cleaser Bar Soap dan Serum. Lama dah aku tak buat review so hari ni kita buat ye. Hehehe.

image: Some By Mi

So inilah dia Serum dan Cleanser Bar Soap daripada Galactomyces Vitamin C line (aku ambil gambar yang cantik sikit la as first pic hehe). By the way for your information, I had used these for awhile already past a year I guess... Baru hari ni nak post hahahaha. Also this is not paid review ye, it just my own thought of sharing :)

Here's mine! Aku beli dua ni je sebab nak try.

1. Cleanser Bar - Pure Vitamin C V10 (95g)


Fungsi Utama/Main Effect 🌟:
- Whitening
- Moisturizing
- Soothing
- Skin refreshing
- Strengthen the skins

Kandungan/Main Ingredients 🍊:

- Mengandungi Vitamin C Tulen yang tinggi (15, 000 ppm) dan juga 10 jenis multi-vitamin yang lain yang membantu untuk mencerahkan kulit
- Chamomile Flower extract membantu menenangkan kulit
- Glycerin semulajadi dan minyak Rosehip untuk melembapkan kulit
- Bahan tambahan sintetik yang tidak membahayakan dan sesuai untuk kulit sensitif

My review πŸ’­:

Sepanjang aku pakai cleanser bar yang ni, okay jela. Nak kata cerah tu taktau la kot sebab aku tak tengok sangat, kadang tengok sama aje kulit aku ni πŸ˜‚ Mungkin cerah la sikit rasanya, hahaha.Tapi kalau banding dengan Miracle line punya dengan V10 ni, aku suka lagi yang Miracle. Reason? Masa aku pakai Miracle tu boleh dikatakan 'SANGAT JARANG' ye jerawat aku keluar. Memang clean muka aku. Ecehh hahaha. Tapi time period ada la jugak tapi seketul kecik cenenot macam tu je. Yang V10 ni, okay jugak cuma jerawat tu kadang ada ajela muncul. Alhamdulillah la tak breakout pun cuma aku rasa tak berapa sesuai dengan kulit aku. Yang Miracle lagi kena dengan kulit aku.

Again, it's all depends on our own skin. Mine is just fine but the Miracle one fits me well more.

By the way, mungkin ada jugak yang fikir pakai cleanser jenis bar soap ni macam leceh ke apa ke kan. Well, mungkin sikit la tapi aku okay je. Dan memandangkan dia punya cleanser dia agak besar la macam sabun badan buku tu, so biasanya aku akan cut into small pieces untuk guna dan yang lebih belum guna tu kita simpan. So tak la semua basah habis kita pakai. Jimat pun ye kot.

Itu sahaja untuk Cleanser Bar. Next!


2. Serum - Galactomyces Pure Vitamin C Glow Serum


Fungsi Utama/Main Effect 🌟:
- Milk-White skin
- Glowing skin
- Long-lasting moisture
- Clearer skin
- Even and smooth skin texture
- Firm and animated skin

Kandungan Utama/Main Ingredients 🍊:
- 75% Galactomyces untuk mencerahkan dan menghaluskan tekstur kulit
- Vitamin C Tulen (30, 000 ppm)
- Penyerapan oleh 10 jenis liposomized vitamin untuk recharge semula kulit
- EWG Green Grade Soft Prescription yang akan exclude semua bahan yang boleh merengsakan kulit (irritate skin) dan akan meresap ke kulit dengan baik

My review πŸ’­:

One of the best serum! Serius, aku suka gila pakai serum ni! 😍 Well, tolak tepi pasal kesan sebab takla ketara sangat kot kesan dia, tak tahu la aku yang tak nampak ke tak tahu ke kan hahaha. Apapun, antara sebab aku suka serum ni sebab tekstur dia. Sangat senang dan best la! Tekstur dia best sebab bila pakai tu takde rasa berminyak ke, sebab memang dia meresap terus ke kulit. Smooth je. Bau dia pun sedap je, macam bau Vitamin C la kan hehe.

Kalau aku jujur la kan, aku lagi prefer and suka serum yang VITAMIN C NI daripada yang Miracle line punya hehe. Jadi kiranya aku punya skincare ni macam bercampur sikit la tapi masih daripada jenama yang sama. Cuma jenis or line yang bercampur, iaitu Miracle dengan Vitamin C/ Galactomyces line. And just telling you, takde side effect yang buruk pun guna mix product/line, so far untuk aku la.


Okay, itu sahaja aku rasa untuk kali ni. Review ni saja je dan on another side jugak aku harap review ni dapat membantu kepada sesiapa yang memerlukan la. Okay ke tak produk ni kan.

Dan juga as usual a DISCLAIMER πŸ“Œ:

This is not a paid review. And also the effect to every person may varies. So if you use it and it does irritate or does not suitable for you, you may stop using it. Our skin is different. Do consult to the expert, okay.

It may suits for me but it may not suits for you. So think and choose the best for your skin ❤️


Thank you for reading and let's meet again! ✨

2 comments:

  1. tgh ushar jgk cleanser-cleanser ni... some by mi tu mcm menarik tapi guna bar soap pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tulaa kinda leceh sikit la. tapi ada je cleanser yg bukan bar soap pnya cuma jenis/line product yg lain la. anw boleh la usha2 dulu ye hehe

      Delete

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥