Followers

Nuffnang

Pages

2 February 2015

Hey Birthday Girl !

Wahh.. Ada kek laa. hehe. Birthday siapa la pulak ni ek? Hehe. Siapa lagi kalau bukan aku. 1 Februari 2015, hari istimewa aku. Haha. Sadis ke bunyinya wish kat diri sendiri? Tak kannn??? So, anyway HAPPY BIRTHDAY TO CIK NUFAZ ! Semoga Allah merahmati hidupmu sentiasa dan murah rezeki dalam segala bentuk rezeki. Cehh, macam bagi wish kat orang lain je, padahal untuk diri sendiri. Haha. Oh, ya. And semoga mendapat result SPM yang terbaikkk........ Aminn. Doakan saya ye?
Hadiah sikit untuk diri aku. Haha
So, hari ni sambutan birthday aku takdelah nak kata meriah sungguh, biasa-biasa je. Lagipun, hari ni pulak family dari KL datang rumah untuk menjamu selera dengan tujuan utama nak memperkenalkan ahli baru dalam keluarga kepada family pihak perempuan. Err, kira sepupu ipar gitu laa. So sepupu ipar, Abang Nasrun telah diperkenalkan kepada family aku, family besar isterinya which means kakak saudara or sepupu, Kak Wani. Dalam menyambut birthday, kena kerja jugak nampaknya. Dah tetamu berkunjung ke rumah, takkan nak penting diri sendiri pulak kan? Haa, nak pentingkan diri sendiri, kau sambutlah birthday kau sorang-sorang. Haha..
Jadinya, siap hidang and makan tengahari and solat, sambil lepak-lepak sebelum semua orang tumbang ke mimpi, sambut la sekejap birthday aku. Nyanyilah lagu birthday untuk aku and kaklong sekali memandangkan birthday kaklong bulan depan, so sambutlah sekali. Jimat duit, hehe. Yelah, kek Indulgence Secret Recipe.. Cehh. Haha. Nak tengok kek aku? Nahh, tengoklah. Hee
Emm, yummy ! Nice cake right? Nice and delicious. Actually, aku tak tahu pun rupanya akak aku beli kek ni masa ambil adik aku outing (budak asrama kann..). Padanlah lama benor tunggu akak aku tak sampai-sampai nak suruh menolong kat dapur ni. Tak menang tangan den dengan ibu den.
Okeylah, tak mau lama-lama. Dah lewat malam benor ni. Hehe. So, see you soon. Nanti aku update cerita-cerita, kalau aku rajinlah. Hehe. Terima kasih pada yang sudi membaca ye! 
Love from me,

No comments:

Post a Comment

Hey you there ! Allow yourself to comment here. Have some times to click on my ads and follow me too. Heuheu ;)

Thanks a lot to you ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...