Alhamdulillah, kali ini Allah masih memberi ruang dan peluang untuk update entri baru. Bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah beri walaupun ia hanya sekecil-kecil nikmat. Alhamdulillah...
Okey, so kali ni sementara aku free sikit before nak masuk kuliah, aku nak share sikit dengan awak semua the readers. And of course la especially to bakal-bakal asasians tahun 2016/2017 UiTM Puncak Alam. Eh, maaf mungkin tahun depan para asasians uitm dekat dengkil pula. Sebab setakat yang dihebah-hebahkan pada kami asasians uitm, kami merupakan batch terakhir di UiTM Puncak Alam sampai sem 1 ni. Sem 2 nanti baru pindah ke dengkil. So kalau this thing really happen, kamilah batch pertama asasi di dengkil. Wuhuuu. Haha, tak tahulah cemana hidup kat sana nanti. Itu pun kalau betul la kami akan berpindah.
Jadi kali ni aku nak share pasal minggu orientasi di uitm palam, iaitu Minggu Destini Siswa (MDS). Well, aku ni duduk melaka so one day before tu aku and family tidur kat KL. Esok pagi tu lepas subuh terus gerak, nak elak jam, elak daripada bertembung dengan orang KL yang nak pergi kerja. Oh ya, aku daftar hari Isnin, 1 Jun 2015 dan aku merupakan wave pertama. Ahaaa, apa benda pulak wave ni? Untuk asasi uitm, ada wave-wave tertentu sebab pengambilan asasi sangat ramai. Macam batch aku, yang daftar semua dalam 3100 la lebih kurang, less or more. So memang tak la nak daftar ramai-ramai kan. Masa tu aku datang awal gila, dalam pukul 7.30 kot, padahal start daftar pukul 8.30. Tak sangka kejap pulak sampai ke puncak alam ni so kami pergilah makan sarapan dulu. Isi perut. Tapi I don't know why pagi tu macam nak muntah je makan. Haha nervous terlebih. Then lepas tu naiklah ke puncak. Haa ni aku nak cakap. Masa nak naik daftar tu memang jam la, beratur panjang kereta semua. Why? Sebab kali ni dia buat sistem drive thru, that's why la jam sikit. So, drive thru tu sampai je khemah, akak-akak yang bertugas kat situ akan meminta surat tawaran. Tunjuk surat tawaran tu and dia akan bagi slip dan sampul surat yang berisi kunci rumah korang. Kat sampul surat tu ada tertulisnya nombor rumah korang. Kalau nak sama bilik dengan member boleh tapi korang kena pergi dengan member ambil kunci sama-sama and cakap la dekat akak tu nak bilik sama. Pandai-pandailah kan. Macam aku first wave ni blur blur sikit so tak dapat la nak sama rumah dengan kawan aku. Penat je pakat ramai-ramai nak sama rumah alih-alih semua datang tak sama waktu. Takpun you guys boleh naik satu kereta or kereta depan belakang. But nanti kena cakaplah dengan akak tu. Lepas tu boleh la naik atas pergi ke blok masing-masing. Aku punya blok Raflessia 1. Kat sini ada Angsana, Raflessia and Casuarina. So before nak hantar barang-barang aku yang banyak tu, kena hantar dulu slip yang diberi tadi kat kaunter bawah blok masing-masing. Borang akan diberi and lepas serah slip then barulah you boleh naik atas letak segala macam barang. Kalau nak tahu tingkat paling tinggi kalau tak silap aku tingkat 9. Haaa, tinggi gila kan? Blok aku sampai tingkat 7 je. And nasib baiklah aku just tingkat 2, alhamdulillah. But don't worry, kat sini ada lif. So angkut barang-barang anda dengan menaiki lif.
Okey, settle dah pendaftaran. So tunggu la sampai petang 3.30 untuk taklimat mds. Datang awal pagi tak tahu nak buat apa sebab nak keluar pun tak boleh. Pelajar yang dah mendaftar tak boleh keluar, kalau nak jugak keluar beli barang ke apa hanya parents sahaja yang dibenarkan keluar. Bila family nak balik memang la sedih siapa tak sedih. Rasa macam first time masuk asrama kat mrsm dulu. Haha. Okey, so petang tu kami dibawa ke surau Ibnu Sina untuk solat asar secara berjemaah. Kat sini memang time mds kena solat berjemaah. After solat, taklimat pun start kat surau juga. So kami diperkenalkanlah dengan abang-abang and akak-akak pm (pemimpim mahasiswa). Pengarah abang Afifi (haha tak tahulah eja betul cemana). Okey, lepas tu kami dibawa makan malam. Don't worry time mds ni makan semua free. Time mds jelaa. And memang kami tak boleh balik bilik untuk mandi ke apa ke so stay la sampai habis. Malam first day tu kami habis lambat la juga dalam pukul 12.30 tengah malam, less or more sebab nak settlekan borang-borang yang ada disuruh untuk dicetak masa dapat surat tawaran tu. Dah semak, susun, nak tanya soalan ke apa-apa, okey settle. Balik baru aku mandi jap baru tidur. Esoknya pagi tu kami dibawa ke bangunan fakulti berapa entah aku tak tahu, untuk pendaftaran akademik and plus untuk borang perjanjian asasi iaitu yang elaun kerajaan bagi tu. Okey, settle.
Masuk hari kedua ni, wave 2 pula datang mendaftar. Petang tu aku tak ingat ada apa, rasanya taklimat kot. Masuk third day pula, wave 3 daftar. So wave tiga ni wave terakhir mendaftar. Oh ya! Untuk wave 1 dan 2 adalah asasi sains and wave 3 pula adalah asasi engineering. Sepanjang mds ni best la jugak even third day kot kami wave 1 ni taklimat satu hari tu. Perghhh memang laa. Konon masa start mds semua sibuk nak habis mds cepat, sekarang bila dah habis rindu pula nak bermds. Haha, lumrah manusia memang begitu. I think yang best sebenarnya ialah abang-abang and akak-akak pm tu. Macam-macam kami belajar. Ada belajar cheep cheep, baby shark, warna dunia and macam-macam. Apa benda ni korang tak tahu kan? Haaa, aku paling suka cheep cheep. Kat bawah ni nanti aku akan sediakan video cheep cheep tu untuk korang. Then cheers, macam-macam cheers ada. Uitm, siswa apa macam, siswi ok tak, siswa poyo, siswi gedik, serius best. Macam yang siswi ok tak tu, yang tu ikut macam ala ala qu puteh gitu. Contoh eh : Siswi ok tak? => Senyum sikit, senyum sikit, barulah ok. Haha. Favourite pm aku abang faiz, penyokong para siswi, abang abang(or abang hafizie.tu kira macam nickname la) penyokong para siswa. Kalau dua-dua ni takde macam tak lengkap je, Dah macam kembar, sorang takde, tak jalan. Jalan tu memang la jalan tapi rasa macam incomplete. Kena ada dua-dua baru complete and meletop gitu. Lepas tu abang azie pula. Fav aku sebab dia ni jenis yang macam sempoi gila, berani and tak rasa malu. Bukan malu yang tak betul tu, maksudnya malu yang macam... Haha, okey seriusly aku tak tahu cemana nak describe sempoi abang azie tu. Then kak nabila iezzati( ok, sori aku tak tahu eja yang betul hihi, rasanya macam tu). Akak nabila ni jenis yang macam islamik sikit, baguslah kan, suka sharing kat kami siswi time kat surau. Akak ni dulu dia ambil asasi tesl so sekarang dia ambil degree pula kat uitm shah alam. Ada juga akak lain tapi aku tak ingat nama haha. Muka ingat la juga sikit-sikit. Okey then lagu uitm of course la ada. Tapi aku suka lagu UiTM Di Hatiku. Deep memang deep liriknya.
Malam last tu, before penutup esok hari, kami ada majlis sahabat selamanya. Kira last malam dengan abang-abang and akak-akak pm tu. Ada la persembahan sikit daripada pm-pm dan siswa siswi baru. Oh ya, baru aku teringat. Aku tak ingat hari apa but ada satu hari ni, aku rasa second day kot, ada majlis untuk memperkenalkan MPP iaitu Majlis Perwakilan Pelajar UiTM. Aku ingat yang dipertuanya is abang Ahmad Naqiuddin (bin mohammad? rasanya gitu n ejaan aku tak pasti. ok aku tak ingat haha). Abang ni fakulti perakaunan. I don't know why tapi aku rasa muka abang ni macam muka orang pandai-pandai. Cehh, suka hati je. Abang ni pun sempoi je tapi dia tak selalu ada la. Nama pun yang dipertua, majlis tertinggi dalam mpp. Abang faiz tu pun actually MPP tapi aku lupa pula bahagian apa. Haha. And dia memang ditugaskan di sini. Lucky. Okey so esoknya jumaat tu ada penutup perasmian. After perasmian tu ada taklimat sikit pasal akademik. Kena daftar kursus, student id, exam, macam-macam la. Penting ni, korang kena take note. Then habislah mds jun 2015 kali ni. So sad... So kalau anyone la tetiba rasa macam nak tengok gambar ke apa-apa, pergila cari kat Twitter and Instagram : #mdsjun2015 #uitmpalam . Kat Instagram tu pun boleh la cari => mppuitmshahalam / uitmpuncakalam . Kat situ adalah gambar-gambar yang dipost oleh siswa siswi and pm-pm. Aku tak post pun, maleh. Gambar pun tak banyak aku ambil. Haha. Bateri aku asyik low jee, nak balik bilik tak boleh.
So the end.. Semalam dah ambil gambar untuk kad pelajar and daftar wireless. Grup kelas aku and jadual pun aku dah tengok. Aku grup f5. Setakat ni aku tak jumpa lagi yang sama kelas dengan aku tapi nanti isnin ni start kuliah jumpa la kan. Aku pun explore la sikit-sikit bangunan-bangunan tu. And most importantly, aku dah naik dah tangga kejayaan palam. Wuhuu!! Turun memang ok je, tapi bila nak naik tu perghhh!! Macam naik batu caves atau great wall china. Boleh turun berat badan ni hahaha. Itu pun kalau balik tu tak singgah la kat kafe pastu makan. Naik tangga makan naik makan memang tak kurus laa. Haha. Okey sebelum habis ni, aku nak bagi sikit la gambar. Tak banyak pun. Hihi.
First time sampai, awal pagii. Huhu. Blur pulak haha
Beratur drive thru
kemas barang aku yang banyak haha.. nur cahaya terlebih memancar pagi ni.
Nah bilik air raflessia. Bilik aku la, bilik lain lawa kot. Haha.
Haa, ni ruang tamu. No sofa okay?
Taraa... Inilah dia bilik aku. Lawa tak cadar? Haha..itu pulak yang ditanya. Ni pun tak habis kemas lagi huhu.
Yeah! Ini dia tangga kejayaan palam. Review sikit je. Otw nak daftar akademik.
Jadual aku setakat ni. Nasib baik jumaat sampai pagi, satu kelas je. Boleh balik awal wuhuu. Haha tapi isnin aku pack laa.
Ini aku pergi turun and naik tangga palam malam-malam buta. Haha nak check grup kelas punya pasal sanggup naik malam-malam. Penat oii...
Pemandangan waktu malam. Review sikit.. Hihi.
Selfie jap dengan budak-budak gemencheh. Huhu nasib baik ada juga kawan satu sekolah.
Selfie lagiii
Lagi lagi selfieee
Raflessia..
Ni dia the whole batch uitm asasians 2015.. Ramai sangat penuh satu kolej tu. Ini time malam last tu, sahabat selamanya.
Okey done! Itu sahaja sharing kali ni. Lepas ni topik lain tapi tak tahu lagi bila. Kalau tak busy sempat la. Before tu, enjoy video cheep cheep ni. Haha, fun gila. Okey, thanks for reading. Anything to ask or comment just leave it below ok? Thanks for supporting me =)
😎MDS Jun 2015 is a great moment!
ReplyDeleteI'm from Asasi Sains, Palam.
Owhh, wow! This year jugak? Same with me, asasi sains palam. Hihi nice to meet you here =)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete