Followers

Pages

29 May 2015

Doakan Aku..



"Nah, ambillah buku ni. Aku baru balik dari kedai buku tadi, so aku belikanlah untuk kau sekali." Lembut bicara Hurun Ain sambil memandang matanya. 

Dia hanya memandang sekilas, terus menyambung menonton movie di laptopnya. Movie Korea itu lebih menarik minatnya. Hurun Ain meletakkan buku itu di mejanya. "Takpelah, aku pergi mandi dulu. Rasa melekit pula. Kau dah solat Isyak? Kalau belum nanti kita solat sama-sama ya." Hurun Ain terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Selesai sahaja membersihkan diri, Hurun Ain bersiap-siap pula untuk solat. Sekali lagi dia cuba mengajak sahabat sebiliknya itu. "Aisyah, jom kita solat. Nanti kau sambung la balik tengok cerita tu. Sekejap je." Hurun Ain tetap cuba memujuknya. Aisyah menghentikan sebentar ceritanya itu. Earphone yang dipakai itu dicabut. Aisyah memandang Hurun Ain yang sudah siap bertelekung. 

"Hurun Ain, kalau kau nak solat, kau solat je la. Nanti lepas cerita dah habis cerita ni, aku solatlah. Kau tak payahlah nak risau pasal aku. Aku tahulah nak solat nanti. Kau ni kacau je la aku nak tengok movie. Kau solat, kau solat je. Tak payah nak tanya aku, ajak aku. Haishh.."Aisyah tanpa mempedulikan perasaan Hurun Ain terus menyambung kembali menonton ceritanya itu. 
Hurun Ain hanya tersenyum mendengar jawapan Aisyah. Begitulah adegan yang harus dipertontonkan setiap kali dia mengajak Aisyah solat bersamanya. Sebolehnya Aisyah akan cuba untuk menolak permintaanya. Adakalanya Aisyah tidak banyak cakap dan hanya menurut, itupun kalau moodnya baik mahu mengikut. Namun dia akur, bukan senang mahu mengajak orang berbuat kebaikan walaupun apa yang diajak ini bukannya suatu kebaikan tetapi suatu kewajipan kita sebagai umat Islam. 

Sebagai rakan sebilik, dia merasakan tanggungjawabnya untuk membantu dan memimpin Aisyah pulang ke jalan Allah. Dia tahu, Aisyah itu sebenarnya baik dan lembut hatinya. Walaupun adakala hatinya keras menerima ajakan Hurun Ain, namun dia percaya jauh di sudut hati Aisyah ada secebis hati yang lembut. Dia cuba juga untuk menyampaikan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik. Seperti Rasulullah SAW, baginda sentiasa menunjukkan perwatakan yang mulia dalam berdakwah. Dia sentiasa mendoakan sahabatnya itu. 

Selesai solat Isyak, Hurun Ain duduk di tepi katil. Mujur hari ini hujung minggu, sempatlah dia keluar membeli barangan yang diperlukan. Ada juga dia mengajak Aisyah, tetapi dia menolak. Katanya, dia malas mahu keluar. Dia memandang Aisyah yang membelakanginya. Dia tahu walaupun Aisyah sedang menonton movie, tetapi dia masih boleh mendengar apa yang dia mahu perkatakan. 

Hurun Ain berdehem sedikit. "Aisyah, kau nak dengar cerita tak? Tadi kan aku keluar dengan Zulaikha beli barang. Lepas tu aku adalah terserempak dengan seorang makcik ni. Eh, dia ni bukannya pengemis ke makcik jual kerepek ke apa-apa tau. Kalau aku tengok la kan, makcik ni dalam lingkungan 40 ke 50 tahun la lebih kurang. Aku dengan Zu nampaklah makcik tu bawa banyak barang. 

Jadinya, aku dengan Zu tolonglah makcik tu. Sambil berjalan ke kereta makcik tu, makcik tu pesan pula kat kami ni. Dia cakap, 'Haa, yang kamu ni janganlah beli barang-barang banyak macam ni. Menyusahkan diri je. Dahlah membazir duit beli macam-macam. Lepas tu kena bawa semua barang-barang. Hishh.' Lebih kurang macam tulah kan. Macam membebel kat diri sendiri pun ada.

Lepas tu kitaorang tanyalah kat makcik tu, 'Ohh.. Betul tu. Tapi makcik, habis tu kenapa makcik beli banyak sangat? Makcik juga yang cakap tadi kan jangan beli macam-macam.' Makcik tu pandang kitaorang. Hmm, masa tu kitaorang ingat makcik tu nak marah kitaorang ke sebab cakap macam tu. Cuak pula kitaorang time tu. Tiba-tiba makcik tu kata, 'Eh, bila masa makcik cakap macam tu? Eh, rasanya makcik cakap lainlah. Kamu tak korek telinga eh? Takpelah, terima kasihlah dah tolong makcik angkat barang.' 

Makcik tu macam tak nak mengaku pula dia apa yang dia dah cakap sebab dia buat benda tu. Haha, rasa kelakar pun ada." Hurun Ain memandang semula Aisyah. Masih lagi dengan movienya itu. 

Hurun Ain hanya tersenyum. "Apapun kat sini point yang aku nak cakap, kalau nak beli tu biarlah sederhana. Beli ikut keperluan, bukan kemahuan, bukan nafsu. Apa saja yang kita buat biar sederhana. Jangan melebih-lebih. Even kalau kita minat sekalipun dengan cerita korea ke, pelakon-pelakon korea ke atau lagu-lagu ni semua, jangan terlebih-lebih sampai lupa suruhan Allah. Kadang-kadang kita tak sedar benda ni melalaikan kita, sebab kita rasa benda tu adalah perkara biasa. Ini sebagai nasihat untuk aku dan kau. Sebagai peringatan sebab manusia ni selalu lupa, termasuklah aku. Kau faham. kan?" Tiada jawapan daripada mulut Aisyah.

"Okeylah, aku tidur dulu. Nanti kau jangan lupa solat Isyak dulu ye? Kalau tak keberatan, sebelum tidur tu bacalah apa yang aku dah pernah cakap hari tu. Ingat lagi kan? Paling mudah pun, bacalah ayat Kursi, surah Al-Ikhlas tiga kali, surah An-Nas dan doa sebelum tidur. Susah sangat bacalah doa tidur. Kalau susah juga, baca bismillah pun jadilah. Itu tandanya kita ingat juga pada Allah. Aku tidur dulu ye." Sempat lagi Hurun Ain berpesan kepada Aisyah. Sememangnya itulah rutinnya, sentiasa berpesan kepada sahabatnya itu.

Aisyah menghentikan sebentar cerita yang ditonton itu, menanggalkan earphone yang dipakainya. Keluhan kecil dilepaskan. Saban hari, tidak jemu Hurun Ain menasihatinya. Dia pula, adakalanya buat tak endah. Adakalanya juga dituruti kata Hurun Ain, ikut mood. Aisyah meraup wajahnya. Dia bangkit menuju ke bilik air, mengambil wuduk.

*  *  *  *  *  *

"Eh Aisyah! Kau dah sampai rupanya." Tegur Hurun Ain sejurus masuk ke biliknya. Aisyah hanya tersenyum. Dia menyambung kembali menghadap laptop. Sibuk melayani laman-laman sosial yang ada.

"Aisyah, jom kita makan. Ni haa, umi aku ada bekalkan aku sambal udang. Favourite kau kan? Jomlah makan sekali." Pelawa Hurun Ain sambil menghidangkan bekalan yang dibawanya.

Aisyah duduk bersila berhadapan dengan Hurun Ain. "Wah, bagusnya umi kau. Siap tahu favourite aku. Thanks." Hurun Ain tersenyum, sahabatnya semakin baik dengannya. Alhamdulillah mungkin berkat doa umiku.

"Eh, mestilah tahu. Kau kan sahabat aku. Oh, ya! Ini ada umi aku kirim untuk kau. Kira macam hadiah la. Ambillah." Tangan Hurun Ain menghulurkan beg plastik yang berisi hadiah daripada uminya. Aisyah mengeluarkan hadiah yang umi Hurun Ain beri. 

Selendang berwarna pink maroon. Cantik. Selalunya Hurun Ain yang beri hadiah seperti ini namun belum pernah dipakainya. Dia hanya menyimpan kerana dia berfikiran mungkin suatu hari nanti hatinya lembut untuk berubah. "Eh takpelah Ain. Segan pula aku. Kau dah bagi banyak, lepas tu umi kau pula. Tak payahlah. Aku pula naik segan asyik kau dengan umi kau je bagi hadiah." Aisyah cuba menolak dengan baik. 

"No worries okay? Just take it. Aku dengan umi aku ikhlas bagi kau hadiah ni semua. Aku tak minta kau berubah drastik terus, sikit-sikit pun aku dah cukup bersyukur. Aku bagi hadiah ni pun langsung aku tak ada niat nak perli kau. Aku tak nak nanti kat akhirat Allah tarik aku ke neraka sebab aku tak tegur kawan aku. Dan aku tak nak masuk syurga tu seorang diri. Aku nak masuk dengan sahabat aku yang aku paling sayang ni. Iaitu kau. Walaupun kadang-kadang kau macam tak suka aku, tak peduli apa aku kata tapi aku masih bersyukur sebab kau still nak kawan dengan aku. Kau tak lari, tak ada sampai nak pindah bilik ke, you still with me. Aku appreciate sangat. Bagi aku, kaulah sahabat dunia akhirat aku even aku ada kawan yang mungkin lebih baik daripada kau. Tapi aku tetap nak pilih kau supaya aku dapat bimbing diri aku dan kau sekali untuk masuk ke syurga Allah." Hurun Ain mengesat air mata yang keluar dari matanya.

"Sorrylah Aisyah, emosi terlebih pula. Kau jangan kecil hati dengan apa yang aku cakap ni ya? Aku nak basuh tangan kejap." Belum sempat Hurun Ain bangun, Aisyah menarik tangannya.

Aisyah seperti teragak-agak mahu bicara. "Aku, aku minta maaf Ain. Minta maaf kalau selama ni aku kasar dengan kau. Kau terlalu baik untuk aku. I'm so sorry." Hurun Ain terharu melihat Aisyah. Inilah pertama kali Aisyah minta maaf padanya dan ianya benar-benar tulus. 

'Alhamdulillah, terima kasih ya Allah...'

*  *  *  *  *  *

"Aisyah, apa lagi tu? Kita dah lambat nak ke kelas ni. Dah cantik dah tu." Hurun Ain memanggil nama Aisyah sambil memakai kasut. 

"Kejaplah, tudung ni ha tak betul. Aku dah gosok elok dah semalam. Tak tahulah apa masalah la tudung ni." Rungut Aisyah. Beg kuliah segera dicapai, tak mahu Hurun Ain membebel lagi pagi-pagi. 'Hai, lantak kaulah tudung. Memang rupa segini kau suka. Haihh.." Sempat lagi Aisyah membelek tudungnya di cermin.

*  *  *  *  *  *

"Eh, kau nak apa hah? Aku tak ada duit la! Pergi!" Jerit Aisyah terhadap lelaki itu. 

"Aisyah, bagi je. Nyawa lagi penting, Sya." Hurun Ain yang berdiri di tepi cuba menasihati Aisyah agar beri sahaja apa yang lelaki itu mahu. Risau dia melihat sahabatnya itu. Aisyah kadangkala agak degil. Duit boleh dicari tetapi bukan nyawa.

Lelaki itu mendengus. "Huh, kau tak nak bagi ya? Takpe, cara lembut kau tak nak kan? Meh sini, biar aku buat cara kasar." Lelaki itu menerpa Aisyah.

"Aisyah!" Hurun Ain berlari ke arah Aisyah. Aisyah hanya menutup mata ketakutan. Aku redha ya Allah, andai itu penghujung hidupku. Ampunkan dosaku..

Terasa seperti tubuhnya dipeluk erat, suara kesakitan kedengaran. Aisyah membuka matanya, melihat apa yang berlaku. Allahu Akbar!

Tubuh Hurun Ain berlumuran darah. Perutnya ditikam pisau oleh lelaki tadi yang telah melarikan diri. Rupanya Hurun Ain telah berlari ke arahnya dan melindungi dirinya daripada ditikam oleh lelaki itu. 'Ain telah mengorbankan dirinya untuk melindungi aku. Ya Allah..'

Tubuh Hurun Ain dirangkul erat. Aisyah cuba menjerit meminta tolong. Salah dia kerana mengajaknya berjalan di sini. Salah dia kerana tidak mendengar kata sahabatnya itu. "Ain, please.. Jangan tinggalkan aku. Aku masih perlukan kau. Kenapa buat macam ni?" Aisyah menangis teresak-esak.

Hurun Ain memegang pipi sahabatnya itu. Tangan Aisyah diraih. "Aku takkan tinggalkan kau. Aku akan selalu ada dengan kau. Selalu ada dalam hati kau. Aisyah, kau maafkan aku ya? Andai ajal aku tiba malam ni, kau doakan aku ya. Kalau kau tak jumpa aku kat syurga nanti, kau tanya Allah mana aku. Kalau aku tak jumpa kau, aku akan tanya Allah mana kau supaya Dia tarik kau masuk syurga dengan aku. Kau la sahabat aku. Aisyah, aku sayang kau kerana Allah. Ingat tu.." Hurun Ain menahan kesakitannya demi sahabatnya yang tersayang.

"Aku dah maafkan kau dah. Kau jangan cakap macam tu please. Kau je sahabat yang aku ada. Aku pun sayang kau." Aisyah tidak dapat menahan tangisnya.

"Aisyah, terima kasih ya." Itu kata-kata terakhir sebelum....

*  *  *  *  *  *

Aisyah merenung lautan yang membiru, luas dan tenang. Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan Illahi. Nikmat yang Allah kurniakan tidak ternilai. Dia bersyukur kerana nikmat hidup yang Allah beri sudah cukup baginya, sudah cukup bahagia.

"Aisyah.." Suatu suara kedengaran memanggil namanya. Dia tersenyum melihat wajah itu. Hidupnya cukup bahagia kini dengan kehadirannya.

Ya Allah, terima kasih kerana Engkau hadirkan dia dalam hidupku. Aku bersyukur dengan hidupku ini. Tiba-tiba ingatannya teringat kepada sahabat baiknya. Hurun Ain. 

"Hah, berangan lagi. Tak habis-habis berangan. Berangan pasal apa tu? Tak nak share ke?" Tersentak Aisyah dibuatnya.

"Hish, abang ni. Tak baik tau. Sakit jantung nanti, haa baru tahu. Mana ada Sya berangan. Termenung je." Marah-marah manja Aisyah pada suaminya.

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakannya seorang suami yang baginya cukup sempurna. Yusuf Ar-Rayyan, seorang yang cukup penyayang, penyabar, baik hati dan paling penting, dia menjaga agamanya serta imannya. Tidak penting bagi Aisyah suaminya itu berdarah campuran Belanda-Melayu, kacak, kerana baginya itu semua adalah bonus. Walaupun baru memasuki dua tahun di alam rumah tangga, hidupnya terasa cukup lengkap. Bertambah lengkap dengan bakal kelahiran zuriat pertamanya.

"Okey, mama. Sudah ya mama. Jom kita balik ye. Kasihan anak abah ni sejuk duduk luar. Apalah mama ni kan?" Yusuf mengusap-usap perut Aisyah. Kini kandungannya sudah hampir masuk tujuh bulan. 

Aisyah tersenyum melihat telatah suaminya. "Yalah, abahnya. Jomlah kita balik. Mama dah merajuk, nak balik." Aisyah menarik muka masam sambil menyilangkan tangannya.

"Alahai mama ni. Merajuk pula. Baby belum keluar lagi dah merajuk. Baby besar pula merajuk ye. Meh sini abah pujuk." Yusuf cuba memujuk isterinya itu. Dia tahu, isterinya itu hanya merajuk manja. 

Tiba-tiba mata Yusuf tertarik akan sesuatu. Dia tersenyum. Dia kenal siapa itu. "Sya, pengatin baru ada kat sini la." Mata Aisyah terus melihat sudut yang dipandang suaminya itu. Aisyah tersenyum lebar.

"Ain! Ain!" Aisyah melambai-lambai sahabatnya itu. Rindu sungguh Aisyah padanya. Hampir dua minggu dia merindukan sahabatnya yang tiada di hadapan matanya kerana Hurun Ain bercuti berbulan madu bersama suaminya. Pengantin baru la katakan.

Hurun Ain melihat Aisyah memanggil dirinya. Tidak sangka bertemu juga mereka di sini.

"Aisyah, rasa macam lama tak jumpa kau. Rindu." Pelukan erat dua sahabat ini hanya diperhati oleh Yusuf. "Haishh, bila dua sahabat bertemu, inilah dia." Yusuf tergelak kecil.

"Amboi, mengata orang. Kalau dia jumpa Danial tu, dia la yang lebih-lebih. Nasib baik Danial tu tak ikut sekali, abang. Kalau tak, mahu Sya pula yang ditinggalkan." Hurun Ain gembira melihat sahabatnya bahagia.

Terima kasih, ya Allah kerana Engkau masih memberi aku peluang kedua untuk hidup. Peluang ini takkan aku sia-siakan. Aku sudah cukup bersyukur kerana kasih dan rahmatMu yang Engkau beri padaku terlalu banyak. Terima kasih ya Illahi kerana mengirimkanku sahabat dan suami yang mencintaiMu dengan hati yang tulus dan mencintaiku keranaMu..

Terima kasih, ya Allah...

*  *  *  *  *  *

Persahabatan yang sebenar sukar dicari dan sukar dicari ganti.
Persahabatan yang jujur dan ikhlas itu yang dicari.

Tidak semua mampu berhijrah, kerana sedar hijrah itu payah.
Kerana hijrah itu memerlukan kesabaran yang tinggi dan keikhlasan.

Contoh teladan yang baik turut menjadi suatu dakwah.
Perjuangan kita tidak seharusnya berhenti di sini tapi sehingga akhir hayat.


p/s: Apa yang mampu saya cuba sampaikan. Maaf andai ada yang tidak suka, ada yang kurang. Andai ada yang salah, tegurlah saya.  

3 comments:

  1. Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 39
    Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
    boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

    Official Blog :
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    Catlover Blog :
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. bagusnya ada sahabat macam hurun ain

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh ye sudi singgah n baca. thanks follow n done follow you back ^^

      Delete

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post