Followers

Pages

31 January 2016

Baca Kalau Nak Pandai :D


Hey hey kamu semua. Hehe. Alhamdulillah, syukur ke hadrat hadrat Illahi kerana masih meminjamkan nyawa dan nafas, akal dan tubuh badan untuk kita sama-sama hidup memakmurkan bumi Allah ini. Ececehh.. 

So tajuk entry hari ni, nak pandai? Haaa mestilah semua orang nak pandai. Beb, mestilah nak pandai. Tak pandai, semua orang kutuk. Tak belajar, kata bodoh ( maaf tak terniat nak guna kata kesat nahh ). Percayalah, kita ni pandai ke tak pandai ke, orang tetap akan mengata. Eh macam out of the topic je huhu. Tajuk macam gah, macam mana nak pandai. Biasalah, mesti kena ada intro kann? 

Sebenarnya ini lebih kurang macam nak bagi nasihat, teguran la kepada kita semua, termasuk juga diri saya sendiri. Entry ni taklah juga nak lebih menjurus kepada macam mana nak grab cleverness, nak pass with flying colours, nak hadam notes bebagai tu. Walaupun ada orang kata nak pandai, nak ingat, haa rebus nota or buku tu pastu minum. Haa bolehhh, jadi je. Cer ah try, aku tak pernah lagi cuba. Takut nanti masuk hospital huhu. 

So back to the topic, what did I mean actually about this? Perasan tak, kekadang in our daily life, kita ni suka cakap bukan-bukan. Nanti kalau aku cakap, mesti korang kata macam, 'pehh kasar gilaa..' Hmmm, like that, maybe. Tapi aku kena cakap nak bagi nampak sikit. Btw before apa-apa, minta maaf nahh kalau rasa macam apa yang aku nak bagi contoh ni macam tak terima dek akal tapi it's true. Reality.
 
So, contoh yang 'bukan-bukan' :

"Weh, aku rasa macam bodoh gila tadi. Jawab entah apa-apa."

"Ehh babi betul aku ni. Soalan mintak   expanded structure, aku bagi condensed structure. Adeyy.."

"Bodoh. Aku dah buat macam ni, aku pergi tukar jawapan buat apa.."

"Eh bangang laa kau. Aku dah bagi buku hari tu kan."

"Pehh, f*** you. Kau apehal dowhh... "

Sorry. Aku dah cakap kan, kasar. Haa, nak kutuk aku. Kutuklah, tak kisah. Ke aku perasan sendiri. But anyway I know it seems like, ouhhh so bad.. What a terrible word you used. I know right? Well, actually these all came from my surroundings. InsyaAllah aku tak sebut macam tu kot. Trying not to. Huhu. But yeah, seriously. Sometimes I heard this, coming from people surrounding me, including my friends. Eh tapi yang last tu aku tak sure ada ke aku pernah dengar ke tak, but maybe ada. And yeah from my friends pun ada. 

And when I heard this, I was like.. ohh this girl. Don't say that. Truthfully, aku ni kekadang jenis yang mudah terpengaruh dengan orang or surrounding. So thats why aku tak suka orang cakap macam tu and takut it will effect me. Okey, tu one of the reason. But actually yang aku nak stresskan is jangan cakap that kind of thing. Benda bukan-bukan ni. Mencarut la senang korang nak faham. Lagi-lagi mencarut kat diri sendiri. Ada ehh  aku pernah dengar orang carut kat diri sendiri macam contoh yang aku bagi kat atas tu and thats why la aku cuba nak bagitahu. Okey, mesti pernah dengar kan, kata-kata tu suatu doa. Kau carut sana sini, kata kau bodoh la, orang lain ba** la, macam-macam. Did you realise that your words could be satu doa? Yeah, I know. Tak semua cakap tapi ADA. Aku cuma sampaikan apa yang aku rasa yang tak sepatutnya kita buat.

Ohhh lupaa.. Nak kaitkan dengan 'nak pandai' sebenarnya kan. Hehe. So itulah aku cakap. Don't say that words. Seolah-olah kau doakan diri sendiri or orang lain to be b**** or b*** or f***. Sorry again okay. But seriously. Nak pandai, janganlah cakap that 'words'. Tukarlah, bijak ke, pandai ke, genius ke. Haaa kan doa tuu. 

"Eh apehal laa aku ni bijak sangat tinggal nota kat bilik. Aduiii..."

Eh boleh je ek nak cakap macam ni. Tukar je perkataan tu dengan pandai ke genius ke kan. InsyaAllah itu akan jadi satu doa.

"Hek elehh, aku doa tiap-tiap hari kot nak pandai. Mana ada pandai pun. Lagi bod... adalahh. "

-_-

Hmm. Yee, aku pun doa jugaklah. Eh hehe takdelah. Yeah, doa tu doa juga tapi jangan lupa usaha beb. Ingat DUIT kan? Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. Macam korang dulu-dulu time kecik nak minta mak belikan mainan. Macam-macam usaha kita buat supaya mak kita belikan mainan tu. Sama je beb konsep kat sini. Doa + usaha. Dah usaha tapi tak dapat? Tu tandanya Allah sayang kau. Tak rasa untung ke sebab Allah sayang? Kenapa tak dapat apa yang kita nak tapi kata Allah sayang? Yelah, Allah sayanggg sangat kat awak sebab tu la Dia tak bagi apa yang awak minta. Dia nak bagi lebih lagi daripada yang awak minta. And mungkin sebab Dia tak nak awak lupa kat Dia, tak nak awak putus asa minta kat Dia. Dia tahu apa yang terbaik untuk awak. Sebab tu saya kata Allah tu sayanggg awak sebenarnya :)

"Eh, dah biasalah beb. Tak bolehlah nak terus tukar. Ni haa, lidah yang nak terkeluar cakap macam tu nak buat macam mana? Ter wehh terrrrrr. Cubalah faham. "

°_°'

Ouhh. Ter. Terrrrrrr. Faham. Ter. Tak sengaja kan? Ter. Terbiasa kan? Ter. Tersebut kan? Terrrrrr. Yeah, got it.

Itu alasan je beb. Alasan. Okey, dah biasa. Then cuba everyday awak banyakkan zikir dan selawat. Eh tak laa, mana ada perli. Please jangan sangka buruk hehe. Biasakan lidah ni untuk zikir dan selawat. InsyaAllah, mana tahu lama-lama kurang la tu. And masalah ter tadi eh. Terrrrrrsebut. Fine tersebut, takpe. 'Oh yeahhh. Takpe weh takpe. Tersebut kan..' Eh sabarlah. Apa takpe takpe? Tak habis cakap lagi ni. Allright, it's okay tersebut TAPI.... cepat-cepat istighfar. Boleh? :D 

Bukan apa, aku tak nak ramai sangat orang mencarut, tu satu. Then nanti tak mau la doakan diri sendiri atau orang lain yang tak baik. Kalau kita sendiri la kan, ada ke yang nak doakan diri sendiri bodoh? Kata-kata tu doa. Janganlah ungkap yang tak baik. Macam mana nak pandai, kalau setiap hari doa yang bod... tu kat diri sendiri. Be wise, man. 

Apa yang aku cakap ni general la. Apa yang sendiri dengar daripada orang sekeliling aku and yang aku tak dengar. Yeah, I know tak semua lahir membesar kat sekolah pondok, sekolah agama, tahfiz. But, don't look at that. Just see yourself. Kita nak yang baik-baik datang kat kita, so kenalah berusahalah kita ke arah kebaikan. Aku pun tak kata diri aku ni baik sangat tapi sama-samalah kita cuba ubah okey? InsyaAllah pandai dunia akhirat hehe :D

And and and... lastly from the bottom of my heart, truthfully aku minta maaf sesangat kalau bahasa aku ni kasar gila and buat korang feel like, haaa nak mencarut kat aku. Sokay la, aku minta maaf and aku maafkan juga. Huhu. Please, 0-0 eh hehe. 

Okbai.


p/s: thanks pada yang sanggup baca and tak maki saya huhu. Minta maaf nahhh ;)


No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post