Tahun Baru Hati Baru :)
Hai and happy new year ! Alhamdulillah, bersyukurlah kita semua kerana Allah masih meminjamkan kita nyawa yang diberi pada tahun baru ini tanpa perlu membayar dengan duit plus pula dengan duit bunga. But, kita still kena bayar atas nyawa yang Allah beri ni. Dengan apa? Beribadah. Kerana itulah sebab Allah beri kita nyawa untuk hidup di muka bumi ni. Wahh, masuk-masuk je dah bagi tazkirah mukaddimah ni. Huhu.
Okay, so actually memang iolls nak bagi tazkirah kat uolls ni. Nak basuh cukup-cukup otak and hati uolls tu. Tahun lepas punya kotoq kan, nak cuci bagi bersih sikit tahun baru ni haa.. Eceh takdak aiihh. Tak baik la cakap gitu eh. Hati sendiri pun terumbang ambing. Tapi betul juga la kan. Aku pun cuba la nak basuh hati ni. Basuh, baiki hati ni sebelum rosak. Jaga elok-elok. Semua yang kita ada, anggota-anggota badan yang masih sihat, pancaindera kita. Bagaimana Allah beri kita pinjam badan ni, nyawa ni, kita kenalah pulangkan seperti asalnya. Sama macam kita pinjam duit, pinjam barang orang. Macam tu kita dapat, macam tu jugak kita pulang dalam keadaan yang lebih baik. Tetapi, nak pulangkan nyawa, badan yang Allah pinjamkan ni bukan kita pulangkan macam tu je. Asalnya kita dapat macam ni, gitu la kita pulangkan. Tak ! Kita jangan pulangkan! Jangan pulangkan asal yang kosong. Tapi kita pulangkan asal yang berisi dan bermakna.
Haa, gimana tu? Macam kurang nampak eh. Okey, jom kita main game imagine ! Simple je. Nama pun imagine so just kena imagine je huhu. Kalau awak ni jenis yang imaginasi tinggi menggunung, mungkin apa yang awak imagine tu colourful sikit, ada 3D 4D 5D siap berHD lagi. Kalau yang imaginasi dia macam kureng sikit, mungkin dia dapat imagine yang kurang berwarna, dull, dapat pun 2D je. Tu paling at least la kot. Teruk lagi 1D je, ke takdak D dah. Habih teruih. Ehh melalut teruk dah aku ni. Hilang imagination. Hehe. Okey yang atas pasal imagination tinggi rendah tu, gurau jee. Sambung balik pasal imagine benda simple ni. So just imagine awak pinjam buku saya. Saya pun kata, "Hang pinjam buku ni, hang jaga elok-elok noh. Buku mahai ni. Limited edition dari London." Ni contoh je laa. Tak pandai pun cakap loghat utara huhu. Lepas tu, dah guna, awak nak pulang balik. Sekali, saya marah bila awak pulangkan buku saya tu. Pasai apa? Pasai buku saya yang awak pinjam tu awak pulang dengan penuhhh bintik-bintik merah, penuh jerawat, kudis kurap segala penyakit la ada. Mana tak marah kan? Lainlah kalau awak pulang dengan baik, siap berbalut ke, siap bagi coklat Ferrero Rocher lagi as tanda thanks bagi pinjam buku. Gini la orang sukaa..
So, its actually the same concept we applied here. Badan, nyawa ni Allah bagi kita pinjam dan kita kenalah jaga dengan baik. Macam mana nak jaga? Jaga kesihatan laa. Tu je? Eh tak tak. Ada lagi. Jaga perut. Huhu. Takdelaa gurau je. So, takkan kita nak pulangkan macam tu je kan? Kenalah ada gift sikit. Barulah Allah suka. Hmm.. Gift apa ek nak bagi? Mata, telinga, tangan kaki, mulut. Eh tu kan Allah punya jugak. Hmm, thats not what I mean. Jaga mata, jaga telinga, jaga kaki tangan, jaga mulut and.. jaga hati. Jaga daripada maksiat. Itu kira hadiah la tu. Kita ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Ikut rules yang Allah dah tetapkan, InsyaAllah cukup dah tu. Then tambahlah yang sunat-sunat and the other else la kan.
Tetapi, seandainya kita dah cuba nak jaga apa yang Allah pinjamkan, dan it is not turn out as what we expect or we hope, its okay. Mungkin itu yang Allah dah takdirkan dan kita dah cuba sedaya upaya kita nak jaga. Its same like awak baca Al Quran. Awak cuba sehabis baik nak baca alquran tapi sukar. Awak still berusaha walaupun awak baca still merangkak-rangkak. Kekadang tu rasa sedih sebab rasa dah besar baca Quran masih merangkak-rangkak. Bimbang Allah tak terima sebab kita baca tak lancar. Ingat! Allah pandang usaha kita nak baca alquran, walaupun merangkak, walaupun tersekat-sekat. Sama jugak macam yang hafaz al quran. Murajaah banyak kali dah, mengulang setiap hari, tapi tak ingat-ingat. Usaha lagi, tak ingat juga. Bimbang Allah campakkan kita dalam api neraka sebab lupa apa yang kita hafaz. Tapi Allah tetap pandang usaha kita nak ingat apa yang kita hafaz. Itu yang utama. Mungkin kerana Allah dah takdirkan sebegitu untuk lihat sejauh mana kita berusaha. Tetapi, kita tak boleh berhenti dan harus tetap berusaha dan berdoa agar Allah permudahkan segala urusan kita, terima amalan kita, ibadah kita.
Wallahu'alam. Sampai sini sajalah dulu. Rasa macam makin lama makin masuk topik lain. Pastu macam cakap the same thing ulang kali je eh. Hehe. So, tahun baru ni with azam baru (walaupun tahun-tahun lepas punya azam pun tak tercapai-capai kan), kita kuatkan hati, kuatkan semangat kita untuk menjadi yang lebih baik. Andai ada yang silap dalam menyampaikan, mohon maaf dan berilah teguran dengan berhikmah. Apa yang disampaikan, aku pun menyampaikan untuk diri aku sendiri, sebagai peringatan kepada aku dan pembaca. Sekian gaiss, Assalamualaikum.. Terima kasih sudi baca =)
* * * * *
hidup ini umpama sebuah pelayaran
mengemudi bahtera sehingga ke jeti kejayaan
agar tidak tenggelam ke lembah kekecewaan
...
gantunglah azam dan semangatmu setinggi langit
rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan
...
seandainya kamu telah berusaha
tawakallah kepada Allah
sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal
#copypaste
No comments:
Post a Comment
Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^
Thanks a lot! ♥