Moments of F5 ❤
Okay hari ni aku nak cakap pasal class aku, F5 yang terchentaa. Hehe. Supposedly nak dekat final ni tak mau dah update blog buat sementara waktu ni tapi feeling nak update tu tinggi huhu.☺
So 25 March 2016 kami ada makan-makan gathering of F5 yang maybe it is the last. Well aku harap this is not the last. Kalau last pun hopefully last kat sini. Nanti kat luar kalau ada rezeki jumpa lagi mehh. So first thing first of course isi perut dulu la dengan masakan miss fiza yang terbaikkk. Macaroni. Sedap ! Plus dengan ayam ayamas. Phewww! Sehingga menjilat jari huhu. Luckily semua ada time gathering ni. Ni last kot so I guess semua tak nak terlepas. Oh lupa sorang tak join pergi jumpa pak najib haha. Okay so after done makan sampai kenyang, haaa ambil gambar dulu before scene nangis menjelang.
Few pictures of us. Sayangnyaa muni takdaaa huhuhuhu.
Haa ni dia macaroni special miss masakkan untuk kami. Sedapp ! Kenyang makan sepinggan. Eh tak. Dua pinggan huhuhu
Ni dia classmates aku yang terchentaa tu. And miss fiza also. ❤ huhu (crying.. wipe tears)
Nasib baik aku sempat menyelit haha
Ni selepas dihalau oleh dak dak futsal. ceitt. kena pindah tempat lain huhu. cehh takde ah kena halau tapi pindah la sebab diorang nak main kat situ kannn
Ni la sesi wefie yang aku sempat menyelit tadi :D
Gambar ni actually bila dah habis segala aktiviti. Ambil sebelum dihalau semula oleh abang polis bantuan tu haha
Gift from F5 to miss fizah. Hadiah seikhlas hati kami semua. Sayang miss !! ❤
Inilah pembangkit semangat kami. Miss Fizah as our mentor, also like our own sister. Thank you so much miss ! So much things you have done for us, sacrificed your time for us, and you always be there for us. You always care for us. You're so kind. I wish you will find your soulmate soon and don't forget to invite us to your wedding ! ❤ heuheu
Okay done gambar.
Tibalah masa yang ditunggu tunggu. Confession session. Cehh takdelah. Sesi ucapan terakhir mungkin. And sambil beri ucapan, kotak orang yang tengah beri ucapan tu akan di pass kan kat semua orang in a circle. So semua akan dapat letters from each one person. Till the end dapat la surat daripada semua member kelas aku. Sob sob semua malam tu. Yelaa maybe this is the last gathering kot. Sedih tapi ada juga yang tahan. Miss pun nangis tauu. Nampak tak sayangnya miss kat mentee dia ni huhu.
Nah ni dia semua letters daripada classmates aku. Akan ku abadikan segala memori ku lewati waktu itu tralalala~
Aku dah baca dah semua surat tu. Habis je semua tu balik bilik aku baca terus. Aduhhaii. Rasa nak gelak pun ada baca. Terharu pun ada juga. Tapi banyak juga yang anonymous and aku tak dapat nak teka siapa yang bagi. Aku dah la tak cam tulisan orang. Yang taip tu lagi la aku tak cam huhu. Aku baca berkali-kali surat tu especially yang anonymous punya. Geram gilaaa aku nak tahu siapa haha. Sebab ayat dia hmmm buat aku curious gila nak tahu. A few la yang aku tahu from siapa.
Thanks nisah for your letter. Nice siap ada gambar. Huhu. Awal awal lagi aku dah cam kau punya ceh.
Thanks syifaa. Nsa yeahh i know it haha. Blur blur still ada point nk tulis apa kan heee.
Thanks hanis. Amboii nak notes panjang warna warni la kau minta dari aku eh. Kalau tak mention tumpang kereta memang aku tak tahu la kot siapa at first first baca tu.
Thanks ku. Aku rasa tu hang punya tulisan. Aku cam tu ku punya pun sebab hang guna hang dalam surat tu haha. Aku akan rindu hang punya loghat utara ku.
Thanks jiemah. Kau memang mention nama kau so aku tahu haha.
Thanks alyaaa walaupun kau lukis je takde tulisan ucapan, gambar tu cukup mengexpresi perasaan kau ecehh. Sayang lukisan kauu. Eh sayang kau juga hehe
Thanks miera. Woot woot ingat lagi kita dating dua je kan haha.
Thanks mimi. Haha kau punya aku nak buka tapi bergam hmm end up kau punya last letter aku baca sebab aku buka dengan penuh hati hati tak mau bagi koyak huhu.
Thanks su. Nasib baik aku jumpa surat dulu and tak buka origami kau tu. Kalau tak jenuh nak pasang balik like others haha.
Thanks sanoh. Kiut miut kau punya hehe.
Thanks sarah. Aku tahu tu sign kau. Kalau tak silap la. And from writing kau (even though kau taip) but i think that's you.
Thanks iman. Comel surat kau untuk aku. Awhhh.
Thanks najua. Aku rasa tu sign kau and dengan lukisan kucing tu? Ingat kau nak lukis moo kau tu. Betul kan kau punya haha.
Thanks raziq. Haha aku tahu lautner sorang je dalam kelas ni.
Thanks azim. Hang punya aku nak tergelak dah haha. Confession hang takleh blah betul. Tak sangka eh nampak macam okay je dengan aku. Rupanya hmmm.. Apalah salah akuu.
Thanks ain ashraf. Aku lagi la cam kau punya walaupun kau bertaip, no name still tahu tu kau punya 'cause isi surat kau tu. Im grateful too ada kembar macam kau and aku takkan take over la nama tu lebih daripada kau haha.
Dah tu je kot yang aku cam. Yang lain hmmm aku tak cam sangat. Ada a few yang curious gilaa nak tahu siapa. Ada dua yang anonymous mention pasal budak kelas sebelah. Haihhh siapa la nii.. Then ada yang tanya soalan kat aku. Haha siapa punya ni yang tanya soalan. Aku nak jawab macam mana kalau aku tak tahu siapa hantar hmm. Tulisan dia cakar ayam sikit huhu sori la cakap camtu. Heee.. Aku jawab kat sini eh. Aku dulu MRSM Gemencheh. Ermm ada ambil aliran agama juga instead of sains only. So i guess faham and dah tahu la eh. Itu pun if orang yang bagi ni baca blog aku huhu. Then ada lagi satu juga yang kertas ronyok sikit ni haa. Ni pun aku curious juga. And and one more. Aku curious betul siapa punya surat yang cakap, 'nampak kecik je badan tapi mulut pedas jugak ihikss'. haaa siapa tuu. Katanya peminat tegar blog aku ni lol haha. Tak marah tapi nak tahu. Haha kelakar dohh.
Yang lain tu macam tahu tapi tak sure la betul ke tak. I guess ada a few yang aku cam tu from aina, haziq, zuzu, amirah.. entah siapa lagi aku pun tak tahu. Aku punya surat aku rasa mostly semua orang tahu tu aku. I didn't make myself anonymous but I just leave it with a sign of mine.
Okay la done. Tu je kot. Tapi aku rasa macam addicted je kat surat ni. Rasa nak baca banyak kali. Lagi-lagi yang anonymous ni. Haihhh korang ni macam macam eh. But I'm really grateful to have friend like you guys who cheer up my life. Aku pun rasa juga like this sem we are like far apart, semua sibuk dengan buku kejar buku. And aku rasa aku one them yang ni asyik dengan buku. Okay takde la selalu sangat dengan buku tapi aku feel that. Sebab aku ada like satu ingatan kat kepala ni that aku pegang harapan ibu ayah aku yang nak aku naikkan balik pointer sem lepas. Aku ingat lagi pesanan parents aku masa awal-awal masuk sem 2. So maybe like you see me study, like others too. That might be the reason. Sorry kalau aku tak banyak spend masa dengan korang. Unlike sem 1, kita macam rapat la jugak selalu lepak sesama. Maybe sebab at that time sem 1 so like kau baru nak warm up, so boleh la lepak lepak. Then kat palam normally stay bawah sesama sebab malas nak naik tangga tinggi tu. Nak naik bilik jauh. Then kafe sana best cehh. Entah apa yang best huhu. Kat dengkil nak balik bilik tu memang macam, kelip mata dah sampai dah. Then aku rasa sebab sem 2 ni macam singkat gila daripada sem 1. Maybe thats why rasa macam hubungan makin jauh, and environment palam and dengkil memang lain. So, yeah. I love palam. Ehh tetibaa.☺
But truthfully, you guys are the best and we'd share a lot of things. Even we might separate far apart, but our friendship will always stay connected and stay in our heart. Awhhh.. haha. I love you guys and stay awesome okay. Keep in touch.
Farewell guys. All the best for final. May you achieve your dreams. InsyaAllah. Aminn.
p/s : pesanan untuk adik-adik lepasan spm yang tak tahu nak masuk mana, please la masuklah asasi uitm ni haa. Asasi sains (like me). Different tau kenangan asasi ni dengan yang lain. Serius korang akan rasa seronok tak kesah la jadual pack ke apa, tapi its about friendship. Lagi-lagi kalau dapat classmates and mentor yang macam ni, memang best ! Terbaik ! ❤
#AsasiSains2015/2016 #f5ftw
* * * * *
I am not perfect, I will annoy you, piss you off, do silly mistakes, say stupid things, then take them back. But, put all that aside and try to realize that you'll never find a friend who always be right by your side like I am. Happy to have you guys as my friends.❤☺
No comments:
Post a Comment
Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^
Thanks a lot! ♥