Salam Ramadhan
Salam ramadhan buat semua umat Islam. Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam, tidak kira di mana anda berada. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti dan lebih berkat. InsyaAllah. Bulan puasa ini merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam, di mana pada bulan inilah amalan kita digandakan pahalanya. Haaa siapa yang tak nak ganjarannya digandakan, bukan? Jadi sama-sama kita cuba perbaiki diri kita dan rebutlah pahala daripada Allah S.W.T. Rajinkan juga diri pergi solat terawih ye!
Dan buat kepada saudara saudari sahabat baru kita yang mungkin tahun ini atau baru-baru ini telah memeluk Islam. Jadi saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang mungkin ada sesetengah saudara baru kita berpuasa buat kali pertama. Jangan anggap puasa ini adalah sesuatu bebanan tetapi anggaplah ia sebagai sesuatu kebaikan yang mana ganjaran yang kita dapat itu berlipat kali ganda dan merupakan juga suatu jalan untuk kita menuju ke syurgaNya. Tapi bukan sekadar berpuasa bersahaja, jaga perintah dan laranganNya juga !
Lipat gandakan ibadah kita. Al quran jangan lupa. Eh copp ! Haaa al quran tu dibaca setiap hari, bukan hanya di bulan ramdhan ye ;) Seminggu dah berlalu dah ni, baki ramadhan yang tinggal ni sama-sama kita teruskan beribadah okay. Eh, dan hari-hari seterusnya juga, selepas ramadhan. InsyaAllah.
Buka puasa tu jaga-jaga juga perut. Time buka inilah kekadang selalunya kita suka penuhkan perut kita sampai buncit. Jaga perut ehh. Nanti tak larat pula nak solat. Hehe. Baiklah sekali lagi selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. Semoga amalan dan ibadah kita diterima oleh Allah. Aminn.
Jaga mata, jaga telinga, jaga mulut, jaga tangan, jaga kaki, jaga akal, dan jaga hati. :)
* * * * *
Firman Allah Taala ;
.يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa."
(surah al baqarah, ayat 183)
No comments:
Post a Comment
Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^
Thanks a lot! ♥