Wife Material
Hai gaiss. Haa apesal topik kali ni lain macam je? Wife material ye. Agaknya saya nak cakap apa ek? Saya wife material? Saya bakal jadi wife? LOL. Jangan laa. Saya muda lagi ni heuheu. So sebenarnya topik 'wife material' ni tetiba je muncul dalam minda. Macam mana boleh muncul? Sebab gambar profile picture saya la. Tapi bukan di sini la, one of my social media punya. Okay dah takyah tanya.
Perempuan ni kadang-kadang pantang bila nampak baby je, or budak kecik je haaa mula la tunjuk sifat-sifat keibuannya. Hahaha. Nampak baby mula la, nak mengagah(betul tak ejanya? hmm) bayi tu. Dukung sana sini. Dulu masa kat sekolah, nampak anak cikgu yang kecik kecik tu (tak main la yang dah besar okay. kahkah) sibuk la datang nak ambil budak tu, dukung la. Barulah terserlah wife material, kan. Haha. Sebenarnya saya cakap wife material ni sebab saya pernah baca pasal ni la. Tak ingat kat mana tapi cakap pasal ini la, perempuan nampak baby/budak kecik je mesti kononnya nak menunjukkan dia ni 'wife material'. Suka budak-budak. Perempuan yang belum berkahwin la. And tak silap it was pointing to girl students? Entah, tak ingat pulak. But something like that la.
Okay. Firstly saya menyokong that statement. Statement where when the girls see a baby, little boy/girl, dia akan rasa nak menunjukkan bahawa dia adalah seorang wife material. Lagi-lagi bila ada lelaki dekat-dekat situ or maybe ada lelaki yang dia suka or maybe ada boyfriend dia. Or maybe depan bakal mak mentua? #ehh. Seriously, saya tak nafikan ada kot sesetengah yang suka buat begitu. Nak kata dia memang suka baby or tak suka baby, the point is dia nak tunjukkan yang dia seorang 'wife material'. Tak suka budak kecil pun, dia akan cuba buat-buat suka, buat-buat pandai dukung baby, macam-macam la. Wife material la katakan. Ehh, wife and mum materials.
Tapi tak semestinya saya sokong 100% statement di atas. Kali ni, saya nak bantah ! Cehh. Pendapat kedua saya pula, tak semua perempuan sibuk dok pegang baby, pantang nampak je baby ke budak kecil ke, nak pegang, main sana sini, layan budak tu, adalah sengaja nak tunjuk dia ni wife material. Tak. Tak, okay. Kadang-kadang perempuan ni buat macam tu sebenarnya itu memang sifat semula jadi seseorang perempuan itu. Atau mungkin memang dia seorang yang memang memang suka sangat dengan budak. Atau dia memang seorang yang pantang nampak budak comel gilaa pipi tembam bulu mata cantik panjang lebat (saya suka tengok mata orang yang ada bulu mata cantik ni). Atau mungkin dia memang seorang yang childish so nak kena cari kawan yang childish macam dia, yang budak-budak macam dia. Ehh. Atau mungkin juga dia memang seorang yang hati tisu (bak kata teme) yang pantang tengok budak menangis ke, masam muka ke, mesti nak pergi kat budak tu. Pujuk (konon pandai la tu pujuk. kahkah).
Apa-apa pun, tak semestinya perempuan ni buat begitu sebab nak tunjuk dia ni wife material. Dah dia memang begitu nak buat macam mana kan. Macam saya, cehh hahaha. Tetapi ! Haa ada tapi. Mungkin tak ada niat nak tunjuk dia ni soo 'wife material', but when there's a guy, or a guy she likes, or her boyfriend, secara tak sengaja tertimbul pulak perasaan yang macam, 'eh aku ni macam wife material la. hikhik.' 'Mesti aku nampak macam wife material kan. hihi.' Haa, something like that la. Biasalah, kekadang ter'ada' pula perasaan macam tu, lagi-lagi orang yang kita suka ada depan mata. Mula la nak tunjuk yang kita ni wife material, layak nak buat bini ! Ecehh.
Okay, so tak kisah la apa pun sebab uollss kan, yang penting jangan tunjuk kasar atau berkasar pulak dengan budak ye ! Sikap kita ni selalunya akan dimimik oleh budak-budak. So tunjukkanlah perangai yang baik, Jadikan contoh kepada budak-budak. Kalau nak tunjuk kita ni wife material, tunjuk je laa. Tapi biar itu betul-betul punya wife material okay. Jangan main cikai cikai je.
Salam ramadhan dari saya :)
* * * * *
Saya dah ada dah ciri-ciri 'wife material' dalam diri saya. Persoalannya, bila awak nak jadi 'husband material' untuk saya?
Kihkih.
No comments:
Post a Comment
Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^
Thanks a lot! ♥