Followers

Pages

10 January 2018

Drama MANDATORI [Astro First]


Image result for mandatori drama

Assalamualaikum and hi gais! Okay, so today aku amik cuti sekejap sebelum last paper aku Jumaat ni. Hahaha bukan cuti la, just ambil masa aku sikit untuk update kat blog aku ni.

Jadi, apa cerita kali ni? Haa, entri kali ni aku nak share tentang sebuah drama adaptasi daripada sebuah novel. Tapi! Bukan novel cinta okay! Hah ni adaptasi novel MANDATORI karya Ramlee Awang Murshid. Kalau yang pernah baca or minat gila dengan novel-novel Ramlee Awang Murshid ni, confirm korang tahu genre cerita dia macam mana kan? hehe. Sebab aku dah tengok sikit so nak share and ajak korang untuk tengok jugak la!

Drama MANDATORI ni bergenre crime thriller yang mempunyai 6 episod dan mula disiarkan pada 14 Disember 2017 (walaupun dah few weeks keluar, erm its okay nak ajak jugak haha.) Drama ni telah disiarkan di Astro First dengan pembelian hanya RM19.10 untuk SEMUA EPISOD!

Mesti nak tahu pelakon siapa kan? Antara pelakon yang membintangi drama ni adalah Aeril Zafrel, Alvin Wong, Siti Saleha, Iedil Putra, Vanidah Imran, dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat! 

Image result for mandatori drama

Sinopsis:

Mandatori mengisahkan tentang seorang profiler jenayah, Inspektor Norman (Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu. Lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawanya kepada satu lagi pembunuhan baru.

Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang dia kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk sama iaitu patung mainan Inspektor Carlos dan kertas tulisan Case Closed yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugasnya, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Julia Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa jenayah yang berlaku.

(cc:kosmo online)

Image result for mandatori drama

Trailer MANDATORI:


(cc:Youtube)

🎬🎬🎬🎬🎬

My Comment:

In my opinion, this drama was a killer! Haha. In other words, cerita ni memang best! Tak rugi korang tengok! And honestly, aku baru tengok episod 1 je hahaha itupun sebab free kat VOD. Walaupun baru episod 1, tapi awal cerita dia pun dah best kot.. Nak nak pula aku ni memang jenis yang suka cerita-cerita macam ni. Macam ala ala CSI tu kan. Kat Malaysia aku rasa this is the first one yang buat cerita macam ni. Cerita yang bukan senang nak buat, kena ada kajian mendalam dan agak rumit, cabaran yang pelbagai, masa, and also relating to real life. Ini baru REAL WEH! πŸ‘πŸ‘ 

Kalau tak asyik tengok yang dari negara luar je, macam Korea la yang aku selalu tengok hehe. Macam cerita Black, Doctors, banyak lagi la aku tak ingat huhu. Sebab most of these dramas they relate it to real life macam term-term penyakit, symptoms, laws, forensic works, macam-macam la. Hopefully lepas ni makin banyak la cerita bergenre macam ni :)

Oh and by the way, honestly aku tak pernah tahu pun wujud term 'profiler jenayah' ni sebenarnya. I never heard actually and I thought it refers to the criminal itself πŸ˜‚ And now I know (because my mom told me lol. She also joined me when I watched this first episode and she gave me a GREEN LIGHT TO BUY THE DRAMA THOUGH HAHA. I'm blessed). Plus, I like how Aeril brought his character into 'live'. He's such a very good actor! Good job Aeril! πŸ‘ Keep it up for the next Mandatori 2, maybe? haha.

So, korang pun yang belum tengok PATUT TENGOK DRAMA MANDATORI ni! Even aku pun nak sambung tengok next episod yang aku tak sempat tengok sebab TENGAH FINAL! 😭 Luckily tinggal satu paper je lagi and I'm going home!

Jangan lupa okay tengok cerita MANDATORI ni! πŸ˜‰

Good job MANDATORI Team! πŸ‘

Image result for drama mandatori novel
One of the scene in Mandatori.


p/s: I'm looking forward for next Mandatori (hehehe) and also drama adaptation from Raudhah novel (karya Ramlee Awang Murshid jugak). I don't know but I like the story of this novel.

No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post