Followers

Pages

18 April 2015

Aib Kita, Perbaikilah !

Alhamdulillah, Allah masih memberi diri ini peluang untuk bernafas. Kali ini aku nak berkongsi sedikit perkongsian. Penulis yang baik ialah mereka yang memberi idea, bercerita penuh hikmah dan bukannya kosong. Penulis yang baik adalah perkongsiannya atau ceritanya memberi manfaat kepada yang membaca. InsyaAllah kali ni aku nak share something yang aku baca daripada sebuah buku.

Ketahuilah bila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba, maka dia membuatnya tahu aib dirinya. Siapa yang mempunyai mata hati, dia tidak akan takut akan aib dirinya. Mungkin andainya kita tahu apa aib kita, kita boleh mengubatinya.

Kadangkala kita hanya nampak aib orang lain tapi tidak diri sendiri.

Ada 2 kaedah untuk kita tahu aib diri sendiri๐Ÿ‘‡:

๐Ÿ‘‰ berjumpa dgn seseorg yg alim atau pakar yg boleh tahu aib jiwanya, shingga dia mengenali aibnya dan sekali gus mengubatinya

๐Ÿ‘‰ cari dan dampingi rakan karib ๐Ÿ‘ฅ yg jujur, dapat dipercayai dan bagus agamanya agar dapat memberi kita peringatan kelak. Umar AlKhattab r.a pernah brkata: "Semoga Allah merahmati seseorang yg mahu menunjukkan aibku."

Orang-orang soleh sangat suka jika ada seseorang yang menunjukkan aib mereka. Ini bukanlah bermaksud untuk memalukan dirinya tetapi untuk dia mengubatinya. Bukan juga bermaksud menghebah-hebahkan aib kita kepada orang lain, mungkin cukuplah sekadar seorang atau rakan karib yang memberitahu kita agar kita dapat mengubatinya. 
Andai tidak diubatinya, takkanlah kita mahu hati kita ini mati, terus tenggelam dalam keburukan kita tanpa ada yang menegur.

Namun pada zaman sekarang, kebanyakan orang akan marah besar ๐Ÿ˜ค jika ada yg menunjukkan aib kita. Inilah menunjukkan betapa lemahnya iman kita. 

Adakalanya, kita tidak sedar akan aib kita tapi ada juga orang yang sedar dan selalunya akan terus beritahu kita. Iaitu musuh kita ๐Ÿ‘น . Kerana mata ๐Ÿ‘€ yang memancarkan kebencian๐Ÿ”ฅ itu tentu akan memancarkan keburukan.

Zaman sekarang juga jarang adanya sahabat karib yang jujur bahkan sedikit sekali teman yang tidak mempunyai perasaan dengki.

Eh, tapi bukan ke Nabi Muhammad suruh kita jaga aib orang? Ya, kita kena jaga dan BUKAN SEBARKAN. 

Rasulullah ๏ทบ bersabda:
 
ูˆَู…َู†ْ ุณَุชَุฑَ ู…ُุณْู„ِู…ًุง ุณَุชَุฑَู‡ُ ุงู„ู„َّู‡ُ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).
 
Menutupi aib itu bukan bererti bersubahat dan menyetujui perbuatan jahat saudaranya itu tetapi tidak dijaja, tidak disebar dan tidak diberitahu kepada orang lain, kecuali kalau terpaksa dengan maksud untuk membaikinya, maka diadukan kepada orang tertentu umpamanya kadhi atau pemimpin.

Ingatlah,
“Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Al-Bukhari) 

Keimanan kita kpd Allah adalah punca kekuatan ๐Ÿ’ช . Kehidupan manusia, kembarnya adalah ujian. Akan tiba masanya, manusia diuji dari arah yg tidak terjangka bahkan dalam keadaan manusia sendiri tidak bersedia.

QOTD:
๐Ÿ‘‰ Pengalaman itu adalah guru yang paling kejam kerana ia akan menguji dahulu kemudian mengajar.

Info lanjut

Pengertian aib:
๐Ÿ‘‰ Secara bahasa, aib artinya cacat dan kekurangan. Bentuk jamaknya: uyub. Sesuatu yang memiliki aib, dalam bahasa arab, disebut ma`ib. (al-Fairuz Abadzi, al-Qomus al-Muhith, kata: ุงู„ุนูŠุจ).

Sebagian ulama mazhab Hanafi menjelaskan aib dengan pengertian:

ู…َุง ูŠَุฎْู„ُูˆ ุนَู†ْู‡ُ ุฃَุตْู„ ุงู„ْูِุทْุฑَุฉِ ุงู„ุณَّู„ِูŠู…َุฉِ ู…ِู…َّุง ูŠُุนَุฏُّ ุจِู‡ِ ู†َุงู‚ِุตًุง

Suatu bagian yang tidak ada dari asal penciptaanya dan hal itu dianggap sebagai bentuk kekurangan. (Al-Hasfaki, ad-Dur al-Mukhtar, Dar al-Fikr, Beirut)

Wallahua'lam. Sekian, maaf andai tersalah dalam berdakwah. Tegurlah saya jika ada yang salah kerana saya hanya manusia biasa ..

No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post