Followers

Pages

11 April 2015

Driving Test


Alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang untuk aku coretkan sesuatu hari ini. Hari ni aku tak nak cakap bebanyak pun. Cuma mungkin sedikit perkongsian or cerita. Hehe. Jadi hari ni aku nak share cerita. Tak panjang mana pun rasanya. 

Cerita apa ek? Kisahnya adalah TEST JPJ. Huhu. So, 9 April 2015 hari tu aku telah selamat menjalani ujian JPJ. Fuhh... First time nak test jpj macam-macam deria rasa aku rasa. Aku tak tahu la apa benda yang aku ingat time test tu. Aku giliran yang ke 13. Kira okey la tu awal la jugak daripada letih nak menunggu lama-lama. So first kat litar dulu baru jalanraya. Kalau orang tanya aku lulus JPJ ke tak, what do you expect for my response? " HAHAHAHAHAHAHAHAHA" Itu yang aku jawab. Tak payah cakap by words pun dah tahu. Tak lulus la tuu. Haha. Well, nampaknya itulah kebenarannya. Aduhaii.. Kalau nak difikirkan balik geram pulak dengan diri sendiri. It was all my fault. Careless. Cuak punya pasal la tu, habis lupa semua. Adeii. Masa test kat litar, first kat atas bukit. Ada 2 kali percubaan. Okey, dah buat RSM. First try tak jadi, tayar tak betul-betul atas line kuning. Second try, awesome! TAPI ! Haaa, time ni la kantoi. Kantoi TAK PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR. Haha. Careless gila. Sayang, dah elok-elok second try dapat atas line, tuptup seatbelt tak pakai. Kena mandatori, kira gagal la.

Then, dah gagal kat litar, ready untuk test kat jalan raya pulak. Pegawai JPJ tu siap ingatkan jangan lupa pakai tali pinggang keledar masa test kat jalan raya nanti. Bila dah tiba time aku untuk test jalan raya, okey. Aku dapat pegawai jpj perempuan. Hmm, okeylah. Cuma mungkin agak tegas and kurang senyum. Tapi muka takdelah garang mana. Pulak tu, dapat kereta Viva. Memang tak biasa la sebab before ni belajar pakai kereta kancil je. Dashboard viva dah la tinggi. At the end, masa nak masuk simpang ke kiri dah gagal. Ohohohooo.... Aku lupa kena masuk lorong kiri dulu before nak masuk lorong kanan. Careless mistake lagi. Sudahnya pegawai jpj tu yang bawak masuk balik tempat driving school tu. Fuhh.. Ada juga kawan aku yang baru kat pagar nak keluar dah gagal. So overallnya dua-dua aku gagal. Takpelah, anggap ini sebagai suatu pengalaman. Minggu depan repeat test JPJ. Hopefully kali ni lulus la. Aminn. Doakanlah diriku ini agar segera lulus test JPJ. Takdelah habis duit nak kena bayar untuk repeat sahaja. Hihi.

Apa-apa pun aku bersyukur la jugak walaupun gagal sebabnya at least aku dah rasa cemana test jpj, cemana berhadapan dengan pegawai-pegawai jpj, cemana rasa naik kereta viva. Haaa, amik kau. Mungkin gagalnya aku kali ni atas kekhilafan diri sendiri. Maybe I've done something wrong to Allah and this was as a reminder for me. Muhasabah balik and look what's wrong. Mudah-mudahan ini menjadi pengajaran untuk aku agar lebih berhati-hati and fokus and cool, jangan gelabah semacam. 


Ingat, mungkin Allah tak bagi sesuatu yang kita nak tu time tu jugak tapi  mungkin di lain hari. Mungkin Allah tak bagi apa yang kita nak sekarang sebab Allah nak kita lebih berusaha dan bersungguh meminta dan merintih padaNya. Kadangkala Allah tak bagi apa yang kita minta tapi bagi yang sebaliknya itu mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu itu. Mungkin Allah nak kita muhasabah kembali dan ambil pengajaran daripada apa yang kita dapat. Jangan kita mengeluh andai permintaan kita tidak dibalas oleh Allah tapi yakinlah bahawa kelak Allah akan menunaikan apa yang kita minta, mungkin lebih daripada yang kita minta. Jika bukan di dunia, tapi di akhirat kelak. Yang penting, kita kena yakin kepada ALLAH. 


Perkongsian ikhlas dari saya... ^_^

9 comments:

  1. klau dapat jpj tegas . masakkk . huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.. haha. bape kali nk lulus tu. harap2 repeat jpj ni lepas laa.

      Delete
  2. Sy kt jalan pun kena jpj pmpuan yg tegas juga... hadoii.. failed juga., kali kedua kena lelaki.. sempoi je... alhamdulillah.. semua tu pengalaman kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama la kita. 2nd test pun dpt laki, x la tegas sangat. Hihi. Tapi on the road still x lepas jugak. Haha =D

      Delete
    2. Wah, sama la kita. 2nd test pun dpt laki, x la tegas sangat. Hihi. Tapi on the road still x lepas jugak. Haha =D

      Delete
  3. Replies
    1. heee alhamdulillah dah lulus. 3rd time baru lulus hihi ^_^

      Delete
  4. kalau gagal jpj tu kena bayar berapa untuk restes jpj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its depend tempat jugak sbenarnya. Sya buat kat jasin melaka so time saya tu around rm70++ kot kalau tak silap saya, utk repeat. Rasanya laa hehe. Mcm kawan saya pun dia repeat, kat selangor and its pretty much higher than mine. Pape pun try ur best la, jgn repeat klau boleh, bazir duit je ceh haha

      Delete

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post