First, kita tumis dulu segala bawang-bawang yang ada dan juga halia. Guna api sederhana saja. Jangan besar sangat macam orang kat kedai selalu buat. Hihi. Agak-agak dapur tu dah bau wangi dengan bau tumisan tu kan, then kita tambah air. Air tu agak-agak la, kita nak kuah tu banyak mana. Tapi banyak sangat, takut tawar at the end karang. Hihi, yeke?
Kalau rasa nak letak udang ke, fish ball, fish cake ke, masuk je.
Then, agak-agak kalau kuah tu macam menggelegak je tengok, masukkan pulak telur.
Pastu masukkan lobak merah. Bila agak-agak dah lembut, masukkan sayur sawi dan cili. Kemudian, masukkan pulak garam dan pepper. Tapi aku masukkan sos lada hitam sebab tak jumpa pulak pepper kat rumah ni. Huhu. Main campak je.
Orait.. siap dah sup sayur sawi kitaa. Hihi. Alhamdulillah, walaupun main campak-campak je, tapi boleh tahan sedap. Cuma actually aku terguna 2 biji telur so that's why rasanya pun macam rasa telur je. Hihi. Takdelah, rasanya okey je. Walaupun sedap tapi masakan ibu tetap yang terbaik.
Masuk pulak ke menu kedua kita hari ni iaitu ' UDANG MASAM MANIS'. Resepi ni aku tengok kat buku. Simple la jugak.
So antara bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A (untuk menumis):
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 cili hijau
Bahan B:
Udang secukupnya ( aku guna udang biasa je, kalau ikut, resepi guna udang besar. hihi )
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji tomato
5 sudu makan sos cili
5 sudu makan sos tomato
1 sudu teh gula
1/2 cawan air
garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan udang dengan garam. Jangan banyak sangat garam ye, nanti masin pulak udang tu. Goreng udang tu dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak dan tumis segala bahan untuk menumis yang telah kita sediakan tadi sehingga wangi harum semerbak.
Masukkan segala bahan B tadi, udang, tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula dan air. Kacau sampai rata. Tapi sos tu agak-agak la sebab aku rasa aku macam termasuk banyak pulak. Itu yang air pun aku tambah. Hihi. Ingatkan lauk ni takde la kuah sangat, habis begini sudahnya lauk ni.
Haaa... Inilah dia hasil masakan Udang Masam Manis. Tapi boleh tahan la jugak. Not bad apa aku masak. Hihi. Puji diri sendiri. Kira okeylah, still boleh makan. Takdelah sampai termuntah ke sakit perut makan ni.
So, you guys boleh la try resepi ni kat rumah. Kalau korang nak upgrade sikit ke nak jadi lagi sedap, boleh la letak segala macam bahan yang ada kat rumah tu. It's a great recipes and food. Sang isteri-isteri boleh la cuba masak ni untuk suami anda. Anak-anak dara tu rajin-rajin la belajar memasak.. Peringatan untuk aku jugak. Hihi. Okey, selesai sudah resepi hari ni. Terima kasih semua... ^_^
No comments:
Post a Comment
Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^
Thanks a lot! ♥