Followers

Pages

27 April 2015

Kartun Fav Time Kecik



Halooo.. Alhamdulillah, hari ni masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini. Setiap masa yang Allah beri itu adalah saat yang amat berharga. Setiap masa itu adalah peluang. Peluang untuk kita gunakan dengan sebaiknya. Kerana masa itu tidak akan dapat kita putar kembali seperti cerita-cerita yang kita lihat di kaca televisyen. Andai kita boleh putar masa, mengharap kita boleh ubah apa yang telah kita buat di masa lalu menjadi lebih baik, kita tidak akan pernah belajar erti kehidupan. Apa yang terjadi, kita tidak akan pernah boleh patah kembali ke masa silam tapi kita boleh lakukan sesuatu untuk perbaikinya, menjadi lebih baik. Menjadikan masa itu suatu pengalaman dan pengajaran. 

Okeyyy..... Itu  sebagai mukadimah saja. So actually aku nak cerita pasal kartun favourite aku yang selalu aku tengok dulu waktu kecik. Hihi. Saja je nak cerita, tetiba teringat pasal kartun masa kecik-kecik dulu. Alaaa, semua orang mesti ada cerita kartun yang selalu kita tengok masa kecik. Haha, seronoknya mengimbau kenangan masa kecik. Dulu masa aku kecik dalam umur 3-4 tahun la lebih kurang kut, aku selalu tengok cerita Tom & Jerry kat rumah penjaga aku a.k.a rumah jiran. 
Haha, comel kan? Seronok je dulu tengok time kecik-kecik.


Itu one of the cartoon la yang aku selalu tengok. Haa, ada satu lagi kartun yang favourite aku jugak la. Comel je.  Cuba tengok ni.

Haa.. inilah dia kartun favourite aku. PINGU. Even tak faham pun apa yang dia cakap tapi seronok kita tengok. Kelakar and boleh faham apa yang kartun tu nak ceritakan. 



 
Antara scene-scene dalam cerita pingu ni. Yang atas ni, aku ingat lagi bunyi dia. Tooot tooot..... Haha.. Nak panggil orang panggil cenggitu. Comel laa. And aku ingat lagi, rasanya setiap weekend pagi dalam pukul 7 ke 8 pagi gitu la, cerita pingu ni ditayangkan kat tv. Rasanya hampir memang setiap kali sarapan tu bukak tv tengok cerita pingu ni. Huhu..
 
Yeah, ini dia lagi kartun fav aku.. POCOYO. Kartun yang comel gilaa. Haha. Serius comel.
Haaa... This is TELETUBBIES, one of my cerita yang aku selalu tengok masa kecik dulu. Best tengok cerita teletubbies ni even aku pun dah tak berapa ingat jalan cerita dia. Tapi aku ingat ada baby kat matahari, pastu tengok kawan-kawan diorang kat kotak yang kat badan diorang tu. Haha. Aku tak ingat pun nama teletubbies ni tapi aku search la kat internet ni. Yang merah tu Po, kuning tu Lala, hijau tu Dipsy, and yang purple tu Tinky Winky. Yeke? Yela tu kut. Hihi.
Wuhuu.. Ini dia POWER RANGERS yang aku selalu suka sangat tengok. Siap cop lagi adik beradik aku warna apa. Dulu seingat aku, aku cop power rangers warna pink tu. Huhu. Aduhaii... seronoknya bila teringat balik.
Hahaha.. Aku suka tengok BLUES CLUES ni. Comelnya! Kelakar kadang-kadang tu aku tengok. Aku ingat pasal yang Steve ni nak masuk kat dalam gambar. " Blue boleh buat, kita boleh buat" Truuuuttt. Masuk la dalam gambar. Haa, pastu aku ingat yang dia duduk kat sofa, fikir petunjuk yang dia dapat tu.
Ni dia. Selesaikan sesuatu dengan petunjuk kat buku nota. Haha. Selalunya kalau takde sekolah petang, aku mesti tengok cerita blues clues ni.
Haa, ini time dia dapat surat. Aku pun tak tahu kenapa la aku suka sangat tengok cerita ni. Huhu.
Okey la, setakat tu je la kartun yang aku nak share yang aku selalu tengok masa zaman kanak-kanak dulu. Selain tu, kartun yang aku selalu tengok or suka ialah Looney Tunes, Woody Woodpecker, Powerpuff Girl, Tarzan, Dragonball, Noddy, Digimon and banyak jugak la. Biasa la, zaman kanak-kanak ni kalau boleh semua kartun nak tengok, suka. Haha. 
Kalau korang, kartun apa yang korang suka or selalu tengok masa kecik ek? Ada tak kartun yang korang suka from aku punya list ni. Hehe, aku rasa seronok bila terkenangkan zaman bebudak ni. Mesti berbeza gila perasaan kalau tengok balik agaknya. Yela, dah besar cenggini selalunya lebih suka tengok benda-benda yang maybe matang sikit or yang tak bebudak sangat. Yeke? Haha. Dah besar ni pun kadang-kadang aku selalu tengok kartun jugak. Share la awak-awak punya kartun time kecik dulu.. Nak tahu jugak. Hihi. 

So, sampai di sini saja. Terima kasih kerana sudi membaca. Terima kasih lagi andai sudi mengomen. Apa yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah S.W.T. 

* * * * *

Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silamnya, tetapi lihatlah pada hari ini. Setiap orang mampu berubah malah jauh lebih baik daripada apa yang kita sangkakan..

No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post