Followers

Pages

23 June 2016

Review Buku Pelukis Jalanan



Hai gaiss, hari ni saya nak buat satu review pasal satu buku yang sangat menarik. Interesting. Walaupun dah agak lama juga buku ni keluar masa awal tahun, tapi sebab saya baru dapat beli and baca so kali ni saya nak buat la satu review pasal buku pelukis jalanan yang berkisahkan tentang Teme Abdullah. Siapakah dia ini? Tak semua orang kenal siapa dia. Saya pun hanya kenal gitu-gitu je. Gitu-gitu macam mana tu? Bagi mereka yang hidup dalam seni lukisan, or likely more to architecture, mungkin anda kenal siapa nama Teme Abdullah ini. Cehh. So, bagaimana Teme boleh dikenali ramai?

Teme mula dikenali ramai apabila dia mula memuat naik gambar yang dilukisnya di Instagram. Lukisannya penuh details and super awesome la bagi orang yang tak reti lukis macam saya ni. Gambar tu pula bukan sebarang gambar, tetapi gambar yang sangat menarik. Bangunan-bangunan yang menarik kat London. So apa kisah dalam buku Pelukis Jalanan ni sebenarnya? Buku ini berkisahkan kehidupan seorang rakyat Malaysia, seorang pelajar architecture di London tanpa biasiswa, yang pastinya menarik minat kita untuk tahu kisah di sebalik lukisan-lukisan Teme Abdullah ni.



Itu hanya secara ringkas sahaja. Okay sekarang saya nak kongsi sedikit la feedback ehh, pasal buku ni. Saya mula kenal nama Teme Abdullah dan lukisannya ni melalui Instagram la. Tapi saya tak jumpa begitu saja, saya kenal melalui kawan saya. So bila saya tengok insta dia, penuh dengan gambar-gambar yang bagi saya amat menarik, kagum. I'm so impressed with his arts. Rasa macam, that was the first time I saw such awesome sketches. And till one day I know that he will produce a book, and that is 'Pelukis Jalanan'. Sejak buku dia dijual kepada semua pembaca, follower, saya tunggu je saat untuk membeli buku Teme ni. Adakalanya setiap kali masuk kedai buku mesti dan seharusnya saya akan cari buku pelukis jalanan ni. And mostly kedai yang saya masuk saya tak jumpa. Memang puas la cari tak jumpa-jumpa. Time study kan so takdela dapat selalu keluar nak mencari. Pastu bila nak final tangguh sat niat nak cari nak beli. After final, dah cuti berminggu-minggu barulah jumpa dan dapat beli. Maybe sebab awal bulan, baru restock agaknya. But fuhh... Rasa macam, ya Allah berakhirnya sebuah penantian. Huhu. Bukan tak nak beli online tapi, entahlah. Nak jugak mencari by my hand, nak jugak beli buku tu biar aku yang jumpa. Cehh. I'm so excited to read this book and it just took only one day to read this pelukis jalanan. Such intrigued. Kisahnya amat menarik and making me curious for every page I read. Interesting and kinda motivational, I guess. Hehe. Oh, and inspired ! So yang tak baca lagi tu, cepat-cepat beli okay. A great suggestion book from me, and a great book to read. 


Itulah dia hanya sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan bersama. Kalau nak tahu lagi apa benda yang Teme bercerita dalam buku ni, kenalah beli ;) Tak rugi membeli. Ilmu pun dapat juga, sebab buku ini bukanlah sekadar cerita dongeng. Tetapi sebuah buku yang penuh dengan cerita pengalaman Teme di London sebagai seorang student tanpa biasiswa, yang sangat berinspirasi. Thumbs up !


Eh kalau mungkin ada yang belum tahu and ada yang dah tahu, Teme Abdullah juga ada blog tau. Ini dia blognya. Blog Teme. Ada juga media sosial yang lain. Carilah nama Teme Abdullah. Tapi ni aku bagi la juga sikit. hehe. Twitter Teme. Facebook Fanpage Teme. Instagram Teme. Kat insta tu nanti boleh la nak stalk insta Teme and tengoklah gambar-gambar semua tu. Impressed !


Setakat tu saja review saya kali ni. InsyaAllah ada masa jumpa lagi di entri berikutnya. And lastly, jangan lupa beli dan baca buku Pelukis Jalanan ni ye ! 






Eh one more.. Sesiapa yang nak Teme pos kad raya hasil air tangannya dengan lukisan Teme sekali kat dalam kad tu, haa cepat-cepat komen di Instagram Teme ! Only 10 people je yang terpilih tau. Saya dah komen. So doakan saya dapat la kad raya dari Teme Abdullah yang akan diterbangkan khas dari London. InsyaAllah, aminnn.



2 comments:

  1. Replies
    1. Memang menarik ! walaupun ianya seprti buku cerita tapi bagi saya buku ni langsung tak buat kita mengantuk bahkan lagi buat kita rasa nak tahu apa lagi kisah dalam buku ni. Banyak feedback yg baik saya tgk. and bukan sekadar cerita tapi cerita yg ada pengajarannya. it such a worth buying this book :) Boleh cari di kedai2 buku atau lagi senang beli secara online je! takyah susahkn diri macam saya hihi xD

      Delete

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post