Followers

Nuffnang

13 January 2017

Final Exam Is Over



Hai gaiss ! Wuhuu I'm back !😎 Alhamdulillah, finally habis jugak final exam hihi 🙆🙆🙆 Actually dah habis dah hari rabu, 11 Jan semalam. Tapi sebab after je paper semalam perghh terus keluar jalan-jalan la apa lagi kan haha. Aku dengan kawan aku pergi KL, naik kereta sewa. Dah la baru lepas exam kan, pastu turun dari puncak alam ke kl fuhhh. Kitaorang pergi Times Square, diorang la ajak pergi sana sebab ada sorang kawan aku tu beria-ria nak naik roller coaster kat sana hahaha. So pergi la jugak sana, lepas zohor kitaorang gerak.

Sebenarnya kalau nak diikutkan, pagi tu before exam biochem(my last paper tu), memang aku rasa macam, entah la macam nervous ke apa ke, and rasa macam tak sedap je tekak, macam nak muntah. Hmm dan dan pagi tu tanya la siapa ada gula nak bagi kurang sikit rasa nak muntah tu. Makan gula kurang la jugak sikit rasa nak muntah tu. But, haaa ada tapi tu. Dah la sakit kepala nak muntah bagai, pergi times square, naik pula 3 first game yang semuanya ada pusing pusing. Ya allah.... macam mana la tak bertambah rasa pening dengan muntah tu kan 😹 Aduhaiii.. pastu main sikit lagi then solat asar kejap. 

Sambung balik main. And my last game tahu tak apa? Kalau siapa yang pernah pergi times square theme park ni. haa tahu tak game yang mixer eh ke apa entah nama dia, yang pusing pusing 360 darjah tu. Dekat dengan yang game bull tu. Haaa itulah last game aku main and memang rasa macam pertama dan terakhir la aku naik. Seronok memang gila seronok menjerit je kerja sampai budak budak lelaki kat seat belakang tu pun aku asyik dengar jugak la menjerit hahaha. Tapi effect dia perghhh, rasa nak muntah wehh lepas naik tu. Bukan lepas, sebelum turun tu dah rasa macam nak muntah. Maybe sebab dari pagi kan aku memang tak sihat sangat, nak muntah. Pastu naik game ni semua memang lagi bertambah la kan huhu. Perut pun rasa senak semacam je. Tapi lepas makan malam kat sana, aku rasa hilang segala rasa nak muntah tu haha. Maybe antara sebabnya jugak sebab tengahari pun aku tak makan nasi just buah and benda yang goreng goreng tu. 

Anyway, I'm still happy dapat hangout lepak lepak dengan kawan kawan aku after exam. Dah la kitaorang drive pergi sana kan, berpusing pusing nak sampai sana. But overall just fine, happy. Balik tu memang terus tidur la. Sebab esok paginya, means pagi tadi aku ada meeting persatuan. So kenalah pergi, aku kan ahli berdedikasi 'sangat' hihi. 

So dah relaks, boleh la nak update blog kan. Haa pulak tu dengan giveaway yang dah melambak aku tak join lagi ni. Dah bookmark, tinggal nak join je. Harapnya cuti ni rajin la aku update blog hehe. Takdelah, sebab petang tadi pun dah duduk la hadap laptop tengok cerita so mana nak ingat benda lain kan. Aku sedap sedap tengok cerita, roommate aku dengan housemate aku yang lain tengah study, exam esok kahkahkah. Aku tak balik lagi, esok baru nak balik sebab parents aku kerja so tunggu la hujung minggu baru ambil aku.

Okayyy so any update next pasal blog aku ni, stay tuned okay. Banyak dah list entry(cehh hahaha) tinggal rajin tak rajin, ingat tak ingat je huhu. So, kita stop sampai sini dulu. Apa apa cerita sambung next entry. 

Ehh cop cop! Haa lupa pulak satu lagi hehe. Hari tu kan ada join ga melly tu, and alhamdulillah menang doodle by safiena. Yeayy ! Nah, ini dia doodle tu.


Weet weet. Comel tak?? Hehe. By the way, thank youu so much sis +Nur Safiena for this doodle and also sis melly yang organize the ga. Haa sesiapa yang nak tempah doodle ke, design apa ke, boleh la order dengan dia okay. Toksah malu segan ke apa, she is very nice. Boleh la terjah link ni kalau nak order design ke apa apa la okayy.

Blog
Facebook

Sambil-sambil tu, doakanlah aku mudah mudahan result keluar nanti baik baik je. Kalau lebih baik lagi, harapnya dapat la dekan. Insyaallah, aminn.



Have a good day everyone !

💖💖💖


😉


4 comments:

  1. comel sgt2 doodle tu =D
    da lama ju xnaik roller coaster, fobia after naik dekat Legoland 4 tahun lepas HAHAH
    Btw, thniah da abis exam ! smoga dpt result gempak, insyallah. Salam jumaaat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa yekee. tapi best la roller coaster rasa macam nak naik byk kali though kejenya menjerit je hahaha. and thank youu, insyaallah :)

      Delete
  2. singgah sini jap ye .. huhuhu . thniah dh abis final .. jom singgah blog shahril jap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sudi singgah. alhamdulillah, ada masa saya singgah ye :)

      Delete

Hey you there ! Allow yourself to comment here. Have some times to click on my ads and follow me too. Heuheu ;)

Thanks a lot to you ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...