Review Buku: Kerna Syurga Bukan Percuma
Hai gais. Selamat malam! So hari ni aku nak bagi review sikit pasal buku yang aku dah baca. Baruuuu je beli. Dan baruuuu je habis baca. Buku ni dah lama jugak kot keluar, takde la lama sangat. Tahun lepas tak silap. Buku ni sangat direkomenkan la untuk semua yang gemar membaca sambil mendapat ilmu. Buku ni sangat best sampaikan rasa macam tak boleh la nak skip ke break kejap baca buku tu. Kalau baca dari pagi, mungkin tak sampai tengahari lagi dah habis baca hahaha. Okay so tak payah nak buang masa, let's get to the point !
Tajuk buku: Kerna Syurga Bukan Percuma
Penulis: Najmi Fetih
Buku ini sememangnya berkaitan dengan dakwah. Bezanya, dakwahnya itu dibawa ke dalam sebuah penceritaan yang boleh dikatakan dekat dengan kita. Terkadang tu bila baca, rasa macam kena dengan kita sebab mungkin apa yang dikatakan tu benar. Kita juga ada lakukannya, tanpa sedar. Penceritaannya juga terkadang membuatkan kita terfikir dengan kata-katanya. Gaya bahasa serta perkataan yang digunakan dalam menyampaikan juga menarik hati. Jangan risau, ni bukan dakwah semata-mata yang buat anda mengantuk !
Kerna Syurga bukan percuma, sebab tu kita kena usaha.
Buku ni menceritakan tentang seorang remaja iaitu Khai, yang mencari jalan serta kekuatan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Penghijrahannya dibantu oleh Abang Surau yang mulia akhlaknya. Namun, penghijrahannya bukan mudah. Pelbagai dugaan yang perlu dihadapi oleh Khai. Khai harus kuat dalam berhijrah. Namun, adakah dia kuat?
Adakah yang jahat akan terus dilabel sebagai jahat? Adakah yang jahat itu tiada peluang untuk berubah? Adakah manusia itu mendapat jawatan Tuhan sehingga mampu untuk menghakimi manusia yang lain?
Percayalah, sekali anda mula membaca buku ni, confirm jatuh cinta ! Tak sanggup nak lepas tangan demi nak menghabiskan ayat terakhir buku ini. Mudah mudahan kita pun akan menjadi lebih kuat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Allahu yuftah 'alaina. π
Oh by the way, aku agak terkilan sikit sebab at the end tak tahu pun nama abang surau tuu. Why tak bagitahu ish. Cehh. Okay so buku ni kalau tak silap dah ada yang kedua. Kerna Syurga Bukan Percuma 2. Yang terbaru buku dia release ialah buku Penjara tak silap. So, lepas ni boleh la mencari buku-buku ni dan baca. Tak rugi pun. Ilmu dapat, masa manfaat terisi ! (baru beli and baca buku ni je. pasni nak tambah lagi dua tu hehe)
Selamat membaca ! π
No comments:
Post a Comment
Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^
Thanks a lot! ♥