Followers

Pages

17 August 2016

Medical Check up & Ambil Darah


Hai gaiss. Haa sempena nak masuk u ni, of course la macam-macam benda nak kena buat kan. Though tinggal seminggu je lagi tapi nothing yang aku dah packing. Borang pun tak isi lagi ni hmm. Dasar pemalas betul huhu. Okay okay lepas ni kita buat. So yang dah buat setakat ni medical check up dan ambil darah. Yang lain belum kot hehe. Okay jadi medical check up dah buat tapi belum habis betul sebenarnya. 

Semalam buat check up yang lain-lain tu tapi belum jumpa doktor untuk pengesahan bagai-bagai tu. And pagi tadi aku kena ambil darah. Well, sebagai bakal pelajar MLT of UiTM ni kan, kenalah test macam macam. Kena test hepatitis b & c dan juga test HIV. And test buta warna (but why I think that I didnt do the buta warna test tu ek hmm). Okay la whatever. Sebenarnya nak cerita pasal ambil darah tu. Aku ni jenis yang tak berapa suka bila something tajam tajam ni masuk dalam badan aku. So takut juga masa nak ambil darah tadi hehe. Nurse tu start ikat kat lengan atas tu then aku pun mula laa. 

90s 1992 anxiety waynes world garth

Lepas nurse tu dah ikat, mestilah nak cucuk. Okay, aku pandang tempat lain. Aku tak nak tengok. Serius aku tak pandang langsung time nurse tu cucuk, dari awal sampai habis.

Sakit wehh bila dia cucuk jarum. Nak menangis je rasanya huhu. Okay tak la, over je tu. Mana ada nangis haha. Just, I can't look at it. Lama pulak tu dia ambil darah. And I was like, lamanyaaaa. Cepatlah, sakit dah ni. Lebih kurang la hahaha. Aku macam nampak sipi sipi la yang nurse tu tukar apa entah. Like tukar from a container to another one. Not a container la, test tube macam tu kot. Serius memang aku tak nampak sebab aku tak tengok. Aku takut nak tengok jarum yang tercucuk kat lengan tu. Macam seram semacam je haha.

Then selesai la. Letak kapas and tape tu (is it call tape? okay I dont know huhu). Terasa sakit kena cucuk tu sampai ke rumah. Lepas tu aku act macam tak boleh nak gerak tangan kiri tu (aku buat kat tangan kiri). Make it at comfortable condition supaya aku tak rasa sakit. Kononnya. Lepas tu, aku tetiba terfikir. Eh apa yang aku sakit sebenarnya. Sakit kena cucuk or sebenarnya sakit tu disebabkan tape yang kena lekat kat lengan tu? Sakit apa kena lekat dengan tape kann. Bila buka tu rasa macam nak tercabut bulu roma kulit macam macam semua laa.

Action je lebih. Aku rasa sebenarnya tape yang melekat tu sebenarnya yang sakit hahaha. Kena cucuk tu of course la sakit. But aku dah buka dah tape tu and terasa la sakit tuu. Sakit nak buka tape tu, bukan terasa sakit kena cucuk tu. Hehe. Okayy so selesai la cerita ambil darah. Cehh over je. Ambil darah je pun. Memang la. Sorry, tapi lain orang lain rasanya okay? Aku memang tak suka benda benda like that huhu. Maybe thats why aku tak nak jadi doktor kot. Nanti aku main cucuk je jarum tu tak tengok pandang tempat lain hahaha. Maybe thats one of the reason but, honestly memang aku tak nak. Why? Entah laa.

Nah sedikit hadiah hehe ;)


Okay, done ! So maybe dalam 2 minggu aku kena tunggu untuk result hepatitis b & c, dan HIV. And also appointment with the doctor. So rasanya after orientasi nanti kena balik la nak dapat pengesahan doktor tu and the result also. Semoga semuanya dipermudahkan urusan oleh Allah. Semoga tiada apa-apa dan bolehlah sambung belajar MLT ni dengan tenang. Aminn..

Moga bertemu lagi di entri yang baru. Have a great day then ! Thank you for reading :)



2 comments:

  1. Sama laa.. saya pun tak berani nak tengok time doktor cucuk kalau nak amik darah. Heee...

    ReplyDelete

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post