Followers

Pages

10 August 2016

Sambung Belajar !


Hai gaiss. Alhamdulillah, minggu ni ada la dapat berita gembira sikit. Bolehlah.. Hehe. Tahu kann minggu ni keputusan upu dah keluar Isnin hari tu untuk geng-geng lepasan stpm/asasi/matrikulasi/diploma and apa lagi la kan. Haa anda anda yang dah terima result tu kongsi la sikit hehe. 

So I have checked the result and alhamdulillah keputusannya boleh laa nak terima. Haha. To be honest la kan, aku tak tahu nak rasa okay ke happy ke excited yang teramat ke dapat course ni. Aku tak tahu aku minat apa, aku nak apa, ambition sebenar-benarnya apa, aku nak bidang apa, memang aku tak tahu apa keputusan yang aku nak. Masa isi upu hari tu pun main rembat jelaa yang mana macam best je tu haa ambil laa. Hehe. So bila dapat keputusannya, aku cuma rasa bersyukur, alhamdulillah la dapat result tu.

Haa membebel je banyak tapi tak cakap pun course apa kan. Sabar ye nak. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi dengan keputusan ini. Mudah-mudahan keputusan ini adalah yang terbaik buat sayaaa. Jadi......... saya telah ditawarkan semula ke UiTM Puncak Alam dalam jurusan Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan. Yeayy ! Hahaha. Akhirnya kembali jua ke palam. Jodoh tak ke mana, di situ jua saya datang. Dulu saya pernah ye belajar di situ for one semester sebelum anak-anak asasi semua berpindah ke dengkil. So maybe ni kira macam hajat tercapai rindu terlerai la 'kononnya' balik semula ke palam. Haha.

Jadi, Insyaallah lepas ni saya akan sambung belajar di UiTM Puncak Alam, jurusan Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan. Course ni adalah my fourth choice dalam list upu tu. First and third ukm which yang memang aku dah jangka takkan dapat (HAHAHA). Second UPM, biomedik. Akhirnya dapat la fourth choice (okay la tu kan kan). Hujung bulan ni daftar dan course ni selama 8 semester which means 4 years la I guess kan. Lama woii. Takpelaa, pejam celik pejam celik sekejap je tuu. Lagipun nak tuntut ilmu kann hehe  ;)

Apa-apa pun setakat ni itu aje la yang dapat saya kongsikan. Lepas ni nak kena prepare segala benda nak masuk u. Serius, takut jugak ni nak masuk dah. Plus, aku tak la tahu sangat pasal course ni. Just tahu sikit-sikit la. Pernah aku search, pastu ada la aku jumpa satu blog ni. Dia kata course bolehlah sesuai untuk orang yang jenis pendiam, tak berapa suka gaul dengan orang, suka duduk lab, haaa gitu laa. Macam kena je dengan aku ni hahahaha. Tapi aku suka okay nak bergaul dengan orang ! Just I need someone to approach me first. Hahahaha. Pastu katanya course ni banyak dalam lab, teori tu ada tapi macam kurang la kot. Banyak praktikal.

Hopefully I can get along very well with this course and can score very very well ! Aku nak score yang terbaik untuk course ni ! Ecehh semangat semacam je ni hahaha. Tapi memang itulah harapannya. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk aku dan sahabat aku. Aminn. Doakan yang terbaik untuk kami okay.

Ohh tetapi bagi yang tidak berjaya dapat tempat untuk upu ni, jangan berkecil hati dan teruskan perjuangan anda ! Cuba buat rayuan okay? Jangan putus asa ! Insyaallah ada rezeki anda di luar sana. Don't give up, kipidap ! (fuhh, apesal hyper semacam nihh haha) And ! And ! To those yang mungkin tak dapat course yang nak sangat sangat tu, bertabah la ! Ada hikmah di sebalik semua tu. Mungkin korang rasa macam tak nak pulak course tu, hari tu masa upu terletak, takpe. Mungkin itu yang terbaik. Kalau boleh tukar cubalah kan. Tapi apa-apa pun, percayalah ! Semua yang Allah dah rancang untuk kita semuanya adalah yang terbaik.

Seperti firman Allah dalam Al Quran, surah al baqarah ayat 216 :

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Chill okay guys ! Okay la, lepas ni tunggu entri baru pulak. By the way, congrats kepada semua yang berjaya dan tidak berjaya dapat tempat di upu ! Ingat, everything happens for a reason ! All the best. Semoga berjaya ! Allahu yuftah 'alaikum !




8 comments:

  1. tahniah..semoga berjaya..

    lama tu 4 tahun.. nanti lepas tiga tahun akan rasanya lama tu.. mcm sy ni la.. hehe.. last year dah pastu abis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youu..
      oh yekee hehe. tahniah jugak nak habis belajar dah :)

      Delete

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post