Err, hehe. Maaf la nama tu aku tutup. Tak sengaja.. kuhkuhkuh. Tapi itu memang surat aku ye, bukan copypaste orang lain punya. Print sendiri okey... 30 Mac 2015 which means semalam la kan, aku dah selesai menduduki ujian UKCG. See? Bukan kemain jauh lagi nak ke sana. Nasib baik la tak sesat, hampirrr... saja. Memang pedalaman juga la tempat tu. Tapi ada juga yang dari jauh dapat kat sini. Dari Kedah pun ado. Group aku tu.. hihi. Eh, tetiba cakap group, ada group ke kat sana? Haa, sat gi aku cerita.
Ini pulak things yang kena pakai and bawak. Hahaha.. Aku tak bawak pun surat beranak. Aku tak perasan pun dia tulis DAN kat situ. IC 'DAN' surat beranak. Huhuhu... Nasib baik la dia tak check aku punya.
Haa, tengok ni. Nak pergi sana pun siap cari peta kat google map. Haha.. Kalau tak sesat la aku nanti. Nak pakai waze tapi aku dah uninstall pulak dah. Nasib laa. Alhamdulillah, sampai juga aku dengan selamatnya. Sampai je kat sana, jumpa pulak kawan sekolah aku. Datang je, baru jumpa sorang. Izzati namanya. Okey la juga ada dia sebab dia ni banyak cakap sikit, nak dibandingkan dengan aku. Huhu. Tunggu punya tunggu, pukul 8 pun tak start lagi. Tak dipanggil masuk dewan lagi. Dalam 8 suku ke 20 gitu la baru dipanggil. Masuk ke dewan dengan meninggalkan beg di luar and ambil tempat. So, first sekali ujian bertulis.
Fuhh, nostalgia betul! Haha. Teringat pulak masa SPM. Nama pun ujian bertulis, duduk pun macam nak ambil exam la. Rindu pulak ye tetiba kat sekolah. Okey, so ketua dia la kut aku tak tahu la kan, bagi la ucapan pendek sikit. Blablabla... And start the exam. Ujian bertulis ni ada 2 bahagian, bahagian A dan bahagian B. Bahagian A ada 135 soalan dan bahagian B ada 60 soalan so overall soalannya ada 195 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit sahaja. But relaks laa. Bahagian A punya soalan boleh dikira macam soalan sivik la. Okey, example soalan yang aku ingat la eh. Tapi aku tak ingat la sebijik-sebijik soalan tu.
>> Apakah sifat utama yang perlu ada pada seorang guru?
A Tegas dan berdisiplin
B Penyayang dan prihatin
Satu je la contoh aku bagi. Aku tak ingat la soalan dia apa. But yang aku ingat ada soalan yang tanya wajar tak wajar, ya atau tidak, tindakan kita berdasarkan situasi yang diberi and ada lagi la. Aku pun tak ingat sangat. Bahagian B pulak lebih berkaitan dengan diri kita. Tapi rasa macam kelakar and aneh la aku jawab soalan tu, walaupun soalan tu ada benarnya because its not impossible ada orang yang begitu. Nak tahu contoh soalannya apa? Ni dia tapi tak sebijik-sebijik ye soalannya. Lebih kurang la sebab aku tak ingat sangat:
>> Pernah terdengar suara bercakap dengan anda yang tidak tahu dari mana datang arahnya.
>> Pernah mendengar ada suara yang mengajak berbuat kejahatan.
Lebih kurang gitu la soalannya. Jawapan yang diberi sama ada A) Tidak benar sama sekali. B) Tidak benar. C) Benar. D) Sangat benar. Aku rasa aku banyak jawab B. Okey tak kisah la aku jawab apa kan. So 30 minit bahagian A dan 15 minit bahagian B. Done! Habis tu, rehat la kejap, 9.30 kena masuk balik. Then, lepas tu kami dibahagikan ikut group untuk Ujian Kecergasan Fizikal (UKF). Haa inilah dia. Rupanya ada sesi pagi dan petang. Aku punya sesi pagi tapi cikgu tu kata dia nak habiskan terus semua. So kami dibahagikan la kepada 7 kumpulan, kalau tak silap. Aku group 1, dapat surat pun memang ujian UKF au pukul 10 pagi. Kalau ikutkan kawan aku sesi UKF dia petang pukul 2.30 and lagi sorang 3.15 petang. Fuhh, gila kau. penat kot nak tunggu kalau macam tu. Itu yang cikgu tu nak habiskan cepat, buat sekali harung. Senang.
Contoh variasi 1
Ni contoh variasi ke5