Followers

Pages

24 March 2015

Trip 2 Days..

Hallo!! Hihi. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk aku update blog ni. Hari ni aku nak cerita about my jalan-jalan pendek. Haha. Apa kebendanya tu? Jalan-jalan laa. Makan angin tapi tak lama pun. 2 hari je. Itupun last minute punya perancangan time cuti sekolah seminggu hari tu. Tapi tak adalah pergi jauh-jauh.. Kalau 2 hari jauh kebendanya. Lagipun aku ada kelas memandu minggu tu. Aku dengan family aku pergi hari khamis pagi. Nama pun last minute, pagi tu baru my parents bagitahu nak pergi jalan-jalan. Apa lagi, berkemas laa. Haha. Konon kelam kabut macam nak pergi lama je.

So, jalan-jalan ni biasa-biasa je. Kami pergi pantai kat Padang Kemunting, Melaka. Betul kan nama tempat tu? Betullah rasanya. Haha. Makan angin kat negeri sendiri. But okey la, not bad apa. Esoknya punya kelas ( hari jumaat la kan) terpaksa la aku batalkan. Hmm, minggu ni pun aku nak pre test dah. InsyaAllah 9 April aku test jpj. Huhu.. Harap-harap lulus la. Doakan la untuk aku ye. ^^
Oh ye! Before pergi pantai tu kami pergi China! Haha.. Macam tak percaya je kan? Takpe, tengok dulu gambar ni.

Haa... Percaya tak?? Haha. Memang tak sempat la kalau nak China oii.. Ni kat Masjid Cina Negeri Melaka. Masjid ni baru jugak la. Nampak memang macam kat china kan? I mean designnya la. Tourists luar, si mat-mat saleh tu pun datang tengok tau. Haha. So, anytime kalau korang datang Melaka, singgah la masjid ni. Selesa solat kat sini and cantik seni binanya. Cuma masjid ni pedalaman sikit la. Haha, bukan pedalaman macam tu. Maksud aku korang kena masuk dalam lagi jalan kat situ baru jumpa. Masjid ni bukannya dibina betul-betul tepi jalan ke or tempat yang korang senang nampak. Pandang kiri je dah jumpa, tak la gitu. Kena masuk jauh sikit. Nak tahu kat mana, google la. Tak pun cuba la guna waze. Hehe. Maaf la, tak tahu nampak sebenar tempat ni. 


Wefie japp.. hihi


Haa, dah sampai petang tu, tengok sunset laa. Haha. Sunset la sangat. 

Wahh... Cantikkan sunset?

Lovely couple. Huhu


Haa, ini time pagi ye. Nelayan dah naik darat dah. Banyak jugak ikan dapat. Yang my mom pulak dok tunggu udang kalau ada sampai.. Akhirnya pulang tangan kosong. Huhu.

Ini lubang yang dibuat oleh aku. Huhu. Dek kebosanan pasir menjadi mangsa. Si luqman tu kononnya nak mandi tapi tak mau masuk air. Masuk kat gigi air je. Aneh betul la budak ni. Lama nau nak warm up. Penat je aku masuk air dia pulak tak nak. Haha.

Orait.. Inilah dia makanan tengah hari kita. Haha. Tengahari makan KFC pulak ye. Ayah dah pergi solat jumaat. So kami-kami yang perempuan ni makan la dulu. Eh, lupa. Termasuk la si kecik tu.

Sempat pulak si Luqman ni masuk gambar padahal dia yang sibuk nak makan tadi. Haha. 

Next station! Kita main bowling pulak. Ayah, ibu, aku and adik perempuan aku, we're the players. 

Adohaii, Luqman ni pun nak main jugak. Haha, konon larat la nak angkat bola bowling tu. 

Haa, my turn! Haha.. Bajet macam nak strike je, padahal tak pernah strike pun. Huhu. Sorry la, bowling ni bukan bidang I even I suka main. This was my second time main bowling, tapi tak pernah dapat markah cantik. Haha

So, inilah hasilnya.. Hehe. Not bad la aku. Haha.. Cer teka mana satu aku punya. Yang nama first ke second? Check it out sendiri la. Well, nice game jugak la.. Yang lelaki main game kat sebelah kitaorang ni pun katanya first time main bowling. Dari kelantan. Fuhh, jauh mai sini main bowling. First time first time pun markah diorang bukan kemain cantik lagi daripada aku. Kehkehkeh.

Ok, last thing yang dibuat ialah menonton wayang! Hmm, cerita apa? Cerita Cicakman 3. Itu pun sebab adik aku la si luqman tu. Cerita spongebob 3D tu dia dah tengok, nak tengok cerita cicakman 3 pulak. Sebagai kakak yang penyayang, ku turutkan jua. Huhu. Kalau ikutkan hati, nak tengok cerita Insurgent. Yup! The series of Divergent. Tapi malangnya, takpelah. Cicakman 3 ni pun best jugak apa. Kelakar. Well, pelakon-pelakonnya pun hebat-hebat belaka. Ada Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Rykarl, Bell Ngasri and ramai lagi la kan. Ramai jugak yang tengok cerita ni. ( hihi, saja di'highlight' kan nama diorang.. ^^ )

Alhamdulillah, puas hati la jugak jalan-jalan kali ni. And unfortunately, both of my sisters tak dapat join la trip ni. Well, mereka tengah still menuntut ilmu di universiti. Kaklong la, yang kakngah tu tengah praktikal. Takpe, menuntut ilmu itu kan suruhan agama juga. InsyaAllah, mereka yang menuntut ilmu ni kerana Allah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. InsyaAllah, aminn..

Okey, sudah habis la cerita aku setakat ni. So, thanks for reading and have a nice day. ^_^

Oh ya! One more thing. Hihi, saya dah ada instagram. Baru je buat hari tu. 

Nak follow? Meh follow ramai-ramai. Cari nama ni ye.
>> Cik Nufaz

Jom follow saya, insyaAllah saya follow awak balik, ok? Tq.. ^_^


No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post