Followers

Pages

13 March 2015

BLOOD...


Yuhuuu! Hehe.. Rasa macam lama tak update blog. Lebih kurang seminggu rasanya. Well, maybe sebab aku rasa macam takde apa yang aku nak cerita. But today aku ada something nak share dengan awak-awak semua.. Ok, cuba tengok bawah ni.


Haa inilah dia benda yang aku nak share tu.. Ni korean drama. Haha. Tetibe je kan? Itulah, disebabkan aku yang *kebosanan duduk kat rumah keseorangan pagi-pagi weekdays* so aku pun mencari la cerita-cerita apa-apa yang aku boleh tengok untuk hilangkan kebosanan. Tengok tv pun bosan, pagi-pagi takde cerita best. Oh, okey la. So continue pasal cerita ni. 

Tajuk cerita ni is ' BLOOD ' . Wuuu... Darah kut. Haha. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tertarik nak tengok cerita ni. Puas cari-cari cerita yang best tetiba mata dan hati aku tertarik pulak dengan tajuk and gambar dia. Ecehh. Haha. So, setakat ni aku dah habis tengok sampai episod 8 je sebab baru 8 episod yang dah disiarkan. Cerita ni still on air, tak habis full lagi. Tapi cerita ni dalam 20 episod la semuanya. Hmm.. Setakat ni aku rasa cerita ni best! Different jugak la dari cerita lain. Yeke? Maybe la. Cerita pasal vampire. Hmm, entah-entah aku tertarik dengan perkataan vampire tu kut. Hehe.

Bagi aku cerita ni banyak menunjukkan unsur suspen. Eh, ingat cerita ni serius je ke even maybe nampak  macam banyak kaitan dengan medic sampai kekadang tertutup-tutup mata aku tengok scene operate tu. Ada jugak part-part yang kelakar okey. Tapi, bagi aku memang banyak suspen. Atau maybe aku je yang over suspen, tak tahu laa. Genre cerita ni? Hmm, cerita ni ada genre horror, supernatural, romance sikit and comedy pun ada jugak. Hehe, aku tengok kat website cerita ni la. Eh, tapi memang betul okey sebab aku dah tengok. Haa, nak tahu tak siapa pelakon cerita ni? Siapa yang suka korea ni maybe kenal la kut pelakon-pelakon ni. 

MAIN ACTORS :

Ahn Jae Hyun as Professor Park Ji Sang

Koo Hye Sun as Professor Yoo Ri Ta / Yoo Chae Eun

Ji Jin Hee as Director Lee Jae Wook

Ok, itu jelah character utama. But aku memang sarankan korang tengok la cerita ni. Best sangat! Tapi depends la pada orang jugak kan. Maybe ada orang tak suka jalan cerita ni, tapi aku suka! And plus ada robot comel! Haha, comel and kelakar. So, kalau nak tahu cerita ni best ke tak, robot tu comel ke tak, cubalah tengok cerita ni. Kat mana? Kat internet ni melambak je website yang korang boleh bukak. Tapi takpe, aku bagi la link yang boleh korang buka kalau nak tengok cerita ni. Nah, ni dia.. 

 Kalau nak tahu sinopsis and ceritanya klik sini ok?
>> http://www.viki.com/tv/24437c-blood
Jom tengok BLOOD !
>> http://eps-kdrama.com/category/blood/
>> http://myasiantv.com/drama/blood/

Jangan risau, ni ada english subtitle.Tapi korang kena sabar la ye. Kalau dah habis tengok sampai episod 8, tunggu la sampai next episod disiarkan kat korea. Eh, tapi aku tak tahu la pulak kalau kat astro channel korea tu ada cerita ni ke tak. Aku jarang dah sekarang bukak channel korea tu kat tv. Haha. Kalau ada, aku yang ketinggalan la kut. Ok so, have fun la siapa yang tengok cerita ni. Memang best! Thumbs up sikit... Hehe. Dah tengok tu, boleh la komen sikit kat blog aku ni. Kalau nak share pasal cerita ni pun boleh. Selamat menonton ye! Thanks for reading my blog ^_^



*SERIUS_BEST_CERITA _NI*
*RUGI_TAK_TENGOK_BLOOD*
*haha...maafsayatakpaksapunawaktengok*


No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post