Followers

Pages

31 March 2015

Pengalamanku UKCG ..


Fuhh... Dalam sakit-sakit ni pun sempat la jugak aku curi-curi nak update blog. Laa... Pasai apa sakit? Cemana boleh sakit pulak dahh... Haa, nak tahu pasai apa? Tengok tajuk pun dah tahu. UKCG = Ujian Kelayakan Calon Guru. So hari ni aku nak share la sikit pasal UKCG ni sebabnya baru semalam aku habis buat UKCG ni. Pergghhh!! Sungguh menguji mental dan fizikal betul ! Haha.. Bunyi macam menderita bebenor je. Okey-okey, kita masuk terus kepada pengalaman aku eh.

So memang pagi-pagi buta aku dengan parents aku keluar nak pergi UKCG tu. UKCG aku dekat Nilai, N9. Fuhh, jauh pulak. Eh nak tengok surat tu tak? hehe. Saja nak bagi tengok.


Err, hehe. Maaf la nama tu aku tutup. Tak sengaja.. kuhkuhkuh. Tapi itu memang surat aku ye, bukan copypaste orang lain punya. Print sendiri okey... 30 Mac 2015 which means semalam la kan, aku dah selesai menduduki ujian UKCG. See? Bukan kemain jauh lagi nak ke sana. Nasib baik la tak sesat, hampirrr... saja. Memang pedalaman juga la tempat tu. Tapi ada juga yang dari jauh dapat kat sini. Dari Kedah pun ado. Group aku tu.. hihi. Eh, tetiba cakap group, ada group ke kat sana? Haa, sat gi aku cerita.

Ini pulak things yang kena pakai and bawak. Hahaha.. Aku tak bawak pun surat beranak. Aku tak perasan pun dia tulis DAN kat situ. IC 'DAN' surat beranak. Huhuhu... Nasib baik la dia tak check aku punya. 

Haa, tengok ni. Nak pergi sana pun siap cari peta kat google map. Haha.. Kalau tak sesat la aku nanti. Nak pakai waze tapi aku dah uninstall pulak dah. Nasib laa. Alhamdulillah, sampai juga aku dengan selamatnya. Sampai je kat sana, jumpa pulak kawan sekolah aku. Datang je, baru jumpa sorang. Izzati namanya. Okey la juga ada dia sebab dia ni banyak cakap sikit, nak dibandingkan dengan aku. Huhu. Tunggu punya tunggu, pukul 8 pun tak start lagi. Tak dipanggil masuk dewan lagi. Dalam 8 suku ke 20 gitu la baru dipanggil. Masuk ke dewan dengan meninggalkan beg di luar and ambil tempat. So, first sekali ujian bertulis. 

Fuhh, nostalgia betul! Haha. Teringat pulak masa SPM. Nama pun ujian bertulis, duduk pun macam nak ambil exam la. Rindu pulak ye tetiba kat sekolah. Okey, so ketua dia la kut aku tak tahu la kan, bagi la ucapan pendek sikit. Blablabla... And start the exam. Ujian bertulis ni ada 2 bahagian, bahagian A dan bahagian B. Bahagian A ada 135 soalan dan bahagian B ada 60 soalan so overall soalannya ada 195 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit sahaja. But relaks laa. Bahagian A punya soalan boleh dikira macam soalan sivik la. Okey, example soalan yang aku ingat la eh. Tapi aku tak ingat la sebijik-sebijik soalan tu.

 >> Apakah sifat utama yang perlu ada pada seorang guru?
A Tegas dan berdisiplin
B Penyayang dan prihatin

Satu je la contoh aku bagi. Aku tak ingat la soalan dia apa. But yang aku ingat ada soalan yang tanya wajar tak wajar, ya atau tidak, tindakan kita berdasarkan situasi yang diberi and ada lagi la. Aku pun tak ingat sangat. Bahagian B pulak lebih berkaitan dengan diri kita. Tapi rasa macam kelakar and aneh la aku jawab soalan tu, walaupun soalan tu ada benarnya because its not impossible ada orang yang begitu. Nak tahu contoh soalannya apa? Ni dia tapi tak sebijik-sebijik ye soalannya. Lebih kurang la sebab aku tak ingat sangat:

>> Pernah terdengar suara bercakap dengan anda yang tidak tahu dari mana datang arahnya.
>> Pernah mendengar ada suara yang mengajak berbuat kejahatan.

Lebih kurang gitu la soalannya. Jawapan yang diberi sama ada A) Tidak benar sama sekali. B) Tidak benar. C) Benar. D) Sangat benar. Aku rasa aku banyak jawab B. Okey tak kisah la aku jawab apa kan. So 30 minit bahagian A dan 15 minit bahagian B. Done! Habis tu, rehat la kejap, 9.30 kena masuk balik. Then, lepas tu kami dibahagikan ikut group untuk Ujian Kecergasan Fizikal (UKF). Haa inilah dia. Rupanya ada sesi pagi dan petang. Aku punya sesi pagi tapi cikgu tu kata dia nak habiskan terus semua. So kami dibahagikan la kepada 7 kumpulan, kalau tak silap. Aku group 1, dapat surat pun memang ujian UKF au pukul 10 pagi. Kalau ikutkan kawan aku sesi UKF dia petang pukul 2.30 and lagi sorang 3.15 petang. Fuhh, gila kau. penat kot nak tunggu kalau macam tu. Itu yang cikgu tu nak habiskan cepat, buat sekali harung. Senang.

Aku grup 1 dengan abang Saiful. Hmm, actually aku tak tahu nak panggil abang ke cikgu because he's too young. Yang guide kami ni guru pelatih tapi tu la. kalau tengok muka tak sesuai lagi nak panggil cikgu. Hihi. Takpela, aku panggil abang la senang, abang Saiful. Abang tu aku rasa dia bukan orang semenanjung, maybe sabah kut. Sebab aku ada dengar dia cakap macam loghat situ-situ sikit la. Tapi kadang-kadang dengar dia cakap tak rupa sabah pulak. Tak kisah la. Okey first kami buat 'RINGKUK TUBI SEPARA VARIASI'. Entah betul ke tidak namanya tu. So ada 5 VARIASI. Kami kena baring, kaki 90 darjah. First variasi tapak tangan kat lutut. Second variasi siku kat lutut. Third variasi tangan kat perut pegang siku. Variasi ke4 tangan macam tadi cuma bawa ke atas kepala. And variasi ke5 tangan kat atas kepala tapi disilangkan sentuh bahu punya tulang tu kut. Ingat senang? Haha.. Aku lepas sampai variasi ke3 je. 

Contoh variasi 1

Ni contoh variasi ke5

Next kami pergi buat BMI. Ambil berat dan tinggi. Aduhaii, apasal aku rasa berat menaik ni.. Huhu. Tinggi? Haii, macam sama dengan dulu je... Okey, then next station kami buat aktiviti 'FOUR QUANDRANT
 

Cemana nak main pulak ni kan. Aktiviti ni kita kena lompat. Berdiri belakang garisan tu and bila wisel ditiup lompat ikut urutan tu, 1,2,3,4.

Next aktiviti KILAS SISI pulak. Senang memang la senang tapi menyakitkan! So aktiviti ni macam gambar kat bawah ni la. Berdiri depan garisan tu and tangan kena sentuh lantai then bangun sentuh manila kad tu. Buat la kanan kiri selang seli. Nampak gaya macam senang tapi perghh! Sakit kaki tau. Laa ni pun tak hilang-hilang lagi sakit. Daripada duduk nak bangun sakit toqq..


Then last station buat BEEP TEST. Aiyooo... Dah la sakit kaki buat kilas sisi, nak kena buat beep test pulak dah. Orang kurang stamina la katakan. Huhu. Jadi beep test ni pulak is lari ulang alik 20 meter. Mula-mula slow and lama-lama tu semakin laju bunyi beep tu. Macam ni la.


Aduhaii... Aku dapat lepas sampai level 3/3 je. Group aku ada sorang yang paling tinggi masa tu, lelaki. Dia dapat lepas sampai level 7 something kalau tak silap aku. The highest la kiranya masa tu. Ingat nak sambung level after 3/3 tu tapi ya Allah! Nak patah balik ke tempat asal tu time level 3/3 tu, rasa macam nak tercabut kaki kepala lutut semua bagai. Thats why aku berhenti. Silap-silap sambung nanti jatuh pengsan pulak karang. Dah la tu, kawan aku si Izzati tu bersorak pulak nama aku. Ingat aku tak dengar suara dia. Aiyoo, malu pulak aku. kuhkuhkuh...

Orait... Habis sudah ujian UKCG. Terketar-ketar lutut den ni nak jalan. Macam nak jatuh terjelepuk kat lantai tu. Dah la takde siap air ke makan. Hihi. Dah habis tu abang Saiful tu buat cooling down and then terus hantar kami ke tempat parents kami tunggu. Cehh, dia boleh suruh kita ambil gambar kampus tu pulak. Konon sebagai kenangan, atau mana tahu nanti datang balik sini. Haha, yela tu. Pastu naik la tangga tanah yang tak serupa tangga tu. Abang tu buat suruh lari kat tangga tu. Aiyoo, mana boleh. Dah la takde rupa tangga walaupun ada la sikit siap dengan handle kayu lagi. Naik atas tu aku pun jalan la menuju ke my parents. Aku ada jugak dok fikir-fikir nak ambil gambar dengan abang Saiful tu sebagai kenangan la kiranya kalau memang aku tak datang lagi kan. Kenangan buat UKCG. TAPI!! Huhu... Disebabkan time tu aku rasa macam agak kepenatan yang teramat, dalam otak tu fikir nak rehat je, nak tidur la and macam-macam, sudahnya aku ignore je hasrat nak ambil gambar dengan abang tu. Bila dah dalam kereta, dah on the way balik baru la terasa macam menyesal giloo tak ambil gambar tadi. Penat punya pasal.

Okey, tamat sudah cerita kali ini. For me ini pengalaman yang cukup baik la jugak. And  at least ber'exercise' la jugak aku. Haha. Sekian lama tak exercise memang la sakit kaki ni kan. Peringatan to me supaya rajin-rajin la exercise. Huhuhu.... Ni saja la pengalaman yang ingin dikongsi. Hope dapat bagi info to those yang nak ambil UKCG. It's a wonderful time sebab dapat la jumpa macam-macam orang, kawan setelah sekian lama dok terperap kat rumah. Hihi. Semoga berjaya yang nak ambil ujian ni ye. Thanks a lot for reading.. ^_^


5 comments:

  1. nasib baik shahril tak mintak UKCG nii ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. nampak je mcm kena dera tapi actually for me best la jugak. Dpat pngalaman n terasa macam buat something yg berfaedah. Hihi =P Even penat tapi seronok

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. soalan dia . huhuu . pengalaman2

    ReplyDelete

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post