Ready Nak Masuk U?
Hai semua... Alhamdulillah, masih diberi kesempatan buat aku update blog ni. Maaflah, belakangan aku agak jarang update kan? Hehe, takde cerita menarik la yang nak dikongsi. Well kali ni pun takde la benda sangat nak cakap pun. Saja nak taip-taip kosong. Yelah, sini mana boleh borak kan? So, sedar tak sedar nak masuk bulan april dah kan? Tak lama lagi nak masuk bulan GST dah... Kecoh satu Malaysia ni pasal gst kan.
And tak lama lagi jugak budak-budak macam aku ni nak jadi budak u. Wow! Ready ke? Well, sekarang ni pun ada few kawan aku dah masuk pun universiti. Ada seorang kawan perempuan aku dah masuk pun unirazak 16 Mac hari tu, ambil accounting. Aku ni je yang dok menunggu la kalau dapat unirazak tu under pinjaman mara. Yelah, Unirazak tu kan swasta. Tak mampu den nak bayar sendiri.
Tapi its a good thing juga tau kalau dapat unirazak under tajaan mara ni. Well, ada 3 choices of course yang korang boleh ambil kat sana untuk tajaan mara which are accounting, economics and islamic finance. Kalau korang dapat, korang akan dapat full tajaan ( actually pinjaman boleh ubah) sampai habis degree. Gempak weii! Macam aku ada mohon nak ambil accounting and in degree nanti dia dah siapkan kelas untuk ambil sijil profesional tu sekali, ACCA kalau tak salah aku under CPA Australia punya. Memang untung la siapa yang dapat. But mestilah kena struggle gila-gila nak lulus ambil sjil pro ni.
And aku actually tak sangka ramai jugak (walaupun tak la ramai sangat) yang nak ambil accounting kat u nanti. Yelah, macam aku la. Kat sekolah dulu tak tahu nak jadi apa main rembat je cita-cita. Doctor la, software engineering la, graphic designer la, komputer forensik. Hahaha... Subjek akaun pun aku bukannya ambil. Bila dah tahu result dah melencong ke lain. Haha. Biasalah tu kan. Tapi kalau orang yang memang from the first dah tahu nak jadi apa baguslah. Don't be like me. No no no..
Hampir seminggu result dah keluar still confused nak pilih apa. Akhirnya aku memutuskan untuk ambil accounting. Kalau ikut my parents, diorang cadangkan ambil fisioterapi. Memang nampak menarik but, well you know. Nampak memang best, macam enjoy-enjoy je belajar. Tak stress sangat cuma bila aku tengok kat internet there are some parts yang membuatkan aku tarik diri. Hohoho.. Tak payah tahulah ye apa dia puncanya. Sudahnya ambil akaun la gayanya. But I think maybe its much better, I hope.
Oh ya! Actually ada lagi 2 orang rasanya kawan aku yang dah masuk u. Nabil and Amir, my classmates.. Eh, yang nabil tu tak sure pulak. Tapi Amir tu confirm rasanya. Dia masuk UTP, Universiti Teknologi Petronas. Farewell Amir.. All the Best la to Amir. Huhu. Haiih, dah besar rupanya kita ni. Nak jadi budak u dah. Cuma muka je rasanya tak macam budak u, tak matang. Haha. Seriously, kawan aku yang masuk unirazak tu dia yang nampak muka macam tak matang lagi. Kecik je. Huhu. Takpelah, maybe muka kitaorang ni babyface kut. Hehe. Ada few yang lain yang masuk DQ, Darul Quran before result lagi. Ada yang stay, ada yang tak tahu nak stay sana ke atau nak masuk universiti lain. Anyway, depends on diorang la kan.
And me, dok la rumah ni menunggu result upu and mara because I apply mara scholarship. Yang unirazak tu laa. Dok la menunggu habis belajar kereta. InsyaAllah, awal bulan 4 nanti habis la kut belajar kereta and dapat lesen. Aminn.. Doa-doakan la aku LULUS JPJ nanti. Jealous jugak aku kat kawan-kawan aku ramai jugak yang dah lulus jpj. Huhu, itulah. Siapa suruh belajar lesen lambat, dah ketinggalan.. Takpelah, just hope dapatlah lesen before masuk u nanti.
Not like this... Huhh
Wokaayy guys... Sampai sini saja la. Aku pun dah tak tahu nak cakap apa. Huhu. Jumpa next episod pulak yee. And thanks a lot those yang baca blog ni. I Love You from the bottom of my heart... Hihihi ^_^
No comments:
Post a Comment
Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^
Thanks a lot! ♥